NAK BOIKOT NUFFNANG KALAU.....

Tags


aku tak puuas hati sebab baru arini aku teringat aku dah cash out 13 November aritu, tapi sampai laaa niii satu bayang cek pun tak nampak.. dah puas selongkar kat rumah memang takde surat sampai pun.. abg posmen pun aku dah tanya, memang takde. status kat nuff da SENT..uwargh... apa perlu daku laku kan... walaupun tak banyak, tapi penuh gak tank minyak keta den taw! nuff! plis do something! pffttt! 

* semalam cash out lagi...harap harap ada la ceknya... haish..tak penah lak nuff buat perangai. memang rasa nak marahh ni.. kita bakor kita bakor!


BERSANDING BERSAMA MU

Tags
Assalamualaikum. 02.02.13 aritu selamat la sudah majlis akad nikah..boleh usha dekat sini.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. so the next day adalah majlis persandingan pulek. Masa ni tengah demam. Korang bayangkan malam akad nikah tu pun aku dah sok sek sok sek idung sebab selsema. Tapi ramai yang kata aku sedih terharu time ijabkabul. Padahal? Den selsemaaaa kikiki.

Masa mula mula perancangan nak kawen ni seyes pening nak pilih tema apa. Last last pink jugak jadi pilihan. Kesian gak tengok PP Epal kena pakai baju pink. Rasakan..haha susah sangat nak pakai baju pink kan..ha amekkk aku buat tema pink..Nak kawen tak? Ok kalau nak, pakai pink ok! ha cenggitu la bunyinya. Ada ar sikit unsur ugutan di situ. kekeke.

So tema kaler adalah Pink dan Peach. Memula tak dapat bayangkan gabungan kaler tu..Hope ok la kan.. hehe. Cantik ke? Ok la kot...*plis kata cantik plis plis plis...*

masa ni tengah tunggu kedatang pengantin lelaki untuk berarak sama. neves ohhh... Rasa macam haishh..nak lari kat bucu katil je! malu tau..ahaks. *baju ni adalah jenis yang kain meleret leret. harusla flower girl yang kene tolong angkatkan kain! i loikeeee*


 


waaaa ada gaya isteri solehah tak...dah lama praktis ni. amin. doakan aku jadi isteri yang solehah ye.. :)



acara potong kek pulak!! nyum nyum..

 

masa ni nak jalan mana mana mesti pegang tangan kuat2..maklum lah pengantin baru. kannnn.. hahaha. ok boleh blah.



paling suka shot yang ni..sebab menampakkan gaun pengantin ai yang berjela jela tuuu...auwww.. suka tauu.. hehe



ni adalah keluarga aku. pink peach theme. nice nice..ai suka youu..



ni lak keluarga mertua. adik beradik pp epal semua lelaki. abang dia dah kawen. yang tinggal 2 orang adik lelaki dia je lum kawen. berminat? boleh email aku. kita diiscus. kekeke.

Note : kenapa tajuk entry macam tajuk lagu? aptb! macam tak boleh belah kan!

bersambung....

MAJLIS AKAD NIKAH CIK AISH & PP EPAL

Tags

Bismillahirahmanirahim

hye semua yang masih membaca Belog Cik Aish dari zaman single, zaman frust menonggeng, zaman kena ngorat, sampailah zaman sudah dimiliki.. eceaaahh.. 

Alhamdulillah akhirnya lepas pertemuan 2.7.2011, aku dan pp epal telah selamat diijabkabulkan pada malam Sabtu 2.2.13. Berkat doa kawan kawan yang mengenali diri ni, semuanya berjalan lancar. meh nak story siket. perasaan lepas kawen memang best dan seronok. sebab kalau dulu semua benda rutin kita buat secara solo. tapi sekarang semuanya berdua. syukur ya Allah :) 
 
 "minta doalah pada Allah supaya tolong kita dan memudahkan urusan kita" Alhamdulillah akhirnya masa yang kami berdua nanti nantikan ialah sebuah perhubungan dan ikatan yang sah. hem rasa macam tak percaya. 

 
dengan dua kali lafaz, aku sah menjadi isteri si dia.. hehe. lafaz pertama tu ok tapi mungkin perasaan gugup tu buatkan ayat ayat lafaz tu tersangkut sangkut, so tok kadi mintak repeat. kikiki. 

 
masa ni toksah citer la. seyes malu sebab first time kene cium dengan suami tercinta depan orang ramai. pastu kameraman nak dapat shot yang terbaik jadi kitorang kena stay dalam 5 minit gak la. malu ai. ahaks. 

 
bila dah ada ikatan sah ni, automatik rasa nak peluk je. hahaha. ok tak kelaka kan. well thanks lot pada kameraman sebab banyak guide untuk posing posing depan kamera ni. hihi. *official kameraman akan diberitahu secara rasmi bila gamba2 siap ye..hihi*

 
ini adalah adik beradik aku yang baanyakkk membantu untuk majlis perkahwinan yang terakhir ni. ye terakhir sebab aku anak last. tapi kalau ada sesiapa antara mereka yang nak kawin lagi tu aku no komen. her her her.. 

 
dua orang kat belakang tu adalah pengapit a.k.a bestfrend kitorang. thanks sangat sangat sebab mereka ada ciri ciri pengapit yang baik. ciri ciri pengapit yang baik tu adalah mesti boleh buat kita hilang gugup time akad nikah. well done! kikiki.. 


bersambung...