NOKIA LUMIA 920 SAYA YANG OHSEM!

Tags
Assalamualaikum. 

Boleh tak kalau kali ni nak buat satu entry pasal Nokia Lumia 920 yang masih panas di pasaran (baru je launch 27 Dis haritu!) sekarang dah jadi aku punya. ye. aku berjaya membeli sebijik. sory la sebab kite tak minat samsung ataupun iphone. hehe. (1st sebab dah ramai pakai..hehe)

jadi, ini adalah aset pertamaku untuk tahun 2013! chaiyok.. 

Nokia Lumia 920 yang ohsem! aku beli kaler merah gitew. aggresive sikit untuk tahun baru ni..ye la kan nak kawen kan..eh takde kene ngena pulak. actually tertarik dengan kaler dia yang sangat rich! aahhh pengsan dengan keanggunannya!

ok sekarang korang tengok dan baca entry sambil ilek bebanyak. kali ini, Lumia 920 akan membuat kita teruja dengan teknologi baru yang dimasukkan sesuai dengan kita yang inginkan kesempurnaan dan tampil seksi! 

disebabkan Nokia Lumia 920 adalah smartfon yang paling memikat hati dan seluruh raga dan perasaan haku tahun ni, harganya yang RM1999 tu aku cuma mampu mencungap sekejap tapi lepas bawak balik fon ni ke rumah, cungap2 pun tiada! apa yang ada? senyum lebar tanda kepuasan! ya ini lah kepuasan sebenar. 

nampak tak body dia yang licin dan berkilat seakan2 ada satu lapisan air atas dia..

walaupun smartfon ni masih baru, tapi harap harap bagusla.. tapi setakat ni, aku pakai terlebih bagus la pulak sebab banyak teknologi baru yang dimasukkan dalam Lumia 920 nih! pegi mana mana orang akan tinjau2 fon kita. kalau kita pakai samsung yang ramai orang pakai tu, orang tak heran. hahahaha. kan kan ..eh terkeji lak. 
lepastu kan..Lumia 920 ni menawarkan teknologi kamera PureView! Untuk skirn pulak, ada PureMotion HD+ (jangan ingat Tv je ada HD!) so gambar paparan pada skirn sangat best gile tau tak. macam ada air dalam skrin tu..kilat je.. 

Lepastu kan..tadi aku balik kerja kan terus masak yela aku kan bakal isteri yang misthali..so harusla tangan basah je kan kat dapur tu. PP Epal ajak men mesej lak. ingat kan leceh la nak touch skrin dengan jari ai yang basah ni..tapi Lumia 920 ni takde masalah untuk kita sentuh skrin tu. pakai glove pun ilek je srap srap kat skrin tu. best kan? 

Telefon ni pun dilengkapi dengan skrin Gorilla Glass 2 yang terbaru membuatkan dia jadi tahan calar. tak caya? tengok video nih. tapi aku belum ready la nak buat betul2 kat fon aku sendiri. waaa nanges ohh.

Cubaan Memusnahkan Nokia Lumia 920
 


terima kasih sudi baca kisah aset pertama ku yang awesome ni!! 

HARI KETIGA 2013

Tags
Assalamualaikum semua :)

ni adalah entry pertama bertarikhkan 2013. Sedar tak sedar dah masuk hari ketiga dari 365 hari bagi tahun 2013 nih. haa..kejap je kan. rasa macam baru semalam je aku melanguk dekat Dataran Putrajaya tengok bunga api tu. So kat sini nak wish Selamat Tahun Baru 2013 pada korang semua! 

2012 sebenarnya adalah tahun yang banyak meninggalkan pengalaman manis buat diri ini. cewah..hee..tapi tak payah la nak bercerita sangat sampai nak buat satu summary tentang pengalaman manis 2012. takut nanti orang kata membangga diri pulak. haha. biasa la kan..masyarakat kadang2 tak suka tengok kita lebih sikit. eh? hehe.

aku tahu korang semua dah update pung pang pung pang pasal azam memasing 3 hari lepas. aku pun nak share jugak apa azam aku tahun ni.. ngee :)

Azam aku simple bin senang je. Budak budak tadika pun gelak kot kalau tahu azam aku ni. walau apa sekali pun..setiap apa yang kita azamkan tu hanya lah mimpi indah di siang hari je kalau kita sendiri tak berusaha untuk capai azam tu. so buat pe tanamkan azam yang gile gempak kalauu benda kecik pun kita tak boleh nak improve lagi? 

  • 1stly, azam aku tahun baru ni nak banyakkan minum air kosong. sebab aku jenis yang tak suka minum air masak sebab loya. bila jarang minum air masak, selalu lah ngadu kat dokter sakit tu la sakit ni la. pastu dokter bagi mc. 
  • kedua..bila dokter asik bagi mc, so tahun ni aku piker nak kurangkan mc untuk jadi pekerja gemilang yang gojes. untuk kurangkan mc, aku kena la sihat. so back to 1st point tadi. minum air masak banyak hokey. nampak tak situ? azam aku saling berkait? see? haha
  • ketiga..kadang kadang banyak bercakap ni bukan aje membuang masa. tapi boleh mengundang malapetaka. sebab kadang kadang kita tak sedar kite tergosip dan terngate orang keliling. jadi azam aku tahun ni, nak kurangkan bercakap kosong. cakap bila perlu. berdiam lebih bagus. idak gitu?
  • keempat..kurangkan shopping. yang ni paling berat sikit bagi aku. mana taknya..kuar umah je duit pun kuar macam air. macam air ok! kalau duduk rumah pulak, mesti boring. mesti nak online. pastu tershopping online pulak. see? betapa besarnya dugaan? oh dunia tak penah adil. 
  • last but not least..and the most important is.. tahun ni nak cukupkan solat 5 waktu. pastu nak perbanyakkan doa. sebab tanpa doa..usaha je tak cukup. bajet seorang DIVA pulak kan..takkan tercapai la azam korang yang berderet2 tu. 

jap jap. ada lagi satu. the only reason i blog is to share my thoughts and experience. hope that we all can be frend and create a healthy relationship among us.. so sweet kan azam yang last ni? hehe. ok tak korang? muah! bye