RUMAH LEPAS KAHWIN

Tags
Entry ketiga untuk bulan Disember. Ha? tiga entry je bulan ni? sangat produktifinventedkome. ok fine. Since semalam public holiday, aku decide untuk keluar cari rumah untuk aku dan pp epal tinggal lepas kahwin nanti. 

memula memang pp epal macam tak larat je nak drive from Seremban to Shah Alam..(well aku kan stay shah alam sekarang..tinggal nogori den kat kg tu ha!) so ni adalah tips untuk all the girls nak buat your partner dengar cakap korang. 

Aish : awak..awak kena datang jugak esok teman saya cari rumah! ni kan dah nak bulan satu! 
PP Epal : errrr..takde excuse ke?
Aish : awak..seorang bakal suami yang baik adalah seorang yang tahu tanggungjawabnya..bla bla bla..(sambung lagi tanpe henti).. so awak kena tahu tanggungjawab awak adalah sediakan rumah, tempat tinggal, pakai makan minum semua tu untuk saya! bla bla bla (terus beri ceramah free)

finally..

PP Epal : ok. ok..esok saya datang. isshhhhh

senang kann girls?? korang ceramah je kat partner korang tu. and make sure masuk sikit unsur unsur tanggungjawab seorang suami mithali dalam perbicaraan korang tu. konfem dorang patuh arahan kita. ahahaha..kalau degil gak..mintak clash wakaka

so resultnya...kitorang spent the whole day cari rumah, jumpa tuan rumah, and bla bla..so finally jumpa apartment yang bagi aku, sangatttttttt convenience for us lepas kahwin nanti. so now tak sabar nak masuk barang barang rumah, nak decorate cantek2..so that nanti bila dah kahwen berangan tunggu husband balik kerje tepi pintu rumah yang cantik..ok..bosan. 

Apartment Seri Ixora, Shah Alam :) rumah aku tingkat tiga ok. rendah je..nak merajuk terjun bangunan pun tak effect pada anggota tubuh badan. cedera ringan je kot rasanya. tak pun rosak saluran peranakan. ok tak jadi terjun. :/

even rumah kitorang nanti tak besar macam dalam cerita drama melayu tu..tapi alhamdulillah still bersyukur... :) takde lahh tidur di kandang kudaaaaa!



yang bestnye rumah aku mengadap surau baru! hoyey. boleh bangun semayang subuh sama sama. takpun boleh semayang terawih sama sama. heeeeeeee..

niway..boleh panggil mr eric untuk deco rumah tak? ofkos boleh kalau aku ni bestfrend dia. hampa. so skng since we dont know each other haha ..aku just bukak satu website yang boleh bagi inspirasi untuk deco rumah tu nanti.  

taraaa...

agak agak mampu tak nak deco macam ni? hee pengsan. tunggu entry lepasni untuk mengetahui hasil deko deko eric ni. cheeaaa!

ok bye..

WALIMATULURUS CIK AISH & PP EPAL :)

Tags
bila pikir balik rasa macam unbelievable. ni la namanya berkenalan hanya melalui mukabuku! kitorang frend lama dah dalam fesbuk tu  cuma tak penah tegur. biasa lah aku kan stok bajet sombong. hihi. tapi pernah sekali, tuhan tu nak rapatkan kitorang, aku ter post status kat Facebook dia. aku ingat tu wall aku. rupanya wall dia. lepas tu aku pm dia mintak maaf kesal dengan apa yang terjadi. dalam hati malu ya rabbi. 

and sampai la satu hari tu, dia berani ajak aku keluar tengok wayang. memula tu rasanya malas tapi memikerkan status aku yang single, ahh jom lah! dan masa tu lah kitorang exchange nombor fon. :) kiranya kitorang plan nak blind date la.. ala takde ah blind sangat. bukan aku tak penah tengok muka dia dalam fesbuk tu. lagi pun dia ni mutual frend kawan sekolah aku. 

2.7.2011
lama lama..kitorang pun buat keputusan untuk couple. huhu tak boleh blah .. aku siyes tak sangka akhirnya aku couple dengan orang yang aku kenal melalui fesbuk. so siapa kata kita tak boleh cari jodoh dekat laman sosial? cuma kena hati hati dan pandai jaga diri. ye dik..  :)

so hari raya tahun 2011 merupakan raya pertama aku dengan dia. seronok memang seronok. sebab sebelum ni raya sorang2..sekarang berdua.. mesti la happy kan? dan masa ni adalah sesi untuk mengenal hati budi masing masing. and time ni jugak la aku perkenalkan dia secara formal dengan mak ayah aku. dia pun ada bawak aku datang rumah dia perkenalkan dengan mak ayah dia. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. masing masing terima dengan lapang dada. eh? hehe.. dan ini adalah step yang paling manis bagi aku. 



ini adalah kad raya handmade yang aku buat untuk dia. dalam kad ni selain ayat ayat hari raya yang biasa kita dengar, ada jugak gamba gamba since kitorang kenal :)


sebenarnya proses perkenalan adalah terlalu singkat. tau tau, terus perkenalkan pada mak ayah. bagi aku, biarlah mak ayah yang menilai sama ada dia baik untuk kita atau tak. perkara paling penting adalah dapatkan restu mereka. insyallah hubungan kita akan berjalan lancar dengan izinNya. INsyallah :) 





26.2.2012

pada bulan 12 keluarga dia datang untuk merisik. walaupun perkenalan tak sampai pun 6 bulan. bincang punya bincang, akhirnya keluarga memutuskan untuk memilih 26.2 sebagai tarikh pertunangan kami. hue hue. 





masa ni muka memang happy sangat sangat dan bersyukur sebab akhirnya kitorang buat keputusan untuk mengikat tali pertunangan walaupun perkenalan baru 6 bulan. alhamdulillah semuanya dipermudahkan. bak kata orang, berkawan bertahun tahun lama pun tak menjanjikan kekal ke jinjang pelamin. biarlah perkenalan kami yang cuma 6 bulan ni je, kalau dah sampai seru apa salahnya dipercepatkan. :) 

dan saat saat untuk membuat persediaan menjelang majlis nanti adalah yang paling memeningkan. hehe. kita sebagai kaum hawa ni biasalah nak semuanya nampak perfect. tapi dia selalu ingatkan aku, "jangan ikut orang. kita buat ikut kemampuan kita. yang penting, kehidupan lepas kawen nanti." :) ok insaf jap. tak jadi nak buat glem glem. tak gojes macam kak ramlah ram pun takpelahhh..hehe. 

so 26.1.13 yang tak lama je lagi ni, genaplah setahun kitorang bertunang. asalnya nak buat nikah pada tarikh ni jugak. tapi disebabkan sedikit masalah teknikal, jadi kitorang tunda seminggu selepas tu. Alhamdulillah akhirnya masa untuk kitorang disatukan dengan ikatan yang sah, dah tak lama je lagi. huehuehue. :p



Walimatulurus Cik Aish & PP Epal

ni adalah sketch kad jemputan yang akan diedarkan nanti. :) kad ni simple je. rasa macam terharu pun ada sebab tengok kad ni. hehe yelah..dah nak kawen dah cik aish korang ni kan. lepasni tatau la update blog lagi atau bersara terus. tak pun suami yang take over nanti. hihi. kad ni akan diedarkan pada hujung bulan 12 ni insyallah. :)

majlis akad nikah akan berlangsung pada 2.2.2013 pada hari Sabtu malam. dan 3.2.2013 berlangsung majlis Respsi di rumah aku di Seremban :) Untuk majlis bertandang pulak, pada 9.2.2013, insyallah malam tu ada majlis berinai dan esoknya 3.2.2013 majlis persandingan macam biasalah kan. belah lelaki taknak kalah okay siap majlis berinai bagai. hehe


jadi kawan kawan..jangan lah sedih kalau jodoh belum sampai lagi. kalau Mr Right tak datang time kita nak, jangan lah kita marah marah dan kata Tuhan itu tak adil. sebaiknya kita bersabar je sebab jodoh tu pasti datang. antara lambat dan cepat je. kalau tak di dunia, di akhirat pasti :) tahu?

PRE WEDDING SHOOT

Assalamualaikum. kali ni nak share dengan korang macam mana aku menghabiskan hari cuti aku Ahad lepas. Pre wedding shoot. ok. sebenarnya ni bukan lah official pre wedding kitorang. asalnya kitorang nak shoot sekeping dua untuk dijadikan cover invitation card nanti.

tapi dah alang alang ada orang yang sponsor pre wedding kecik-kecilan ni, sapu jela kan. pre wedding kecil kecilan bermaksud pre wedding yang tak berapa nak ready sangat. kalau tak paham, korang google la sebab aku pun tak paham. hahaha. tolong jangan buat aku stress.

Dan orang yang baik hati tu adalah jeng jeng... Mr Atan Kick!! Dia memang kelakar kalau korang add dia dekat fesbuk kompem korang tak nyesal sebab berkawan dengan dia, memang best. *hai atan kick yang single!* marilah korang semua.. kita mengorat dia beramai2 dengan harapan dapat shoot free lagi. hoyeh hoyeh!


Disebabkan istilah pun pre wedding kecil kecilan, maka kos nye pun kecil lah. so kitorang buat area Seremban je. tak pegi jauh jauh pun. Tapi insyallah next shoot nanti adalah di luar Seremban. lokasi? oohh biarlah rahsia. :p

Tema color pre wedding ni adalah ... erm..takde tema sebenarnya. belasah je ok. dah aku cakap kecil kecilan kan. memang tak ah nak betema tema bagai. takpela..less is more.. cewah padahal aku merajuk dengan si pp epal ni sebab taknak belikan belon buat props. stress aku. 


Ok. Tarikh dah tak rahsia lagi. hehe. 60 hari lagi rasanya untuk aku pegang title singa single. rasa berdebar debar sangat ohh..rasa macam..tah..macam2 yang aku rasa. rasa macam paket 3 in 1 je. doakan semuanya berjalan dengan lancar ye kawan kawan semua..hee..