SENARAI BARANGAN DAN PRODUK ISRAEL-AMERIKA YANG BOLEH KITA BOIKOT!

Tags
Sebenarnya aku sedih sangat dengan respon sesetengah manusia yang macam takde perasaan simpati langsung pada nasib yang menimpa saudara kita di Gaza. Persoalan mereka yang aku paling tak boleh terima "Kita hidup selama ni guna barang2 keluaran dorang..setakat boikot Mcd yang cuma beberapa sen tu apa la sangat yang boleh kita bantu Gaza tu..lupakan jela.."

So jom kita tengok respon respon manusia manusia 'bijak pandai' ni.
 

“Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putra Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.” [Al-Maidah (5):78-79]

Dan mereka semakin durhaka sesudah al-Quran diturunkan. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan Al-Qur’an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kedurhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka” [al-Maidah (5):64].



aku tak nafikan memang kita banyak bergantung dan pakai barang2 mereka. tapi yang dah beli tu dah la..sekarang ni mana yang boleh kita elakkan dari beli, kita elakkan..jangan la fikir kolot macam ni..benda paling mudah kita boleh lakukan adalah..boikot Mcd!


 
Kalau setiap orang boleh sumbangkan RM1, tentu banyak boleh dikumpulkan utk tabung Gaza. Dan kalau setiap org Islam boleh sedekahkan Al Fatihah selepas solat, takkanlah Allah Yang Maha Pengasih tak perkenankan doa hambanya yg terdesak. Isu Gaza bukan sahaja tentang agama, tapi kemanusiaan sejagat.

Selepas solat tadi, aku baca doa dari ayat terakhir surah Al Baqarah, dan petikan terakhir bermaksud "..Maafkanlah kami, ampunilah dan kurniakanlah rahmat kepada kami. Engkau pembela kami, maka bantulah kami untuk mengalahkan kaum kafir." Aku berdoa untuk orang-orang Islam di Gaza. Semoga kanak-kanak dan wanita khususnya, diberikan perlindungan daripada kekejaman Yahudi laknat, ameen ya rabbana alamin.


ok petikan kat bawah ni khas untuk manusia yang kurang bijak pandai macam pengomen kat atas tu..renung2kan..


Dari seorg rakan .. 

"Boikot Produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak-anak muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia"
Kata-kata dari manusia yang 'bijak' pandai .. 

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang

amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung-burung yang lain. 
 
"Usahamu itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.  
 
Lalu burung kecil itu membalas: "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepada ku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya." 
 
Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine, Syria, Burma atau dimana saja yang sedang terseksa itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng, burger dan satu cup pepsi mahupun godaan-godaan lain 
 
Selamat berfikir dan merenung diri :) 
 
Last sekali aku nak share dengan korang senarai barang barang ISRAEL LAKNATULLAH yang boleh kita elakkan dari beli atau guna. Percayalah..walaupun usaha kita ni tak mampu untuk menghentikan pendarahan di Gaza, sekurang kurangnya kita berusaha.. :) 















LADIES!

Tags


ok..malas nak story banyak..Tudung ni memang best gila pakai..feel macam pakai tudung Fareeda. Kain original chiffon okay. Free shipping dan free Swarovski Brooch! semuanya di sini! Pembeli terawal akan dapat free gift !! :) Happy shopping!
AishElis
 
P/S : Tudung bawal Manik dah sold out. Alhamdulillah :)  tapi akan restock kalau ada lagi yang order ok. 


SESUATU YANG KORANG KENA TAHU....

Tags
Assalamualaikum. Ok sebenarnya aku nak stop lah kejap update entry pasal Bandung syurga membeli belah tu kann..sebab nya..aku ada sesuatu yang korang kena tahu..

Tudung Bawal boleh & sesuai digayakan dengan pelbagai jenis fesyen.
Material : Tudung Bawal Jepun - berkualiti tinggi, lembut & mudah dibentuk. 
Manik Swarovski : 100% dijahit tangan - Handmade. (corak manik berbeza)
 















Untuk order boleh email aishelisboutique@gmail.com 
Nyatakan nama penuh, alamat, kod tudung, dan nombor telefon ye.
kod tudung adalah berdasarkan gambar dalamentry ni..let say gambar pertama, kod nye 01. dan seterusnyalah.. 

setiap warna hanya ada sehelai je. jadicepat jangan buang masa..grab satu ok!
happy shopping gurls..!


ok tu je la yang aku nak bagi tahu korang. hehe.
     

TRIP BANDUNG : KAMI DAH SAMPAI!!

Tags
Assalamualaikum


abaikan bahagian perut. tu semua faktor angin yang menolak baju tu ke depan. hehe. 

Hoyey hoyey. akhirnya sampai jugak ke Bandung. Kami sampai di Airport Bandara Husein Sasteranega, Bandung. Huh panjang bebeno nama airportnya. Lepas sampai, kitorang terus tunggu supir yang ditugaskan untuk bawak kitorang ke hulu ke hilir nanti. supir ni macam pemandu pelancong la. semakin best supir tu, semakin seronok la trip tu nanti. eh keluar hipotesis pulakkan.

ok. ni hotel yang kitorang duduk. satu malam lebih kurang RM70 je. selesa pun selesa. :) ok. sampai sini je la ye. rajin lak aku nak update panjang lebar kan..Next entry adalah berkenaan PAsar Baru!!! syurga shopping untuk kaum wanita macam ai!




Grab now!! Chiffon Faryda 3 layer bersama brooch Swarovski!..Happy Shopping gurlz!!



TRIP BANDUNG : PERJALANAN BERMULA!

Tags
Assalamualaikum

Eksaited bebenor tajuk entry tu kan. Sebenarnya kali ni nak share info dan tips buat korang yang belum lagi ada pengalaman atau pertama kali menaiki Flight Air Asia. 


Disebabkan kitorang tau Bandung memang kota keriangan untuk kaum kaum hawa bershopping, so aku dengan bakal mak mertua aku, tak bawak beg besar besar pun. cukup sekadar hand luggage untuk dibawak dalam flight. cadangnya nak beli luggage besar kat sana je nanti. baju pun tak bawak banyak. bayangkan aku cuma bawak sehelai je tu pun kat badan. pastu baju tidur sepasang. ngn yang kecik kecik tu. suma nak beli kat snaa je nanti. lagi pun malas nak bawak baju banyak2 buat berat beg je. tapi pastikan hand luggage korang tu tak exceed 7kg ye. 

lepas tu barang barang cecair macam shampoo bagai tu kalau boleh isi lah dalam bekas yang kecik. sebab liquid item yang exceed 100ml tak boleh bawak naik flight ye. sebabnya korang tanya lah staff Air Asia. tapi bukan Air Asia je, mana mana flight pun kena kan syarat yang sama. 

Check in kena 2 jam sebelum. flight aku jam 4.45 petang. so seawal 2.45 petang mesti dah check in. tak boleh lewat even seminit. tak tahu lah aku kan. sebab adik ipar aku sendiri tanya staff tu, check in tak boleh lewat even seminit. kene seawalnya 2 jam sebelum. tapi kalau Flight MAS aku rasa sejam je. aku pun tak ingat dulu masa pergi Switzerland. sejam kot kalau MAS. 

Dalam flight nanti FA akan bagi form ni untuk kita isi. isi jangan tak isi. so aku memang dah stanyby pen dalam beg. lepas isi, form ni akan diserahkan pada pegawai imigresen yang menanti kita kat airport indon tu nanti.

 
dalam perjalanan yang cuma 2 jam tu boleh lah kita tidur ye.. form pun dah isi kan....ok..zzzzz..


TARIKH 10.11.12

Tags
Assalamualaikum.

Ramaibetul yang pilih tarikh ni untuk buatmajlis kawen kan? Asal cuti panjang je kawen. asal tarikh cantik je..kawen. kawennn jela aktiviti kita bila time time mcm ni kan? sama la jugak dengan kawan sekolah aku ni ha. pilih tarikh cantik ni untuk melansungkan majlis perkahwinan..tahniah yee..

Actually ada 3 wedding yang aku kena pegi harini. tapi lastly aku just mampu untuk attend satu je. sebab yang lagi satu tu dekat Pahang. And lagi satu dekat Shah Alam. Jarak memang memisahkankita. hehe. so aku just attend wedding kawan sekolah aku kat seremban ni je. Wedding Zila dan Amir. 

ni semua classmate aku masa sekolah menengah. antara lima orang ni ada 2 orang yang available. cer teka.. hehe.. include aku so jadi 3 la.. aku available ke? tettt..
Zila ni kawan sekolah aku sejak form 3 sampai form 5. memula tak berapa rapat sangat. tapi jadi rapat sejak form 4. mungkin sebab kitorang setaman pastu naik bas sekolah pun sama sama.heh heh. tapi kadang kadang kalau ada duty kat sekolah, petang tu kitorang akan balik jalankaki je. no wonder kitorang kurus sampai sekarang. sila la percaya. 


lepas tu masa aku keje kejapkat bandar baru bangi, aku duk satu rumah sewa dengan dia. tapi kitorang jarang jumpa walaupun satu rumah.sebab dia selalu keluar dengan tunang diia..kuar makan..shopping dan lain lain lagi yang boleh buat akujeles lalu aku pun ajak tunang aku datang bawak aku jalan jalan gak. ha macam tak reti nak letak fullstop lak ayat akukan?? 

So aku just nak wish selamat pengantin baru dan semoga bahagia ke anak cucu. wokey? bye!



ehem.sempat lagi nak promote tudung kan? Material : Tudung Bawal Jepun - berkualiti tinggi, lembut & mudah dibentuk. Manik : 100% dijahit tangan - Handmade. Colour Available : Dark Turqoise, Light Turqoise, Green, Dark Pink, Light Pink, Maroon, Coral Pink Peach, Dark Purple, Light Purple, Soft Purple, Orange, Yellow & White. (corak manik berbeza) 

cepat klik like AishElis

ANUGERAH SKRIN 2012 MACAM SAMPAH

Tags
Assalamualaikum. 

Kelam kabut aku tengok Anugerah Skrin 2012 malam ni. kalau aku ada sakit jantung, 10 minit tayang lagi aku mesti dah pengsan. Aku tengok kejap kejap sebab tak tahan dengan kebodohan anugerah yang berprestij ni. bahasa tunggang langgang. ada yang kaku (macam si neelofa). 



aku try cari selit mana yang best tentang anugerah malam ni. tapi takde langsung. macam tengok anugerah kanak kanak riang je. sayang..sungguh sayang.. aku bersimpati pada artis2 yang datang malam ni. mesti depa bosan kan..hehe

Tapi apa pun..ramai gak artis yang pakai baju tutup badan kali ni. tu pun sebab ikut tema. kalau tak? konfem baju dedah sana sini. tu je la kot yang positifnya. yang lain haremmm..seyes boooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo sama ASK 2012!!!

kalau suka boleh like!

TRIP BANDUNG : SEBELUM BERTOLAK

Tags
Assalamualaikum

Previous entry : Trip Bandung

Seperti yang aku janjikan dalan entry sebelum ni, aku akan kongsikan dengan korang semua tentang pengalaman aku ketika di Bandung. Sebenarnya trip kali ni bukan lah dengan keluarga aku. tapi dengan keluarga bakal mertua aku. kami berempat je. Mak mertua (bakal) hehe, adik ipar (bakal jugak), PP Epal (bakal laki aku) wahaha dan jugak aku. so 4 orang jela. 

Kitorang naik Air Asia lah macam biasa. tiket agak murah sebab beli masa promotion Free Seat Air Asia tahun lepas. so agak lama jugak la tunggu. tapi pejam celik je dah nak pegi dah. tak sedar pun kan.. actually ni cuma perjalanan singkat je. memang tak puas sangat sebab pergi hari Ahad balik hari Selasa. :(


Tolong lah simpan baik baik boarding pass ni sebab kalau hilang, korang beli la tiket baru. hehehe. 

kat sini aku nak bagi peringatan sekeras kerasnya untuk korang yang berhajat nak ke luar negara tu. tolong lah check passport korang. pastikan tarikh luput passport tak kurang dari 6 bulan. contohnya kalau passport korang luput bulan Januari 2013, paling lewat pun bulan Julai 2012 korang dah kena renew. Sebab syarat nya dah begitu. Actually ada kisah di sebalik passport ni. tapi biar lah aku share dengan korang kemudian. tah tah ada yang boleh agak apa jadi kat aku pasal passport ni. hua hua hua. 

ok. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bandung mengambil masa 2 jam je. Flight aku pukul 4.45 petang dan dijangka tiba di Airport Hussein Sasteranegara, Bandung pada 6.45 petang jam Malaysia . tapi sebenarnya aku sampai jam 5.45 petang jam Indonesia sebab perbezaan 1 jam. KL lewat 1 jam dari Indonesia.

Persiapan sebelum bertolak, aku berjaya menukar mata wang RM ke Rupiah dengan bestnya! bayangkan aku tukar RM1000 aku dapat 3 juta Rupiah. tak memasal aku jadi jutawan segera. tapi di Indon je la. kekeke. 

so sebelum bertolak, pastikan boarding pass ada, passport ada, duit dah siap siap tukar. jangan tukar dekat Indon sebab leceh. tukar siap2 dekat negara kita yang tercinta ni yek. so tunggu la entry lepas ni....... bye..

TRIP BANDUNG!

Tags


Alhamdulillah perjalanan aku bersama keluarga bakal mertua ke Bandung, Indonesia berjalan dengan lancar. lancar ke? sebenarnya banyak kisah di sebalik perjalanan ke Bandung ni. Tapi akan dikongsikan kemudian. sebab sekarang taknak mood sedih. nak happy happy je kongsi pengalaman yang menyeronokkan ni dengan pembaca semua! 

Actually ni cuma lah entry pembuka sahaja. dan lepas ni korang stanby jela dengan entry entry aku lepas ni yang hanya pot pet pot pet pasal Bandung je okay. kalau berminat boleh lah jadikan entry lepas ni sebagai guide untuk korang yang nak bercuti ke sana nanti! hope membantu lah kan...

tungguuuu...