MAKAN NASI AMBANG

Tags
Hai hai hai! Banyak gila belog yang tak sempat dilawat semula. Banyak sangat blogger yang tanya dan mintak tempahan Veil Pengantin ala ala simple but nice tu. Mintak maaf mintak ampun buat masa ni aku tak dapat nak ambil apa apa tempahan sebab sibuk sangat. Minggu ni pulak banyak benda bertubi tubi nak setelkan. haish.

walaupun kehidupan semakin tunggang langgang tapi sambutan hari raya haji tetap tak mis! Kali ni aku menyambut nya ala kadar di kampung Jeram Kuala Selangor. Berkumpul ramai ramai dengan keluarga dan sanak saudara rasa macam hhoho kau takkan rasa suasana macam ni dekat bandar. kan??

Tahun ni kitorang semua buat kenduri Nasi Ambang. well nasi ambang ni kalau korang nak tahu ..sebenarnya makanan orang jawa. yaaa..keluarga aku memang ada darah jawa. hehe.


ini lah rupa Nasi Ambang. satu dulang akan dimakan seramai lebih kurang 10 orang. ye. makan 10 orang dalam satu dulang. makan dalam dulang tu jugak. takde nak alih masuuk pinggan ke apa ke. hadap dalam dulang tu jugak.


harus la bergambar tomey tomey depan bungkusan nasi ambang ni. sebab aku tahu, lepas bungkusan ni dibukak..dan semua berkerumun makan keliling dulang, masa tu takkan dapek den nak bergambar bagai. semuanya macam dilanda taufan. 

ok. Sebelah tu kazen aku. muka memang tak sama. tapi perangai sama. dua dua suka makan.

so tARAA..ni lah lauk lauk nasi ambang tu. korang teka mana satu tangan aku? hehe. lauk lauk yang ada dalam setiap dulang, lauk ayam kari, sayur campur, serunding, daging masak kicap, pastu macam macam lagi aku pun tak dapat nak kenal pasti sangat bila dah berlonggok macam tu.

bapak bapak sedara dan mak mak sedara ada buat ibadah korban. :)

selesai ibadah korban dan merewang potong daging. ni je yang tinggal. ada siapa2 lagi nak? ekor ni sedap dibuat sup. T___T


By the way..ni saja lah yang aku termampu untuk update. dan aku rasa belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk korang semua. muahh. bye

gambar kredit pada my bro n my sis in law. :)
 

LELAKI BAGI BUNGA

Tags
Assalamualaikum

Aku cukup suka dengan lelaki yang berperwatakan romantik. ala ala Seth Tan gitu. Dulu aku ingat nak kahwen dengan lelaki yang romantik kasi bunga hari hari kat aku. tapi rupanya baru aku sedar, lelaki tu cuma ada dalam drama je. kalau ada dekat dunia realiti pun, 1 dalam seribu. tak pun 1 dalam beribu ribu. teeheee. Macam watak Seth Tan dalam drama Nora Elena tu. walaupun tu cuma watak drama je..at least dia jadi satu fenomena kat seluruh rakyat Malaysia pada suatu ketika dulu..*osem!*

disebabkan PP Epal dulu rajin bagi aku bunga, dari sekuntum, pastu 3 kuntum..pastu sejambak..pastu sejambak plus bear..memang seronok tak terkata la kan. bukan seronok je..tapi beronok ronok bak kata Johan. ye la maklum lah masa kitorang kapel tu masa tu tengah hangat drama Nora Elena. kan Seth Tan dok bagi bungaa je nak takel Nora tu. so aku rasa drama tu lah pencetus idea kat PP Epal untuk menakel aku. 

tapi percaya lah. lelaki yang rajin bagi bunga ni cuma ada dalam drama drama je. korang tau ke ending drama tu macam mana? mula mula memang la bagi bunga. sebab nak mengorat. lepas dah kahwn? ada? ada pengarah yang buat drama pasal lelaki bagi bunga kat bini dia lepas kawen? takde kannnn..

macam aku jugak. dulu je PP Epal rajin bagi bunga. sekarang manede. bila mintak, dia kata, kita kan nak kahwen..simpan ah duit. bla..bla ..bla..panjang la dia membebel. macam aku mintak gelang emas 80g! padahal bunga je pon.

hahahahaha..



sakit hati.rasa macam nak clash je. bye. 


PERSEDIAAN..SEDIA?

Tags
Assalamualaikum. 

Rasanya ini adalah entry ketiga untuk bulan Oktober. Sangat tragis bukan? Memang dasar pemalas kakak korang ni. Ntahlah. Bukan takde idea. Idea memang ada. Banyak. Cuma malas. Takde kerajinan. CEWAH..Lain lah kalau up satu entry boleh dapat seratus ringgit. *mata duitan kejap*

Ada beberapa sebab kenapa blog ni tak serajin dan semeriah dulu. First..busy. Ye adik adik. Kakak mu ini sangat bizi sejak dua tiga empat menjak ni. Macam macam benda nak disetelkan. Dan untuk mensetelkan beberapa benda tu, bukan lah sekelip mata. ianya memerlukan perancangan yang teliti dan rapi. 

serius bunyi nye kan?

hahaha. nak kawen biasa la.. :p Nak prepare hal hal perkahwinan ni sebenarnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi ye adik adik. semua hati kite kene jaga. tak boleh nak ikut selera kite je. sebenarnya banyak jugak krisis masa nak pilih tema..pilih katering..pilih baju..macam macam lah. yang lelaki memang tak kisah. mengikut je kata. yang perempuan semuanya nak nampak perfect. :)





Kadang kadang bila tarikh perkahwinan makin dekat, makin banyak dugaan yang datang. hehe. semuanya kena sabar dan sabar. kalau ikutkan hati muda kakak kau ni..nak je mintak clash pastu balik pada aaron aziz. eh? 

apa pun..doakan la yang terbaik untuk saya ye..Dan maaf banyak banyak sebab tak serajin dulu blogwalking kat blog korang. tapi korang tetap rajin jejak blog ni. terharu sangat. ohh ye. tunggu next entry ye. entry sebelum berangkat ke Bandung :)


PADAH PAKAI BRA YANG TAK SESUWEI

Tags
Hari ni nak cerita pasal padahnya pakai bra yang tak ngam dengan saiz kita. Entry ni khas untuk pompuan je. sah sah la pompuan je pakai bra. tapi kalau lelaki yang ganteng ganteng nak baca entry ni gua no hal. gua tahu korang memang gatal. *apesal berlu gua ni? pengaruh negatif!*

okay lets get serious people! 


bra ni sebenarnya ada bermacam macam jenis dan saiz. kaler toksah cakap la. macam macam kaler ada. hijau tahu anjing pun ada. kaler transparent je aku belum jumpa lagi. so disebabkan saiz yang macam macam ni, sepatutnya korang kena la bijak pilih saiz yang betul betul ngam dengan korang.jangan main sedap pakai je. barang berharga kena ah bagi maximum protection kan. eh?

tahukah korang, pemakaian bra yang salah memberikan impak maksima yang series pada korang yang cantik cantik ni? lelaki mesti lah tak terjejas sebab mereka bukan pakai bra pun. pakai underware pun belom tentu yedok? eh sangat menyakitkan hati kaum lelaki je ayat aku ni kan. hehe.



ok jadi marilah kita meneliti serba sedikit kesan buruk bila kita pakai bra yang salah. (salah bermaksud, salah saiz. bukan maksudnya korang tersalah pakai bra mak korang, adik korang atau jiran korang.)

PERTAMA

bra yang terlalu ketat akan menyebabkan breast korang ditekan sehingga menghalang peredaran darah. dan ini boleh menyebabkan kegatalan kepada korang. tapi lelaki gatal di luar sana bukan lah berpunca dari pemakaian bra yang salah. tu semua lumrah kehidupan lelaki yang takde kene ngena dengan entry aku nihhhh..take note pelis.  

KEDUA

bra yang terlalu longgar pula akan menyebabkan breast korang kendur kerana tiada sokongan secukupnya. jadi sokonglah breast anda dengan sebaik baiknya. pakai lah bra yang betul betul sesuai ok. betul kan ayat aku tu? aku pun dah risau takut korang salah paham je nih. :p

KETIGA

kita pernah dengar orang tua tua kata bila nak tidur jangan pakai bra. nanti laki kau marah! haha funny. bukan sebab tu ok. Sebenarnya pakai bra sepanjang hari akan menyekat aliran darah sekitar breast korang tu dan berisiko untuk dapat breast cancer la laling.ini tidak adil! jadi perjuangkan lah hak kamu untuk memiliki breast yang sihat! 

KEEMPAT

korang ingat korang seksi ke duduk rumah seharian tak pakai bra? sebenarnya bila kita duduk seharian di rumah opkos la kita melakukan kerja kerja yang seharian. lain lah kalau kau puteri raja pinggan sebijik pun kau taknak basuh, reti nak terbongkang je atas katil. so bila melakukan kerja seharian, breast kita perlu dilindungi dengan betul iaitu dengan cara pemakaian bra yang tepat! yaaa tepattt sekali dong!

jadi apa lagi yang korang tunggu. pilihlah bra yang bersesuaian dengan saiz korang. breast yang sihat akan meningkatkan keyakinan diri tau! tak sangka i boleh berfikir sampai ke situ! jadi di sini aku selitkan beberapa tips pemilihan bra yang betul.  



endingnya..sila lah google untuk dapatkan lagi banyak info kesihatan macam ni. sebab aku baca artikel macam ni pun masa tengah tunggu pp epal datang lambat bebenor. so google kejap pasal tajuk ni. haish. 

Happy Birthday!

Tags
Ini merupakan tahun kedua aku menyambut hari kelahiran dia. Tapi tahun lepas sebagai awek dia sajeer..tahun ni sebagai tunang! upgrade ye dok? orang lain upgrade iphone5, aku upgrade lain. kau ada? hahaha. 

macam tahun lepas aku just bagi dia kapel ring je sebab seyes memang buntu nak cari hadiah untuk lelaki. tapi aku gantikan dengan makan yang best best...tahun ni aku sambut kat tengah tengah dataran Putrajaya je. ada aku kisah orang pandang? wek..



tahun lepas kek moist chocolate. tahun ni kek red velvet. seyes sangat sedap okay. lilin alphabet tu aku beli sendiri kat kedai. gerammm tengok. rasa syg nak bagi pp epal tiup lilin and potong kek tu. hoho. kek ni aku tempah online je sebab memang tahu sedap sebab tunang haritu pun tempah dari orang yang sama :)




Dear my fiancee..saya just nak cakap dekat awak, saya terlalu sayangkan awak sampai kan hati saya takde ruang untuk orang lain. terima kasih Tuhan kerana berikan awak untuk jadi pasangan saya. untuk bersama sama saya susah dan senang saya..saya selalu tidak bernasib baik dalam percintaan tapi saya tahu tuhan tak kan menzalimi saya. lalu Dia menghadirkan awak dalam hidup saya. 



Saya harap awak sukakan hadiah saya yang tak seberapa tu. saya tau awak suka Nikon!! betapa susahnya saya nak memikirkan hadiah untuk awak sampai saya tak tidur 3 hari 3 malam! ok tipu.


dan saya harap awak terharu dengan ayat ayat jiwang karat tahap kebangsaan dalam kad tu. sesungguhnya saya sangat penat memikirkan ayat jiwang yang sangat dasyat tu.jadi amatlah tidak logik untuk awak mensiasiakan usaha dan kerajinan saya yang penat memerah otak ni untuk buat kad jiwang tu.

ok. tu je nak update. love is a promise. and i promise to love you forever and ever! korang yang nak muntah sila tutup dulu blog aku ni okay. dah bye.