BARANG MEKEUP YANG WAJIB ADA!

Tags
mekup tebal adalah fake. tanpa mekup tu lah natural beauty. eh aku dengar ayat ni dari mana tah. honestly aku memang setuju sangat lah dengan statement tu. aku ni jenis yang tak berapa minat mekup. nama nak pakai bulu mata palesu ke pakai lense kaler kaler ke, pratice teknik shading dekat muka ke..oo tidak lah aku begitu. 

mari kita lihat barang barang mekup yang paling basic kepunyaan akak korang ni ha..

sebagai basic, cream muka yang aku pakai, ni la dia. mesti korang tak tahu apa ke jenama krim ni. aku beli 1 set include krim malam, krim siang dengan sabun pencuci muka. honestly barang ni SANGATTTT PUAS HATI sebab dulu kulit aku macam kusam kusam je. sekarang ramai gila yang tegur kulit aku nampak licin, bersih and cerah. for now aku akan stick kat product ni :)



Lepas apply krim siang tu, aku akan guna compact powder ni. seyes murah je. yang penting aku rasa walllaahh bila pakai. warna bedak sekata kat kulit. tapi aku jarang gak pakai bedak ni. bila nak keluar rumah baru pakai. setakat duduk rumah, pakai krim je cukup :)


P/s : aku tak suka pakai foundation sebab aku rasa macam tersumbat je liang roma muka aku bila pakai foundation. punca jerawat..so say no to foundation. hihi


mintak maapla ye bekas eye shadow yang agak tragis. tu semua gara gara anak buah aku yang suka pinjam eye shadow aku ni. dah pakai taknak kemas balik. (tibe tibe salahkan anak buah) hehe. aku memang jarang pakai eye shadow. kalau pakai pun nipis nipis je. tidak ler aku nak pakai kaler kaler yang terang terang ni. aku lagi suka kaler yang lembut..macam eye shadow In2it tu. semua kaler kaler tanah je.. nampak natural bila pakai. :)



ooo aku paling tak suka pakai Lipgloss. sebab melekit lekit. lepas makan dah hilang, kena tacup balik. eh rajin pulak aku kan? so dari takde langsung, ok fine aku adakan jugak. tu pun tak banyak. ni je yang aku ada. ok la..buat kecemasan. 



ok aku paling suka pakai blusher. bagi aku, biar la tak pakai lipgloss asalkan blusher aku tak lupa pakai. untuk blusher aku suka kaler yang natural. nampak lembut je bila kena kat kulit. dulu aku suka pakai blusher In2It tapi sekarang aku dah suka gila dengan blusher dari Essence. bayangkan aku pakai pagi, petang pun tak hilang lagi. lagi mesra warna tu dengan kulit. auchh..sukaa sukaa..



Lipstick aku jarang pakai. mak selalu marah bila aku keluar tak pakai lipstick. tak berseri katanya. hai mak aku lak yang lebih macam mana ni? ok la aku pun beli lipstick takut mak marah lagi. haha. tapi jarang pakai. pakai bila rasa mood ok je. aku takut bibir hitam kalau kerap sangat pakai lipstick :) nanti kalau aku jalan sebelah negro korang tak leh bezakan aku ngn dorang lak. dah sama je kaler bibir ha caner tu. 



aku tak boleh hidup tanpa Mr Kajal! seyes mata aku jenis yang sepet. kecik sangat. dalam gambar sebelum ni, mata aku tak nampak kecik pun sebab bantuan Mr KaJAL ni. celak mata yang paling best. aku sapu kat kelopak mata guna jari je. buat ala2 smokey eyes. nampak mata seksi ala2 gadis arab. uwek. 

tu je la mekup yang aku ada. kasihan kan. sebab tak banyak macam dorang. dah la banyak, pastu mekup ikut kaler baju nak pakai haritu. kalau baju hijau, mekup pun mesti tema hijau. oh idak le aku begitu. simple is more. 

untuk penjagaan kulit, ha yang ni aku paling titik beratkan. sebab alhamdulillah kulit aku memang takde masalah tapi kalau terabai dari segi penjagaan, masaklaaa kulit aku mesti macam apa je nanti. 



setiap malam sebelum tidur lepas cuci muka aku akan pastikan aku pakai eye gel ni. sebab takut sangat ada eye bag sebelum masanya. ewah ayat. aku kadang kadang pakai spek kadang kadang2 pakai lense. mata pun cepat letih. dok ngadap blog lagi kan..nak baca entry korang yang panjang2 tu lagi kan. ha mata yang letih obatnya nah ni la dia. 



sebelum tidur aku akan pakai krim vitamin C ni. aku suka yang ni dari Body Shop. mana parut yang baru baru tu semua cepat hilang kalau amalkan pakai krim ni. :)



ok ni pulak adalah set penjagaan 3 serangkai. pergh nama. bila jerawat naik, first aku akan tepekkan OXY 10 tu sebab dia berkesan mengecutkan jerawat dengan cepat! lepas tu kalau ada parut, amalkan sapu Bio Oil. kalau parut tu terlalu gelap, aku guna Mederma :) tu makannya!


Biarlah orang kata kita tak cantik, asalkan kulit kita sihat dan bersih.
Biarlah kita pakai mekup yang murah2 je, asalkan serasi dengan kulit!

Peace!

SELAMAT KE KANTA LEKAP ONLINE? NAH TIPS UNTUK KORANG!

Tags
Assalamualaikum

Aku ada sedikit info untuk dikongsikan dengan uols semua. Maybe some of you have already read about this, well it doesnt matter. Kalau yang dah tau, anggaplah ni sebagai second reminder, mana yang belum tahu, MUST READ!


 kredit to KOSMO


Actually setiap orang ada tahap keihatan mata yang berlainan. Contoh kalau kita ada masalah kekeringan pada mata, jadi kena beli lense jenis yang mempunyai kandungan air yang tinggi dan material yang lembut. Tak boleh suka suka beli lense yang orang lain boleh pakai. sebab tahap kesihatan mata kita dan mereka adalah tidak sama. 

Kadang kadang aku pelik jugak macam mana penjual kanta lekap dekat uptown ni boleh suka suka jual tanpa bagi apa apa khidmat nasihat tentang material mana yang sesuai untuk pelanggan..


Selalunya kalau kita beli kanta lekap dekat kedai kedai optikal, paling murah pun kita boleh dapat RM40. Tapi kanta lekap macam ni pun hanya boleh dipakai selama sebulan je. Dan mereka yang menjual dekat kedai optikal ni pun memang menyarankan supaya guna sebulan je. jangan nak mengada ngada guna lebih dari sebulan. kalau roti expired korang nak ke makan? sama la jugak dengan kanta lekap nih.


Kebanyakan penjual kanta lekap secara online ni, memang la harga nya murah berbaloi baloi bila beli. dah la lawa, murah pulak tu. ada pulak yang cakap kanta lekap harga RM20 ni boleh digunakan selama setahun. Buat pengetahuan korang, Kanta lekap pakai buang setahun yang diyakinin selamat hanyalah dari jenis separa keras. Material ni sangatlah berbeza dengan yang ada di pasaran tu. Sebab material macam ni kadar serapan oksigennya adalah tinggi, berbeza la pulak dengan kanta lekap yang murah2 di pasaran tu, mudah dilekati kotoran!
So walaupun penjual kata 'tahan satu tahun' kalau boleh pakaila paling lama pun 3 bulan je. ni pun untuk mengelakkan kanta lekap tu menjadi terlalu kotor.




Bukan lah niat untuk menjatuhkan perniagaan kanta lekap secara online ni, tapi bila pikir balik, penjualan secara online kadang kadang tak dipantau oleh optometrist yang bertauliah. means that takde lah guide dari mereka mereka yang bertauliah ni tentang cara pemakaian dan penjagaan yang betul. apa yang mereka lakukan adalah, post gambar gambar lense yang cantik cantik, pelanggan pilih dan order, bankin bayaran, dan bila sampai barang, terus pakai. 

takde langsung guide dari mereka kan? macam mana kalau pembeli tu di kalangan mereka yang baru first time pakai kanta lekap? sadis kan? 


So elakkan la menjual dan membeli kanta lekap sesuka hati mu kerana first, tiada pemeriksaan mata untuk menentukan kita ni layak atau tak untuk pakai, second, kerana material kanta lekap yang diragui....

 
Nasihat aku pada korang yang gila kan kanta lekap..

1. Belilah kanta lekap dari kedai2 optikal dan lakukan pemeriksaan dulu sebelum pakai.
2. Jangan la berkira sangat dengan duit. Biar mahal asalkan selamat dipakai. Bayar murah tapi kalau mata sakit tak boleh jugak kan? nanti habis duit ke rawatan mata pulak..

Share la dengan kawan2! Selamat Hari Raya!

 

INDAHNYA SUNGGUH DI HARI RAYA - PART 2

Tags
Assalamualaikum

Bahagia betul bila bercuti raya 2 minggu ni. Rasa jeles pulak dengan kawan kawan yang dah mula bekerja. okay. tu bukan ayat hipokrit. ikhlas nih. So aktiviti harian adalah paksa mak jalan raya tak pun tengok TV tapi kadang kadang pelik nape banyak citer Hindustan sampai konfius ni hari raya aku ke hari raya orang lain. 

Berbeza betul dengan PP Epal yang dah mula bekerja semalam. cool giler! mentang mentang dapat award Best Employee bukan main rajin lagi bekerja sekarang. takpelah..demi masa depan kita ye dok? So raya yang seterusnya adalah menziarahi keluarga sanak saudara dan rakan rakan paling rapat. yang tak berapa nak rapat, mungkin akan plan next week. hehe. 

tahun ni aku bukan sengaja nak beli baju kurung banyak banyak. aku nak start kumpul baju kurung sebab nanti start kerja memang tak boleh pakai kemeja dengan seluar. gomen kan..so kene pakai baju kurung. apa salahnya..bukan saja nampak lebih ayu malah akan disukai rakan2 sekerja yang hensem2 (???)






 Single ladies from 5Arif batch 2003 Sek. Men Pendeta Zaba, Seremban.. :D


My dearest friend, thanks for everything..semoga kamu akan menjadi seorang yang success dalam ur business ! Yukk Semangat yuk!



INDAHNYA SUNGGUH DI HARI RAYA - PART 1

Tags
Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya buat semua blogger blogger tegar! Sebenarnya aku tengah pening sebab dari raya pertama sampai harini raya keempat, perut still lagi meragam. maybe terlebih makan ketupat dan rendang. wawawa. biasalah raya kan..bila lagi nak memerut kalau bukan time ni.. eh? T___T

Dulu masa kecik kecik mesti eksaited dia lain macam sikit. mesti tercongok congok depan tv tunggu Pakcik raya umumkan raya. sejak dah meningkat dewasa ni cewah dewasa la sangat kan padahal lepas buka puasa join anak buah main bunga api..tapi aku main pop pop jela. so sejak dumenjak ni takde la eksaited rasa macam nak melompat lompat tu. takde la begitu jadinya haku ni. just so so je.. yang penting bersyukur dapat beraya di Malaysia yang terchenta nii..! aloloolo

ini adalah keluarga aku. anak buah aku je dah 9 orang. tu belum masuk bakal anak anak aku lg..pp epal kata nak kembar 6..kau gila? ingat aku ni mesin penternak? hehe. so raya kali ni abang ipar sorang takde sebab kat Vietnam. akak aku sorang takde sebab dekat Swiss. aaaaa 

Jumlah pendapatan duit raya aku tahun ni tak berapa nak memuaskan. maklumlah orang dah bekerja. tapi tak sangka pulak akak aku sorang yang kat Swiss tu bank in kan duit raya RM500 kat aku. dari so so je sambut raya, terus jadi soooo happyyyy.. ceng ceng!! hehe



Pagi pagi raya yang syahdu haruslah bergambar dalam bilik raya. eh ada ke bilik raya..tak kisah la tu kan. so selalunya aku akan isi duit raya pagi pagi raya..helo..anak2 buah aku sekarang mana main duitraya 2ringgit ni. kalau aku bagi 2 ringgit mesti nama aku glemer kat kampung ni. "makcik kedekut bagi 2 ringgit je" ha taknak la camtu. so dengan penuh keterpaksaan dan ketidakrelaan hati aku ni..hahaha aku bagi la sorang RM20. ha cukup la tu. budak budak tak boleh pegang duit banyak sangat. T___T


so raya pertama aku adalah di kampung arwah wan di Jeram Kuala Selangor. oranggg jeramm katenyeee.. atas tu adalah sepupu2 aku yang gojes. geng geng mandi bogel masa umur 7 tahun. huahua. sekarang masing maing da gojess youuu..jom mandi bogel lagi nak? eh? hehe


ni pondok yang jadi tempat feveret kitorang yang gojes gojes ayam ni untuk berphotoshoot.  



keluarga akak aku. tema pink. emm akak aku baru kehilangan suaminya yang meninggal kerana kemalangan jalanraya bulan 5 haritu. takpela..yang pergi tetap pergi. yang hidup perlu teruskan hidup..demi anak anak.. :) Al-Fatihah buat arwah abang ipar..


thanks abah thanks mak! selamat hari raya. ok thanks for what ye? mak, thanks sebab banje baju raya. hehehe.  ok..aku ikut muka siapa ye?



ni lak family abang aku. eh korang ni pesal suka tema pink? but uols look gojes okay!!

 ni family kak long aku. husband dia takde sebab dekat Vietnam atas urusan kerja. peace!!


mungkin entry entry lepas ni aku akan asik gebang pasal raya. raya kedua, raya bersama kawan kawan sejenayah, raya dengan tunang tersayang..nak buat macam mana. kata bloggerrrr harusla update pasal raya ni berpart part kan? ok tak kelaka. 

Selamat Hari Raya!!!


FAMILY TRIP TO GENEVA SWITZERLAND - PART 1

Tags
Assalamualaikum. 

Seyesly aku tak tahu macam mana nak start buat entry pasal family trip ke Europe haritu. eh haritu? lama dah. tapi seyes aku memang suka buat pekasam dulu gambar gambar ni then baru ada ilham untuk share pasal pengalaman aku pergi Europe ni. 

Anyway aku telah pergi ke Geneva, Switzerland dengan my sis. ya trip kali ni tanpa kaum lelaki ye. semua adalah wanita wanita berkerjaya dan sangat independent bab bab travelling ni. hihihi. (well wanita sekarang boleh hidup tanpa lelaki whattt..)

Disebabkan harga tiket MAS stil berdegil taknak turunkan harga, so we all decide untuk naik flight Qatar Airways.  By dis time, my sis kira dah pro already to handle us wid the long distance flight. 13 jam dalam flight okay..tapi nasib baik transt dekat Doha tapi sejam jela then sambung balik perjalanan. korang bayangkan betapa bosannya dalam flight lama lama! aktiviti aku makan, tidur,then tengok movie, dengar mp3, then jalan jalan toilet, then sambung mintak air segelas lagi, then tengok tingkap then rotate balik sume tu selama 13 jam perjalanan.

ok dah sampai. hehe. selama 2 minggu kitorang akan stay di rumah ini. ni bilik aku. niway jangan berangan la nak carik hotel sebab teramat la mahal. apa gunanya ada akak yang tinggal kat sini? ni lah rumah akak aku dekat Geneva. dah 4 tahun dah dorang duduk sini. jelesss. so bilik ni mempunyai heater. so cuaca yang sangat sejuk pun rasa rilek je. sangat selesa!


ni bilik Sofea. so Alia akan tidur sama dengan Sofea dekat bilik yang ala ala princess ni. ooohhh korang memang girlyyyy okay. credit untuk sofea yang pandaiii kemas bilik. sofea memang dah dididik dengan nilai murni macam tu. bagus. :p


ok ini adalah shower room. seperti biasa rumah rumah di sini memang akan seperate kan toilet dengan shower room. dalam shower room ni, akak aku pasang karpet sebab dorang memang takkan risau kalau letak karpet dalam toilet sebab carpet memang akan sentiasa kering dengan adanya heater. gila kau takde heater dalam shower room? mau aku mati kesejukan.

disebabkan tekak dah boring gila dengan makanan dalam flight selama 13jam tu, rasa macam terharu gila bila sampai rumah akak, dia dah serve nasi ayam panas2! memang best ah. terus mentekedarah dengan penuh perasaan. 


lepas makan, kitorang keluar amik angin. saja jalan jalan market, pastu bila terserempak jiran jiran we all akan say "Bonjour" bermaksud..helo!


then kitorang jalan jalan dekat area taman. masa ni suhu dekat 10 celcius. sebab baru lepas winter kan. so sangat sejuk bagi aku. tapi bagi dorang yang stay sini, ni kira suam suam kuku je. homaigod. 



alia dapat kawan baru. 

ok. penat jugak la nak update entry pasal departure dengan arrival saja! tunggu part seterusnya. destinasi kitorang the next day adalah Lyon. bukan Lion ok.

thanks for reading!



TIBE TIBE RASA MACAM OOOHHH WE ARE BEST FRIEND FOREVER!

Tags
seyesly bila tukar header baru, rasa macam ehhh kita memang bestfriend forever! actually dua orang kiri dan kanan aku tu merangkap kawan baik aku masa praktikal dekat TNB dulu. duluu tau..tahun 2009! 

"You were the one who made things different, you were the one who took me in. You were the one thing I could count on, above all, you were my friend."
- Tom Petty 

make over blog ni sememangnya adalah benda yang paling menyeronokkan aku. and aku yakin korang semua mesti nak nampak kelainan pada blog, nak nampak comel..nak nampak smart pada header dan susun atur widget2 tu semua..font yang mantap..banyak lagi lah.

so belog cik aish pun tak ketinggalan nak buat satu transformasi. tapi takdelah canggih mana pun transformasi ni. cuma nak ubah selera je. 

Masa ni semangat nak pakai elemen elemen doodle membuak2 sangat. tibe tibe rasa macam nak jadi keanak anakan. nampak tak header dulu macam kindergaten je rasanya walaupun usia tak berapa nak kindergarten sangat. hehe. 


pastu tibe tibe rasa macam baru mencapai akil baligh. rasa macam nak jadi dewasa. maka terhasil lah header wajah sebenar menggantikan wajah doodle dalam header dulu tu. header ni tak mengaplikasikan ilmu2 photoshop pun. sebab faktor kemalasan semakin menjadi menjadi sejak dumenjak ni.

tapi satu satunya transformasi yang tak mungkin berlaku dalam blog ni adalah, tidak akan sesekali memasukkan lagu, tidak akan sesekali menjatuhkan efek efek salji dekat blog ni, tidak akan sesekali membuat 3 column pada blog, dan tidak akan sesekali menggunakan short form yang melampau lampau macam budak2 tak belajar abc zaman sekolah dulu. haa pasal short form melampau di kalangan budak sekolah sekarang ni, esok akan aku update! ko tunggu..ko tungguuu! aku nak start membebel ni. bye. 

ADA HATI NAK SHOPPING RAYA!!?!!

Tags






HEHEHE...selamat berpuasa semua !


PUJIAN DORANG YANG TAK BERAPA NAK IKHLAS.. CONTOH?

Tags
korang pun tau kan, Belog Cik Aish sekarang tengah proses transformasi. sikit sikit tukar. memula tukar background *thanks a lot pada korang yang banyaaaakk sangat bagi sokongan dan idea untuk pemilihan background* hehehe. cayang sikit! 

so kalau korang perasan, blog ni dah mula berubah dari segi kaler. lepas ni hape pulak yang akan bertukar ye dok? adakah pp epal yang bertukar? hehehe.. ok..so bila blog mengalami sedikit transformasi ni, even sedikit, naluri tuan blog sangat peka dan sensitif sekarang tau tak. pantang ada orang puji sikit "ehh cantiknyaaa blog awak niii" ha mula lah tak tentu arah hidup. 
contohnya kalau kita tengok sekarang ni, macam ada je yang puji blog kita cantik la tu la ni la dekat shoutbox. korang tak percaya? check shoutbox korang ataupun korang boleh check shoutbox aku. hehehe. ada kan yang puji? thanks la ye. tapi kita ingat kan dorang ni puji ikhlas rupa rupanya haah hamik..bila kita klik link dorang konon nak la usha sapa yang puji kita tadi..upe upenya link iklan. link promote MLM mcm infinity downline yang boleh dapat seratus sehari tuh! 
hade ke patot? 

haaa aku punya la semangat baca pujian pujian tu maklum laa sejak start buat transformasi dekat blog ni..as i said earlier, my hurt become bery the sensitive u knoww!! fine! pujian sangat tak ikhlas. menyamps! eh? hehehe. 

nasihat buat mereka mereka tu. kalau nak promote iklan ke nak promote MLM ke, pelis la buat dengan berhemah. cakap je la terus terang korang nak perkenalkan produk korang ke apa ke kan.. 

kalau korang sendiri boleh terima tak pujian melambung yang tak masuk akal macam ni...

"lawaaa gila tuan blog ni macam lisa surihani"
"canteknya blog ni! seumur hidop saya tak pernah tengok blog secantek ni" 
"seyess blog awak memang patut menang award penulisan terbaek!"

tak pun..

"blog u ni lagi best dari blog fatin liyana"

haa tak ke merapu tahap melantun lantun punya pujian tu? hahahahaha..seyes dorang memang...arrghhh tak suka tak suka. pepatah ada kata "tak hidup dek puji, tak mati dek keji" boleh tukar? "biar tak puji, asalkan tak keji!" wekkk!



KAD RAYA HAND MADE... AGAIN?

Tags
boleh lah terjah kalau nak baca entry pasal handmade kad raya untuk pp epal tahun lepas..


persoalannya di sini adalah... perlu ke aku nak buat lagi hand made kad raya untuk pp epal ni? jap nak pikir idea..(berbaloi ke idak?) hehe.. tapi rasanya macam idea lain lak yang datang..rasa macam nak buat giveaway kat korang. rasa macam nak bagi kad raya hand made untuk follower Belog Cik Aish. rasa macam nakkk je ... tapi korang mesti taknak kan? haha ok matikan terus hasrat.

P/S : harini buat cuti sendiri. nak jalan jalan cuci mata tengok sale sana sini! 
P/S : congrat to pp epal sebab dapat Best Employee tahun ni! 



KASUT! KASUT! KASUT!

Tags
kali ni aku nak update tentang kebendaan. hehe..ok sebenarnya aku nak share dengan korang habit aku yang suka kumpul kasut. tak kisahlah kasut tu ada brand ke takde brand ke..asalkan aku rasa macam selesa nak pakai dan nampak comel pada pandangan kasar aku. lagi pun aku ni bukan la banyak ringgit sangat nak beli kasut designer macam kasut jimmy choo ke..kan? yela..maklum la tahun depan dah nak kahwin so duet semua banyak kene save. 

tapi aku ni perempuan biasa. memang susahhhh sangat nak elak dari terjebak dengan sale sale ni. puas jugak pp epal heret aku keluar dari tempat tu tapi tak boleh jugak. so aku pun terjebak dengan membeli 3 pasang kasut dekat Vincci petang tadi. 


 bayangkan aku terpaksa beratur panjang dekat 45 minit untuk bayar. sampaikan makcik depan aku ni pun membebel jee..aku pun dengar jela bebelan makcik ni.

yang ni aku tak berapa sure sangat muka redha sebab kena beratur panjang ke apa ke..niway..thanks sbb temankan..teheee


suka color biege! ni kasut raya tahun ni..korang bayangkan aku beli harga rm29.90 jeeee dekat Vincci tadi! berbaloi baloi!


aku memang suka flat shoe. so aku rembat yang ni. harga RM24.90 je.. kalau tak silap aku, dulu kasut ni kat Vincci harga dia rm45..


comel tak yang ni? tehee..harga rm24.90 jugak! selesa giler bila pakai. lembut je..


ok..puas hati sangat sangat sebab spent tak sampai seratus untuk 3 pasang kasut. berbaloi2..peh peh peh..