BLOG AKU DAH PREGNANT!

Tags
aahhhhhh...mula rasa mual nak muntah muntah..blog aku dah pregnant! hahahahahhahahahaha...

 uwek! uwek!

nak jadi blogger memang senang. bukan susah pun nak sign up satu blog. pejam mata pun boleh. tapi kadang kadang macam aku sendiri, perrrrghhh...rasa nak muntah muntah pikir nak update apa. rasa nak muntah tengok blog sendiri. rasa nak menangis pun ada bila tengok blog terabai. rasa macam nak tendang pintu kereta je tengok header tak tukar tukar sejak tahun lepas. (aku pun takfaham apa kaitan header blog dengan pintu kereta)

pastu rasa macam nak hack blogger lain je bila tengok dorang rajin update 8 kali sehari sampaikan harini makan apa, harini beli baju baru, harini ada orang banje makan, haa suma nak update..memang dasyat la dorang. tak kering idea nak update. tak satu page, satu perenggan pun jadik la asalkan update. peghh..kelas gitu. bestnya dorang kan...

aku? huwaaa..takpe..tunggu minggu ni..insyallah blog ni akan dimake over semula..segala skil skil photoshop yang tak seberapa..akan dipraktikkan semula untuk menghasilkan header yang baru. walaupun tak sehebat header blog blog lain, tapi akan aku usahakan untuk buat pembaharuan supaya aku tak muntah2 lagi. omaydariling! 

bukan senang nak jadi blogger macam aku. setahun sekali update. 8 tahun sekali tukar header. korang hado? hahahaha.


DAPAT MASUK SURATKHABAR!

Tags
korang ingat tak aku selalu cerita pasal keletah Sofea dalam entry SOFEA POLIS DAN NERAKA dengan entry SOFEA VS BUAH EPAL ?? baca lahh seyes korang akan gelak dengan keletah anak peguam ni..hehe.. ni la anak buah aku yang duduk dekat Swiss. seyes rindu dengan dorang. tapi terubat rindu bila semalam baca paper pasal my sister, my brother in law and Sofea..anak buah aku. bestnya masuk paper!! 

paper Metro bertarikh 26 Julai 2012

akak aku pernah tulis dalam salah satu artikel dia..

Tapi bila dah tak duduk Malaysia,
rasa aman jugak bila takde bohjan, bohsia dok berkejar dengan mat rempit,
bila berjalan takde rasa takut ada perompak atau pencopet,
takde plak orang nak buang sampah merata atau buang anak sebab fikiran sempit,
takde mat gian kat kaki lima yang buat kita rasa macam nak sumpit,
nasib badanlah kat malaysia gejala sosial memang penyakit.

Tapi walaupun bila dah tak duduk Malaysia,
hati tetap terpahat kat kampung halaman setiap masa,
biarlah walau kat sini ada salji, boleh makan strawberi dan pergi Paris bersuka ria,
tapi kat sini tak dapat baca gosip Fasha Sanda atau dengar lagu Siti Nurhaliza,
tak dapat tengok Buletin utama atau baca Utusan Mingguan dan Pancaindera,
kat sini orang sambut Xmas tak sambut hari raya,
tak dapat mengikuti agenda politik 1Malaysia,
nasib badanlah menghitung hari bila nak balik sana...!!
 

so ni la yang akak aku luahkan dalam artikel dia dulu..4 tahun duduk negara orang..mana tak nya?? hehe..takpela..at least korang duduk sana, dapat gak aku tumpang 2minggu dan jalan jalan pergi kota London dulu..kalau tak? tak merasa..hehe..thanks

selamat berpuasa ye you all..cepat cepat balik Malaysia..family kita tak sabar menanti kepulangan korang..hehe..sobs.

MY EX BOYFRIEND WEDDING!

Tags
malam ni mood tengok album lama. seyes banyak gila gambar ex boyfriend dalam tu. pastu tengok pulak facebook ex boyfriend..dah kahwin!! lost sekejap rasanya.. it's hard sometimes when you think of your distance past..and you''ll see the person you've love before with another.. kadang kadang rasa macam loser. 

loser sangat sebab dah spent masa berbulan bulan..bertahun tahun dengan someone yang salah..yang bukan ditakdirkan untuk kita.lepas tu at the end kita break up. lagi sakit hati bila kita macam terkontang kanting tanpa mereka, and mereka boleh hidup tanpa kita.  kalau la kita tahu dia bukan milik kita, kita takkan ingin nak buang masa macam tu je dengan mereka kan? 

tapi sebenarnya kita tahu dan kita sangat2 sure yang everybody at some point of their life will do stupid things which they regret. takkan ada seorang pun yang akan terlepas dari buat sesuatu yang mereka akan kesalkan suatu hari. yes memang betul tak baik untuk kita menyesal dengan apa yang kita lakukan. tapi to be honest..kita tak boleh tipu diri sendiri, perasaan menyesal tu memang ada. dalam mind kita mesti cakap.."kalau la aku tak jumpa dia dulu...kalau lah aku tak susah kan diri aku untuk dia dulu..kalau lah..tu kalau lah ni..."

so takpelah. kita selalu dengar orang kata..tuhan akan menemukan kita dengan orang yang salah dulu..

am i aite?

cheer up! :) there will always be light at the end of the tunnel..

bye..

p/s : entry tanpa gambar..takkan nak letak gambar my ex boyfriend puleks.. :p

UCAPAN SALAM RAMADHAN AISH UNTUK FOLLOWERS DAN READERS!

Tags
Dear my readers and followers..

Harini 1 Ramadhan. hari pertama berpuasa. walaupun ada lagi 29 hari lagi nak raya, tapi mood raya macam dah ada. sebab? uols bayangkan mana mana hiway sekali pun, jam teruk malam tadi sebab semua orang nak balik kampung bersahur sama sama. hehe aish yang balik dari bangi ke seremban terlepas la dari jam sebab ikut hiway lekas. 

macam tahun lepas punya puasa feel lain sikit sebab masa tu title singe but not available la kan. so tahun ni laaagi lain sebab menyambut bulan puasa sebagai tunang orang. so perangai kena jaga sikit jangan nak mengeelaaa sangat orang kata kan? hehe. tu pasal lately kite dah berubah jadi lebih sopan. tu semua perubahan positif tu. hahaha. 

cakap pasal puasa, tak sah kalau tak pergi bazar ramadhan kan? tapi bagi aish sendiri, kureng sikit pergi bazar petang petang sebab lagi suka masak sendiri dan mengerjakan makanan home made yang mak masak. setakat beli kuih sikit sikit pastu air tebu or air kelapa (tak pernah miss) tu, boleh la pergi bazar beli. tapi tu pun sederhana je. tak nak membazir sebab tahu memang takkan makan habis punya. (psss lauk kat bazar tak semua berkenan kat tekak hehe)

alhamdulilah. aku masih dapat merasai nikmat ramadhan. Malah..aku merasakan ini ramadhan aku yang terindah. terima kasih tuhan kerana menghadirkan DIA..syukur sangat. so tahun ni mungkin nak ajak encik tunang berbuka puasa sama sama dekat rumah. haaa masa ni la nak jaga tatasusila. nak masak sedap sedap untuk dia. baru dia tak cari lain. kekeke.

with all my heart, aish mengucapkan Salam Ramadhan kepada korang korang semua. Forgiveness for my wrongdoings and words which are uttered accidentally..semoga amalan kita diberkati Allah SWT. insyallah. 
P/s anak buah aish Sofea yang berumur 8 tahun ada cerita...katanya.. "I think this world is a test for people. Allah will test us with money, beauty and sickness. Mama if we can't go to the first layer of heaven, the last layer is also good, as long as not in hell."
insyallah Sofea..sayang sofea..anak sedara yang kini menyambut Ramadhan dia Geneva Switzerland..petah dia berborak dengan mama dia.. miss her, my sister and my brother in law..miss uols!

NAK TUDUNG FREE??

Tags
Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semuaaaa followers Belog Cik Aish! Untuk memeriahkan suasana bulan puasa tahun ni..aish nak bagi tudung free untuk korang! senang je. pergi fanpage kat bawah ni sekarang dan ikut step yang senang gilaa! taraaa pastu dapat 2 helai tudung! sebab aish tahu puasa pertama ni korang mesti nak balik kampung kan? so boleh la bagi kat mak ke adik adik kat kampung ke..adik sedara ke..akak ipar ke..tak kisah sukahati korang. jom klik sini! 

klik link kat bawah ni untuk terjah! cepat! sampai esok je!
http://www.facebook.com/AishElisBoutique

REZEKI NAK KAHWIN! YEEEE

Tags
Orang kata kalau niat nak mendirikan masjid..tuhan mesti akan permudahkan jalan kita. hehe.. tiba tiba berfalsafah malam ni. tadi dapat panggilan untuk ambil offer letter. dah berminggu2 dan berbulan bulan tunggu jawapan and berita gembira dari company ni. 

alhamdulillah. dalam sibuk sibuk kat ofis tadi sempat gak la jawab telefon yang banyak kali berdering tu. konon macam rasa nak marah je siapa la pagi pagi call aku ni. nasib baik tak emosi. maklum la ai kan penyabar. ke? hhee....so dapat call suruh datang ambil offer letter. im speechless!!

Thank you PKNS! wait for me! ok bye. esok nak pergi PKNS Shah Alam, pastu terpaksa ambil no pay leave kat opis tempat aku skng ni..huwaaa..takpela at least leh lari lari anak ke pos laju pos kan tudung! haaaa..good job aish!  

Firman Allah: "Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)." (Ar-Rad: 22)

rezeki nak kahwin ke ni? hehehe..
jangan lupa usha2 tudung dekat AishElisBoutique!


BOLEH BELI BORONG KANNN?

Tags
Ada yang email aku tanya macam mana nak beli tudung dekat AishElisBoutique secara borong. korang jangan salah paham. ada sesetengah yang jual borong dengan kuantiti satu kodi (20 helai). pastu ada yang tak boleh pilih kaler..kene terima dengan redho kaler apa yang termasuk dalam jumlah tu. 

tapi beli borong dari AishElisBoutique, korang boleh pilih MANA MANA JENIS DAN KALER tudung yang korang suka asalkan minimum 10 helai. so nanti aku cadangkan untuk raya nanti, korang pakat dengan adik, akak, mak, makcik, bakal mertua dll (wah dan lain lain ye!) pilih dan cukupkan 10 helai, pastu dah boleh beli dengan harga borong.

ok..ni sikit sikit jela yang aku boleh upload sini..nak tengok lagi boleh pergi website Aishelisboutique ye :)

nak tahu harga borong berapa, korang boleh email aku dekat aishelisboutique@gmail.com dan bagi tahu apa nama tudung yang korang nak tahu harga borong tu. tapi tengok yang available jela. yang sold out tu memang takleh nak tolong. hehe.. ok..bye.. salam sayang. wahh sayang pulakk!

*eh tak lama lagi nak puasa! bestnya yea!

TEMPAT MAKAN BEST DEKAT BANDAR BARU BANGI

Tags
korang tau tak dekat bandar baru bangi ada satu tempat makan yang bagi aku biasa biasa je tapi sedap! walaupun bukan taraf 5 bintang ke hape ke kan..tapi ada kite kisah? kite tak kisah makan tepi jalan sekali pun asalkan makanan nya sedap dan tempat dia bersihhh..*eh nape guna kite ni? bajet budak skul lak..hikhik*

kalau aku balik rumah sewa dekat seksyen 7 bandar baru bangi ni, biasanya tempat makan yang aku suka adalah dekat sini..jom terjah..wah bajet jalan jalan cari makan !

RESTORAN CEMPAKA RIMBA

tempat ni terletak dekat bangunan PKNS. kalau dekat nak raya, memang ada bazar dekat kawasan ni. tapi restoran ni ada dekat dalam. betul betul sebelah Kepci. (KFC). kadang kadang bila lalu Kepci, mesti tak jadi makan Kepci sebab suka lagi makan dekat Restoran Cempaka Rimba ni. Tomyam dia perghhh..korang pergi sendiri and rasa.

so nanti bila dah start puasa, maybe tempat ni salah satu destinasi aku untuk buka puasa nanti. eh belum puasa lagi dah fikir mana nak makan kan? teruk betul. anak sapa la ni. haha.ok. so tu jela nak share. sebenarnya ada baaanyakk lagi tempat makan yang best dekat bandar baru bangi ni. tapi aku rasa aku update masa tengahri minggu depan la..time bulan puasa. saje je kan nak kasi korang terliur..holololo



NEW STOCK PULAK!

Tags
Aku baru je lepas ambik stok baru minggu lepas. tapi baru tadi berjaya snap gambar and upload. malas aku nak tunggu esok esok baru upload, buat berat kepala je nak tunggu tunggu..*ala sebenarnya eksaited nak upload gambar tudung baru ni!* oh dem!

So tudung yang ada ni korang boleh lah tengok dekat AishElisBoutique ye.. And nak bagitahu, sementara nak raya ni baik korang beli yang cantik cantik sebab aku khuatir *ewah siap khuatir lagi* nanti dah bulan puasa stok cantik cantik dah takde. macam tibe tibe semua habis. kann? gitu. 


So kat sini aku bagi tunjuk sikit sikit je ah tapi kalau nak tengok semua aku update dekat AishElisBoutique je ye. Untuk tudung bawal printed mintak maaf la sebab stok dah habis. tapi jangan cedey cedey sebab aku baru lepas re-stock semalam. kekeke. pantas tak? 

ha tunggu apa lagi? masuk contest dapat 3helai tudung..jom join. klik sini!

SOGO SALE!

Tags

so korang pun dah nampak kat atas tu memang ada sale sempena Sogo member day yang berlangsung semalam dan harini. jadi satu penyesalan buat diri aku sebab aku tak tahu pun ada member day sale kat sogo harini. dengan penuh keterujaannya aku turun sogo harini sebab kan semalam entry aku..aku citer yang aku akan ditemani oleh mak dan bakal mak mertua aku untuk shopping harini! so memang gua menyesal turun kl harini sebab....

3 jam cari parking sahaja!
parking sogo full
parking dekat Pertama pun full
apatah lagi parking dekat area jalan tar tu..semua full..siap kerek tak bagi masuk lagi..

semua jalan untuk parking ditutup sebab full..

jadi aku pun parking dekat petak kuning tempat bas dan taxi berhenti..ha gasaklah kau..kalau dbkl atau polis saman kerea aku..siap..hehe nasib bek tak kena saman..

balik dari sogo pulak..jam jugak..2 jam pusing pusing kat situ je. kuakuakua..minyak kereta? habis sedut..

so.. pasni..say big NO untuk sale sogo..melainkan kalau umah kau sebelah sogo then boleh jalan kaki sambil buat muka berlagak dapat pergi sogo dengan riang hati. ok. sadis. aku dah penat. nak tido.. bye!

BELI STOK BARU DENGAN MAK MERTUA! YAW!

Tags
Tengah syok pergi uptown Reko semalam, punya la banyak baju baju comel comel and tudung tudung cantik cantik sampai lupa pulak sendiri jual tudung. kuikuikui. ok. untuk pengetahuan kengkorang, tudung bawal printed rm8 yang memang hot selling sekarang ni, dekat AishElisBoutique dah habis stok. 

Sebab taknak menghampakan beberapa org *cewah bajet betul* yang email tanya untuk beli borong..jangan cedey cedey sebab esok pagi pagi aku akan restock balik tudung tu. selalunya pp Epal yang teman. seyes dia pun kena angkut and pilih tudung tudung masa tu..

tapi esok mak nak temankan. mak pp epal pun ikut yaw! mak pp epal dah susah hati sebab aku tak tunjuk2 lagi tudung dekat dia so maybe kerana itu la dia nak ikut aku beli stok baru esok. nak pilih sendiri katanya..esok kita pergi sesama yeee mak mak ku sekalian. haha. *tibe tibe rasa macam menantu dan anak yang solehah..padahal..*kuikuikui


Jangan lupa pergi AishElisBoutique, boleh beli tudung! minggu depan dah start puasa. mesti ada yang nak balik kampung kan. apa lagi belikan la untuk mak ke mak mertua ke..sejuk sikit hati dorang ye tak.pastu jangan lupa join Hijab Beauty Contest. hadiah rm50, tudung, free blog promotion..haaa sapa nak bagi? hehehe..selamat berhujung minggu esok! muah!

HIJAB BEAUTY CONTEST

Tags
klik banner untuk join!

OUR ANNIVERSARY

Tags
Sayang,
Kita berkenalan hanya dalam laman mukabuku...” bait indah yang menemukan kita,tak pernah terpadam segala memori pertemuan,antara awak dan saya, kita berkawan agak lama cuma masing masing tidak tahu kita dijodohkan untuk bersama..kita macam penat mencari kan? rupanya kita dekat je.. lagaknya kita macam sombong. awak sombong apatah lagi saya! sentap bila ingat balik. hehe.





masa ni awak buat buat la tanya mana kunci..sebenarnya awak nak kunci yang boleh bukak pintu hati saya kan? theee sumpah geli kot..lalala


Cinta MukaBuku lagu tema cinta kita, dah memang lagu tu tengah top masa kita tengah hangat bercinta ni..saya tak boleh lupa awak perangkap saya dengan semua barang barang yang awak nak hadiahkan pada saya..awak kata kalau nak bagi barang, kene jumpa. rindu ye. permulaan tu awak agak main tarik-tarik tali dengan saya kan,kononnya macam awak tak serius dengan saya so please la sayang, saya masa tu pun sama, not too serius dengan awak ,tapi dalam pada tu awak suka dengan perfume saya kan? sampai sekarang awak tak bagi saya tukar perfume lain! 



sanggup pulak awak jadi pak pacak pukul 2 pagi hantar teddy bear utk saya kan?? biasa lah..nak tawan hati saya macam macam strategi la awak buat. alhamdulillah, akhirnya “Best women win” ek’elehhhhh,perah santan lak sy ni kan, macam sweet potato sangat muka saya ni kan? that’s why sampai sekarang awak kata saya yang mengurat awak. saya yang berjaya bukak pintu hati awak. hebat kan saya? 

Happy anniversary sayang.. :)
2 Julai 2011 - 2 Julai 2012

PESTA FLORA PUTRAJAYA 2013

Tags
Hai gurls..dalam banyak ciptaan tuhan, objek bunga yang paling aku suka. sebab bunga cantik. bahkan bunga taik ayam sekali pun cantik. well..nama je buruk tapi stil cantik! i loike. so baru baru ni aku pergi Pesta Flora dekat Presint 2 Putrajaya. memang tiap tiap tahun muka aku akan menepek dekat celah2 bunga ni. tahun lepas pun aku ada buat entry pasal Pesta Flora 2011 tema bunga ros. seyes fanatik gila kat ros! but thn ni tema bunga kertas. :D

disebabkan aku tak nak pergi dengan Aaron aziz well aaron aziz text aku dia kata dia bz so aku terpaksa ajak my second choice iaitu pp epal. hoooohh..ok jgn salah sangka dekat cawan blkg tu. seyes, takde sapa yang jemput kitorang minum pun. tu just hiasan ye.

terasa macam nak beli. tapi ada tak baja untuk blogger yang MALAS update macam aiiii??? lalalala

seyes haus gila tekak time ni. memang rasa macam omaigod kalau la ada air sirap perahan limau kasturi dengan asam boi dalam cawan ni..perghhh..leleh siot

cantik kan basikal ni? haaa jangan jeles...cepat la datang sini! 

saja je pose manja depan kamera. sebab tahu kameraman nya pp epal je. cuba kalau aizul marcello ke yang jadi kameraman ai, konfem ai da blushing time ni..ahaks 

next entry adalah... : why haa lelaki suka pakai selipar je? hahaha

bajet terer main padahal memang terer pun. 

wow.... i like. hahahaha

seyes time ni rasa macam nak jadi pengacara Nona je. kannnn? tapi pp epal dengki kata aku macam penyanyi nasyid kumpulan muslimah. ke?

kalau la pesta flora ni berbayar untuk masuk, aku sanggup bayar. sebab mana korang nak jumpa longgokan bunga2 macam ni? nak tunggu musim bunga dekat Paris? ooh tidak..

ke sana ke mari tangan aku memang tak boleh berlekang dengan henset. nak buat camne.. ai takde DSLR macam uollssss... ala dlsr .... rantai berbuahkan kamera tuuuu

saje je pose macam ni. sambil baca skrip..abang aaron..tolong saya.. abang aaronn.. sumpah geli kot. haha

tatau nak cerita pe..korang tengok jela gambar. 

ni adalah arwah paul. sotong kurita peramal bola. hahaha. sumpah tak kelaka. ok cantik tak? 

tibe tibe aku rasa sukaaaaa dengan combination kaler baju harini. hehe

pp epal ni nak buang angin pelis la jauh sikit. ish..benci benci

jom mandi air pergi!

korang bila pulak nak pergi? jom jom jom..boleh nyanyi lagu hindustan dekat pesta flora ni. hikhik..kuch kuch betol aku ni. bye...muah