PENING CARI BAJU PENGANTIN..BOLEH TAK PAKAI KAIN BATIK JE?

Tags
migrain migrain. kenapa lah aku kena kahwin? enjoy pun belum puas lagi.. panggg..berani la pulak aku nak kuarkan statement macam ni depan PP Epal?? maunya dia reject aku. tapi takpe. aku tak kisah kalau dia reject aku. sebab aku pun ada calon lain selain dia. tu aaron azziz tu semua tengah tunggu turn tu. muahahaha. 

dulu punya ah sebelah mata je pandang majalah majalah pengantin ni. bagi aku eer pehliss apa barang baca majalah macam tu. baik baca Ujang ke kan? tapi sekarang dah kena start kumpul majalah2 pengantin. saja jela nak belek pesyen pesyen terkini untuk baju bersanding nanti. ewww..aku bersanding??? ewww lagi..





 

actelly baju ni cantik bila tuan yang pakai nya cantik dan kurus. aku? toksah berangan nak pakai baju macam ni. haks haks. kalau pakai pun mesti tak sama macam dalam gambar..sobs. ok la. korang kalau nak tolong akak korang ni cari baju pengantin, hulur hulur la link seketul dua. mana yang nak tolong promote butik2 pengantin kawan kawan, mak mak sedara semua tu pon boleh..sila sila. aku perlukan bantuan korang. peace!

BESTNYA PAKAI BAJU SAMA KALER!

Tags
Salah salah..sepatutnya tajuk entry aku kali ni.."aku dipaksa pakai baju kaler sama!" hahaha. actually entry ni aku peram sejak hari ahad aritu. nak update tak larat so peram dulu kasi sebati baru publish..tara.. 

ahad haritu aku kena bangun pagi walaupun bukan kesukaan aku bangun pagi. well, ahad kan, kalau anda waras jangan bangun pagi. sila nikmati hari cuti anda. boleh? so aku kena bangun pagi sebab tengahri tu dah janji nak teman PP Epal pergi tournement bowling. 

"awak pergi la, boleh jadi pom pom girl saya" (boleh, sila belikan saya skirt..)

so aku pun sian kat mamat ni, takpelah aku temankan lah walaupun aku tahu dia memang takkan bagi aku main sebab aku tak pandai main. kalau aku masuk team dia, mesti team dia tewas pusingan pertama kedua dan seterusnya. tidak..aku tak rela. so aku teman jela dia dari pukul 12 sampai 4 petang. bajet tunang yang mendengar kata. wekk.

 "thanks awak sebab temankan saya, tu pasal saya menang nombor 3" eleh amik hati aku lattew.. well bagus la awak menang even tahun ni dapat nombor 3. saya bangga rasa macam nak pengsan pastu bangun balik pastu pengsan balik.



cinta memang boleh menjadi pembakar semangat.cinta juga kadang kadang tak ada logika. eh bajet lagu agnes pulak. . ok bye.


KOREAN LENSE..BEST KE PAKAI?

Tags
kali ni aish nak share dengan korang tentang lense. aish start pakai lense yang takde kaler masa umur 19 tahun. masa tu first year dekat Fakulti Pengajian Perniagaan dekat UiTM. ada dinner fakulti. so terpaksa try pakai lense untuk nampak tantek dan hot meletop kebabom wa cakap lu..


sejak tu rasa macam ohhh diriku begitu berharga sejak pandai pakai lense ni. miahaha. seyes. aish rasa macam dah malas nak pakai spek. sebab bila pakai spek power mata aish terus naik tanpa segan silu. huh. so aish amalkan pakai lense but without color la kan.. alhamdulillah power mata stop naik.

so far aish dah pakai lense sejak aritu sampai sekarang. umur den 26 dah ni ha..ekau kiro la sendiri berapa tahun den pakai lense haa.. alhamdulillah lum ada pape masalah mata. tapi......................

masa tunang aritu saja je gatal nak beli lense kaler..ala plus yang boleh besarkan anak mata tuu..ala ala korean tu..seyes memang cantik pakai lense tu rasa macam jadi puss in boots je. mata besarr macam korean..walaupun muka tak berapa nak korean kan..tapi..tak serasi langsung. ada kesan effect pakai lense korean ni. seminggu lepas tu mata aish jadi sembab, bengkak kat belah bawah macam orang frust putus cinta nangis 7 hari 7 malam. nasib baik masa tunang aritu tak jadi pape lagi.

so aish stop pakai lense kaler cap korean lagi. bagi aish, biarla mata ni original, tak nampak korean pun takpe. asalkan mata sihat..betul tak.. so last sekali aish nak kongsikan pengalaman ngeri pakai lense ..haha

1. masa tu tengah tertunduk tunduk cari barang. pastu eh mata sebelah kabur. ingatkan lense terpelanting keluar..penat cari atas lantai..tak jumpa. rupanya esok pagi bangun tidur, lense tu ada balik kat mata. means lense tu menyorok belakang anak mata sepanjang malam tu. haha

2. masa tu terover pakai. sepatutnya kena pakai 7 jam sehari je. tapi dah lebih 20 jam. punya la kering mata nih time tu. solution tak bawak. so terpaksa titiskan air paip dalam mata kasi basah. tapi peritnya tuhan je tau.

3. tengah belek belek mata kat cermin, nampak lense tu tak center tengah tengah biji mata. dia macam senget. so terpaksa guna jari, pegang biji mata dan seret lense tu ke tengah semula. hikhik. orang yang tak pakai lense bila nampak scene ni kompem ngeri. tapi kita yang da biasa pakai lense, tu semua pejamm mata je..hahaha. 


so korang masih lagi nak pakai lense? aku bukan nak takut takutkan korang. tapi jagala mata jangan kasi rabun. sebab bila dah rabun, ni semua la yang korang kene hadap! 

P/s : sekarang tengah trend orang pakai spek takde cermin ke? spek besar kaler pink striking, ada butterfly tepi spek, pastu takde cermin. hua hua..macam macam pesen skng. whadeheyyyy!


NOKIA LUMIA 800 PINK KINI AKU YANG PUNYAA!

Tags
haritu aku pergi PC Fair dekat KLCC. niat di hati taknak beli apa apa. kalau jumpa pendrive murah baru beli. tapi kerana cinta pandang pertama terhadap Nokia Lumia 800 yang dok menebeng dekat booth nokia aritu, aku pun terbeli. eh tak tak.. pp epal belikan. hak haks..penat oh nak bodek pp epal belikan. siap parking tepi buat mesyuarat tingkap. nak beli ke tak nak beli ke tak. 

last last pp epal setuju belikan nokia lumia atas alasan nak mengelak dari kena belikan iphone 4s tak pun samsung galaxy note yang ternyata lagi ribu riban dari nokia lumia. bijak bijak. so hasil dari mesyuarat tingkap, akhirnya kitorang pun beli Nokia Lumia. special for me. auw..tak jadi cari calon lain. haaa tibe tibe nak bajet materialistik kejap. 

so lepas hampir sebulan aku pakai Nokia Lumia..aku nak share kan dengan korang apa yang bestnya nokia lumia. muahaha..siap kau nokia! aku kritik nih aku kritik! 


The Lumia 800′s body is amazingly smooth and -surprisingly- doesn’t feel like “plastic”, although it is. so aku memang suka sangat sangat dan sangat dengan design dia yang elegent dan colorful. The display looks great and feels great to the touch. For Microsoft, I’ve recently said that Windows Phone 7 needs a “sexy design”, and this is pretty much it.


Terdapat application Nokia Drive iaitu salah satu sokongan pemetaan dan navigasi terbaik di pasaran. aku rasa macam pakai GPS cap Garmin pun ada. memang terbaik. so jimat duit aku dari beli gps. guna saja nokia lumia 800! It is a real personal navigation app that provides clear maps where all the street names are visible!


Skrin yang jelas, sesuai untuk paparan HD untuk video mahupun permainan. walaupun aku bukan pemain game yang tegar, tapi aku suka record video. sangat terang dan clear. smooth je video tu. puas hati ah. 



and yang lagi menarik, kita boleh rakam gambar dokumen menggunakan kamera dan lepas tu gunakan sokongan terjemahan ke bahasa pilihan anda. contoh macam kau amik gambar dokumen bahasa cina, skrin boleh translatekan ke english! hehe. hebat haa..

kini terasa diriku begitu berharga dengan LUMIA. haks haks. *boleh jadi model iklan tak?


korang nak shopping tudung ke, nak beli borong ke, nak usha usha pun boleh! pergi dekatAishElisBoutique ada tudung Bawal Bubble tau! baru update! bye!