SELAMAT HARI PEKERJA!

Tags
kali ni aku nak tanya korang. tapi janji korang jawab dalam hati je tau. haha. ok..apa pekerjaan korang yang pertama? penebar roti canai? bidan terjun?? tetttt..ok aku jawab dulu. aku dulu cashier. korang?? sila jawab tidak melebihi 5 patah perkataan. ok tak kelakar. 

so..pekerjaan pertama aku adalah juruwang atau bahasa omputih nya adalah cashier. u know cashier?? cashier means juruwang. T___T  so aku bekerja pada umur 17 tahun and masa tu baru lepas SPM. yela..aku dulu orang susah. so kena la kerja sementara tunggu result kan?


best tak jadi cashier ni? kalau korang lembap mengira aku sarankan jangan la try jadi cashier. sebab kalau salah kira, boleh short and tolak gaji. sakit ohh..aku dulu pernah terlepas pandang dari punch sehelai baju minah ni, sekali shorttt kauu! sale aku ngn sistem tak taly. tolak gaji la jawabnya..rm29.90 lak tu! sentap tak sentap??

tapi kerja pertama ni memang best sebab kita belajar untuk susah cari duit. tak la kau duduk rumah lepas SPM menghabihkan boreh mak bapak je kan? eh ada yang terasa ke? ops. cowyyy.. adik adik, lepas habis belajar, means lepas habis SPM, try to get job. cuba rasa susahnya cari duit. at least kau dah ringankan sikit beban mak ayah. kan kan..

So hari ni, sempena Hari Pekerja esok, aku terfikir. tanpa pengalaman dari pekerjaan pertama, aku tak akan setabah hari ni. susah senang mengerah keringat membuat aku rasa sukarnya mencari sesuap nasi. betapa pekerjaan pertama tu telah mengajar aku banyak erti hidup. :) tak macam anak anak muda sekarang. apa je mereka nak, mesti dapat. tanpa bersusah payah! semua nak harap subsidi! renung renungkan!

Selamat Hari Pekerja!

ENTRY KHAS BUAT MEREKA YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN BERSIH!

Tags

sumber gambar : azrul azam

kepada rakyat Malaysia, semoga lebih cerdik. jangan lah menzalimi diri sendiri dan orang lain. semoga perhimpunan tidak berakhir dengan kacau bilau yang hanya mengakibatkan kerosakan harta awam dan huru hara. berhemahlah dalam setiap tindak tanduk. Allah pun tak suka orang yang melampaui batas. 

by the way..its a sensitive issue for some people. but me? aku suka dan pilih keamanan. aku tak sokong perhimpunan duduk ke berdiri ke..tapi tu tak bermakna aku sokong kezaliman. aku percaya ada jalan lain. contohnya, jika kita tak suka kerajaan, jangan lah undi kerajaan. yang penting jangan timbulkan kekacauan dalam negara. tak ada untungnya. keharmonian dalam negara tu sangat sukar dicari. SANGAT SUKAR!


tak pergi berhimpun tak bermakna kita pasrah. mereka yang berhimpun selalu gunakan perkataan zalim dan jihad. tapi pernahkah mereka melihat bagaimana kerajaan Burma dan Mesir melayan rakyatnya? Kerajaan Islam manakah yang terbaik di dunia? kita kena faham negara kita berbilang kaum. aku paling sedih kerana hal zalim dan SPR dituduh menipu, orang melayu berpecah belah.

memang ada beberapa perkara kerajaan kita tidak betul. aku pun tidak menyokongnya. tetapi untuk menuduh mereka zalim itu juga tidak betul. kalau kira rajin bekerja, dan bersatu padu, perkataan zalim tidak akan timbul. 

sebenarnya orang melayu suka mendengar khabar angin dan mudah sekali dihasut. yang paling utama, orang melayu malas membaca. sebab tu mereka tak tahu macam mana sukarnya negara kita dulu nak perolehi keamanan.. :( 

lebih baik kita berdiam diri sahaja kerana kalau kita melawan kita akan mencipta pergaduhan dan sukar mengawal diri. sudahnya kita mula bermusuhan. pulanglah ke rumah. lupakan niat anda untuk menyertai perhimpunan bersih! kan lebih bagus duduk taubat atau duduk tahajud 2 rakaat di rumah mohon negara kita aman damai?

p/s : DAH MENDAFTAR KE BELUM? klik like dan share entry ni!

TIPS JAGA ANAK KUCING!

Tags
entry kali ni ditujukan buat korang yang mula berjinak jinak nak bela kucing tapi macam tak berapa nak paham kenapa tiap kali bela anak kucing, mesti jatuh sakit, lepas tu gol! selain jawapan "dah ajal" ok aku nak jugak share apa punca kematian anak kucing nih.

sebelum tu, buat korang yang baru adopt anak kucing tu, first sekali apa yang korang kena buat? 

ni adalah anak kucing aku yang boroi akibat cacing..lepas suntik, dia dah tak boroi lagi. makin sihat dan kuat! aum! 

1. pergi ke klinik haiwan untuk dapatkan suntikan cacing dan kurap. actually suntikan ni sangat penting untuk si baby yang berusia lebih kurang sebulan macam tu. anak kucing memang senang ada cacing dalam perut. antara simptomnya adalah perut kucing tu bulat dan boroi. haha. korang ingat anak kucing yang kepala kecik tibe tibe boroi tu comel? memang la comel tapi sebenarnya dalam perut tu ada cacing yang boleh membunuh!

- klinik haiwan kerajaan, satu suntikan cacing hanya rm10 sahaja. tapi kalau swasta maybe rm30. :)


2. anak kucing perangan tak ubah macam budak kecik baya adik adik kita tu. hehe. selalu selsema dan sakit mata. kalau korang nak tahu, penyakit paling senang dijangkiti adalah sakit mata. dan sakit mata ni ada pembunuh utama kucing especially anak kucing. so, bila anak kucing sakit mata, cepat cepat bawak pergi klinik untuk dapatkan rawatan. doktor akan bagi ubat titis dekat mata. kosnya kalau kerajaan rm10, kalau swasta, rm30 :)

tengok..anak kucing ni siap pegang tangan aku lagi,,punya nikmat dia isap susu botol.. :)

3. kalau anak kucing korang yatim piatu, takde ibu susuan, korang boleh beli susu tepung khas untuk anak kucing dekat kedai haiwan. harganya cuma rm20 satu paket. awas! elakkan guna picagari untuk bagi susu tu, sebab pancutan susu yang kuat dari picagari tu boleh sebabkan anak kucing mati tersedak lalu menjadi arwah. haha. so gunakan botol susu yang puting lembut tu supaya anak kucing boleh nyonyot. sedap ohh..

so tu je tips simple untuk korang yang baru nak belajar bela anak kucing. ingat! kucing ni haiwan kesayangan nabi..jaga lah kebajikan mereka!

KITORANG MEMANG SELALU GADUH!

Tags
orang selalu kata lepas bertunang mesti selalu gaduh. ye betul. memang aku selalu gaduh dengan PP Epal. tapi sebenarnya..

sebelum bertunang pun kitorang selalu gaduh. haha. camno tu bang?

ni mamat yang suka carik gaduh dengan aku. haaaa.. wanted nih wanted..

PP Epal tu kan dia kan suka sangat carik gaduh dengan perempuan yang lemah lembut macam aku ni. lemah lembut ke??? hehe. em kalau tak mesej dia sebelum pergi kerja, nanti dia mesti kata "oo awak dah berubah.." lepas tu kalau call, masa nak letak phone, cakap bye je..mula la dia bising..bye je? tak cakap lebiu muah muah pun? fineeee.. 

kalau aku sibuk komen komen dalam pesbuk, mula la dia kata aku ni dah berubah sebab tak on yahoo mesengger pun ajak dia chit chat. haa padehal aku tengah bermesej mesej ngn dia kat enset nih..boleh mcmtu? haha. 


tu belum jumpa lagi..kalau pakai seksi seksi sikit, contoh macam pakai tudung tapi baju terketat sikit, mula la dia bising. pastu dia diam pastu perangai memboringkan dari pergi sampai balik umah. ha tu tanda nak carik gaduh la tu. tu belum kalau jalan kat shopping complex lagi tu..kalau aku jalan laju tinggalkan dia kat belakang sebab nak kejar sale kat dalam tu..mula la dia kata aku dah abaikan dia. haaaa.. 


kadang kadang aku takde la rasa tu sebagai benda yang menstresskan aku. sebab bila lagi nak rasa gaduh sebab benda yang bodoh bodoh macam ni kan? 

bagi aku..biarla kitorang selalu gaduh sebab banda mcm ni dari gaduh pasal orang ketiga ke, pasal pukul pukul aku ke.. ha tu memang tunggu aku mintak clash tuhh. 

pilih, nak clash ke nak siku?

tapi apa pun..tak kesah la betapa konflik nye masalah perhubungan korang, jangan sesekali memberi efek pada kawan2 di sekeliling, kawal emosi, ingatlah orang di sekeliling tak bersalah! hehe

P/S : entry ni kalau tak masuk gamba dia, masuk gamba aku jeeee ..tu pun boleh jadi isu tu. hahaha.. nyampahhh nyahhh!

BERAPA KERAT LELAKI YANG BACA BLOG AKU NI?

Tags
mengikut statistik dan laporan bancian penduduk flat seri wangi.. peratus pembaca di kalangan lelaki yang membaca blog perempuan adalah tinggi sekiranya..

a. perempuan tu comel
b. perempuan tu single
c. perempuan tu single dan hot (tambahan di situ)
d. perempuan tu tak gedik. 

haha. so aku pun tak tahu la ada ke tak pembaca lelaki yang masuk menerjah dan mendatangi blog aku ni. haa sampai ayat pun skema nak matiks..memang tak laaaaa lelaki nak baca blog aku ni. nyah pun pandang sekelip mata je. sekelip mata ke sebelah mata? sentapp..

tapi sebenarnya aku malu kalau blog ni lelaki yang baca. sebab entry lama banyak mengumpat dorang. yela..aku kan anti lelaki yang pakai suar tayang boxer ni. so memang banyak jugak la entry lama yang menceritakan kenangan kenangan aku memalukan dan dimalukan oleh kaum adam ni. cess sungguh.

flashback balik entry aku khas buat kaum adam. miahaha..
 
so nak tanya lagik sekali..ada ke pembaca lelaki Belog Cik Aish ni??? (yang separa lelaki tak payah nak sibuk jawab soalan aku ni haa!!)

BLOG LAGI SATU DAH SIAP!

Tags
klik gambar untuk site visit. haha

Ok..dah hampir satu abad Belog Cik Aish macam sunyi sepi..kesian kan? sebenarnya lately busy sikit dengan preparation gubahan hantaran customer. so hari ni launch blog lagik satu. tapi jangan harap nak baca personal entry ke, entry pasal bra ke pasal gstring ke.. haa tu takkan adalah kamu lihat di blog itu. entry gila macam tu hanya terdapat di Belog Cik Aish saje ye. haks haks. 

so pada yang nak tunang, nak kahwin, dah kahwin tapi nak kahwin lagi sorang, atau pun boifrend agak membosankan dan mahu clash lepas tu jumpa pengganti yang datang melamar terus, haa ok korang korang boleh follow blog aish yang lagik satu ni ye. sometimes aish akan update gambar2 tempahan hantaran customer kat dalam blog tu. so apa lagi? klik like and jom polow memolow dengan seikhlas hati..oohhh..i feel touched.. hehe. bye..


CARA BUAT VEIL PENGANTIN YANG SIMPLE!

Tags
Assalamualaikum wbt. yea akhirnya hari ni dapat jugak rasa duduk dekat rumah dari pagi sampai petang. sampai petang je lah. sebab malam tadi pp epal ajak merendek pergi ekspo ntah hape tah.. suka bebenar pergi ekspo. bukan beli pun. huhu. 

lamanya tak hupdate. rasa macam ingat ingat lupa macam ne nak update entry? haa parahhh diikkk..jangan tiru aksi akak ni. ingatlah..untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, rajin2 lah update. tapi kalau setakat nak cerita harini makan apa..harini duk umah tidur..ok tu takyah la update. hahaha. 

so kali ni aish nak tunaikan lah janji dekat korang korang semua. aritu aish janji nak share cara cara buat Veil pengantin yang simple tapi boleh diterima akal untuk bawak ke majlis2. haha. ok caranya senang je dik..


tapi sebelum tu, aish nak bagitahu, veil ada dua jenis. satu bentuk oval, satu lagi half-shaped oval. tapi aish lagi suka bentuk half-shaped oval. sebab senang nak letak atas kepala nanti. nampak nice. 

ni la dia veil yang berbentuk half shaped oval. 
bahan bahan yang perlu disediakan. 
1. beli kain net/chiffon berukuran 1 meter. 
*net : potong lebar 110cm-140cm/60"
*chiffon : bidang 45"@50"

untuk pilihan kain, aish lagi suka kain chiffon dari kain net. sebab kain net macam keras tapi kalau pakai chiffon, kain dia lembut dan nampak flowy and tak kaku. sangat cantik! 

2. border lace 
border lace ni kalau korang pandai cari korang boleh dapat harga murah. dalam RM10 semeter. ada lagi yang lagi murah, tapi beads dia tak berapa cantik. so yang aku jumpa RM12.90 semeter ni bagi aku dah kira ok la. simple but nice. 

cara cara buat veil.
1. kalau korang beli kain berukuran 1 meter, selalunya veil yang terhasil akan panjang paras punggung. so kalau nak pendek sikit, half meter pun ok.
2. buat template sendiri, lukis bentuk half shaped oval pada kertas macam dalam gambar kat atas tu. 

3. potong kain chiffon/net ikut template tu. kalau kain chiffon, memang cabaran nak potong sebab kain chiffon, berbulu2 kalau potong tak kene gaya. so hati2 ye. 

4. lepas tu, korang hantar kain yang dah dipotong kemas kemas tu ke kedai jahit berhampiran untuk jahit tepi. kalau korang tak reti potong atau gunting tumpul, korang hantar je kain ela tu ke kedai jahit untuk dia buat step nombor 2 dan 3 tu berserta jahit tepi. habis cerita. 

*tapi nak cari kedai jahit yang sanggup potong tu, susah sebab mcm remeh. dorang malas nak layan. korang kena pandai amik hati dorang. haha. upah jahit tepi ngn potong tu dalam RM15 je!

5. lepas da jahit tepi, korang amik border lace dan jahitkan kemas2 di sekeliling veil tu. ha tang ni ikut kreativiti korang. tapi aku cuma boleh bagi tips, untuk buat veil yang simple (in case baju pengantin korang dah sarat dengan beads) korang hanya perlu letak border lace dekat bahagian kepala sikit dan bahagian  hujung bawah veil tu. supaya tujuannya untuk kasi berat dan veil nampak cantik.  

6. dah siap. kalau korang rajin, boleh beli pearl atau apa apa beads yang sesuai, dan jahit dekat bahagian kepala. lagii cantik!
siap! 


selamat mencuba! pstt..jangan membazir tempah kat orang, buat sendiri je ok. hehe..jimat duit..




jom like dan follow aishelisboutique untuk tudung murah and cantik!!

TERLEPAS PANDANG

Tags
"takkan ada siapa yang dapat fahami aku..tak ada siapa..." hati kecil bersuara...

dua minggu kebelakangan ni, jalan aku terasa macam terlalu sukar. hari ni 1 April 2012. dah bulan April rupanya. tiba tiba teringat zaman sweet2 dekat bangku sekolah dulu. macam mana aku menjerit sebab kena kejutan april fool dari budak2 ni. huh. tragis. tapi funny. ok tak baik sambut april fool ye. 

cepatnye masa berlalu. aku pun dah jadi makin hebat untuk bawak semua rasa suram dulu untuk aku tukarkan kepada pelangi. tapi macam susah je. emm bukan mudah untuk betul betul tersenyum. tak semudah tu..

perjalanan lalu buat aku jadi pemendam hebat. biar aku terus pendam. sebab kadang kadang aku mahu kamu buka mata atas apa yang mungkin kamu terlepas pandang. i'm writing this not because i'm sad. but it just a way for me to recall all the moments..oh ya..sweet moments i ever had.. and appreciate something what we call "life lesson" as what they say its better to have loved and lost, than never to have loved at all.. :) 

erm...jalan gelap berduri dah aku lalui, takkan jalan sempit je aku nak mengalah.. 

be strong aish. apesal sedih sedih ni? meh nak lempang diri sendirik..