KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA.. HAHA BUWEK

Tags

ok buat buat tak nampak je gambar sebelum mekup ye. haha. kening ya rabbi..pp epal penah kata..kalau kening tebal kuat cemburu..kalau bulu roma..kuat..emm..teettt.. hahaha. pandai pandai je pp epal buat speculation. tumbuk kang! 

so thanks a lot pada Dynatul Bridal House untuk service mekup yang terbaikk! so pada korang yang nak tunang atau kahwin..boleh pergi dekat fanpage  
Ok..since aku punya susah nak cari veil yang sama kaler dengan dress, aku dah naik runsing sampai tumbuh dua tiga biji jerawat dok pikir. haha. tunggu punya tunggu punya tunggu..bulan tak timbul timbul..last2 decide buat sendiri veil. haha gila berani tanggung risiko. 

ok actually taknak pakai veil yang kain net..sebab nak try guna kain chiffon sebab geram dengan kelembutan kain tu..auww..so pergi beli dekat casamoda kain chiffon kaler macam tu dalam 2meter. so jahit punya jahit..total cost RM40 je. nak tempah? meh aish buatkan..hehe..harga doploh lapan juta. ok tipu. 

so penat jugak nak jahit border lace dekat keliling veil ni. tapi nak lawa punya pasal mak sanggup..tapi lawa ke hasilnya? hahaha.. ntah. 


 ni la hasil veil yang direka khas oleh diri ku sendiri..sobs. 

 tau ar veil tu labuh..korang buat tutup muka lak kan? sabo jelah. haha.

oklah..next entry nak promote kek dan cupcake yang sangat tantekkk untuk korang buat hantaran..just nak bagi idea untuk korang yang tengah tercari cari mana nak cari orang yang buat service buat cupcake dan kek yang cantik dan sedap! tunggu!! 


alamak sok keje..ok bye.

MY ENGAGEMENT DAY... HAI PP EPAL!

Tags



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... 26.02.2012..tarikh pertunangan yang akan dikenang seumur hidup..syukur alhamdulillah perkenalan selama 7 bulan dengan PP Epal akhirnya sampai ke sini.. doa doakan supaya we all ke jinjang pelamin..insyallah.. 

actually banyak nak update..nak tunaikan janji..promote semua sponser sponser yang ada..hehe..tapi masa tak mengizinkan..so..tunggu next entry okay! entry bergambar.. :D thanks pada semua yang wish, yang datang, yang sponser, yang macam macam lagi la..

"walaupun hidup ini bukannya fairytale, tak mustahil kita boleh dapatkan sebuah ending yang happily ever after as long as we believe..."

lebiu muah muah.


SUKA PULAK AKU KALAU ADA JIRAN MULUT LONGKANG NI KAN??

Tags
Salam. sorry taw sebab kali ni entry dekat blog pink ni ada bau bau emo sikit. argh apa nak jadi jadi lah. aku memang tak boleh bersabar dengan manusia spesis mulut longkang. aku memang luaran nampak lembut tapi aku jenis yang menentang keras kerasan kalau orang tuduh benda aku tak buat.

kadang kadang apa yang jiran sampaikan..tu lah yang orang dengar, dan orang percaya. am i right? lagi lagi jenis makcik makcik yang kepoh jenis mulut takde insurans tu. sesuai la jadi makcik. maaf aku bukan nak bersifat kasar tapi that makcik yang mulut longkang tu tought me so many harsh lesson.

aku tak mention pun nama makcik dalam blog ni. tapi makcik boleh buat cerita yee sampai orang pandang serong kat aku? tapi aku tetap bersabar. paling kejam pun ni je yang mampu aku buat..luah dalam blog. huhu nasib ah korang baca sapa suruh.erm niway.. aku takkan jaja cerita kau makcik oii. have you wonder why i didnt use againts you? because im not you!

 
kadang2 aku memperkatakan tentang sesuatu..or membuat sesuatu tapi disalah ertikan..and sampai satu masa..aku tak mampu nak buat apa2 untuk memperbetulkan keadaan dan dipersalahkan bulat2..tuhan saja yang tahu apabila melihat diri sendiri dihukum dan dihakimi oleh orang lain..even dalam hati nak sgt cakap..bukannnnnnnnnn..bukan mcm tuuuuu.. 




someone please...take me away from here.... :( 



CIRI CIRI LELAKI IDAMAN..WOO TAJUK PEBERET..MATIKS AH

Tags
jangan banyak tanya nape aku dah jarang hupdate. sila ye ucapkan tahniah kat aku sebab menang award kategori blogger paling pemalas nak update! so topik malam ni adalah tentang lelaki idaman. wooooooo...

masa aku single tak hengat duniya dulu, aku selalu borak dengan member member aku yang solo molo ni. kalau boleh ah kan..kitorang nak boyfrend yang tinggi contoh macam kalau aku 157 *eh katiknya daku!* so bf mesti ah 175 ke atas..ha tinggi lampai gitu.

pas tu kitorang tak gemar sangat lelaki putih putih macam adik penyanyi Syasya elite yang berlakon dalam drama gemersik kalbu tuh. tak sukaa you..macam daging mentah. macam jambu sangat. so tips untuk lelaki putih di luar sana..hitamkan kulit korang ek. jgn ah hitam sangat. ala ala daging separa masak macam tu. haha..pergi matiks la banyak songeh lak kan.

PERGHHH..(belah kiri je.) hahahaha..

pastu dari segi tubuh badan..sssss kalau boleh ah nak macam badan adi putra. jap..dengar dengar filem KL Gangster 2, Adi putra tayang body..wooo..nak merasa buat kerja amal ke ?? berani lu tayang body ea. tau ah sedap kan! sokitorang actualy tak gemar lelaki yg kurus kurus sebab rasa macam eh tak selamatnya..kalau kene rompak, perompak tu tolak pakai jari pun boleyyy kan..sapa yg susah ? kita kaum pompuan gak yang susah kene rompak. tu kalau rompak harta benda..kalau hati kitorang yang kene rompak? ha....


lelaki smoke ni sebenarnya kitorang kisah jugak ah. sebab melalu kajian kitorang yang agak agak tak berapa nak bertauliah ni..lelaki merokok ni gigi dia buruk..pastu kan....badan dia busuk..pastu kan..sperm dia tak subur.mesti putus2 ekor sperm tu sebab merokok kan? hahaha. so tak suka ah lelaki merokok!


ok ada lagik ni. lelaki yang gila kan gaya mutu keunggulan. tak main ah baju comot2 compang camping ni. baju nak branded kalah remy ishak youu..padahal takde ah hensem sgt kan sampai nak branded2 ni. pastu kita yang papa kedana ni, mesti malu nak mintak dia teman shopping..lagi2 kalau shopping kat gedung Hari Hari. ohmy! haha. so kitorang suka lelaki yang simple. asalkan kemas..pakai suar tak nampak boxer. wek.

ok ah cukup lah tu ye..so kepada lelaki lelaki ganteng di luar sana...kalau korang ada ciri ciri di atas...untung lahh kan...tapi apa pun..yang paling penting apa anak2?? hati ye..insan yang cemerlang datangnya dari akal dan hati yang tenang...haha. selamat beramal.

gigit jali lo.....haha!!

START PREPARATION FOR MY E-DAY!

Tags
Hai buddies! lama betul tak hupdate blog. mesti ada yang merengek rengek merajuk sebab tak dapat baca perkembangan terbaru belog cik aish kan? ok sila muntah tepi katil sekarang sebab itu statement loya sudah mari. hahaha.

hari ni penat gilew sebab aku dah mula carik barang untuk majlis pertunangan nanti. wawawa eksaited tau! actually dari segi gubahan hantaran, takde masalah sangat sebab DIY sendiri! eh aku penat penat buat untuk orang lain sebelum ni, now its my turn ye. so ada sapa sapa lagi nak tempah gubahan hantaran dari saya? i guna fresh flower and you guys boleh tengok hasil kerja i dekat sini. or boleh lawat dekat facebook INI. ok terperomote pulak. 

ni last gubahan hantaran yang aku DIY untuk customer haritu. so untuk aku sendiri, lebey kurang cenggini la..cuma warna je tukar. hikhik. 

so konsep gubahan hantaran yg aku nak buat untuk majlis eden ni adalah ... jeng jeng jeng. harus la menggunakan fresh flower. konsep kaler adalah combination of dark pink, light pink, and putih. selembut softlan gitu. hope hasilnya nanti memuaskan hati semua la ye. 

tentang baju..ok actually aku nak beli or sewa je. tapi lastly decide untuk tempah. and aku sukakan combination of lace and satin. memula nak beli kain chiffon tapi tak jadi sebab chiffon macam leceh nak handle. kalau terlanggar bucu meja ke apa ke, dah koyak sebab kain chiffon sangat nipis. aku dah la ganas.ada yang terkoyak kang. 

niway...terasa nak pakai veil. haha kebencian kan. seyes aku tak leh terima hakikat ni. tapi since veil pun DIY, ai buat sendiri okay! so aku pilih untuk buat veil yang paling simple di dunia. tipu ah tu kan. aku baru balik dari casamoda beli kain chiffon semeter untuk buat veil. pastu beli border lace untuk tampal dekat bahagian atas kepala and bawah veil tu. i choosed the very simple one. don worry. less is more aite? lalalala.

tara...ni lah dia border lace yang aku beli tadi. nanti nak jahit dekat veil.. sikit cukup la..simple kan?



tara...ni ah veil yang paling simple di dunia. taknak ada banyak beads and all the kerawang2 bagai. so aku nak DIY macam ni. cume...model veil ni sangat tantek. kalau aku pakai, tak akan ada ah rupa nye macam dalam gambar ni. sobs. ok. fine. 

so moral of the story...most of the preparation adalah DIY. malas nak tempah dengan orang atau beli yang dah siap. sebab harga nya kau tau lah kan..opkos lagi mahal compare dari kita buat sendiri. nuff dah ah kedekut dengan eden skng nihhh..so DIY je ahh..wahh keterujaannn di sini..ok bai.

eh korang nak tutorial macam mana nak buat veil sendiri? kain apa nak beli, macam mana nak potong, kat mana nak beli border lace yang murah and cantik? ok. coming soon.


THINGS THAT I LOVE ABOUT HIM

Tags

actually banyak benda benda sweet yang jadi masa sambut befday dengan PP Epal haritu. the thing that i love about him is..dia sangat lurus. kadang kadang kalau aku kelentong pun dia akan percaya. haha. bestnye. ok tu bukan point sebenar entry ni. 


actually tak ada apa apa surprise *buat buat lupa tarikh befday and tibe tibe malam tu, datang rumah bawak ke and wish surprise my darl!!!* ok tu takkan berlaku either pada befday aku or befday dia. never. kitorang say no to surprise. haha. 

the sweet thing is..before befday aku..2 3 bulan aku akan ingatkan dia.. "awak, befday saya nak dekat" haha slumber je ingatkan dia. so that dia akan ingat bila girlfrend dia ni lahir ke muka bumi. and 1 week before befday, aku dah buat satu senarai panjang benda2 yang aku nak dia sediakan. haha gila slumber kan. well ni la masanya untuk kita meminta2. tengah sayang kan. mintak helikopter pun kompem dia bagi. hikhik.


and salah satu benda yg aku request adalah kek befday 4 tingkat. serius gila apa nak mintak dia belikan kek besar macam tu. tapi pp epal pergi jugak kedai kek tanya how much...and lepas tau harga dia..pp epal tak jadi beli. so malam tu dia jumpa aku, dia mintak maaf dulu dengan aku.."sorry, saya dah tanya auntie tu harga kek tu, quite expensive, boleh tak kalau saya bagi awak kek ni?"

aku tahu dia tak akan beli kek 4 tingkat tu.haha. erm tapi..untuk merayu mintak maaf because of that....i feel touched.. :(

Ohmydarling. aku main main je nak kek 4 tingkat. plis jangan merayu rayu mintak maaf bila tak dapat belikan kek 4 tingkat tu. i'm just joking my dear!!! aku sebenarnya jadi serba salah bila dia jumpa aku and the first thing benda yang dia nak cakap, dia apologize sebab tak dapat beli kek 4 tingkat tu.

the things that i love about him..dia sedaya upaya memenuhi apa yang aku nak. tapi ini tak bermakna kebendaan je. means that, bila aku perlukan dia..dia ada bersama aku. bila aku sakit, dia akan datang even tengah malam untuk hantar ubat. bila aku buat joke mintak macam macam dekat dia, dia tak pernah merungut, but he try his best untuk penuhi apa yang aku nak. 

sometimes bila aku marah..aku akan letak phone and he will keep calling. dia rendahkan ego dia untuk memujuk. even dia say i luv u sayang, and aku tak balas balik, dia akan keep saying that. 


i do love him

so much. 
its only once a lifetime you find someone really..

thanks Allah because i met him.