DESTINASI BAJET TAHUN BARU CINA...OFKOS DI MELAKA!!

Tags
Salam to all readers yang comel comel...!

baiklah ini adalah rancangan destinasi yang boleh aku ibaratkan, 'kita hanya mampu merancang tuhan juga yang menentukan segalagalanya' kehkehkeh. ok rancangan destinasi kali ni adalah Melaka. eh aku memang suka ah pergi melaka tak tahu kenapa lorr..study 5 tahun kat melaka pun bagi aku still belum puas lagi. kena tunggu aku beli rumah kat sana. kau tungggu!!! kau tunggguu!!

so rancangan destinasi kali ni nak pergi Zoo melaka. ok sumpah aku memang tak boring langsung pergi zoo. baik tengak binatang dari duduk mengumpat dengan manusia manusia sekalian. tettttt.. haha. 

seblom tu kitorang pergi lepak Coconut Shake. pergh meletup seh sebab dia dah bukak kedai kat belakang tu. so stall lama yang klasik kat tepi jalan tu dikhaskan untuk customer yang nak menapau sahaja. MENAPAU ye adik adik. 

Blah dari coconut shake : 3 petang.
Sampai Zoo melaka : 5.30 petang. (ni semua gara gara kesesakan lalu lintas yang padu dekat ayer keroh dan area melaka raya) 

zoo tutup pukul 6. "pada makcik makcik pakcik pakcik yang nak masuk zoo, anda semua hanya ada setengah jam je untuk melawat." damn. aku punya gigih harung jam nak pergi zoo, ni balasannya. haha. redho jela nak buat camne. timing tak betul. moral of the story, time raya cino, kito duduk umah tengok cito cino sambil mengereng atau menelentang makan limau. okkay!

tapi sebagai pengubat rasa luka di hati ni, kitorang pekena Asam Pedas Power. member aku siap leleh peluh bila makan asam pedas kat sini. tak nogori betul ah. setakat asam pedas power tu ..ala.. pejam mata je. tak pedas langsungg!! hahaha statement pedih tak?
 

lepas mentekedarah, kitorang pergi Kampung Morten. kampung ni sebenarnya rumah orang biasa je. bukan rumah aaron aziz tak pun asyraf sinclair. tapi kerajaan melaka dah bagi peruntukan untuk cantikkan kampung ni. kalau korang nak pergi, dia dekat dengan UITM kampus bandar. kalau nak search by GPS, korang taip Taman Rempah Ratus. ha kat situ ye. terima kasih GPS kerana melancarkan destinasi perlacongan kali ni. heh heh heh. 

kalau korang naik Melaka River Cruise pun, korang akan lalu jugak kampung morten ni. bot tu akan bawak korang menyusuri sungai melaka dekat celah2 kampung morten ni.pergh ayat. ok la jomkita layan gambar sampai lebam. 

 ni adalah Melaka River Cruise. masa aku study dulu, jambatan tu belum siap. sekang dah besar panjang jambatan tuh. hahaha.


 ni kawan pp epal. so apa kita nak nama kan dia nih ek? pp ciku? hekhekhek


 punya ah eksaited tak ingat rumah time ni. sebab da lama tak jejak kaki kat sini. dulu time muda2, selalu lepak sini taw! tapi takde lah naik menda alah kat blkg tu. sbb tak baper nak mencabar sgt. well...haha


 dua dua ni kalau dah jumpa, sawan, kemerengan, semua keluar. tapi tak leh belah la dorang ni tak lepas ngn enset..u nak dating ngn i ke ngn enset? ha tetiba je kan?


 ni ah sungai tu kalau kita naik melaka river cruise..akan lalu sini. so cintailah sungai kita.


 so ni lah kampung morten yang aku sebut sebut tu. ada siapa siapa awek yang tinggal sini? untung laaa..




 so korang boleh tengok 2 3 gambar rumah yang aku snap tu, macam rumah kotak mainan je kan? punya ah comel lote rumah tu semua. rasa macam nak halau tuan rumah pastu nak rampas rumah tu. jeless makkkkk...


ok habis da destinasi bajet kali ni. jumpa lagi di lain hari. next destination? ada 2 3 tempat yang aku tak pernah sampai...so teringin nak pergi. eh korang, time muda ni lah nak jalan jalansakan.sok dah kawen ko nak ajak laki ko kuar rumah, ingat senang? tak dapat derr...

haha. bye.

HAPPY BEFDAY CIK AISH!

Tags
bila orang kata, apa ada pada umur, tu semua angka je. nop. bagi aku, bila umur aku bertukar dari 25 ke 26..aku ulang..26 ye.. so rasa macam masa ni cepat betol berlalu. sebab bukan apa..aku rasa banyak sangat perkara yang aku belum berkesempatan nak buat. kahwin pun belum tau. yee ai single lagi ok. berminat? sila isi borang. ciri ciri lelaki idaman, mestilah romantik dan pandai pujuk. hekhekhek. gelak annoying.


ada sorang teman blogger yang pernah komen dekat blog ni. dia kata aku ni happy go lucky. macam tak ada masalah. life nampak sempoi dan simple. tak rumit. tapi tu pada luarannya. hakikatnya..betapa banyak kenangan hitam yang aku lalui sepanjang 26 tahun dekat bumi Allah ni. tapi syukur alhamdulillah. sebab semua tu banyak bagi aku pengajaran dan belajar makna hidup. korang ingat hidup ni takde makna ke? ada. cuma kadang kadang kita lupa nak menyelam apa makna hidup ni.

eh berfalsafah pulak entry kali ni. biasalah tangan kalau dah dapat kibod. laju jela naipnyaa..

so kepada my lovely parents..thanks a lot sebab membesarkan aish. even keluarga kita dulu pernah hidup susah. tapi aish tak pernah rasa kekurangan sampai la berjaya masuk unibesiti. cuma aish nak mintak maaf sebab aish tak belaja rajin rajin. cita2 nak jadi doktor tu cumalah cita2 umur masa sekolah rendah dulu. heh heh.

to all my sibling. thanks sebab jadikan life aish complete. tanpa uols, pada siapa lah aish nak menagih simpati pinjam baju, pinjam mekup, pinjam kasut, handbag and byk lagi lah. maklumlah kita semua sama saiz dan sama jantina. hekhek. best ohh jadi anak bongsu. sume boleh pinjam dengan akak akak. korang dapat?? 

pada kawan kawan sepejabat, seuniversiti, sesekolah, setadika dan macam macam se lagi. thanks sebab wish my befday. tak kurang yang mengwish, mengperli kata dah tua, mengejek sebab tak kahwin lagi pun ada..haha..korang memang terbaik. thanks sebab sudi jadi kawan aku yang kadang kadang mereng ni. thanks again. korang la tempat aku nak mengadu nasib. sob sob. 

pada semua blogger yang mengenali diri ini..eceeehh. aish nak ucapkan berbanyak terima kasih sebab jadi follower Belog Cik Aish -hidup sedap macam makan coklat- korang ibarat coklat coklat yang sedap tu. tanpa korang, coklat tah ke mana, aish pun tah ke mana. Belog Cik Aish still ada lagi sampai ke hari ni because of ur support. thanks very much. i luv uols! honest from my heart. sobs. 

and last but not least..to pp epal. thanks for being my partner, my friend, my husband to be. i'm so lucky to have you with me. and being your special girlfriend is a greatest thing in my life. thanks for everything. i love you so much. 

thanks for reading. ada macam ucapan mtv award tak? byee muahh!

WADUH SAKIT MATAKU TENGOK LURAH

Tags
Apa?? lurah?? ye. hari ini aku nak kongsikan tentang kesakitan mata aku akibat selalu tertengok lurah lurah kepunyaan lelaki. apa korang ingat perempuan je ada lurah? *budak kecik yang baca entry ni pelis jangan tanya cikgu apa itu lurah kerana dikhuatiri akan mendapat pelempang sedas dua. 

so entry ni ekceli nak mengutuk kaum lelaki yang suka menampakkan lurah bonfon totfot mereka. *kepada mereka yang tak tahu apa itu lurah bonfon totfot, sila tanya jiran sebelah rumah atau kaunter informasi berdekatan. caranya "incik manis, boleh saya tanya apa itu lurah bonfon totfot?" kekekek.

aku tak nak cakap banyak ah kan. tapi kalau muka dah macho, dressup dah smart gila babeng punya, tapi kalau suka tayang lurah bonfon totfot tu..yang berkarat siap ada peta peta geografi kat situ, baik tak payah. langsung hilang kehenseman korang tu. apesal dow nak tayang? aku sungguh tak paham!! 

jadi kepada kaum lelaki di luar sana..sayangilah lurah bonfon totfot korang tu. lindungi lah ia dengan seluar yang cukup sentimeter. aku takut kalau kalau lurah tu akan dimasuki lalat yang kelaparan. siapa yang susah? lurah bonfon totfot korang jugak yang susah. hahahahaha.

sekian entry gila wa arini. bye. 

P/s : tak yah harap aku nak letak gambar lurah bonfon totfot tu ok. T___T

NI ENTRY PASAL MAKCIK YE MAKCIK MAKCIK SEMUA!

Tags
memandangkan aku belum menjadi seorang makcik *umur 26 tahun masih kanak2 bawah umur. huahua* so aku pun tak tahu macam mana pemikiran seorang makcik. yang aku tahu, makcik mesti lah seorang yang bersopan santun dan lebih berhemah dari anak anak muda zaman sekarang. 

tapi makcik yang aku jumpa dekat IKEA petang tadi bukan lah kategory makcik yang aku fikirkan. dia hanya lah seorang makcik kategori terlebih ramah dan mampu mengundang malapetaka kalau berborak lama dengan dia. kurang ajar kan statement tu? hahahaha.


ok gambar macam biasa ah takde kaitan langsung dengan entry pasal makcik. adakah yang paling kanan tu makcik? haha tu kitew la..bukan makcik..sobs.


aku ni memang tak berapa nak pandai sangat berborak dengan makcik makcik. sampaikan aku pikir doploh lapan kali macam mana mak pp epal boleh berkenan dengan aku.bukan apa..aku ni jenis diam sikit bila dengan makcik. aku takut nanti perbualan aku tu akan mengguris hati tua mereka..eceeahh..korang pun tahu kan makcik makcik ni hati ibarat kaca. 

tapi makcik yang aku jumpa ni memang sangattttttttt.....tak tahu nak kata apa dah. mana taknya, dia borak dengan aku bajet aku ni dah seminggu kenal dia. ohhmaidarling.. plis plis..aku sangat tak reti nak layan makcik yang kategori borak berjam jam pastu ajak mengumpat. 

setiap pompuan yang lalu depan kitorang, makcik tu mesti judge diaorang punya dressing. yang bertudung ke, yang berlegging legggingan ke..yang terbelah sana sini ke..yang berbaju kurung pun sama kene jugak kritik. tu tak kena..ni tak kena..aku yang dengar ni, layan kan aje..tapi dalam hati..pergh mensirap darah aku..telinga ni dah naik bernanah! 

last sekali sebelum aku blah tinggalkan makcik tu..makcik tu boleh tanya aku.."dik, adik rasa akak ni gemuk tak?" memandangkan aku ni jenis yang tak reti nak main kasar, aku jawab je "taklah..akak tak gemuk, cuma rangka besar je" sambil senyum. baikkan aku? 

walaupun jawapan aku tak ikhlas...sebenarnya aku nak jawab.. -makcik ni gemuk sebenarnya. makcik kutuk kutuk orang yang lalu lalang dari tadi, makcik tak nampak ke diri makcik tu?- haaa tu jawapan yang aku nak cakap tapi tak sampai hati la kan sebab takut mengguris hati dan perasaan dia. 

so lepas ni aku jadi trauma nak duduk sebelah makcik tak dikenali..hahaha. ok bai makcik makcik yang sudi baca entry aku harini..eh korang makcik ke? hahaha lariksss..

MEMPERKENALKAN MY FLOWER GIRLS TO BE!

Tags
Salam hai guys! warghh makin lama aku makin tertekan. saban hari jiwa makin memberontak. sebab bulan ni aku cuma update 5 entry je! what?? rasa bersalah makin menghimpit jiwa ragaku. btw last week aku pergi wedding kazen aku. macam biasa aku akan rasa cemburu, terburu buru dan rasa ingin memburu je sebab wedding dia kemas dan kelasss gitu. 

ekceli aku tak sempat nak amik gambar pengantin but aku cuma sempat amik gambar diri aku sendiri ditemani two flower girls yang gedik gedik. sekian. haha. because you girls sangat gedik, so aku rasa macam nak book korang untuk jadi  my flower girl to be. ecceeaaahh...

tadaaa..ni la my flower gilrs to be.. ahaha..

eh tapi..wujud ke istilah flower girl to be? husband to be aku pernah la dengar. tak kisah la kan..uols pun tahu aku punya english mmg pelik pelik sikit. oh ye..diz week nak pergi suatu tempat yg quite interesting untuk bergambar.. tak sabarnya! bye!


SAYANG BOLEH DIPUPUK..TAPI KEPERCAYAAN?

Tags
sayang boleh dipupuk. tapi kepercayaan? perlu masa. bagi aku..kalau kau dah percaya dekat  seseorang itu..akan mudah untuk kau sayangkan dia. tapi tidak bagi mereka yang sayang terlebih dahulu....lalu kepercayaan entah kemana..dan akhirnya ayat "sudah tiada jodoh" menjadi sahabat mereka yang kecundang...

tahun 2011
hubungan aku dengan PP Epal, aku sendiri tak tahu sampai bila. betul ke dia untuk aku?? nobody's know. dan aku dah ready dan sentiasa ready kalau we all tak ada jodoh. kalau PP Epal ditemukan dengan someone better, aku terima je. sebab perjalanan hidup kita dah ditetapkan. kena sabar, redha. kau kan strong aish!

saya tak perlukan hubungan yang sempurna di mata orang lain. cukuplah awak sempurna di hati saya. tak sempurna pada pandangan orang lain, tak mengapa. :)




uwek!

PERANGAI TAK BERAPA NAK COMEL BILA PERGI KENDURI KAHWIN

Tags
Assalamualaikum. ada beberapa sebab kenapa Belog Cik Aish dah 2 minggu tak update. pertama, sibuk. kedua pun sibuk. ketiga pun sibuk. haha. ada siapa siapa yang rindu dengan kemunculan entry baru? tak ada siapa? ok sedih. lari masuk bilik kejap. 

well bulan ni dah start bizi sebab nak prepare for my engagement day on dis february nanti. ada siapa siapa nak sponser ai? hehe perasan betul bajet artis lak nak mintak sponser. sobs. ok so hari ni rasa macam rindu gila dekat blog. kalah rindu my pp epal tu. ops. ni pun terkejar kejar update blog sebab lepas ni nak pergi wedding my kazen pulak.. *terkejar kejar tu tak bermaksud i kejar blog, blog kejar i, no ye*

eh korang pernah tak buat perangai yang tak comel bila pergi wedding sapa sapa? haha. ni nak habaq mai apa perangai yang tak berapa nak comel bila kita pergi wedding orang. 


see?? comel ke tak comel perbuatan ituuuuu? hehe. niway tak jadi isu pun kalau kita nak buat camtu cuma tak berapa nak manis and tak berapa nak comel la kan. bayangkan pakai dah cun melecun da.. pastu borak nak letup letup kata ai shopping kat pavi..ai baru je balik dari oversea..ai suka aaron aziz.. eh tibe tibe lak. pastu tup tup, pergi wedding orang, habis licin goddies bag dengan bunga telur korang rembat masuk handbag. hahaha. 



honestly la kan...aku pun pernah buat..sebab geram sangat dengan bekas bunga telur yang comel comel tu. tapi bila pikir balik, aiyak patut la masa tu ai single. sebab perangai pun tak berapa nak comel, mana de lelaki nak? hehe. 

bukan lah aku kata tak boleh, keji gila perbuatan itu..tidakkkkk..tapi nanti orang kata eh buruk perangai betul anak dara ni. *mak orang kalau nak buat macam ni dipersilakan sebab ai faham uols ada anak2 yang ramai menanti di rumah*  tapi kalau anak dara yang buat..OKFINEE..hehe..

so lepas je aku hasilkan entry ni..ada beberapa manusia yang tanya "so nanti majlis u, kalau orang buat macam ni kat majlis u, u nak buat apa?" so my answer is "aku tak kisah nak cilok banyak mana pun bunga telur tu tapi ai bagi bunga telur plastik, telur pun plastik..ada sapa mau?" ok just joking. hehe


PP EPAL, BOLEH TAK AWAK BERHENTI MEROKOK?

Tags
terus terang aku tak suka bau asap rokok. sebab bila aku bau asap rokok, aku jadi pening, rasa nak pitam, rasa nak window shopping, eh tak, tu luar topik. hehe. tapi aku memang tak suka asap rokok sebab cikgu aku cakap, orang yang menghidu asap rokok pun sama berisiko untuk dapat penyakit. 

ok. tu introduction. assalamualaikum semua! hehe. 

ni cerita pasal macam mana aku menceramahkan pp epal yang memang kuat merokok. aiyak. intro bukan main pung pang pung pang tak suka orang merokok last2 dapat si dia yang merokok. nak cari calon lain, macam tak sampai hati pulak. tak pe. aku bagi can dulu untuk kau berubah ye bah? boleh kalakalakau..

hanya gambar hiasan. takde kene ngena dengan pp epal tengah menguap. 

tiap kali pp epal merokok depan aku, aku tak pernah marah. aku senyum bajet comel je. sambil senyum tu aku akan kuarkan statement "saya tak suka asap rokok" (tapi cakap dalam keadaan senyum haha) pergh psiko gila aku rasa! ok cara tu tak jalan ye girls!

cara kedua, bila pp epal merokok depan aku, aku akan senyum bajet sweet pulak sebab tadi bajet comel tak berapa nak jalan, so kali ni senyum bajet sweet pulak sambil keluarkan statement "awak, awak ada 24 jam satu hari, awak jumpa saya tak sampai pun 5 jam, saya merayu dengan awak, tolong ah tak payah semoking dalam tempoh tu, boleh? pehlis...."

yes. cara tu jalan jugak akhirnya. next date, dia tak bawak kotak rokok!!! so start dari tu, tiap kali kitorang mengedate, dia tak pernah smoking. wa cayang sama lu la pp epal. hehe. 


lepas tu kan, pada suatu hari tu..time mengedate, dia bawak beg kamera dia. aku terjumpa sebatang rokok dalam beg itu. wah..apakah? belek belek rokok tu macam tak kenal minatang apakah itu. ha tibe tibe jadi buta kayu. "ooooooooooo ni rupanya kerja awak! awak curi curi bawak sebatang selit dalam beg kamera kan????" masa tu aku kuarkan statement tanpa bajet sweet apatah lagi bajet comel. marah ni marah ni. 

"ala..awak..saya mintak maaf..saya bawak sebatang je buat bekup. saya tak bawak sekotak pun. awak jangan la marah saya" 

so lepas tu aku pun ugut nak tinggalkan dia. tiba tiba aku nak terima lamaran aaron aziz jadi second wife pun takpe. tapi disebabkan pp epal dah janji tak nak buat lagi, aku pun bagi peluang kedua. hehe. sapa tak sayang boipren oiii! 

so dari kisah benar ni, ambik la pengajaran yang tak seberapa ni ye wahai gadis gadis di luar sana..

pertama : nak suruh pakwe berhenti merokok, jangan paksa sebab lelaki tak suka dipaksa. 
kedua : gunakan senyuman yang paling manis sambil mengeluarkan statement2 tajam korang tu. 
ketiga : jangan percaya pakwe korang seratus peratus. hahahahaha. 
keempat : kadang kadang kita ni kaum pompuan kena jadi cikgu displin kejap. check semua celah yang ada mana tau dia ada sorok sebatang dua. kalau boleh, celah punggung pun korang check jugak mana la tau kan tibe tibe terselit sebatang rokok! hahaha
kelima : pandai pandai la korang amik pengajaran dari kisah ni. aku bagi banyak banyak  pun bukan korang hafal pun. 

oklah bye. oh ye.. pp epal. i lap u.

AMALINA CHE BAKRI - KENAPA BAH KAU BERUBAH??

Tags



Kenapa bah kau berubahh kenapa bahhh...

dulu aku punya salute dengan minah ni. rasa jeles meluap luap je bila mak ayah aku dok puji diaa je.."aish, tengok amalina ni pandai dapat 17A1, nape kau tak boleh? bla bla bla.. " naik berdarah telingo den. 

tapi tak kisah ah kan sebab memang aku salute spring kat minah ni. dalam hati aku masa tu..dia ni mesti takde sosial life. doploh empat jam tengok buku je kot. ee bosannya. haha. aku dulu mana nak tatap sangat buku buku ni. agak agak nak tidur, aku tidur je. agak agak malas, aku ponteng je. *tu pasal result SPM aku tak berapa nak cemerlang gemilang terbilang sangat!!

so hari ni aku memang terkejut monkey jugak ah bila baca berita pasal minah ni dah berubah. tengok gambar memang agak sosial gitu. agaknya air kat sana tak berapa nak bersih sangat sampai rambut pun dah karat karat. eh tak nak lah komen komen lagi pasal pemakaian dia. korang nilai la sendiri ea. 

cuma pendapat aku...

tak mustahil la someone tu nak berubah. tepuk dada tanya selera. agak agak kau berselera nak makan nasi ayam, sedap la. agak agak kau berselera nak makan sampah, nasib kau lah kan. tu semua terpulang pada diri sendiri. kita sendiri yang tentukan jalan hidup kita. 

Psst..agaknya kan minah ni dulu asik belajar je sampai takde sosial life. tu yang culture shock tuh. dikk..jangan gitu dik..akak tak kuasa nak nasihat lebey..adik kan pandaiiiiii...!!

bye.

KENANGAN TERINDAH 2011..INDAH KE?

Tags
actually...actually..actually... bila orang pung pang pung pang dengan list kenangan kenangan manis 2011, aku terpikir..apa kenangan manis aku tahun 2011..dapat jumpa Aaron Aziz? kena ngorat dengan Apek pemain bola tu ke?? ha takkan ada lah camtu. nampak sangat pendongengan di situ. eh? pendongengan tu bermaksud, sengaja mendongeng dongengkan cerita yang sedia dongeng. nasib korang la kalau salah pun. haha.

jadi..untuk tatapan anak anak aku yang bakal dilahirkan selapas aku berkahwin nanti..nah..ni lah kenangan manis 2011 mama yang tak berapa nak manis sangat. tapi sweet tu ada ah.

pertama : bertemu buah hati pengarang jantung melalui pesbuk. so lagu najwa latip "cinta mukabuku" tu memang jadi peberet kitorang lah kan! hehe. pp epal..thanks sebab sudi bersama sama saya yang tak berapa nak tinggi ni. :p


Kedua : sesi jejak kasih. dapat jumpa balik rakan rakan penjenayah masa di universiti dulu. ye kami sangat penjenayah sebab masing masing kalau gaduh dengan pakwe, semua enset, kasut tumit tinggi, pintu bilik, semua terbang.haha. jenayah tak?? jenayah tak???

Ketiga : melaksanakan mision yang tak berapa nak imposible iaitu berjimba di genting highland ketika KL selalu hujan waktu petang. so ni kira mision imposible jugak ah sebab berani mati naik genting time musim hujan. *tapi cuaca sangat baikk hari tu!!!

Keempat : berjaya melakukan mision yang kali ni memang betul betul imposible tapi jadi kenyataan jugak. iaitu berjaya menjejakkan kaki ke bumi Europe iaitu Milan Italy, Switzerland, dan France selama 2 weeks. berkoyan koyan pengalaman berharga yang aku kaut kat bumi eropah ni. pakwe mat saleh je aku tak dapat nak kaut.

Kelima : dapat bergambar puas puas dekat globe Universal dekat Singapore! walaupun frust tak dapat masuk universal studio yang best tu, tapi tak pelah..anggap jela, aku terpaksa datang lagi tahun ni..wah terpaksaa gitu!

Keenam : dan yang paling manis antara yang manis dalam 2011 adalah..apabila pp epal dan keluarga datang merisik untuk menetapkan tarikh pertunangan kami pada tahun 2012..yes. yes yes! nak dapat mak mertua yea yea. haha.

"2012....segalanya bermula di sini............"




TUTORIAL PERTAMA 2012, MARI KITA CIPTA HEADER FACEBOOK TIMELINE!

Tags
Assalamualaikum kanak kanak riang sekalian. hamboi hamboi. bukan main riang lagi korang masing masing dekat pesbuk. mentang mentang la dah masuk tahun 2012. masing masing berderet deret azam siap whishlist nak ipad la tu la ni la..malampau! hehe. 

so ini adalah first entry untuk tahun 2012. dan aku seronok sebenarnya tengok korang korang semua menanti nantikan detik 12 malam, countdown, 10, 9, 8, ....2, 1!! happy new yearrr!! sambil terlonjak lonjak. sometimes i wondering, kenapa mesti begitu seolah olah macam ada magic akan berlaku dan dunia tiba2 akan dipenuhi oleh pelangi dan kambing biri2 berwarna-warni tepat pukul 12 malam ni. 2012 is just a number kut kawan2 sekalian. :)

ok stop it. 

sempena tahun baru ni, aku nak kongsikan tips supaya entry aku kali ni not categorize under hopeless entry or zero input entry or something like dat. hahaha. jadi mari kita take attention on this. eceey bajet betul padahal tips ni budak tadika pun dah tahu kot! tu pun kalau dorang ada pesbuk timeline ar kan? ada punyaa.

ok. on my previous entry, aku ada share tentang betapa aku terujanya menggunakan pesbuk timeline sebab aku boleh tukar tukar header macam aku tukar boipren header blog! hukhuk. well, header tu adalah identiti kita. haha. so macam mana nak dapatkan header yang kelasss gitu.  


 ini adalah header pesbuk timeline aku. walaupun tak berapa nak cantik huhuhu, tapi aku sangat berpuas hati. (motip letak gambar frame dengan pp epal??)


so untuk mendapatkan header yang cantik dekat pesbuk timeline kita, editlah menggunakan adobe photoshop supaya gambar lebih clear dan tidak pecah pecah. saiz yang paling sesuai adalah 815 width, 315 height.


dan selepas korang menggunakan segala kepakaran dan kekreativitian korang, macam biasa save la header korang dengan cara save for web and devices. 


ok. tips tips lain untuk kasi header pesbuk timeline korang nampak cantik, gambar yang korang pilih untuk diedit tu, mestilah besar. kalau kecik, korang edit jadi besar, nanti jadi pecah pecah. tapi kalau gambar besar, korang edit jadi kecik, gambar menten cantik suci je. 

aku tak detail sangat ajar korang guna photoshop sebab aku dah ajar dalam tutorial Cara buat header guna photoshop. ok selamat memesbuktimelinekan pesbuk korang untuk menikmati header header yang kreativ okay! dan selamat tahun baru!