BERATNYA HATI NAK BUANG KUCING YANG AKU ANGGAP MACAM ANAK AKU SENDIRI

Tags
dulu aku pernah ada kucing. tapi sekor demi sekor mati. lepas tu aku serik nak bela kucing lagi. sebab aku mesti menangis kalau kucing aku mati. tapi ada satu hari tu, mak kucing tinggalkan anak dia dekat rumah aku lepas tu blah macam tu. aku la yang kena bangun pagi, buat susu untuk bagi dekat anak kucing tu. 

ni la kucing pertama aku yang aku bela sebab ketiadaan ibu. dia pernah lumpuh keempat empat kakinya.tapi aku jaga dia siang malam sampai dia mampu berjalan semula. 


lama lama..dari sekor..terus jadi banyak. aku tak kisah sebab aku memang sayangkan kucing. bagi aku, kucing adalah makhluk tuhan yang nak menumpang kasih sayang kita. kadang kadang, tiap tiap bulan bila gaji, orang lain mesti pikir nak beli baju la kasut la, macam macam lagi. tapi dalam kepala aku, mesti ada portion untuk kucing aku. aku taknak kucing aku lapar. 

kalau kat meja makan, pagi pagi aku buat roti telur. bila tengah lapar, roti telur tu memang sedapp sangat. tapi bila tengok kucing aku ngiau ngiau mintak secubit, aku sanggup kongsi kerat dua roti tu bagi kat kucing aku. 

tapi dekat rumah ni, ada seorang yang tak suka kucing kucing aku. kadang kadang, kalau dia marahkan aku, dia lepaskan marah dia dekat kucing kucing aku. sebab dia tahu, bila kucing aku sakit, aku pun turut rasa sakitnya. orang tu selalu pukul kucing aku dengan rotan depan mata aku. nak melawan tak boleh sebab orang tu orang yang aku sayang jugak. 

bila aku pergi kerja, orang tu taknak bagi makan kat kucing2 aku. bila aku balik kerja, semua kucing kucing tu dapatkan aku seolah olah mengadu kelaparan, mengadu kena pukul sedangkan mereka tak faham apa salah mereka. dalam rumah tu kalau bukan aku yang bagi makan, mati kelaparan kucing tu. kalau bukan aku yang protect dorang dari kene pukul, dah mati da kucing kucing aku. 

tapi hari ni aku dah tak tahan lagi tengok kucing kucing kesayangan aku tersiksa. sedangkan dia boleh hidup lagi senang bawah jagaan orang lain. aku memang mudah kesian dengan haiwan kesayangan nabi muhammad saw ni. malam ni aku menangis mengenangkan nasib kucing kucing aku yang dipukul depan mata aku. apa la dosa mereka. mereka hanya nak bermanja dan mengadu lapar dengan tuannya yang baru balik kerja nii..


kadang kadang aku nak cakap dekat orang tu, supaya letakkan diri dia dekat makhluk tu. apa rasanya jika badan dipukul sedangkan kita tak tahu apa kesalahan kita. kerana haiwan dikurniakan otak tapi tidak dikurniakan akal. mereka tak diminta dilahirkan ke dunia ni. kalau kita buat baik dengan binatang, nescaya binatang tu akan berdoa pada Allah supaya memberi kebaikan kepada kita. 

dan malam ni..aku membuat keputusan yang berat. aku akan mengagih agihkan kucing kucing kesayangan aku pada mereka yang sudi menjaga dan memberi kasih sayang secukupnya. bukan kerana aku dah tak sayangkan mereka. tapi aku terpaksa berpisah dengan kucing kucing aku sebab aku dah tak sanggup nak lihat mereka disiksa oleh orang tu..dan orang tu...adalah ibu ku. 






KUCING MONTOK DISUKAI RAMAI

Tags
tajuk entry dah macam iklan susu lemak berkrim disukai ramai je. tapi kali ni bukan cerita pasal susu. tapi cerita pasal kucing aku yang baru saja menetas. hehe. aku pun pelik kenapa ramai pembaca yang suka entry koleksi kucing untuk dijual tu. 

untuk pengetahuan anda semua, aku ni bukan la ibu ayam atau pun ibu kucing. aku takkan sesekali menjual kucing kucing kesayangan aku ni. biar laah ada orang offer beratus2 sekali pun. nama nak jual nan hado. tapi kalau ada yang nak offer beli dengan harga empat angka, sila lah add aku dekat facebook. kita boleh runding ma. hahaha. 

aku tak paham ni spesis kucing ke tikus mondok.  barangkali ibunya kucing..bapaknya tikus mondok..

nama dia cibuyat..haha padan muka kau dapat nama yang huduh. habis tu kau nak aku bagi nama syarina maisarah ke? helo?? ok bai.

HOT FM PAGI PAGI AJAK ORANG MENGUMPAT..HAISH

Tags
Assalamualaikum dan slaam sejahtera saya ucapkan kepada sidang hadirin sekalian. erk. takkan ada ah aku nak berbahasa puitis macam tu dalam blog ni. walaupun bahasa jiwa bangsa, tapi idak lah aku skema sebegitu rupa..haha.

korang sehat tak? boifrend boifrend sihat? skandal sihat? ok jangan memelaygirl kan diri korang yek. sebenarnya aku nak luahkan perasaan tak puas hati aku dekat Hot FM hari ni. eh korang pagi tadi dengar tak isu yang Hot FM putarkan? pasal 'kongsikan perasaan menyampah korang harini' 

memula aku tak ah fokus sangat. tapi dekat sejam gak ah aku dengar radio masa nak otw pergi kerja, and semua orang yang call Hot FM cuba ah meluah kan perasaan menyampah dorang haritu. antaranya.. : 

"akak cukup menyampah dengan jiran akak tu..beli set home theater baru pun nak tunjuk kat aka..macam lahhh dia sorang je yang mampu nak beli..menyampahh akakk tau!!"

"saya menyampah dengan kawan sekerja saya..sebab dia panggil saya ni akak! huh bajet dia tu muda sangat padahal sebaya dengan saya! menyampah betul saya dengan dia"

pot pet pot pet pot pet..

aku pun tukar siaran. Hot FM memang terbaik ah. sebab ajak masyarakat pagi pagi hari mengumpat. hik. how come? so dari kita semua mengumpat pot pet pot pet tambah dosa kering...meh la layan gambar aku dengan kawan kawan aku dekat Alamanda sabtu haritu. lagi berpekdah. hua hua hua.














thanks pada pp epal sebab sudi jadi photographer model model tak bertauliah ni ye. 

P/s : adakah entry aku kali ni juga serupa mengumpat hot FM? hahahah kataakaan tidakkk!!!

APA YANG MENARIK BILA GUNA FACEBOOK TIMELINE

Tags
cantik tak facebook timeline yang baru ni? kita boleh letak header! yea! dan aku ada penyakit yang rasanya ramai yang tahu. aku paling suka tukar header! ngee...


ramai yang kata layout yang baru serabut sebab ada dua column. so agak pening nak baca. betul tak? (blog pun kalau banyak column leh pening jugek hehe)


so untuk nampak lebih kemas and teratur macam yang asal..korang just buat macam ni je...klik kat gambar bintang tu tiap kali update status untuk minimize so dia akan jadi macam gambar kat bawah ni!



taraa..kemas kan? macam yang lama balik.. sebab ada satu column je.


tapi kan tapi kan korang..korang kena pikir masak masak nak tukar layout yang baru ni. sebab once korang dah tukar, korang tak boleh balik ke layout yang asal semula buat selama lamanya! 

dan satu keburukan facebook timeline ni..korang kena setup balik setting untuk privacy. lagik satu..ha ni penting..kalau korang jenis player ke, playboy ke playgirl ke, tayah la pakai facebook timeline ni. sebab semua status korang dari tahun tahun lepas, semua ada and orang boleh baca. hehe. kalau aku, aku tak kisah pun! bukan ada yang secret mana pun kan??
kalau korang nak tukar..boleh klik kat sini

so tepuk dada tanya selera. uhh ai lapar. nak makan. bye.






ROMBONGAN CIK KIAH KE GENTING HIGHLAND..VERY FAR FAR AWAY!

Tags
baiklah. sebenarnya selain menghabiskan lektrik dengan menjebakkan diri di laman sosial mukabuku, hobi aku jugak adalah hang out dengan kawan kawan sepermainan. *pergh macam ayat karangan BM. aku lagi suka hang out beramai ramai daripada berdua atau bertiga sebab salah satunya bila hang out beramai ramai, lagi happening dan kecoh macam rombongan cik kiah dekat tv tu. faktor kedua, bila beramai ramai, segala kos dan perbelanjaan juga dikongsi beramai2. jimat kan? hihi

so aku dan geng geng bas sekolah aku telah pergi ke Genting Highland yang sangat 'jauh' tu. very far away la sangat. kitorang plan dah lama. dan hampir2 nak cancel akibat cuaca yang ibarat 'kusangka panas ke petang rupanya hujan ditengahari' kalau hujan di genting highland, melopong la kami. *eh macam pantun lak.* tapi kitorang pergi jugak. tak kira nak jugak. so aku ibaratkan aktiviti kali ni sebagai aktiviti perlancongan ala ala travel hunter gitu padahal backpack pun takde kan? 

Apa yang aku boleh kata, trip kali ni memang betul-betul awesome. Walaupun Genting Highland is not very far away, but its not about the place that counts, its about with whom you spend your precious time with =) betul tak?


dulu aku pergi, bas naik sampai atas. tapi kali ni kena naik skyway..aku sokong bas tak naik atas sebab asap bas boleh menyebabkan pencemaran dan suhu meningkat. eh tiba tiba pandai sains. so kitorang pun berdebar debar naik skyway. aku cuba menenangkan perasaan dorang yang baru first time naik skyway. tapi aku tak mampu nak coolkan dorang sebab aku pun first time jugak. hahahaha.

kitorang pilih tiket bas pergi balik termasuk skyway dan tiket outdoor themepark dengan harga cuma RM47 saja..! murah kan? so kitorang gerak dari kl central pukul 8 pagi *gigih tau tak bangun pagi semata nak pergi genting yang far far away tu..* and naik skyway dalam 10 minit..lepas tu taraa..eksaited gila sebab dapat berpijak di bumi yang nyata setelah tergantung gantung tadi tuh. 



korang rasa aku naik tak space shot tu? Aaron Aziz ajak pun belum tentu haku naik..puih.actually aku pernah naik sekali sebelum ni. masa tu tahap adrenalin aku membuak buak. kira tahap bertarung nyawa ah naik menda alah ni. so enough for that. say no to space shot. hiiihi. tapi masa kitorang pergi haritu, aku dengar ada ah sorang mamat ni menjerit "allahu akbar!!!" haha gitu sekali..



whether was nice. tak hujan..tapi sedikit berkabus..yela sekarang kan musim hujan. takpela, asalkan tak hujan, kabus pun kabus la..syukurr tak hujan. kalau hujan, jawabnya aku call pakcik bas tu suh amik kitorang balik KL time tu jugak. ye ahh nak main apa time ujan kan?? so luckily tak hujan hari tu dan kitorang berjimba tak ingat dunia. 


kitorang punya ah saket hati sebab kena beratur dekat sejam nak masuk dinasourland! kitorang teruja ah gak nak tengok dinasour tu sebab dinasour tu gerak gerak. jakun la jugak kan. takpe ah, kitorang tahan sabar. pastu bila kitorang naik boat tu, kitorang masuk lorong gelap dalam tu pastu ada ah dinasour sekor dua siap sound effect lagi. ok ah bleh ngantuk. 


dalam lorong gelap ni ah yang aku citer tu. tak dapat ah nak upload gambar dinasour tu sebab gelap sangat terowong ni. kamera pun cap ayam je nak snap gambar dalam gelap memang takkan ada ah nak nampak objeknyerrrrr..gigi dinasour pun belum tentu nampak.

last but not least.. aku nak say yang perjalanan kitorang kali ni sangat ahhh menjimatkan sebab memasing semua bawak stok makanan. kalau ada yang ternampak kitorang lawa lawa bawak handbag tu, jangan ah terpedaya ingat kitorang bawak mekup ke apa ke..tu sume bekalan makanan. ada yang bawak botol sos lagi! hahaha.

oklah thanks for reading this. mesti korang rasa nak muntah darah dengan entry aku kali ni sebab banyakkknyaaa perkataan..jangan tak tahu aku dulu kalau cikgu suruh buat rumusan 100 patah perkataan, aku selalu buat 200 patah perkataan sampai cikgu tu boring nak marah. hehe ok bye.



HAPPY SHOPPING GIRLS!!

Tags
Salam.
Hye semua. Seperti yang dijanjikan, next week nak buat sale. Owh lupa nak cakap, bagi sesiapa yang rasa nak bersantai ke, pergi kuliah ke, jalan jalan ke, pergi shopping ke atau pun korang nak jadikan ni as hadiah untuk kawan kawan atau insan tersayang for any celebration, korang boleh start cuci2 mata dekat sini. huhu.

So, this time nak buat replica's purse, handbag sale !! Come on pretty ! :) 

PURSE/POUCH
CHLOE W252 CHOC
GRED A
 RM 45 (exclude postage) 


apa yang anda tau about "replica's". Katalah purse ataupun watch Versace, kat butik harga dia tak kurang dari RM500, malah ada yang mencecah ribu2. Tapi kat sini you all boleh dapat dlm RM50-70 dengan kualiti yang sama ikut gred. 

Jualan bermula daripada malam ni :) start next week, aish akan upload lagi ok. Semua replica's purse, handbag, and casual bag, semua ni adalah DIJAMIN BERKUALITI !! Nih semua limited edition ok gegirl2 kat luar sana sebab satu design ada satu unit je :)
- 1st PAY 1st SERVE
 
-Goods sold are NOT returnable


fill in and email me this order form below:

Name:
Contact number:
Address:
Method of Postage (Pos Laju/...
Name of the item(s):


and hantarkan ke email
ismalizayahya86@gmail.com
REMEMBER!
sebarang maklumat yang tidak lengkap, tidak akan dilayan. After u all order, make sure transfer the money ke akaun Maybank (akaun number akan diberi once you send the detail of order) if you all tak buat bayaran dalam masa 2 hari..your order will be cancel =) Thanx~!


Happy Shopping Girls !!  :)

DSLR VS NIKON COOLPIX

Tags
Assalamualaikum.
korang ingat tak aku pernah buat entry pasal isu budak budak sibuk nak pakai DSLR? kalau belum baca, boleh klik link kat bawah ni. 
sebenarnya aku suka gila snap gambar. tak kisah la pakai DSLR ke atau pun kamera digital biasa. bagi aku, tu semua bonus je. tak semua yang pakai DSLR tu cantik meletup letup gambar dia. takde skil tak guna jugak kan?

 

oo ye sebelum tu aku nak bagitahu korang yang kebanyakan gambar yang aku ambik dalam blog ni menggunakan kamera Nikon CoolPix. walaupun bukan Nikon DSLR tapi aku sayang kamera aku. haha motip? gunalah nikon untuk hasil terbaik. 

dan aku rasa bertuahhhhnya sebab sekarang aku dah boleh menggunakan DSLR sesuka hati aku tanpa mengeluarkan satu sen pun untuk membelinya. apa lagi, cilok saje kamera PP Epal. muahaha. tu la sapa suruh awak offer saya pakai kamera awak? saya kena la manfaatkan peluang yang ada. 

so apa lagi. bila nak belajar ambik gambar? PP Epal, pehlis ajar saya. wink!



tapi walau apa sekalipun, aku tetap sayang kamera aku. sebab helo..ingat DSLR je boleh ambik gambar lawa lawa? kamera cap ayam macam nikon coolpicx aku pun boley tau! *nada tak puas hati

pada yang tengah survey nak beli kamera digital apa..aku rekemen korang kamera nikon coolpix S4000 touchscreen. sebab kualiti gambar dia not bad. korang boleh tengok contoh gambar yang aku snap guna nikon coolpix dekat entry entry lama aku yang ni. mari mari mari


http://getmedean.blogspot.com/2011/10/kadang-kadang-aku-rasa-macam-aku-ni.html
http://getmedean.blogspot.com/2011/10/konon-ala-ala-drama-nora-elena.html
http://getmedean.blogspot.com/2011/10/cheesekau-penyeri-hidopku.html
http://getmedean.blogspot.com/2011/12/ikeabilik-ku-tampak-begitu-berhargahehe.html 

ni la dia kamera digital cap ayam kesayangan aku.. :)


P/S - befday nak dekat. agak agak kalau buat permintaan maut mintak DSLR ada ke yang nak tunaikan? tu menempah maut namanya. hik

TINGGAL BEBERAPA HARI JE LAGI

Tags

tinggal beberapa hari je lagi nak............. ada lah rahsia. hoohohoh.

actually tak lama lagi kalender 2011 nak buang dah. tapi aku tengah dok pikiaq apa azam tahun 2011 yang dah terlaksana, yang tertunggak, yang tak gerak gerak, tak pun yang tak berusik langsung. ha apa nak jadi kau ni aish. orang lain pung pang pung pang azam kau pun nak tapi tak terlaksana pun. 

apa boleh buat bro. kita cuma merancang. tuhan yang menentukan. tapi alhamdulillah, lain yang aku rancang, lain yang jadi. contohnya macam aku tak rancang pun nak kapel dengan pp epal, tiba tiba je jumpa mamat tu. eeeww..hahaha. ok alhamdulillah.

so bila nak masuk tahun baru, aku mula rasa gatal tangan nak make over blog..haaaaaaaaaaaa perangai lama mai dahh..ingat tak dulu blog ni seminggu sekali tukar header? pergh dasat betul. padahal tak cantik pun nak tukar tukar. pastu insap jap terus stay dengan layout sekarang. 

jap lagi nak pikir layout baru untuk 2012. tema blog? nak buat ala ala fairytale. hahahaha. payah gak tuh. oklah. takde point penting pun dalam entry aku ni. just nak bagitahu yang aku sayang korang and tak lama lagi kita nak masuk tahun 2012. yea. bye.
 



IKEA..BILIK KU TAMPAK BEGITU BERHARGA...HEHE

Tags
Hai! ok kali ni aku nak share sikit tentang warna putih. yess..aku memang suka gila dengan warna putih. suci bersih gitu. so dalam bilik aku, memang kebanyakan barang dan set perabot adalah berunsurkan putih. hehe. 

last week pergi ikea memang stress sikit sebab banyak gila sale dekat dekat hujung tahun ni. tapi aku cuma rembat sikit je.. nah.. ni antara koleksi barang hiasan dalam bilik aku yang berwarna putih. gebu gebu je aku tengok.

pasu ni aku beli cuma RM3.50 je. 

bekas ni aku buat tempat letak brooch. harga dia RM 1.80. murah kan?


lampu tidur ni memang kelass..simple je kan? yang penting kalernya putih. hehe. harga dia just RM9.50. murah kan?

dan jam ni aku paling suka. smart je kan? harga dia RM4.50 *kalau korang perasan, belakang jam tu ada frame bingkai putih harga dia RM1.80


taraaaa..i luv IKEA. kerana bilik ku tampak begitu berharga...


AKU NAK TOMOI PP EPAL TAPI....

Tags
semalam masa mendatingkan diri dengan PP Epal, macam biasa ah takkan korang tak paham aku selalu meluahkan perasaan tak puas hati dekat blog ni sebab pp epal ni suka buli. so semalam dia buli aku tapi sebab dah lali kena buli, so aku pun tak ingat apa dia cakap sampai aku marah sangat. agak tragis. so bila aku marah, aku pun terkeluar dialog ni.

Aish : kamu, jangan nak keji dengan saya boleh tak?
PP Epal : haha kamu marah ke?
Aish : mesti ahh...saya TOMEI kan kamu nanti baru kamu tau!
PP Epal : TOMEI? tu kan barang kemas. TOMOI la!!!!!!!

perghh malu dow..sebab time tu aku siap buat muka marah sambil genggam penumbuk nak bertomoy tapi tomei pulak aku sebut..waduhhh

ni lah padahnya kalau mengidam cincin emas TOMEI. hahaha. takpela..cincin yang dah tersarung kat jari ni walaupun bukan dari kedai TOMEI, aku sukaaaa jugak sebab pilih sama sama dengan my mother in law ..to be. hahaha. 

ngidam cincin TOMEI sebab design dia tantekkk!!! 

P/S - dear pp epal, jangan biar saya kempunan rantai TOMEI. haha. *ada gaya mami jarum tak?*




YESSS PP EPAL DATANG MERISIK AKHIRNYA

Tags
what de hey dengan status aku ni? hari ni nak mintak maaf dekat sume press conference sebab terpaksa tolak lamaran aaron aziz since family PP Epal datang dulu ke rumah i harini merisik ai. ai tak tahu nak cakap apa melainkan perasaan ni sangat kaget dikala dirisik orang. omaigod ayat geli sungguh. fine.


Photobucket
 kapel ring kata pergi, risik ring kata mari. hehe. rosak bahasaaaa lorh 


PhotobucketI don't want a perfect relationship. I just want someone who I can act silly with, someone who treats me well and loves being with me....;) Sometimes what you want isn't always what you get, but in the end what you get is so much better than what you had wanted..  

tarikh 4.12.11 Mr Mohd Hidher bin Mohd Yusof diwakili keluarganya telah datang ke rumah dengan tujuan merisik Ms Ismalyeza bt Yahya. tarikh pertunangan telah pun ditetapkan atas persetujuan kedua belah pihak. doakan segalanya berjalan dengan lancar. amin.



ADIK ADIK KALAU NAK BUAT CONTEST, JANGAN MALAS MALAS TAU

Tags
assalamualaikum. ha korang yang tengah cuti sekola tu, buat buat la kerja berpekdah sikit. jangan menghadap blog je *ecceh padahal aku jeles dengan dorang yang rajin update nih* yela..aku kan pemenang award blogger paling pemaleh dalam dunio ni. update pun ikut napsu. takdo napsu, takdo ah update. (apesal cakap negeri lak nih?)

kepada adik adik sekalian. 

akak bukan nak marah korang buat contest nak tambahkan bilangan follower. akak tak marah dik. akak lagi suka lagi lagi kalau adiahnya berupa wang tunai. leh gak akak bayar bil stremik ni. tapi akak cukup marah kalau adik adik, cuba memperdaya, dan memperkotak katikkan usaha akak yang penat berhempas pulas buat entry untuk join kontest adik adik tu ha. 

mana tak nya, akak punya ah berharap siap mimpi mimpi nak menang tempat pertama, tup tup, dekat setahun dik akak tunggu..adik buat tak tahu je dengan kontest yang adik buat tu. mentang mentang akak ni memory low sikit, belek belek archive akak tadi, mak aih aku masuk kontest ni, apesal penganjur kontest diam je tak update pape pun pasal kontest tuh? ni nak sekeh ni. tapi nasib baik akak ni lemah lembut dan pemaaf orangnya. 

Photobucket
akak tak marah, akak geram je

jadi nasihat akak kepada adik adik di luar sana. kalau nak buat kontest, jangan maleh maleh yo. jangan sampai kontest tu boleh menternak anai anai dekat blog tu ha. sia sia je kang. kalau boleh, bila kita buat kontest, cepat lah update keputusan dia. jangan biarkan peserta peserta mengigau nigau di tengah malam. 

ok lah. bai.

PROJEK PALING BESAR!

Tags
Salam Maalhijrah semua. tak sempat nak ucap haritu sebab sibuk sangat. 1 muharram haritu, pergi Shah Alam sebab kawan bertunang. tantek tak dia? hehe. dia ni kawan PP epal. so aku macam biasa la, amik berkat dulu..bergambar sakan dekat pelamin. hehe. 

Photobucket

so pada semua follower Belog Cik Aish, thanks sebab sudi follow, sudi jadi pengikut setia *pengikut setia means mereka setia walaupun kita tak berkesempatan nak jejak mereka semula* jadi di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua yang beragama Islam, semoga di awal tahun ni, kita buang semua yang negatif, dan ambik yang positif. and jangan lupa baiki diri supaya jadi lebih baik dari sebelumnya. insyallah.

(but actually niat nak berubah ke arah kebaikan bukan pada awal tahun je, setiap hari yang baru adalah hari untuk kita baiki kesilapan kita. ye dak?)

oklah. ada beberapa perkara yang nak disetelkan minggu ni. boleh dikatakan projek terbesar di awal tahun islam ni. semoga segalanya berjalan dengan lancar. doa doa kan ye. neves ni. jeng jeng jeng.

Photobucket
amik berkattttttt..hehe