NAK UPDATE BLOGLIST LAGI!

Tags
ok harini aku nak update pasal bloglist. rasanya ramai dah tahu kenapa kita kena letak bloglist dalam blog kita. otherwise korang boleh baca dekat entry aku yang lepas tentang bloglist ni. 

so disebabkan aku dah lama tak aktif blogging (since kerja pergi gelap balik pun gelap!!) aku rasa macam banyaknya blog blog best yang aku belum sumbat dalam bloglist aku ni. tunggu ye. on the way. hehe. and one more thing yang aku belum sentuh pasal bloglist, actually aku suka layout blogger ni. dia customize bloglist dia ikut kategori. bestt gila. aku pun tak serajin tu kot nak buat bloglist banyak banyak. hehe. 

pstt..cer carik mana blog aish? hahahahahaha...unsur show off di situ.

so nafsu nak update bloglist dah datang! yea! kalau ada antara korang yang nak aish letak blog korang dalam bloglist aish, just drop your link dekat mesej ye. maklum ah..aish ni dah veteren..kadang kadang terlepas pandang. hehe. bye. 




ADA SATU BENDA YANG BUAT KITA TAK JADI MASUK BLOG MEREKA

Tags
salam..hai guys!

Photobucket
macam kenal je profile blog ni? siapakah? haha. 

fine. ni pengalaman aku sendiri lah. bila aku ada masa nak jenguk blog blog yang pernah tinggalkan jejak kat Belog Cik Aish (thanks sangat sangat i really appreciate muah muah) and bila aku klik kat profile mereka, sometimes masa tak mengizinkan untuk aku fikir blog mana yang patut aku pilih. you just imagine ea..contoh dalam gambar di atas, if aku spend half an hour untuk blogwalking, and aku jumpa profile macam tu, sometimes i have to click X.

my experience
A : hey you..penat i komen komen blog u but why ea  you tak pernah jenguk blog i?
B : eh i da komen la blog u.. i komen blog Rasa Sayang. you tak perasan ke?
A : oo yeke? i jarang update blog tu. i cuma aktif kat blog Rasa Cinta je. 
B : Lol (mana la i tau u aktif blog mana??)

sometimes kita tak tahu blog mana yang mereka aktif update. ectually tak salah pun kalau kita nak letak more than one blog. Belog Cik Aish pun ada dua blog. Belog Cik Aish and another one is Gubahan Hantaran Ratu Sehari (yeah, people can think that my personal blog mestilah Belog Cik Aish aite?) but the problem is..when you guys put more than 2 blogs, and sometimes sampai 5 blog! haha. pastu semua blog tu nama lebih kurang sama. huwaa..

1. take time fikir mana satu blog aku nak klik.
2. sekali klik salah satu blog tu, dia kuar macam ni tau.. "no older post"
kalau blog tu tak pernah update satu entry pun, fine la maybe mereka nak kita tengok header dia je. but you take my time almost 10 minutes untuk fikir mana satu blog yang patut aku masuk, and you take almost another 10 minutes untuk bukak blog tu (beratttttt) and the result is.... "no older post" 

so patut ke aku nak undo page and cari senarai blog lain yang aktif? no la..i just klik X. my tips is... just put 1 or 2 blog je. kalau satu blog tu is about contest, or business online, put the correct name for that blog so that people can differentiate which one personal blog and which one is not. so it easier for us to visit your blog and leave some comment.. 

tapi kalau semua tu blog personal, plis la.letak la nama contoh macam ..
Belog Cik Aish (yang ni aktif) 
Belog Cik Aish (tak berapa aktif)
Belog Cik Aish (jarang update)


but perlu ke nak buat macam tu? hehe. 

thanks for reading!



AKU SUKA MOHD MUSLIM BIN AHMAD

Tags
hoyyeyy hoyyeyyy..Harimau Malaya menang! aku dah kata daaa..Indon mesti kalah punyaa..tu la sapa suruh bakar kaunter tiket..sapa suruh halang halang bas skuad pemain malaysia kat sana? busuk hati ooh..kan dah kalah..bak kata pakcik pakcik dekat kedai kopi tu, balun emas sebanyak mana pun, tapi kalau bola sepak tak sapu emas, takde gunanya..bola sepak ni ah raja segala permainan dalam sukan sea ni okeyy.

ekceli aku nak bagitahu kat sini. aku dengan Khairul Fahmi (apek) dah clash. bukan sebab dia ada banyak personal problem and scandal, no no no. tu hak dia. tapi aku clash dengan dia sebab aku dah suka gila dekat player ni pulak. hahahaha.

Photobucket
mata dia seksi ohh..
Nama : Mohd Muslim Bin Ahmad
Tarikh Lahir : 25 April 1989 (22 tahun)
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Kerjaya : Pemain Bola Sepak
Posisi : Pertahanan Tengah
Pasukan : Harimau Muda A / Pasukan Kebangsaan Malaysia
No. Jersey : 24
Tinggi : 1.83 m

Photobucket
korang tengok la rambut dia.. pitams..comeynya anak siapa la nii..

Photobucket
nak peluk? takleh ah. nanti pp epal marah ai. hehe. niway..he's good defender..ok laaa..

so korang pulak siapa yang korang minat malam tadi? fakri ke? hahaha..takmo ah fakri. share meh..leh gak aku usha pilihan pilihan korang tu. malam malam mcm ni cuci mata pun best okey. haha keji rasa nak lempang diri sendiri.


lu rembatt wa, wa rembattt lu!
dah dah..kesat lah air mata muuuuuuuuu...;p

thanks for reading!

AKU ORANG KAMPUNG MANA LA RETI PAKAI SUDU GARFU NI

Tags
yes harini adalah hari paling membengkekkan hati. perasaan memang nak terjun bangunan je ghasenya bukan apa..harini bergelut dengan jam *hari hari pun jam okay* dekat jalan Tun Razak depan Tabung Haji tu. Ya Allah ya rabbi. rasa macam nak sewa kapal terbang je balik seremban. mampuuukahhh? 

kenapa ah aku kena kerja dekat KL? dah tu, ada pulak training macam macam. memang boleh buat aku tensen sampai nak buat muka comel pun tak mampu. huahuahua. pitams. harini training pasal table ethic pulak. apa ke jadahnya aku nak belajar table ethic ni bagai? bukannya aku nak lunch, dinner, supper kat hotel bagai. takkan ada ahhh kan. 


 *kalau penat baca, sila komen "nice!" pun dah cukup bersyukur untuk aku. hahaha.*


ok sambung. 
em..nak harap pp epal bawak aku makan hotel? dia manjang semputt je bila ai ajak dia makan hotel. katanya "ala awak, saya tak kisah bawak awak makan tempat mahal kat hotel  hotel mcm tu, tapi awak tak nak kahwin cepat ke dengan kite?" omaigod. headache. headache. yelah awak. kita makan poktek je lah ye. 

so bila kena training pasal table ethic ni, pastu aku pulak yang dipilih untuk jadi model kat meja makan tu, ohhh apokahhh?? ai ni very the kampung oke. pegang garpu pun boleh terlepas *bajet nyahh pulak* hmm excuse me sekurang kurangnya bawaklah aku pergi pullman hotel kat putrajaya tu ke, kot ye pun kan *adehati* puih. hehe.


Photobucket

kelihatan di situ cik aish yang sabar menanti depan pinggan kosong. tantek tak? helo .. lambat betul nak tunggu makanan sampai. rasa macam nak ugut taknak jadi model je. protes lapar. tp sempat lagi posing.

Photobucket

ok yang baju ijau tudung putih tu Puan Yasmin. dia memang lawak gila ok. best gila dengar dia ajar. (bodek baik punya nih sebab tadi dia dah bagi aku makan fish and chip)


Photobucket

masa ni aku terbayangkan pp epal yang bawak aku makan kat hotel sambil kandel light dinner. ecceahh romantik gitu. (rasa nak highlight font kat ayat ni kasi pp epal nampak) "awak, befday kita nak dekat" (sambil kelip kelip mata. hahahaha)

oklah. tu je nak hupdate. ada sapa sapa anak datuk yang nak bawak ai makan kat hotel lime bintang? sila add ai di facebook. haha. jemputan anda amatlah dihargai dan ditunggu tunggu. choi!

HAI NAMA SAYA KUCING.

Tags
Haaa apokahhh? ehekm ekceli memandangkan aku malas nak update pung pang pung pang panjang lebar, nah..korang tatap lah gambar menatang ni.

Photobucket
hai. nama saya kucing. saya kucing biasa. hidung saya normal tidak penyek macam kucing kucing obesea yang lain. walaupun saya jantan yang ganteng, dalam hati ada taman taww..hahahaha. 

Photobucket
hai. nama saya kucing. saya bukan kucing biasa. mata saya biru. bulu saya coklat coklat. meowww..ni gambar berukuran pasport saya. biasalah..saya kan kucing obesea.

Photobucket
ada haku kesahhh? both of us came came makan nasi maaa...(wahh both of us terus! speaking nokss..kelass!)


thanks for reading!

JANGAN LA NGURAT AI..HAHAHA

Tags
ok. kisah ni dah lama berlaku. tapi baru hari ni nak story. 
cerita nya begini. 

satu hari, aku pergi cafe beli bekfast. maklum ah perut lapar. hari hari pun lapar. *tu pasal berat badan ai 54! syh..* dipendekkan cerita, aku berebut bihun dengan kawan sekerja aku. ekeleh bihun pun nak rebut dengan gadis lemah lembut macam aku ni. dasar! 

3 hari lepas tu, mamat tu add aku dekat facebook. dia pun tanpa segan silu borak borak mesra dengan aku. aku ni memang ramah bila orang ramah dengan aku. sama gak ah kalau orang benci aku, 10 kali ganda aku benci dia. ha begitu. 

2 hari aku borak borak dengan dia. sampai la satu tika dan detik ni dia pun meluahkan perasaan dia. lepas tu layan aku macam baby baby princes je. uwek uwek. 

Awak, saya sebenarnya minat kat awak sebab awk comel. 
 *ceh konon puji nak kasi aku cair? haremm*
awak, jom kita pergi lunch sama sama, saya belanja. 
awak, saya teringin sangat nak dengar suara awak.  
*since dalam ofis kitorang memang tak pernah bertegur sapa*
awak, awk balik naik apa? saya nak teman awk. saya risau awk jalan sorang sorang. 
awak, jom teman saya jalan jalan, kita g tengok wayang, karoke..
kita berdua je la takyah la ajak kawan kawan awk yang lain. 

tapi aku tak terima sepatah haram pun setiap ajakan dan godaan dia tu. hahaha. gila ke nak kuar tgk wayang berdua dengan lelaki lain? tak sanggup nak mencurangkan diri dengan pp epal. (pp epal sila bersyukur dapat awek setia macam ni) 

tak cukup dengan ayat ayat macam tu, dia cari pulak nombor telefon aku. pastu dia mesej. hai baby mucuk..buat apa tu.. hAaaa apokahhhh? gara gara bihun ekau jadi begini jang oi..aku hempuk jugak mamat nih

aku pun slow talk dengan dia. "kamu, saya ni dah ada boifriend. sila paham."
dia pun jawab. "ala baru boifriend belum suami lagi."
haahhhh?? what the fish!

yarrkkkkkkkkkk...sumpah aku geli. pp epal pun tak geli geli macam tu dengan aku masa we all baru baru kapel dulu tau. hahaha. apa daa..suka menyusahkan diri. tau la ai comel kan. *eh terpuji diri pulak camane ni boleh backspace tak hehehe!* lepas tu kan.....apa jadi dengan mamat tu? pp epal buat apa dengan mamat tu? kantoi??!!

Photobucket
PP epal buat apa ye dengan mamat yang berani mengacau makwe dia ni?..hahahaha eceeeahh

ha esok la aku update lagi. hahahahaha. bye semua. nantikan episod penuh debaran ni. nasib lah pp epal ooii..lepas ni u kena jaga ai baik baik. kalau u buat hal, i terima je lelaki yang ngurat i tu tau. motip??? *bajet berani je nak buat* hahaha.. takde la..ai setia ok. tsk..tsk..

YEA YEA NAK KAHWIN!

Tags


Photobucket
 selamat pengantin baru!

aku sebenarnya suka pergi kenduri kahwin kawan kawan rather than kenduri kahwen sedara mara. ya allah perangai macam syaitonirajim. tsk tsk. u know what, bila pergi kenduri sedara mara aku mesti kena soal "kau bila lagi?" and then aku mesti tak tahu nak jawab apa melainkan senyum comel jela. 

tapi if kenduri kahwin kawan kawan lak, if dorang tanya "kau bila lagi?" and aku secara automatiks nya jawab "kau takde kawan kawan yang ensem2 nak kenalkan kat aku?" ha begitu. *kalau pp epal baca kompem kena cerai talak 3 setengah* kalau bagi jawapan macam tu dekat sedara mara, nampak tak sopan lak kan? hilang lak ciri ciri gadis ayu ni nanti. dengan member takpe. hik

actually masing masing ada rasa nak kahwin walau pun kau ada harta kekayaan yang banyak macam gunung sekali pun kan, tipu lattew kalau takde rasa nak kahwin. macam aku sendiri, tak sabar rasanya nak kahwin *tergatal sesekali takpe kan?* tapi stil terkawal la till hari ni. masih lagi bersabar menanti detik cemas tu. *apa yang cemas tatau la kan...* malam pertama kot. hahahahahaha

pastu aku jenis suka ambik gambar dengan pengantin baru. holloh holloh baru perasan gatalnya aku nak bergambar dengan pengantin baru tu. tapi takpelah, dorang pun suruh aku ambik gambar dengan dorang sebab nak bagi can kat aku amik berkat. ha gitu. sampaikan ada sorang mamat ni sound aku "kalau tak kahwin gak tak tahu nak cakap apa" sungguh dasar! fine fine. memang lelaki itu stok tak reti nak menjaga perasaan perempuan lemah lembut macam aku ni. ke? puih.

ok lah nak call PP Epal suruh masuk meminang cepat cepat. kalau dia taknak, nak ugut tinggalkan dia pastu cari lain. hahahaha





EH LELAKI PUN ADA DEKAT PETAK BRA?

Tags
usah ditanya apakah objek di atas. takde rotan, pelempang pun berguna juga. baiklah. ini adalah bra. bra merupakan pakaian dalam yang dipakai oleh kaum wanita yang sudah mengalami pertumbuhan di payudara mereka. ok. tidak perlulah aku nak jelas kan secara detail kerana muka i tiba tiba menjadi merah. 

ok ini benar. memang i tak suka bila lelaki sibuk nak ikut perempuan beli bra. hahaha. i tak tahu apa motif lelaki nak ikut ladies beli bra. i tak pasti sama ada nak protect girlfriend dari kena kidnap or what. i bila tengok lelaki ada dekat bahagian bra, i akan cancel beli bra. walaupun urgent i nak beli bra baru hari tu. benci.

pelis la. i rasa macam nak bagi pelempang sedas dua. what say you? bukan apa..sebab ladies tak perlukan khidmat nasihat u all untuk beli bra. nak pakai kaler apa, bentuk apa, kain dari kapas, sintetik or whatever, lelaki tak akan boleh jadi perunding imej untuk bra. never. erk. bagi i lelaki boleh sekadar teman, tapi jangan sampai nak acu acu bra tu macam u all pulak yang nak pakai. i geli lah. bukan i je. gadis lain pun kan? 

lelaki zaman sekarang dah la tinggal berapa kerat je. i mean tolak nyah dan gay, so yang gagah tinggal berapa kerat je. yang beberapa kerat tu pulak sibuk nak acu bra, nak sibuk sibuk dekat petak bra. auw. tragedis i dibuatnya.
mana peranan kementerian pembangunan wanita? kami mahukan privacy! kami mahukan privacy! hahak. 

ok dah abis dah cerita.

P/s - terpaksa menggunakan ganti diri "i" berbanding "aku" sebab rasa macam sesuai je dengan entry kali ni. motif? 


AHLI FALSAMPAH

Tags
entry dikala hati berasa sangat sakit..maka secara automatik diri menjadi seperti ahli falsampah hehehe..

Assalamualaikum..
Mencintai seseorang, diri ini perlu jadi sebaik baik pasangan yang dia inginkan. kadang kadang, kita mahukan dia jadi kawan kepada kita. korang tahu apa makna jadi kawan kepada kekasih kita sendiri? ya, kita kena berbicara dengan dia ibarat tiada sempadan, tiada apa yang perlu disorokkan, jadi diri sendiri. itu namanya kita menjadi kekasih dan sahabat buat dia. 

cinta pada manusia itu sakit, pedih dan melalaikan..tapi mereka pun tak mampu menahan diri mereka dari mencintai. aku juga tak mampu menahan dari mencintai walaupun diri sendiri selalu diingatkan untuk tidak mencintai seseorang itu dengan sesungguh hati. kalau boleh letak lah sempadan supaya kau tidak akan rasa sakit sangat bila kecewa nanti. 

sebab manusia itu rapuh. aku lemah. dan cinta itu parah. kadang kadang menyakitkan. 

dan pada akhirnya..aku sedar bahawa jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan aku..lebih baik cinta itu tidak pernah hadir.. dan aku membuat keputusan. I don't need approval from man, what I need to do is cry out to God everyday to help me be who HE wants me to be. 

aku suka lagu ni. liriknya sangat ikhlas. 





KISAH DONGENG
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati


APA MAKNA KORBAN DALAM BLOG

Tags
hampir 2 minggu tak update blog. jap aku ingat ingat ayam je ni, update blog tu apa? ah sudah parah dah kau ni. waaa dulu kau 4 entry sekali kau balun satu hari. sekarang apa sudah jadii? wordless wednesday pun belum tentu aku rajin taw!

Photobucket

tahu tak Belog Cik Aish hari ini dah mencecah 2239 followers? terima kasih atas kesudian dan sokongan anda semua. walaupun jarang update lagi sekarang ni, err masih ada juga yang sudi beri sokongan. sumpah terharu. sobs. 

sempena hari raya korban hari ni, aku nak flashback balik entry lama aku untuk korang yang sudi nak baca. entry lama ni membuktikan aku seorang yang sanggup berkorban rasa malu kerana menghasilkan entry entry yang sebegini rupa. 

masih kah kau ingat lagi akan entry ini?

moral of the story..
untuk berjaya dalam blogging, jangan segan untuk berkongsi pendapat yang boleh membuat korang rasa malu bagai lepas dibunting. dan jangan malas update macam aku. adakah anda semua mampu berkorban masa dan tenaga untuk blog tercinta? haha.tettt.

korbankan rasa malu untuk berjaya, tapi jangan korbankan kemaluan anda untuk berjaya. pesanan dari kementerian peruncit seluruh negara. 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA!