TINGKATAN DUA DAH BUNUH DIRI SEBAB PUTUS CINTA..APA BODOH SANGAT?

Tags
Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا


Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)



Kali ni terpanggil untuk berkongsi dengan satu berita yang boleh tahan mengejutkan aku pagi pagi jumaat ni. kisah seorang gadis berusia 14 tahun (tingkatan dua lorrr) gantung diri dia sampai mati akibat putus cinta dengan teman lelakinya yang berusia 16 tahun (tingkatan empat meyh) ! 

"...mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik. Selepas itu, mangsa mengambil kain batik berkenaan kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelumdia dikatakan terjun pada paras tinggi.."

damn pathetic aite?

nak tumpang simpati pun, ntah la..simpati la jugak sebab dia mati dalam keadaan mengaibkan macam tu. tapi nak buat macam mana. budak budak sekolah zaman sekarang kecik kecik dah bercinta. apa yang best sangat bercinta zaman sekolah ni aku pun tak sure la..aku dulu takde masa kot nak bercinta bagai nak rak ni. masuk universiti baru pandai nak bercinta. tapi idak ler nak bunuh diri bila putus cinta. idak ler bodoh begitu sekali. 

kepada semua budak budak sekolah..
dengar sini akak nak habaq mai..

jangan la jadi bodoh kerana cinta. kalau lelaki tinggalkan korang, ramai lagi lelaki lain. korang masih muda. banyak lagi peluang lain yang korang belum nampak. bayangkan ea korang bunuh diri sebab lelaki tu, lepas korang mati, ada ke lelaki tu nak bunuh diri sebab rasa bersalah ke apa ke? tak ada maknanya..

lelaki tu akan teruskan hidup macam biasa, dan cari perempuan lain, maybe dorang berjaya dalam hidup suatu hari nanti, dan korang yang mati sebab bunuh diri tu apa jadi? tanggung la azab sorang sorang dalam kubur tu..

berbaloi? nan hado..


Photobucket
enjoy your life...

so aku nak bagi tips pada budak budak sekolah yang tengah mengenyam nak bercinta..lets say korang ditinggalkan oleh pakwe korang..apa yang korang perlu buat adalah :

  • jadikan lelaki tu musuh ketat korang. sebab bila korang benci lelaki tu, automatik korang akan motivate diri korang untuk jadi yang terbaik. bila dah jadi yang terbaik, dah dapat masuk universiti, dapat pakwe yang terpelajar, tayang balik dekat lelaki yang tinggalkan korang tu. seyes memang puas hati. 
  • jangan tunjukkan sangat yang korang desperate sampai tak boleh hidup tanpa lelaki tu..sebab lelaki yang tinggalkan korang tu sure suka punya kalau tengok korang menderita. what a shame.. korang kena tunjuk yang korang happy dan ramai lagi yang tergila gila kan korang. baru la market!
  • tayah la nak dengar lagu jiwang karat sambil melolong nangis nangis dalam bilik. lupakan stress tu dengan hang out dengan kawan kawan korang. tak pun pergi la shopping ke apa ke..lagi bagus habiskan duit mak bapak korang bershopping dari korang hancurkan hati mak bapak korang dengan bunuh diri. 
  • last tips..senang cerita tayah nak gatal bercinta. percaya la..pakwe korang zaman sekolah ni bukan kekal jadi suami pon! buat apa buang masa?
  
thanks for reading!


APA YANG KORANG TAHU TENTANG BREAST CANCER?

Tags
Ok tolak tepi dulu perasaan malu. walaupun aku menaip dalam keadaan muka yang agak agak merah tapi ah persetankan sume tu. yang penting, aku nak share info since its breast cancer awareness month.. 

Photobucket
 korang naik LRT pergi kerja pagi ni? kalau tak dapat bunga ni, rugi la..its free!!

Adakah terdapat sebarang tanda amaran?
  • Ya. Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.
    • Ketulan yang tidak sakit
      • Di payudara atau ketiak
    • Ruam yang berterusan
      • Sekeliling puting
    • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
    • Perubahan pada kulit
      • Bengkak dan menebal
      • Berlubang
      • Permukaan kulit yang berkedut
    • Puting tertarik ke dalam

Photobucket

Bagaimanakah saya perlu melihat perubahan tersebut?
Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.
  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.
Apakah pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?
PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.
Ia merangkumi 5 langkah


http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast1.jpg
Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast2.jpg
Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast3.jpgLangkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast4.jpgLangkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast5.jpgLangkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.


Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?
  • PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
  • Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.
Photobucket

Info sources : 
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/KanserPayudara.php

KADANG KADANG AKU RASA MACAM AKU NI ROBOT

Tags
terjaga dari tidur,aku terus menangis teresak-esak. kuseka air mata sambil memujuk diri..laju mencurah. tak dapat aku tahan. rasa ini sakit. mimpi buruk selalu datang menemui aku. damn.
Photobucket
Photobucket

sang hati..
terlalu banyak sakit yang kau pendamkan. kadangkala kau memerlukan aku untuk meredakan kesakitan mu. usah risau hati, aku sediakan airmata ini hanya untuk kau. agar kau berteman, agar kau tidak lagi kesunyian...

Photobucket
Photobucket

memendam apa yang aku rasa, telah aku pelajari sejak hari tu lagi..sakit. sekali lagi aku terpaksa. siapa tahu?kau?dia?mereka? tak ada siapa tahu apa yang aku rasa ketika itu..aku pendamkan saja kemas dalam hati.

malam tadi airmata aku tumpah lagi. dan aku benci emosi itu. benci sangat. tapi aku yakin...aku mampu lagi untuk terus melawan emosi itu. dan aku kesal. malam tadi emosi aku sekali lagi "terlepas" lalu mengganggu emosi "para hati" yang lain, maafkan saya, awak.......kerana saya sendiri benci emosi sebegini. 

Photobucket

Photobucket

aku sedaya upaya cuba untuk jaga hati dan perasaan orang lain..hati dan perasaan orang sekeliling aku......bila kadang-kadang kalau aku terasa hati ....aku diam semahunya..aku buat-buat tak dengar..time tuh mesti aku senyap terus...tak mampu dah nak cakap apa-apa...masa tu jugak mesti aku macam nak kesat je mata sebab mata macam dah bergenang. tapi bila aku diam, mesti ada yang paksa aku untuk luahkan. dan aku terpaksa luahkan dalam keadaan terpaksa.

tapi tak pe,lepas ni aku akan kembali senyum..aku ambil pilihan untuk senyap instead of lawan balik or tegak kan ape yang aku nak cakap sebab aku tau kalau kita ketengahkan mahupun perbesarkan bende yang kecil....akan jadi lagi teruk......aku simpan simpan..lepas tuh aku makan hati....aku sedih...tapi aku pujuk balik hati..."aisshhh...nape ni sedih-sedih...janganlah sedih..semua orang tak sempurna...mungkin kau rasa sedih hari ni sebab semalam kau buat orang lain sedih...siapa tau?"

Photobucket


kita hidup dalam dunia ni bukan sorang.....so nak taknak kena jaga hati orang lain jugak. tapi hati aku? kadang-kadang aku rasa macam aku ni robot.....


P/S - aku sayang kamera aku. motip?


ITALIAN MOTOGP RIDER SIMONCELLI MAUT

Tags
Harini terpaksa pergi shopping bawak anak buah. walaupun sadis je dengar sebab of course la saham jatuh mendadak kalau bawak budak budak ni kan? takpe la..jadi hot mama kejap..eh harus la kan! :D Actually PP Epal pergi MotoGP Malaysia di Sepang hari ni. thats why la...

so aku memang tak la nak pergi tempat tempat macam tu. dah la panas, bingit, tiket pun mahal. baik la aku menghabiskan masa dekat shopping complex cuci mata sambil belibelah sampai muntah kan? memang berbeza ah aku dengan PP Epal. so what? T___T

and PP Epal sibuk update status facebook. eleh..orang dah tau la berita tergempar tu.walaupun kite takde di tempat kejadian, tapi berita berita macam ni kita tau cepat tau! ahaks. 

its all about kemalangan melibatkan 3 pelumba..and sadly penunggang Honda, Marco Simoncelli dilaporkan meninggal dunia akibat perlumbaan tu. dia meninggal sebab terjatuh and kepala dia dirempuh oleh 2 penunggang lain. so pertandingan ni terpaksa dibatalkan.. hmm..sadis. 



 ‎'Whenever the helmet comes off that's not a good sign.'
Rest in peace Marco Simoncelli ,one of the good rider in history .. 

nasib baik aku tak pergi..huhu. nak baca berita selanjutnya boleh klik dekat sini ok. 

KONON ALA ALA DRAMA NORA ELENA!!

Tags
Photobucket
Sebelum kapel dulu, PP Epal cuba nak buat surprise bagi aku bunga. nak mengurat katanya (pui)..walaupun sekuntum, tapi aku tak kisah sebab dia beli dalam hujan. terharu..T__T masa tu cover lagi buat buat macho taknak tergoda. no no no. ha begitu.

ni kali kedua PP Epal bagi bunga. masa ni we all pergi Pesta Floral dekat Putrajaya. tema masa tu adalah rose. so no wonder la kan..haruslah dia bagi aku bunga rose takkan nak bagi kaktus lak kan? gedik ayam betul la camtu!


Photobucket
ni kali ketiga PP Epal bagi bunga. look! nampak upgrade kan? dari sekuntum, jadi berkuntum kuntum. dari takde reben, dah bereben reben dah bunga PP Epal kali ni. hehe.  memula dia nak bagi 3 kuntum je. sebab I Love You kan 3 perkataan. tapi dia bagi 5 kuntum I Love You Very Much

ok kalau macam tu, lepas ni sila bagi  18 kuntum untuk ayat ni..I Love You Very Much And I Want You To Be My Princess And Live Happily Ever After.. ha mampu? 

mesti kena siku laju laju kalau PP Epal baca. sobs.


if you've been touched by love, then you know exactly how i feel..

PENGARAH FILEM KALAU DAH GERSANG, MACAM TU LA HASILNYA.

Tags
korang tahu tak satu formula?
blog + lucah = traffic naik

aku tahu blog aku tak berapa nak naik traffic macam blog dorang. aku menulis untuk diri aku sendiri. walaupun tulisan aku tak layak jadi benchmark untuk blog blog lain, aku tak kisah asalkan aku menulis pakai akal. bukan pakai kepala lutut.

ha cakap pasal kepala lutut. aku tak paham kenapa ada orang yang suka melucah dalam blog. apa korang ingat dengan melucah time blogging confirm traffic naik ke? 

tukar tukar..ni bukan filem cereka tapi filem celaka.


and aku tak paham kenapa orang buat filem tak pakai akal? kenapa pakai kepala lutut jugak? contohnya filem Klip 3GP. apa ke bodoh sangat filem tu? yang tengok pun boleh pikir kot. perlu ke menyumbangkan duit RM10 free free dekat pengarah tak bermoral tu?

helo pengarah. nak mintak maaf pun takde guna dah...lain kali buat filem pakai akal bukan pakai kepala lutut

 
helo pengarah! kalau kau nak buat duit, ok kau memang berjaya la sebab budak budak sekolah memang suka tengok filem filem macam ni. tapi aku takut satu je. kalau duit yang kau dapat hasil filem tak bermoral tu, dan kau menaikkan nafsu budak budak yang tengok filem kau tu, kau jawab sendiri lah bila kau mati nanti.

helo korang. tak yah la nak try tengok filem tak bermoral tu. "aku dengar orang kata filem tu lucah, nak jugak try tengok betul ke tak.." ha alasan macam tu selalu je aku dengar. takyah la weh. membazir duit lepas tu tak de pekdah langsung. aku memang sokong filem tempatan. tapi bukan filem tahi macam ni. 

sekian.

p/s - serious tak faham kenapa pengarah filem klip 3gp buat filem macam tu. gersang agaknya. kasihan. kot ye pun gersang, jangan la ajak semua orang gersang sama sama. damn!

CHEESE..KAU PENYERI HIDOPKU

Tags
Assalamualaikum. 
Argh banyaknya blog yang tak sempat nak jenguk. sangat bizi. and banyak sangat blogger request tutorial tapi nak buat macam mana, tak dapat nak penuhi buat masa ini. ini semua gara gara pagi pagi buta pergi kerja, malam baru sampai rumah. buat muka comel pun tak mampu malam tu ni kan pulak nak update dan jenguk kawan kawan. maaf maaf maaf.

Tapi bak kata orang, walaupun kau penat pergi kerja tapi dari kau duduk rumah membesarkan organ organ luaran, nak buat apa kan? so cuba lah untuk jadi sepositif yang mungkin. kat tempat kerja pun mesti ceria maa..

oklah dari aku membebel panjang lebar, apa kata kita menjamu mata dengan wajah wajah ayu yang aku snap dekat Pizza Hut Ampang Park tadi.




ni la keje kitorang bila time lunch hour pada hari jumaat. melantak sepuas puasnya..


Photobucket
holloh holloh holloh comeynyeee



gaya rasa macam nak terjun bangunan je bila tengok kan?



Ok. lepas makan pizza Butter Garlic Cheeze Pizza tu, nak tahu apa aku buat lepas sampai ofis? 



Photobucket
(ni kenyang makan cheeze ke stress? huhuh..stress pasal apa tah gaknya ye..)


kan aku dah kata dahh..kalau dah kenyang dengan cheese, apa benda pun tak jadi. ala kan best kalau dapat makan cheese piza hari hari? By the way ni sajalah yang termampu aku update hari ni. jumpa lagi di lain hari. tapi tak janji la bila. hik.



PERGH BETUL

Tags
seriously sedar tak sedar dah nak masuk hari Jumaat. last update blog adalah pada hari Ahad lepas. life sangat busy. dah tak sama macam dulu. semuanya dah tak sama. totally different. nak pergi kerja memang sangat menguji diri sebab kena bangun seawal 5 pagi. pergh pergh dan sangat pergh! 

kadang kadang paksa mata lelap pukul 10 malam tapi mata je lelap, sebenarnya aku tak tidur lagi. rasa hampeh di situ. makanya aku tidur 4 ke 5 jam je sehari.

Photobucket



Photobucket

makanya aku nak highlight balik rutin aku yang sekarang nih. 

Bangun pagi pukul 5 pagi. keluar rumah pukul 6.10 pagi. ambik bas ke PNB Kuala Lumpur pukul 6.20 pagi. dan sampai ke PNB pukul 7.30 pagi. 

balik? amik bas pukul 5.20 petang. dan sampai Seremban pukul 6.30 petang. kadang kadang pukul 7 baru sampai kalau drebar tu bawak macam siput. so life memang macam tu hari hari. malam takkan ada ah aku nak update bagai nak rak macam dulu. 

"kadang kadang kau kena rasa susah, baru kau appreciate apa yang senang.."

anyway selamat pengantin baru buat semua kawan kawan yang baru berkahwin. dah besar panjang rupanya korang kan? T___T

PEREMPUAN BERAMBUT DURIAN

Tags
Photobucket

Dalam entry lepas, kita dah sedia maklum dengan lokasi menyeramkan iaitu di Terminal One. dalam entry tu aku bukan saje mengata malah aku juga mengumpat secukup rasa. walaupun seremban adalah tempat kelahiran aku, tapi anggap saja lah ni teguran aku untuk menteri besar negeri sembilan buat sesuatu supaya kami ada pilihan lain untuk membeli belah selain Terminal One. 

kalau korang tengok gambar yang aku lukis tu, tu adalah seorang perempuan yang aku jumpa dekat Terminal One baru baru ini. aku terpaksa kalerkan baju dia pink sebab nak menunjukkan dia perempuan. (tak tahu apa motif pink dengan perempuan T__T) 

aku jumpa perempuan ni keluar dari pusat snuker Terminal One. dengan kembang kempis hidung, konon bangga sebab ada rambut macam tu. kalau tak silap aku perempuan ni ada register persatuan pang sedunia. jadi rambut pang tu sebagai buktinya lah kan..

perempuan ni jalan sebelah aku. aku elak sikit sebab risau takut duri duri rambut dia tercucuk mana mana lubang dekat muka ni. dalam hati aku, ya rabbi pompuan ni hilang akal ke apa? 
aku tak tahu kenapa perempuan ni berani buat style rambut macam ni. nak kata hobi dia suka sangkut plastik bag dekat duri duri tu, takde pulak aku nampak dia gantung. kau nak mencederakan biji mata orang lain ke ha pompuan?
tapi kalau tujuan nak show off yang kau perempuan berdaftar dengan persatuan pang sedunia, tu aku setuju lah. tahniah kau berjaya buat orang semua pandang kat kau. bukan nak puji kau berani buat style macam tu, tapi kasihan tengok kau macam perempuan terencat akal. tak pun macam perempuan kurang kasih sayang. sebab tu rambut duri duri. ibarat durinya hati. ha semputt..

kepada siapa siapa yang terlibat atau pun kenal dengan perempuan berambut durian yang berlegar legar di kawasan terminal one seremban, sila lah kirim salam peluk cium aku dekat dia. cakap kat dia, akak boleh dermakan sikit kasih sayang akak kat kau. tak pun akak boleh sponser kau pergi salun. 

yeaakk??? akakk? peliss..taknak ada adik macam ni. memang aku rendam dia dalam besen penuh dengan klorox sampai dia mati. hahahahaha

bye.


SCENE PALING NORMAL DALAM CERITA HANTU MELAYU

Tags

 aku bagi 4 bintang sebab jalan cerita yang menarik

aku baru lepas tengok Hijab tadi. not bad. tapi ada banyak scene yang memang biasa aku tengok dalam citer hantu melayu. scene konon konon mereka mereka ni sangat berani ok. hehe. aku pelik kenapa ea jadi macam tu? jom kita selidik satu satu

1. kalau ada bunyi dekat pintu, mesti pelakon tu pergi ke arah pintu and bukak pintu tu tengok ada siapa siapa ke kat situ..gaya muka masa tu tak menunjukkan ketakutan pun, cool gila bukak pintu, macam nak bagi salesman masuk..

2. kalau lampu bilik terpadam tibe tibe, mesti pelakon tu bangun cari suis nak bukak lampu tu balik. pun sama jugak takde langsung ciri ciri kecuakkan masa nak bukak lampu tu. berani gila macam orang kawen malam pertama eksaited nak bukak lampu. err apa kah? lari tajuk ye. harap maklum.

3. kalau kereta rosak dekat jalan yang gelap dan sunyi, mesti berani turun dari kereta tu walaupun sedar diri memang tak pandai repair kereta. still jugak nak turun dari kereta tu capai toshlaite suluh suluh enjin kereta.

4. kalau ada bunyi bunyi dekat seat belakang dalam kereta, mesti berani gila nak toleh belakang. tak pun tengok dekat cermin tu. pergh berani tau uols ni!


tapi in real life atau pun kalau jadi kat aku la kan..mesti terbalik.


1. kalau ada bunyi dekat pintu, aku mesti buat buat tak dengar lepas tu jalan laju laju sebab nak blah dari pintu tu..masa tu peluh toksah cakap la okay. dalam otak ni semua jenis hantu aku bayangkan. hantu kak limah pun aku byg gak.

2. kalau lampu bilik terpadam, aku mesti tarik selimut, pejam mata rapat rapat, buat buat tidur dengan harapan tak adalah hantu tu kacau aku. aku ngntuk ok..tolong la kacau jiran sebelah ke apa ke..

3. kalau kereta rosak dekat jalan yang gelap dan sunyi, mesti aku lock semua pintu, pastu aku buat buat tidur gak..dalam hati maki gila nape lalu jalan tu????

4. kalau ada bunyi bunyi dekat seat belakang dalam kereta,  aku takkan toleh belakang. pandang cermin pun takkan ada punya. aku buat buat tidur jugak. jawabnya mesti aku sampai masuk icu sebab eksiden

see? aku tak tahu la korang kan? tapi kalau aku tengok wayang citer hantu, mesti tak sama. mesti dorang berani gila. why why??? adakah aku ni sangat penakut? kasihann aku.


part ni paling tak boleh blah..

P/S : Hijab best. pergi la tengok. tapi standard la ciri ciri di atas memang ada dalam cerita tersebut. tapi aku lagi suka Khurafat. lagi seram..tanjat boboy!

CARA MENGORAT PENUH SENTIMENTAL VALUE

Tags
Photobucketkenapa aku letak gambar kunci ni? "makcik menang motor.." takkan ada lah kan?? bawak motor pun tak reti. T___T
kunci ni aku beli masa kat Italy awal tahun hari tu. aku beli sebab dia unik. ada sentimental value dekat kunci tu. ceh bajet pulak ayat ni aku rasa. korang tahu tak ada apa dengan kunci ni? kunci ni la aku guna untuk mengorat PP Epal. muahahaha. 

mengorat PP Epal pakai kunci?

well actually aku ni paling tak reti nak mengurat lelaki. haha sila muntah tepi sekarang. tapi betol aku tak tipu. bagi aku, dalam life ni, lelaki kena amik first action dulu..nak mengurat ke, nak merisik ke, nak timang anak ke..hahaha..ok melalut dah tu. nak harap aku start dulu, takkan ada la..malu tau. :p

Photobucketmasa aku mula rapat dengan PP Epal dulu, dalam hati ni "ala dia ni lembab betul la, cepat lah ngorat aku!" ha lebih kurang camtu la. haha. takde la..main main je. rakus bebenor pulak gayanya tu. em just selesa berkawan tapi tak la harap nak jadi more than frend. 

so ada satu ari tu, aku bagi dia kunci ni. 

Aish : nah amik la kunci ni. saya beli kat Italy dulu
PP Epal : thanks awak.

and bila we all dah kapel ni, baru aku bagitahu kenapa aku bagi kunci tu.

Aish : kamu, tahu tak kenapa kita bagi kamu kunci tu dulu?
PP Epal : kamu kata tu sebagai souvenir je kan?
Aish : tak lah..tu maknanya kita dah bagi kunci hati kita kat kamu. kita bagi hint suruh kamu ngurat kita. haha
PP Epal : laa..apesal kita tak dapat tangkap dulu?? 
Aish : tu la kamu lembab macam siput. penat kita hint. nasib baik kamu ngurat gak kita. hhaa

sengal lak aku rasa kitorang time tu. haha
moral of the story, guys di luar sana, kadang kadang ada spesis perempuan yang tak kisah mulakan step pertama. tapi ada gak spesis malu malu ayam. suka kat someone tapi tak berani nak luahkan. alert ye. kalau spesis macam ni cuba bagi hint. haha.

to PP Epal : i lebiu. xoxo







OI LELAKI, PERGI TUKAR JANTINA LA!

Tags
tadi aku balik kerja naik KTM. sesak tu perkara biasa. orang kata naik KTM macam masuk tin sardin. okeh tu aku tak kisah sangat. aku berhimpit masuk train. ladies coach penuh lak. aku tahu kenapa. mesti gadis gadis semua takut kena raba dengan lelaki gila seks. kuakuakua. 

aku masuk je dalam train, pergh semua seat lelaki yang duduk. yang berdiri semua perempuan. ada yang pegang anak, ada yang macam tak makan setahun, terdodong sana sini, yang lelaki pulak, ganteng ganteng gitu. sasa sasa. ilek buat muka tak bersalah duduk sambil dengar walkman, baca paper.

pastu ada la satu perempuan ni. tak sampai hati agaknya tengok seorang ibu terhuyung hayang dukung anak dia, so dia pun bangun and dia bagi la perempuan tu duduk. bagusnya. ada jugak yang berperikemanusiaan. tapi kaum perempuan la..kaum lelaki? pandang je.... pergh..busit betul. 

tibe tibe PP Epal call. aku pun apa lagi. 

PP Epal : kamu, kat mana?
Aish : dalam train. sesak ni. penat berdiri. (sambil kuatkan suara)
PP Epal : yeke, kalau kita dengan kamu naik train, seat ada satu je kosong, kita nak duduk ke atau kamu yang nak duduk?
Aish : mesti la kita. kamu kan LELAKI! cukup kudrat. bagi la perempuan duduk. (sambil tinggikan suara dalam train)

ending nya, lelaki yang duduk senang lenang tu, mula tak senang duduk. nape bang? panas ke kena perli? korang patut pergi tukar jantina lagi baik la aku rasa.