STRESSKAH AKU?

Tags
apa itu stress? stress bermaksud tekanan yang hanya boleh dikawal dengan cara muhasabah diri dan berkomunikasi dengan otak sendiri. 

aku agak je tu. korang cari sendiri la maksud stresss dalam kamus dewan bahasa T___T


Photobucket

Semalam befday PP Epal. kitorang candle light dinner dekat Lake Club Putrajaya. aku tak sempat pun nak belikan hadiah untuk dia. sebab dalam kepala otak aku ni, aku nak buat kapel ring je. tapi kalau aku tak bawak jari dia, camne aku nak beli kan? sekali tak muat? maklum la..jari dia gemuk sikit. sesedap rasa mengumpat pakwe sendiri..haha

So semalam aku just beli befday kek je. brother cashier tu siap tanya aku nak berapa batang lilin..aku nak je jawab 27 leh? yelah umur dia kan dah 27..ulang balik..27 okay!! tua kan? haha..ngumpat lagi..bestnya. ala dia bukan tau pun. 

tapi aku just mintak lilin sebatang je. ala ala romantik gitu. pastu aku buat befday kad. biasa lah..aku memang suka bagi kad. sebab ucapan befday dekat msg atau pun post dekat wall facebook adalah sangat tak sama dengan ucapan befday dalam kad. hand written gitu..ouch.

so petang tadi aku tanya dia. dah baca ke kad yang aku buat tu? 

"tak bukak pun lagi."

ye. aku suka jawapan tu. awak ada satu hari dari malam tadi, sampai petang untuk baca. tapi awak tak sempat baca. walaupun awak berada di rumah seharian. ye. relate kan la tajuk entry aku dengan kisah yang sadis ni.

dear pp epal..
awak, saya tahu saya bagi kad je. bukan ipad. kalau ipad mesti awak eksaited kan kan kan..takpe lah awak. saya tak kisah. :)

:)





MALAYSIAN GUYS DON'T CARE ABOUT THE ATTITUDE

Tags
Assalamualaikum. 
Malaysian guys don't care about the attitude.

Wahh lama gila tak update. sekali update ayat nak sentap. hihi. ok kenapa ye aku cakap malaysian guys macam ni? well, aku bercakap berdasarkan observation. aku observe. (cewah bajet gila rasanya) Sometimes dorang tak sedar and sometimes dorang sedar tapi buat buat bodoh je. huh

Lelaki gentleman. why lelaki melayu sekarang tak gentleman? susah sangat ke nak jadi lelaki gentleman? ok kalau nampak satu couple keluar beli barang barang, why not lelaki tu offer untuk bawakkan barang barang tu? and bukak kan pintu kereta and lets the girl masuk kereta tu sebab yela barang banyak kan? if you guys do that, the women feel so touched tau!!

Actually bukan la nak lelaki ni jadi romantik ke whatever. just be you are. tapi apa salahnya educate diri kamu untuk jadi gentleman? just learn the beautiful manner! tak rugi pun. 
Sometimes small thing like this bukanlah rare sangat. you know what! be polite is not a rare thing okay! apa nak malu jadi lelaki sejati?? 
The second situation lak ye.

Lif! bila lif open, apa salahnya bagi perempuan masuk dulu. ni tak, berebut rebut masuk lif. badan kalau kecik takpe. masing masing lelaki sasa! ganteng ganteng gitu. dok rebut rebut masuk lif dengan perempuan. what a shame la guys! lets the ladies in la! kalau lif tu nak tertutup, dari jauh menjerit, "tunggu!!!" lari lari kejar lif sambil angkat angkat seluar. aiyo..apa salahnya you guys tunggu lif lain je?

Third situation.

Bila bukak pintu, tak kisah la pintu apa, main lepas je pintu tu. apa salahnya hold the door for ladies! ni tak, lepaskan diri sendiri je. dah masuk, pintu lepas, bedebanggg orang belakang. kalau ladies yang kena, tak ke sadis?

So guys, please la ye, start developing yourself and your future son to be a gentleman. because everybody value each other..bye. 

P/S : romantik bukan gentleman. its two different thing ye. i can accept if he is not romantik tapi aku tak boleh accept kalau dia tak gentleman. haha. boley? any comment guys?

ADA TAK CONTEST BLOGGER PALING MALAS UPDATE?

Tags
Ok. Sekarang aku dah pandai pergi kerja dan balik kerja dengan public transport. yabebedu! Jadi Isnin sampai Jumaat adalah harus untuk aku memandang Belog Cik Aish hidup sedap macam makan coklat ni dengan sebelah mata. terpaksa buat buat taknak layan (tapi malam malam sebelum tido, jenguk jugak kejap) 

Kepada korang yang singgah mencuri coklat dalam blog ni, sila lah tinggalkan link dekat ShoutBox atau pun komen la satu dua walaupun hanya komen perkataan "setuju" atau pun "aish, tumpang singgah curi coklat". Weekend nanti aku akan jenguk dan click nuffnang korang. wah janji manis mu.

"kau ni pemalas macam kucing!"
BLOGGER PALING MALAS HUPDATE
Disebabkan aku dah tak mampu nak menghupdate blog ni dengan sekerap yang mampu, aku nak tanya kat sini, siapa siapa yang ada buat contest "Blogger Paling Malas Update" bagitahu aku cepat cepat. sebab aku macam berminat nak join dengan harapan aku akan menang hadiah pertama  T___T

Sekarang aku kena tumpukan perhatian pada tugas aku pada negara. eh tak tak. aku bukan perdana menteri. mahu pun menteri pembangunan wanita. bukan bukan. aku nak fokus pada kerja baru ni. nak ingat ingat balik topik finance analysis yang aku tinggalkan dulu. lamanya tak sentuh tajuk tu. now kena study balik.

p/s : Walau macam mana pun, Ahad ni aku nak release otak aku dengan melayan movie Bini Biniku Gangster. waa..korang tengok tak trailer dia yang part lotion memancut tu? aku tak paham la. cer eksplen. T___T

bye. aku terkeji.

BELOG CIK AISH TERSENARAI

Tags


Sebelum ini Cik Najihah ada buat list Blog Patut Pemes. Belum tengok lagi? Tekan link untuk ke blog Cik Najihah. Masa aku baca entry tu, rasa kagum pulak bila tengok blog blog lain yang tersenarai. Dalam hati, bila lah nak jadi macam dorang? huhu berhenti berharap. (update pun makin malas, entry pun tah hape hape lagi mau berangan? wekk)

Terima kasih Cik Najihah. Lepas ni aish belanja coklat. HAHA. 

Bila tengok blog Hidup Sedap Macam Makan Coklat ada kat dalam senarai tu, rasa macam tak percaya pulak. eh coklat aku sesat dalam blog orang lain apa cerita? T__T 

Selain Belog Cik Aish, ada lagi blog blog lain yang tersenarai. Termasuklah Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau. Aku cukup suka dengan blog si Faiz Tapit ni. Apa pun setiap blog yang tersenarai ada keistimewaan masing masing. Senang cerita, korang boleh pergi tengok sendiri dekat SINI. Boleh tambah kenalan ye dak?

Dan special thanks dekat blogger blogger yang buat aish terharu sampai leleh leleh hingus. dah lah hujan ni. selsema tau tak?

 
ini sebenarnya hanya lah entry penghargaan je. tak ada niat langsung nak show off. secoet pun tak. yelah. orang dah susah susah senarai kan blog kita dekat entry dorang, sekarang aku hanya mampu buat entry penghargaan ni untuk korang semua. 

nak aku belanja dominos piza tu boleh tapi kena lah turun Seremban. Nak aku post kan coklat sekotak dua? boleh tapi tunggu lah gaji. lepas tu korang banje aku pulak ea. HAHa. aku nak kenny rogers.

P/S : esok kena bangun pukul 4 pagi. kesian mata sepet ni tak cukup tidur.ya, aku bermata sepet. nape? tak puas hati? haha


LELAKI PAKAI RANTAI

Tags

Kalau sejak kebelakangan ni lelaki suka menjadi pengkritik pemakaian perempuan, kali ini mari kita jadi pengkritik pemakaian lelaki pulak. ok. ini adalah salah satu (sebenarnya banyak lagi) cara pemakaian yang aku tak gemar. lelaki berantai. 

perempuan berantai nampak manis. lelaki berantai nampak _ _ _ _ _ sila lah isi dengan jawapan yang sesuai. ok. lepas tu, lelaki begini ada hati pulak nak memilih calon isteri. mereka nak yang solehah, yang nampak manis, yang sopan, yang baik budi pekerti bla bla bla..kalah ucapan PM punya panjang. "halo halo berader, jom kita pergi kedai dua ringgit beli cermin."

aku tak rasa bila lelaki pakai rantai, akan terserlah kemachoan dorang. secoet pun tidak. malah makin memburukkan keadaan dan rupa paras korang. hilang terus kekacakan korang tu. tibe tibe aku rasa aku lagi kacak jadinya tau! 

P/S : kepada jejaka tampan di luar sana, jangan lah memakai rantai. silver ke, emas ke, tembaga ke mahu pun platinum. aku nak cuci mata pun rasa tak berapa nak gembira. sian aku.


HARI MALAYSIA?

Tags
 ingat nak cat muka aku tadi, tapi tak jadilah. hihi

Aku suka tengok Melayu borak borak dengan Cina dan India dekat satu meja makan. semua guna Bahasa Melayu. Semalam mak aku bergurau pulak dengan apek tua yang jual suratkhabar tu. Cina tu pun ramah. 

Minggu lepas pulak aku nampak sorang India ni bagi makcik Melayu yang berdiri dekat dalam komuter tu, tempat duduk dia. Sebelah aku pulak masa tu ada satu group student Cina, Melayu dan India tengah rancak borak. Kadang kadang dalam bahasa melayu. kadang kadang speaking. 

best kan macam tu?

tapi bila open house hari raya, melayu sama melayu, duduk berpuak puak. orang PAS duduk sama kumpulan dia, yang UMNO duduk dengan group dorang. 

damn pathetic aite?

Selamat Menyambut Hari Malaysia!

SULAMAN KASIH (WAKLU!)

Tags
Assalamualaikum. 
Ok. hari ini aku nak merepek tentang sulaman yang boleh dibuat untuk mengisi masa lapang selain dari kau mengadap blog aje. walaupun aku tak berapa mahir atau pun dalam bahasa kasar nya memang tak reti menyulam kain, tapi sebenarnya benda ini sangat fun ok. 

Habis semua baju baju lama aku keluarkan balik untuk diberi nafas baru. cewah. bajet betul rasanya. menyulam ni kalau ikutkan hati memang tak sesuai untuk aku yang malas ni. menyulam perlukan kerajinan dan kesungguhan serta kesabaran. jadi memang tak padan lah dengan aku yang gelojoh ni. 

Photobucket

Photobucket

sulaman dalam gambar kat atas tu tak siap lagi. penat tau tak. tapi aku eksaited nak siapkan walaupun rupanya tak berapa nak senonoh kan? korang nak tempah kat aku? boleh. harganya duapulohlapanjuta sepasang. hahaha. 

Photobucket
Photobucket

ni pulak aku tak tau apa motipnya kau buat muka macam tu. bukan kau yang penat menyulam tadi kan? ke kau nak aku sulam bulu bulu kau tu? warna dah sama kan? nak? meow meow. (taknak)


KORANG TOLONG AKU! TAK TAHU NAK NAIK BAS APA

Tags
ok. ini adalah Menara PNB dekat Jalan Tun Razak


ini pula adalah Terminal Bas Seremban

sekarang yang menjadi persoalan dekat benak aku ni, macam mana aku nak pergi kerja hari hari dari Seremban ke Menara PNB dengan menggunakan bas? seyes aku tak pernah naik bas ke KL melainkan ke Melaka je sebelum ni. sebab aku study dekat Melaka. 

so bila tibe tibe kena berulang dari Seremban ke Menara PNB, aku taknak drive sebab membazir tenaga. dan aku taknak stay KL sebab tak best. (kos hidup tinggi kot!) so sekarang ni aku tengah pening kepala ni. nak naik bas apa? nanti bas tu turun dekat mana? aaa help me. pastu nak balik macam mana? nak tunggu bas dekat mana? 

doakan aku supaya dapat menyelesaikan masalah ni. haha. masalah negara ni.

P/S - Isnin ni kena bangun pukul 5 pagi. blog akan bersawang lepasni. ahaks. takpe. aku akan update blog kot kot ada benda menarik yang terjadi dekat PNB tu nanti. eh skema gila ayat aku. terikut2 sejak semalam. teett..


SKEMA NAK MATIKS!!!

Tags
Malam tadi masa aku tengah syok layan drama melayu (bosan lah sebab jalan citer mesti skema nak matiks) tiba tiba PP Epal mesej aku. dah lah masa tu aku tengah serabutkan kepala otak ni dengan jalan cerita drama melayu yang tak berkembang tu pastu PP Epal pulak hantar mesej macam ni.

trruutt truurttt..bunyi mesej

PP Epal : Hai, kamu sedang buat apa?
ah sudah mamat nih. gila ke apa tiba tiba skema nak matiks dengan aku malam malam ni. aku pun layan kan aje keskemaan dia malam tu.aku pun reply. 
Aish : Saya sedang menonton televisyen.
PP epal : Saya baru hendak pulang dari tempat kerja. 
Aish : iya kah? sila berhati hati ketika memandu. 
PP Epal : Baiklah. Sebentar ye saya hendak mandi dahulu. (masa ni dia dah sampai umah)
Aish : baiklah. saya akan menunggu kamu.
PP Epal : anda tidak melayari internet kah malam ini?
Aish : ya, saya sedang melayari internet. mari lah bersama sama melayarinya.

ok. sebenarnya conversation gila skema nak matiks tu panjang lagi. sampai lah aku give up dan gelak terbahak bahak mintak surrender awal. tak sanggup rasanya nak jadi skema pastu guna bahasa baku bila bercakap. ya rabbi. macam alien je aku rasa. 


aku tengah bayangkan PP Epal muka macam ni pastu nerd gila, pastu skema nak matiks, memang tak ah aku nak buat bf. hahahaha..omg
 
cuba lah hantar mesej kat pasangan korang guna bahasa baku. mesti dia tak boleh terima hakikat dengan keskemaan korang tu. tak pun mesti dia ingat korang buang tebiat. haha. ok bye. terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca petikan saya hari ini. oohhhhmaiigod.

PERSATUAN SALAH CAKAP

Tags
Pada suatu hari yang dingin...angin sepoi sepoi bahasa..hm, takkan ada lah aku nak buat cerita skema macam ni. nak buat macam mana, sejak azali tak minat sastera. 

cerita pasal bahasa ni, korang like tak page ni? PERSATUAN SALAH CAKAP dekat facebook. memang cool la page ni. aku pun like jugak sebab aku ni memang selalu salah cakap. nak buat camne, kalau mulut dah macam bertih jagung. sekali keluar sampai salah salah kaauuu!

kisah satu. (typo)
semalam aku pilih gambar dekat pen drive yang PP Epal bagi aku. ala gambar raya. saja la gatal nak pergi hantar cuci. pastu malam tu aku sempat la berYM dengan dia. 

PP Epal : kamu, kenapa mintak pen drive tu? 
Aish : kamu, biar lah, tu kan gambar raya, banyak gambar yang kita nak hantar cuci, bla bla bla..agak berjela la jawapan aku.
PP Epal : yela, cuci la semua. 
Aish : taknak la cuci semua. saya nak selecet dulu gambar gambar tu.
PP Epal : ok..kamu selecet la puas puas.
Aish : eh bukan selecet! select la! 
PP Epal : takpe. saya paham. sok kita pergi kedai gambar kita selecet gambar sama sama ye.
Aish : ggrr..dah dah la tu. 
PP Epal : ha ha ha

kisah dua (salah cakap)
tu typing error. yang kes lagi satu ni, aku dengan kawan kawan umah sewa. masa tu dia tengah mengadu kat aku masalah dia dengan boiprend dia. aku pun nasihatkan la dia bajet dokter cinta. waklu. haha.

Aminah : aku dah tak tahan lagi aish. sampai hati dia buat aku begitu bla bla bla
Aish : sabar lah aminah. maafkan dia. sedangkan umat ampunkan nabi 
Aminah : apa kau ni? bila pulak umat ampunkan nabi?
memang tak la aku nak jadi dokter cinta kalau dah gitu ayat aku. salah sana sini. 


so korang pernah salah cakap atau salah taip? boleh lah like page ni beramai ramai. nescaya, korang mesti gelak terbahak bahak sambil menendang nendang kerusi bila baca ayat ayat dorang yang serba serbi salah tu. lepas tu kalau karam sing walia baca, dia pun senyum sinis. hahaha

CELAKA PUNYA HENSET

Tags
Ni cerita lama. tapi baru hari ni aku nak story. aku keluar tengok wayang dengan member aku. tapi damn betul sebab aku yang sampai dulu. ni la janji melayu. janji pukul 4.30, pukul 5.30 pun lum tentu nampak bayang lagi. takpelah. aku memang dilahirkan untuk tunggu korang. kan?

tapi aku dah tak boleh sabar lagi dengan dorang ni. mekup 16 inci apa? tayah la nak tutup jerawat tu sangat. tengok wayang je pon! gelap gelap tu tak de hantu nak belek muka kau der! aku pun panas hati. elok elok muka berseri seri terus jadi bara api. 

pastu tetibe henset aku bunyi. Ahh aku tau sapa call. korang call nak aku tunggu kejap kan? aku pun rentap handbag aku nak cari henset. kau tau la kan kalau tengah bengang, semua tindakan luar kawalan. dah capai henset, aku pun terus lekatkan henset tu kat telinga. masa tu aku tak sedar yang aku tak tekan button pape pun nak jawab enset tu. bajet enset tu auto bila pegang je automatik jawab call. huhu.

"haa wey! kau apehal lambat sangat ni? jangan salahkan aku kalau aku bakar TGV ni!" aku sound direct. member aku diam. aku dah bengang. aku marah kau leh wat deek je. 
"Woi kau dengar tak??"

aku belek enset aku nak tengok skrin tu. celaka. bukan enset yang aku pegang. compaq powder rupenya. aku pun blah sambil buat muka slumber toye. dalam hati, celaka 18 kali. 


bayangkan aku marah marah sambil pegang compaq powder dekat telinga tu. patut la ada yang pandang2 aku. damnnnnnnnnnn

PANDAI MAKAN PANDAILAH SIMPAN

Tags

Dulu aku single. tapi aku bukan la bitch sampai tunang orang pun aku nak kebas. pakwe orang pun aku tak hingin. sebab aku percaya, kalau kita rampas hak orang harini, esok lusa orang akan rampas hak kita pulak. aite? 

Tapi entry kali ni aku nak kongsikan dengan korang semua tentang hidup ni sebenarnya memang selalunya macam ni. tak semua manusia kat dunia ni jujur. kalau semua jujur, macam tak logik je semua masuk syurga kan? so baik perempuan mahu pun lelaki, dua dua sama je. dua dua ada kebarangkalian untuk tidak jujur. 

Aku kenal sorang lelaki ni dekat tempat praktikal. ala citer ni 2 tahun yang lepas. masa tu situasi aku agak sadis jugak la. sebab cinta tak kesampaian kan? ala macam damn je bunyinya. so lelaki ni datang dalam hidup aku. seyes dia sangat gentle. boleh menang kategori lelaki pilihan awek awek kat luar sana tu. 

And dia selalu ajak aku keluar. layan aku baik sumpah macam aku ni tuan puteri. tapi aku letak limit taknak menggatal lebih. tapi one day dia ngaku dia suka kat aku.  tapi bila aku tahu dia dah bertunang, aku tanya dia, nape dia stil nak move on dengan aku, dia jawab "pandai makan pandai la simpan.." walaupun ayat tu macam celaka, tapi tu la yang aku tak kan lupa sampai sekarang. 

Aku silap menilai masa tu. dan masa tu jugak lah aku belajar dalam hidup ni yang bukan semua manusia yang indah rupa dan luaran tu, baik dalamnya. dia dah bertunang. dalam masa yang sama, dia memberi harapan pada perempuan lain. tapi nape pilih aku? sengal dowh lelaki tu. oh mungkin dia tak tahu kisah silam aku yang banyak menangis sebab lelaki dulu.

Kalau dia tahu, mesti dia tak sampai hati nak jadikan aku mangsa playboy dia kan? hehe. 

Itulah manusia. kadang kadang manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. apa yang dia dah capai. dia tak pernah cuba untuk puas dengan hubungan yang dia bina dengan manusia lain. sentiasa cuba nak mencari peluang lain. dasar! 


MY BIG DECISION

Tags
Alhamdulillah. doa yang aku panjatkan sepanjang bulan ramadhan yang lepas dimakbulkan tuhan. aku percaya bila kita betul betul inginkan sesuatu, minta la padaNya, kerana Dia sentiasa mendengar setiap apa yang kita inginkan. dan doa paling dimakbulkan tuhan adalah doa ketika kita hendak berbuka puasa.  T__T

Syukur tak terkata sebab aku diterima di Permodalan Nasional Berhad. ini semua rezeki dari Tuhan. minggu lepas aku buat decision untuk menolak tawaran kerja dekat syarikat Penerbitan Pelangi. alhamdulillah dapat dua tawaran dalam masa yang sama. cuma aku agak kelam kabut sikit nak pilih yang mana. 

Cuma aku mintak satu je. pada yang sudi lah. doa kan yang terbaik untuk aku sepanjang berada di tempat yang baru ni. doakan supaya aku dapat terus berbakti pada parents aku. yelah. kalau bukan untuk dorang, untuk siapa lagi? walaupun aku tahu dorang memang mampu hidup tanpa duit aku, tapi apa gunanya jadi anak kalau tak boleh nak sara dorang? 

Lagi pun, bahagiakan lah kedua orang tua dulu baru kita bahagiakan diri kita sendiri. sebab tanpa dorang, kita pun takde. aite?

JOM KITA TENGOK KAD RAYA BLOGGER

Tags

STOP BLOGGING

Tags
Finally Belog Cik Aish decided to stop blogging. Thank you for all your support. 

.....




Boleh ke? 

Hehe. tak boleh lah. dah cuba. aku tak boleh stop blogging. walaupun lepas ni aku mungkin akan busy gila, tapi aku takkan biarkan blog ni bersawang. mula mula dulu aku berblogging sebab aku nak tulis benda yang aku nak tulis. masa tu aku tau ada yang baca dan ada yang pandang sebelah mata je. ada aku kesah?? takkan aku nak marah pulak kalau kau tak baca blog ni. cikgu sekolah pun tak akan rotan kau der. ni kan pulak ketua kampung. takkan dia nak halau kau sebab tak baca blog aku ni? 


Tapi kan, aku kesian kat hati aku ni. bila nak luahkan dekat blog je, mesti pikir banyak kali. sebab tak nak luka kan hati siapa siapa. tapi aku nak menulis benda yang aku tak boleh nak cerita in real life! so mana lagi aku nak salurkan kalau tak ke blog pink ni? 

Maka dengan ini, aku terpaksa luahkan di sini. aku mohon maaf sekiranya kekurangan diri ini melukakan hati kamu, menguji kesabaran kamu, dan membuat kamu terpaksa bernafas dalam keadaan begitu payah. perjalanan kita bukan ke masih jauh? aku cuma nak pesan satu perkara je. aku seorang perempuan biasa yang tak punya apa apa yang istimewa. dan aku bersedia atas apa juga yang bakal berlaku.. 

P/S - kamu tetap sempurna di mata saya. :)





BERKAWAN BIARLAH IKHLAS..

Tags
Assalamualaikum..

aku tak perlukan kawan yang hanya nak berkawan dengan kita hanya bila dia nak something dari kita. kadang kadang walaupun kita nampak ok takdE apa apa yang berlaku, tapi jauh di sudut hati, still terluka dengan sikap sesetengah kawan macam ni. 

bila kita diperlukan, kita lah yang jadi top friend mereka. kita diutamakan dalam semua hal. tapi bila kita dah tak ada apa apa yang boleh menjadi kepentingan dia lagi, kita diletakkan dalam senarai kawan kawan dia yang palingg bawah. yang bukan keutamaan lagi. 

damn pathetic aite?

Photobucket

tapi tu la hakikat nya. dalam hidup ni, tak semua kawan kawan yang betul betul ikhlas berkawan dengan kita. ada segelintir yang suka mengambil kesempatan atas apa yang kita ada. mereka akan jadikan kita sebagai batu loncatan. kesian kan?

dulu..
bila keluar dengan member member, and of course ada jejaka jejaka hensem gitu yang join, maka dengan automatiknya akan ada kawan kawan perempuan yang tergedik gedik nak join jugak. eh you kuar dengan dorang ke? nak join laa!! (sanggup cancel plan lain semata mata nak hang out dengan kita)

now..
you, jom kita keluar nak?
you ajak siapa lagi? mamat2 hensem tu ikut tak?
tak la dorang bizi.
oh yeke so kita berdua je? 

lastly..
sory la tak dapat join. 

so korang pernah alami tak situasi macam ni? when your frends hanya pergunakan korang untuk berkenalan dan menggedik gedik dengan kawan kawan kita. sedih kan? tapi ni la hakikat. manusia memang macam ni. they always make us as an option..and because they want something from us...they suddenly make us as priority..sedih je kn?

so moral of the story, bila kita berkawan dengan orang, kawan la seikhlas hati. bukan sebab kita nak kawan kita rekemen kawan kawan dia yang hensem2 tu. bukan sebab kawan kawan kita boleh banje kita makan selalu. bukan sebab kawan kawan kita femes. jangan la jadikan kawan kita batu loncatan. tak pun perhentian bas. in this life we need each other. 

bye.







OPEN HOUSE

Tags
Mood : Penat, gembira, puas, meroyan kejap. sebab? sesi makan makan dengan kawan kawan tercapai dan berjalan dengan lancar. alhamdulillah.

Photobucket


Photobucket
ni tetamu first yang datang. she's blogger too..Mira Edora. thanks dear for coming! actually it was pretty sweet that since i start blogging i can make new frend and meeting new people. ikutkan hati nak jumpa semua orang. tu pun kalau sume orang nak jumpa aku la T__T


Photobucket

Photobucket
PP Epal kalau buat muka camtu memang terserlah keepalan dia. but its ok. thanks for coming ye untuk kali kedua. hehe.

Photobucket
she's my bestfrend!

Photobucket
and ni semua my schoolmate..


Photobucket
ni semua kawan kawan PP Epal..


Photobucket
cantik lak selipar jepun biru depan tu..sapa punya ni weh?


Photobucket

Photobucket


Photobucket
 yuols datang last. so aku dah salin baju dah. sory ye. haha. layan kan aje.


thanks for coming!! yuolls semua sangat comel. 
and..i love youols. 
even yuols never love me back..
hehe. bye!

WITHOUT THEM..BELOG CIK AISH IS NOTHING..

Tags
Assalamualaikum. 
Alhamdulillah bila spirit blogging makin lama makin hilang, tiba tiba hari ni dua benda yang buat aish kembali bersemangat untuk berblogging. pertama, cek nuffnang dah sampai. haha. walaupun tu bukan lah benda yang paling utama bagi aish. taapi perkara kedua yang paling buat aish terharu adalah.... hari ni follower sudah genap 2000. alhamdulillah pada follower yang sudi follow blog yang tak seberapa ni. 

tanpa korang, Belog Cik Aish is nothing. serious. 

even blog aish ni macam haram je isi nya, tapi ada jugak yang setia baca tak kisah la komen ke atau pun just jadi silent reader ke. aish appreciate kamu semua. dulu blog aish memang banyak mengenai turun naik aish dalam relationship. sometimes komen komen korang buat aish rasa bersemangat balik. i feel so touched

apa pun sebenarnya, bagi aish, jumlah follower tu bukan la jadi keutamaan lagi sekarang ni. bukan masa macam awal awal aish berblogging dulu, aish nak macam blog orang lain yang ada riban follower. tapi lama lama aish rasa biarlah orang tu tak follow blog kita asalkan dia sudi baca apa yang aish tulis dan sentiasa support aish.

aish sayang korang..

Photobuckettapi sumpah tipu kalau aish cakap aish tak hargai korang yang follow blog ni. aish appreciate sangat. happy bila jumlah follower naik sikit demi sikit. walaupun masa awal awal blogging dulu aish pernah kena hentam dengan anon, rasa down sangat, rasa kecewa gila, tapi aish percaya yang kalau kita tak give up kita mesti puas hati dengan hasilnya. alhamdulillah, sekarang aish dah ada pembaca yang setia walaupun tak ramai tapi aish tahu kehadiran korang dekat blog ni. :) 

kadang kadang aish pulak yang rasa malu sebab aish kadang kadang terlepas pandang nak follow korang balik. masa makin mencemburui aish. tapi aish akan cuba untuk jejak korang balik. insyallah. tapi apa pun kalau korang ada benda nak tanya, nak mintak aish ajar apa apa, tanya je la ok. aish akan cuba penuhi.

thanks a lot. tayang hati sikeettttt..
~love~

SUMPAH AKU TAK TIPU

Tags
Beberapa hari lepas rumah aku black out. masa tu aku tengah menelaah silibus yang aku nak ajar petang tu. damn betul rasanya sebab tengahari buta ni pulak nak black out. rumah aku je. rumah jirang tangga tangga tak black out lak. ni pe kes jirang lak ni? slang terengganu lak kan?

pastu wireman datang nak repair. muda jugak la dalam awal 30-an. aku sambung buat kerja. selak selak buku, menulis, tekan tekan kalkelater. tibe tibe brother wireman tu tegur aku. sopan santun je dia tanya. 

"dik, tak pergi sekolah ke hari ni?"

apa motip di sebalik cerita ni?
A - aku ada rupa budak sekolah
B - dia rabun jauh
C - dia nak ngurat tapi guna taktik bodoh
D - ada jawapan lain?
(sila nyatakan jawapan korang tanpa mengguris perasaan aku, hahaha.)

Photobucketmaka dengan ini, aku mengisytiharkan, kot kot la abang wireman tu baca blog aku ni kan..aku nak bagitahu bahawasa nya..umur aku 25 tahun nak masuk 26 tahun. slumber badak aku mengaku umur aku ni. nak malu apa? 

semua orang pun tua maaa!

P/S - Ipai, sila jeles. hahaha

KUCING JUGA PUNYA KEMALUAN

Tags
Photobucket

aku baru balik klinik haiwan. hantar kucing aku. walaupun aku demam, tapi kucing jugak yang aku risaukan. dokter tanya kucing aku sakit apa. aku pun cerita la. 
"saya nak dokter check sama ada dia mengandung atau tak" 

dokter tu gelak macam ayat aku tadi salah. betul la kan? oh mungkin perkataan mengandung tak sesuai untuk kucing. tak kisah la. dalam perut ada baby jugak. sama je. 

dokter tu pun check. aku mula tenang kan kucing aku supaya dokter tu boleh check tubuh dia. sian kucing aku geli sebab dokter tu main raba raba perut dia. pastu dokter tu pun kata. 
"dia tak bunting. kosong je, cuba tengok ni, manede tetek dia keluar. kalau kucing bunting, tetek dia mesti keluar."

ah sudah. aku pulak yang malu. ah dokter ni. walaupun dia kucing, jangan la sebut perkataan tu depan aku. aku pun ada benda tu jugak. malu taw. dah la. aku pun balik bawak kucing aku yang tengah malu malu kucing tu. aku pun sama. haha. bye.

JENIS ENTRY YANG BAKAL MELETUPKAN TRAFIK KORANG

Tags
aku nak share sikit lah pendapat aku ni. walaupun tak berapa nak bernas tapi harap harap lepas korang try petua aku ni, berkesan sikit kat korang. harap harap meletup la laptop entry korang tu dengan adanya tajuk tajuk yang macam ni. jom kita usha.

ni contoh entry yang bisa membuat orang orang klik entry korang.

blogger paling cun pilihan aku
kalau korang buat tajuk entry ni, lepas tu korang senaraikan semua blogger blogger cun dalam entry korang tu, entry tak best pun takpe asalkan cun, aku kondifent memang ramai yang klik blog korang tu lebey lebey lagi lelaki lelaki bertubuh sasa yang tengah desperate nak tambahkan kuota awek dorang. 

saiz penis pilihan gadis gadis malaysia
tajuk yang berunsurkan XXX memang sentiasa menjadi pilihan utama masyarakat masa kini. eh tak percaya? korang ingat tak isu kerajaan menggodam sesetengah laman web tapi laman web porno mereka tak godam. so masa tu aku nampak ramai lelaki mahupun pompuan yang merungut "eh website porn still boleh bukak la!" haha kantoi korang bukak website porn. tapi takpe. aku tak marah pun kalau korang nak jeling2 website porn tu. hak korang!

bergambar dengan lisa surihani.
selalunya kalau dapat bergambar dengan artis lebey lebey lagi lisa surihani, mesti ramai yang nak klik sebab unsur kejelesan dah mula terpacul dari diri dorang. so buatlah tajuk macam ni untuk meletupkan entry korang. tapi awas. jangan tajuk je bergambar dengan lisa surihani, tapi rupa2nya entry korang pasal korang bergambar dengan makcik yang nama dia sama dengan lisa. aku risau blog korang yang meletup gara gara kena marah dengan pembaca. tapi aku tak kisah pun kalau kena tipu macam tu. T__T

blog feveret pilihan.
kalau korang rasa korang tak ada idea sangat nak update pasal apa, korang buat je tajuk entry macam ni. sebab blogger blogger ni teruja nak tahu siapa. berdesup desup kot orang klik blog korang time tu. dalam hati, "siapa la blogger pilihan tu ye, ntah ntah aku" ha so traffik memang garenti meletup kebabom bila buat entry macam ni. lagi pun apa salahnya buat amal jariah, promote blog kawan kawan. tak rugi der.

gambar perempuan bertudung tapi baju ketat
ok entry yang macam ni pun boleh menaikkan traffik korang. bukan apa, korang pun tahu kan, masyarakat kita ni memang suka dengan benda benda yang mengaibkan orang lain. suka tumpang ngumpat sekaki. suka jaga tepi kain orang. sebab tu dorang suka klik isu2 macam ni. tak caya? cer try buat. haha. tapi satu je aku nak ingatkan, dosa korang tanggung la sendiri.

ok. so apa susah sangat nak pikir entry yang boleh meletupkan trafik korang?? senang je kan.tapi kalau korang pandai korang mesti tahu pikir mana yang baik mana yang buruk. kan kan? kalau yang kurang pandai tu, mesti akan lurus je ikut apa yang aku ajar tu. especially jenis entry yang last sekali tu. 

"dalam hidup ni, tak semua pilihan depan mata tu kita kena ikut..." :)



BLOG FEVERET PILIHAN MINGGU NI!

Tags
Salam. 
ok kali ni aku nak share kan dengan korang antara blog yang aku suka terjah. mana yang belum pernah terjah blog blog ni, cer try terjah. tengok betapa bestnya blog dorang ni.

Photobucket
aku suka blog ni sebab blog ni memang sompoi habis. penulisan dia buat aku gelak je sebab memang selamber badak lah mamat nih! nama pun blog aku bukan blog bapak kau. haha. 


Photobucket
blog ni aku selalu terjah. sebab blog ni banyak gambar. aku memang suka blog yang letak banyak gambar. ni antara personal blog yang aku suka setakat ni. smart gila header dia kan? kalau korang terjah blog ni, kimsalam aku kat dia. haha. 


Photobucket
blog ni pun aku tak penah miss terjah bila dia update. tapi sekarang dia jarang update. tatau nape. blog ni aku kategori kan sebagai blog laser tapi memang betul apa yang dia tulis tu. haha. tak terjah lagi? ha pergi terjah ramai ramai. 

ok. so far ni antara 3 blog feveret aku. ni bukan soal blog ni femes ke apa ke. tapi aku just nak share dengan korang antara blog yang aku tak pernah miss untuk terjah. :) 

sebenarnya banyak lagi blog yang aku suka. tapi biar lah rahsia..haha camtu lak kan? takde lah. tak larat kot nak senaraikan semua. aku ni bukan rajin sangat pun. tapi aku nak amik kesempatan untuk say thank you bery much dear pada blogger INI sebab sudi rekemen Belog Cik Aish ke Nuffnang sebagai blog feveret. haha. terharu gila. 


KAMU..TOLONG LA JAGA SENSITIVITI ORANG LAIN

Tags
salam to all my lovely buddies!

entry kali ni bukan nak tunjuk pandai ke apa ke just take this as an advice. ok bebeh..

Actually i have no idea kenapa ada certain manusia yang tidak tahu menjaga perasaan orang lain. bagi aku, kat mana pun kita berada, sama ada face to face atau pun dalam laman sosial sekali pun, kita kena ingat, at least, jaga sensitiviti orang lain yang berada sekeliling kita. try not to hurt people. 

aku tak faham kenapa ada manusia yang suka sakitkan hati orang lain. nak jugak mengguris perasaan orang lain. just because you have thousand of knowledge, just because you don't post your own pictures, don't talk about your personal life, so u think you are perfect? so you think that other people which is not like you is bad? just because you don't have a girlfriend so you can pretend that you are good enough and you can criticizing other couple so badly? i wanna say that you are so ugly and hypocrite!!

kamu..dengan suka suka hati nak kutuk semua kapel yang bercinta tu adalah berdosa. kamu terus judge semua kapel tu buat kerja terkutuk..etc..etc..all the time. kamu salahkan semua pasangan yang berkasih sayang. but pernah tak kamu terfikir, adakah kamu tuhan yang dapat menilai semua perlakuan dan niat setiap pasangan yang berkasih sayang tu? kononnya bila bercinta, mesti pegang tangan, mesti tidur sekatil, mesti raba raba..kamu siapa yang nak judge setiap pasangan yang berkasih sayang tu macam tu? kamu sangat konon okay!

kamu bercakap seolah olah setiap pasangan yang berkasih sayang tu hina. mungkin kamu mahu mengingatkan sesama kita supaya tidak terlajak dari landasan yang sebenar, aku tak pernah menentang dan tak pernah menghalang tu semua. tapi kamu bukan main gah mengkritik bla bla bla..seolah2 kamu ni sangat menitikberatkan agama. 

Photobucket
take a break dengan melayan gambar ni kejap. 

ok sambung.

kamu sedar tak kamu bercakap mengenai maruah, harga diri dan aib orang lain? kamu sedar tak kritikan kamu tentang semua pasangan berkasih sayang tu hanya menjurus ke arah dosa tu terlalu kasar? kamu tahu tak apa maksud fitnah? adakah semua pasangan di luar sana tu hanya mendahulukan nafsu semata mata? kamu tak fikir semua tu..yang kamu tahu, kamu hentam semua pasangan tu konon konon berdosa. kamu lantang berbicara soal hukum hakam.

apa hak kamu untuk menghukum dan mengatakan semua pasangan bercinta tu hanya menjurus ke arah dosa? jangan la jadi hipokrit. jangan la nak tunjuk kat satu dunia yang kamu sempurna di sisiNya.  

aku tak minta kita menafikan atau menentang sesuatu yang salah. yang salah tetap salah dan kita harus perbaikinya. tapi aku benci pada mereka yang sengaja mereka reka cerita dan mengandaikan sesuatu yang tidak betul. kamu seolah mengajak semua orang prejudis dan pandang serong terhadap semua pasangan yang berkasih sayang. ya aku tahu mereka bukan muhrim. tapi tak semua yang buta dalam mengenal halal haram. aku benci kamu yang prejudis tu. sungguhhhhh!!!

maaf. aku terpaksa hasilkan entry macam ni. sebab hati aku cukup tersinggung dengan seorang blogger ni. tak perlu lah aku nak sebutkan siapa. kamu bebas memberi pandangan. tapi at least jaga lah sensitiviti orang lain. sekian.