KAD RAYA DARI GUA UNTUK LU

Tags
 ini adalah post melekat. sila scroll bawah untuk entry baru ye.

Yea lama gila tak buat segmen. rasa rindu pulak. disebabkan raya tak lama lagi, aish nak buat segmen untuk blogger blogger sama sama meriahkan suasana hari raya ni dengan banner ala ala kad raya pada blogger yang korang suka, admire atau pun apa2 je la kan. (kalau boleh nak besar besar macam banner aku kat bawah ni) 

semua kad kad raya tu akan aku tepekkan dekat entry melekat sepanjang HARI RAYA nanti. kad raya tu akan aku link ke blog korang. so boleh lah promote sekali blog korang kan.



caranya?
1. buat entry bertajuk KAD RAYA GUA UNTUK LU
2. tepek banner di atas dan link ke blog ni. 
3. letakkan gambar kad raya korang serta tag kan nama blogger yang dituju
4. tinggalkan link entry tu dekat ruang komen ni.

nak tulis ucapan yang berunsur kan lawak ke, sweet sweet ke, atau pun nak buat pantun pun boleh. ikut kreativiti. 

gambar kad raya, kalau nak copy dari website lain, boleh, tapi kalau boleh, edit la sikit sikit supaya nampak hasil tangan korang tu kan. yang penting mesti ada ucapan korang dekat gambar kad raya tu. 

tarikh tutup segmen adalah pada 30 Ogos 2011. 
P/s - gambar banner segmen tu pun ala2 kad raya gak kan? hehe

TIPS UPLOAD GAMBAR SUPAYA NAMPAK JELAS DAN TAK PECAH PECAH

Tags
Salam.
kali ni nak bagi tips paling sempoi dan rasanya semua orang tahu kot? hehe. ok. memandangkan raya nak dekat, dan aku tahu korang memang tengah bernafsu nak snap gambar banyak banyak time raya ni, pastu nak upload dalam blog, so aku nak bagi tips supaya korang yang pakai kamera cap ayam pun, gambar akan nampak jelas bila upload dalam blog. hehe.


gambar pertama



gambar kedua




gambar ketiga

Photobucket


gambar empat
Photobucket


nampak tak perbezaan gambar gambar kat atas tu? ada yang kabur ada yang jelas. betul tak? actually ni tips paling sempoi je aku rasa. nak upload gambar dalam blog dan nak kasi gambar tu jelas dan tak pecah pecah, sila lah upload gambar tu guna ORIGINAL SIZE. kalau kita edit, tukar small, medium, large atau pun x-large, gambar tu akan jadi pecah. so nampak tak cantik.




guna original size ye adik adik. gambar nampak jelas dan terang! cara ni pun kita boleh guna untuk header. guna orginal size untuk header. kalau kita edit edit paksa dia jadi kecik, paksa dia jadi besar, gambar akan jadi pecah pecah. 

"kalau saya guna original size, mesti jadi besar melampau lampau. so macam mana nak buat?"

ok selalunya bila gambar tu kita buat original size, memang akan jadi besar. so kita edit dulu saiz gambar tu dekat photobucket. lepas edit, ambik kod html dia dan masuk dalam blog.memang agak leceh. tapi hasilnya memnag puas hati.

aku suka blog yang letak gambar yang terang terang ni. tak ada dslr pun gambar still cantik bila upload dalam blog. hehe. yang penting? rajin. bye bye.

P/S : tips paling sempoi kot. haha. 





SPECIAL OFFER UNTUK LETAK IKLAN DAN BANNER!!

Tags

Since ada a few people yang mesej aku dekat inbox facebook tanya macam mana nak letak iklan untuk promote produk dorang dekat dalam Belog Cik Aish ni, so ni lah offer yang aku tawarkan ye. 

ada dua cara nak letak iklan korang dalam Belog Cik Aish
cara pertama - letak banner korang dalam blog ni dan aish akan buat satu entry tentang produk korang tu. 
cara kedua - letak banner je tak perlu buat entry. 

Harganya macam mana?
kalau cara pertama - RM4 untuk entry + RM3 untuk banner = RM7
kalau cara kedua - RM3 untuk banner = RM3

berapa lama aish akan letak banner iklan korang tu?
1 bulan - RM3
2 bulan - RM5
3 bulan - RM8 

saiz banner yang aish nak?
150x150 atau 125x125 sahaja. 


P/s - contoh entry yang aish promote untuk satu produk ni boleh tengok dekat SINI

P/S/S - kalau berminat, boleh add aish dekat facebook. kita discuss sampai lebam.

P/S/S/S - pembayaran dibuat dalam bentuk topup. bukan wang tunai.

UCAPAN HARI RAYA AISH UNTUK SEMUA FOLLOWERS DAN READERS!

Tags
dear my readers and followers..

sorry sebab dah lama tak jenguk blog blog korang. update pun cincai boncai je. so busy la korang. kadang kadang rasa bersalah sebab korang rajin je jenguk blog ni kalau ada update baru. pastu sudi je nak tinggalkan komen. tapi aku tak dapat nak balas jejak korang. i'm so sorry dear. 

Photobucket 
ni raya tahun lepas. sambil bergambar sambil tahan nafas sebab kebaya yang ketat di bahagian pinggang. maklum lah ketupat dah masuk perut. huhu

well, raya pun tak lama je lagi. puasa pun tinggal beberapa hari je nak tinggalkan kita. mood raya memang dah ada. mana tak nya, tahun ni ada lain sikit tau. tiba tiba jadi rajin lak kemas rumah, tiba tiba rajin masak, tibe tibe rajin buat kuih. pastu yang drastik nya tiba tiba dalam sebulan berpuasa ni aku tak pernah pergi baza ramadan petang petang. yela dulu ai single. suka la pegi baza sebab boleh jamu mata. ish ish. so tu semua perubahan secara tibe tiba untuk bulan ramadhan tahun ni. T__T

cakap pasal raya, tak sah kalau tak main mercun. tu aku la. tak tau la korang kan. aku ni muka je ayu. ayu ke?? tapi hati aku keras macam batu. ganas brutal dan seangkatan dengan nya. tapi tahun ni kemeriahan hari raya tetap dirasai walaupun aku tak main mercun lagi. bukan apa. aku kena la jaga tatasusila aku sebagai gadis yang sudah berpakwe kan si pp epal. mana boleh ganas2. nanti main mercun, putus jari, pp epal nak sarung cincin dekat mana? tak kahwin sudahhh. 

alhamdulilah. aku masih dapat merasai nikmat ramadhan. Malah..aku merasakan ini ramadhan aku yang terindah. terima kasih tuhan kerana menghadirkan DIA..syukur sangat..DIA pon cakap nk bawak mak ayah dia datang raya rumah aku. time die dtg beraye umah aku nanti, aku nak hidang air sirap pastu lepas hidang kat bakal mertua tu, aku pun lari lari anak menuju ke dapur sebab menahan malu. oh gelinya aku situasi macam tu. ok takkan ada lah aku macam tu. hik hik 

alhamdulillah jugak..aku merasakan aku telah banyak berubah menjadi muslimah yang lebih baik. alhamdulilah..sikit sikit aku mula berusaha untuk jadikan diri ni menjadi lebih baik dari dulu. kawan kawan yang hanya mahu berkawan tika aku senang, tika aku seksi seksi dulu, dan sekarang bila aku bertudung mereka dah taknak kawan dengan aku, aku anggap sebagai dugaan.. 

with all my heart..aku memaafkan mereka-mereka yang telah mengusik dan menghancurlumatkan hati aku..we are human..we are not perfect aite? so..i take this into account..forgive and forget...

Regardless, on this Hari Raya, saya..Cik Aish would like to wish everyone Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin! Forgiveness for my wrongdoings and words which are uttered accidentally..  

p/s: cayang, saya bukan seorang yang sempurna di mata orang lain. tapi saya rasa bahagia teramat sekiranya boleh menjadi seorang yang sempurna di mata awak. dan saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menjaga hubungan kita hingga ke suatu masa kita disatukan.   

p/s/s: for the haters..selamat hari raya..maaf zahir dan batin..i wish..God will bless u always dear.. 

P/s/s/s: sapa yang tinggal di Seremban mahu pun sabah dan sarawak, datanglah beraya dirumah aku. walaupun korang takkan dapat duit raya dari aku, tapi aku akan cuba untuk bagi senyuman paling manis untuk korang. hahahaha. bye.  

GAMBAR MASUK SURATKHABAR LA!

Tags
Pergh. tajuk entry memang tak boleh belah. kalau la aku yang masuk paper, memang retis rasanya. hehe. pagi pagi lagi akak aku dah call suruh beli berita harian sebab artikel dia masuk paper.

Photobucket
my sis (Rozlinda Yahya) beraya di negara orang lagi buat kali kedua. huhu. nak buat camne. dalam kotak biru tu my sis, kotak kuning tu abang ipar aku,  Mohd Arif Tun Abdul Hamid and dalam kotak pink tu anak dorang Sofea. oh ingat lagi tak cerita pasal Sofea, polis dan neraka? hehe. 


Photobucket

Happy Ramadhan dan selamat menyambut hari raya di negara orang. dodol tak de kat sana ye. nak den hantar lagu raya tak? ahaks. saja bakar akak aku kasi panasss..=p

KUIH RAYA SPECIAL UNTUK PP EPAL!

Tags
Minta maaf la pada yang berpuasa. nak buat macam mana. hupdate aku kali ni asik pasal kuih raya je. hihi. semalam dah buat HAZEL COOKIES. hari ni buat kuih lain lak. special edition untuk PP Epal. malam raya nanti baru nak pergi umah bakal mertua hantarkan kuih ni. waaa bakal mertua! hamik kau. haks haks.


Photobucket
kali ni special edisen sikit. ni kuih ALMOND NESTUM. rasa dia macam rasa almond almond sikit pastu rasa ala ala nestum sikit. dalam dia ada kacang almond sebijik. ha amik kau sebijik aku letak! tak main la kerat kerat macam kuih beli tu!


Photobucket
amcam? terliur tak? ukiran coklat putih tu pun aku cuma guna sudu je. :p macam HAZEL COOKIES yang sebelum ni.


Photobucket
taraa..dah siap kuih untuk PP Epal. malam raya ai hantar pada you ye my darling. ok sila muntah jauh jauh. hehe. 


P/s - ramai pulak yang nak tambah order. haiyo.

KUIH RAYA DAH SIAP! YEA!

Tags
Setelah bertungkus lumus, akhirnya siap jugak kuih untuk kawan kawan yang tempah. muahaha. penat tau. tapi takpe, mengenangkan permintaan kawan kawan yang order kuih ni haritu, aku berjaya jugak siapkan. tapi rasanya esok nak buat order untuk jiran pulak. haish.


Photobucket
cantik tak? ni namanya kuih HAZEL COOKIES. sebab biskutnya aish buat dari tepung hazel. so rasa hazel la. takkan rasa rose lak kan. T__T


Photobucket
ni baru satu dulang. ada lagi dulang dulang lain yang belum dicoklatkan. haish. toping dia ada coklat hitam dengan coklat putih. aish guna sudu je nak ukir ukir corak atas dia ni. :p


Photobucket
amcam? ada macam biskut famous amos tak? haha.


Photobucket
coklat hitam dia nampak kilat kan? haa ada la rahsianya. hihi


Photobucket
ok. masa untuk packaging! kena kemas kemas sebab bukan untuk makan sendiri. untuk kawan kawan yang order. kena la buat kemas kemas. :)

sok nak siapkan order untuk jiran pulak. kuih apa? tungguuu.. hehe.

KAD RAYA 'HAND-MADE' UNTUK PP EPAL!

Tags
Salam. Selamat berpuasa korang semua. dah 2 hari aish tak update. sebab sabtu ahad memang agak pack sikit dengan jadual. family ajak buka puasa luar la, ajak shopping raya la, huhu, sangat letih okay. hehe. so balik pada topik asal. aish dah bagi kad raya untuk pp epal. hand made je. sebab buat dengan tangan sendiri lagi afdal dari beli kat kedai buku tu. dan lagi cantik. cantik ke? tak la cantik sangat tapi puas hati. :)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

kredit untuk blog Kerana manisnya epal sebab aish telah menculik doodle dia yang comel untuk print out dan tampal dalam kad ni :)

P/s - nak tempah kad raya dari aish? tahun depan k. hahahahaha

MENG'CANCEL'KAN DATING

Tags
Salam. Hai korang!


gambar kat atas tu sebenarnya luahan perasaan kalau date terpaksa dicancelkan. hehe. sure mesti ramai yang alami situasi macam tu kan? mula mula masa plan nak dating, bukan main hati bunga bunga. ada yang sanggup keluar beli baju baru semata nak dating punya pasal. melampau betul korang. T___T

tetiba teringat pasal cancel date dengan PP Epal. tapi actually bukan la date pun. since dia banyak kerja and tak sempat balik rumah sebelum berbuka puasa, aku dah janji nak bawakkan bekal makanan ke tempat kerja dia. well..baik kan ai? hehe. sebab PP Epal mengadu makanan kat cafe tak sedap. (macam la masakan aku sedap sangat!)

so aku pun gigih la masak and bungkuskan kemas kemas dalam mangkuk tingkat tupperware. siap siap kejap, sapu bedak nipis nipis, wangi wangi sikit, tiba tiba PP Epal call. 

PP Epal  : kamu, kamu dah keluar rumah ke?
Cik Aish : belum. tapi 2 minit 5 saat lagi saya keluar la. kenapa?
PP Epal  : jangan. jangan keluar. tak payah hantar lauk. 
Cik Aish : kenapa? saya dah siap dah semua. (pergh ni boleh menaikkan kemarahan ibu ibu mengandung!)
PP Epal  : datuk saya meninggal. saya kena balik kampung sekarang jugak. 

ok. disebabkan alasan yang munasabah, jadi aku pun tak jadi nak buat muncung itik. yela. kalau dia bagi alasan tak payah hantar sebab nak buka puasa dengan kawan ofis, memang sentap stok sebulan la aku kan? hehe. ingat senang ke nak jadi makwe mithali ni hantar lauk ke tempat keja di bulan puasa ni? ha..gigih tau. sampai kena perli dengan mummy..

"hantar lauk? sayang nampakkk..??"
"eh mummy ni. mesti la sayang. tu kan bakal menantu mummy jugak." (ok jawapan tu tak keluar dari mulut aku pun sebenarnya. hehe)

moral of the story, korang korang yang kena cancel dating tu, takyah la buat muka jeruk kelat korang tu. kadang kadang, ada sebab kenapa date tu kena cancel. cuba faham pasangan kita ok. but kalau dia cancel date sebab nak keluar dengan kawan kawan dia, redho jela. :)  bye.

THANKS UNNA SEBAB BAGI DOODLE FREE UNTUK AISH

Tags
ni adalah entry penghargaan untuk blogger Unna sebab sudi penuhi permintaan aish untuk buatkan doodle. comel tak? comel kan? aish memang suka pakai cardigan coklat. hehe. terima kasih. nak bagi coklat, puasa pulak. ahaks. korang boleh lah jenguk blog unna ni ye. dia pandai buat doodle. :)


klik la gambar blogger comel ni untuk terjah blog dia ye.


- i luv coklat. ahaks. bye.-

KUCING PALING AISH SAYANG

Tags
Entry kali ni aku nak sharekan dengan korang gambar kucing aku dari dia kecik sampai la dia dah bergelar ibu sekarang ni. aku sayang dia sangat sangat sebab dia manja. ye. kucing memang manja. tapi manja dia ni pelik sikit. dia sangat gigirl. belum demam, tapi badan panas sikit, gaya macam demam teruk. malu aku dengan doktor bila doktor check kata, "dia tak demam ni. cuma mengada ngada sikit je."  huhu. hampeh dokter.

ni masa dia baru lahir. debab jugak la
Photobucket


dari kecik lagi dia dah tunjukkan kegedikan dia
Photobucket


masa ni dia dah jadi kanak kanak riang
Photobucket



Photobucket


dan dia jugak hyperaktif
Photobucket


dan pandai berlakon supaya orang tak marah dia jatuhkan pasu tersebut
Photobucket


masa ni dia dah jadi anak dara. auw
Photobucket


dan ni gambar terbaru dia. dia dah jadi wanita berkerjaya.
Photobucket

see? nampak tak perbezaan? walaupun dia dah tak kebabom macam dulu, tapi still lagi menawan. ramai pakwe pakwe yang tunggu turn nak masuk minang dia. tapi aku sebagai tuan rumah, kene soal selidik dulu bakal menantu aku. keje apa, duduk mana, makan apa, hehe. jadi last last dia kahwin jugak dengan pilihan aku. dan dapat la anak yang comel. anak dia next entry k.


SIAPA KITA UNTUK DEMAND HIDUP YANG SUCI DARI MASALAH?

Tags
secara jujurnya, aku seorang yang kuat menangis. hati aku sangat fragile. sepanjang hidup aku ni, aku menghadapi banyak kesusahan, kegagalan, baik dari segi hubungan dengan kawan kawan, mahu pun percintaan. namun aku cuba untuk tabah. 

siapalah aku untuk melawan segala ketentuan Tuhan kan?

namun di alam realiti, aku lebih suka berdiam diri. kesusahan yang aku hadapi sebelum ni menjadikan aku seorang pemendam maha hebat. bagi aku, lebih baik pendamkan saja dari meluahkan. kadang kadang aku risau kalau kalau hati aku ni meletus macam gunung berapi. T__T

sebab aku percaya, tempat paling sesuai untuk aku luahkan adalah pada yang Esa. aku ingat lagi kawan aku di alam maya ni, pernah nasihatkan aku, sekiranya kita bersedih, dan menangis, menangis lah ketika kau menghadapNya. ketika solat. ketika menadah tangan memohon Dia berikan kau kekuatan. 

betapa setiap hari, aku mengharapkan supaya hari aku ceria. aku berharap sangat keluarga, kawan kawan, dan si dia, tidak mengkhabarkan berita yang buatkan aku sedih. aku selalu berdoa, kalau ada yang membenci, jangan la ajak orang lain untuk bencikan aku. 

setiap hari bila aku bukak blog, aku mengharapkan tak ada komen komen anon yang boleh menyakitkan hati aku. tiap kali aku bukak facebook, aku mengharapkan tidak mendapat komen atau mesej yang buat aku terluka. kan bagus kalau hidup ni macam tu. 

tapi siapalah kita untuk menentukan perjalanan hidup ni sentiasa ceria. kan? 

aku bersyukur sebab bila banyak ujian yang aku tanggung, satu perkara yang buat aku terfikir, kesakitan tu lah yang akan mengajar aku tentang hidup ni. sekurang kurangnya aku jadi manusia yang reti bersyukur. 

really..pengalaman lepas really taught me so many harsh lesson..aku dah serik. now and forever..I refuse to be taken advantage of. aku sayang semua orang..i try to be nice dengan semua orang..But if someone tries to fool me, I won't let it happen anymore...

BLOGGER KURANG SUBUR DAN TIDAK PRODUKTIF

Tags
Assalamualaikum. 

hari ini nak buat entry sedih sebab meratapi akan nasib diri yang semakin tidak subur dan kurang produktif dalam menghasilkan entry. bukan subur buat anak ye. nak beremosi sorang sorang macam tak best jadi aku ajak korang beremosi sama sama dengan aku. hehe. 

aku pernah cakap dalam tips tips sebelum ni, seorang blogger yang nak berjaya dalam blogging, mesti rajin update. mesti la subur dan produktif. tapi kali ni, aku sendiri tak dapat nak buang masalah kesuburan tu. aku dah tidak produktif lagi. sobs. korang sila la jangan jadi macam akak ye. untuk new blogger, jangan malas. tingkatkan kesuburan korang. update la entry selalu. tapi..awas. jangan update blog macam kau update twitter. tak sanggup diikkk nak baca. 

jadi aku nak kongsikan dengan korang kesedihan aku ni. tengok la UV aku dah menurun gara gara aku sudah lagi tidak subur dan produktif dalam menghupdate blog. siapa yang susah? mereka dan keluarga mereka. 


punya la jatuh merudum dari 121 sampai 23 je entry aku bulan ni. haha. dasar pemalas. kau memang tak subur dan tak produktif cik aish oii!


kau tengok kau tengok? siapa nak jawab ni? siapa yang aku nak salahkan ni? 

aku dah tak subur. oklah. nak lari masuk bilik menangis teresak esak sambil buat list nak shopping apa untuk raya ni. oh apakah? ye. jangan campur adukkan masalah blog dengan kehidupan seharian. hehe. bye selamat berpuasa. 



LELAKI KENA LAYAN AWEK YANG DEMAM MACAM NI!

Tags
korang mesti dah pernah tengok drama paling cute comel lotey ni kan? tak tengok lagi? tak pernah tengok? haish rugi rugi. ok. dalam part ni, aku suka lelaki ni layan perempuan tu time dia demam. haha. layann..zass..




perhatikan dialog di hujung scene ni ye. 
next time i run late, i'll make sure to call and tell you. someone waiting for me, i'm not used to that sort of thing, but from now on, when i'm late, i'll call and explain why i'm late. you, you are not a person who's nothing to me. 

wahhh baik terus demam den kalau dengar dialog macam ni dari pp epal. ahahah

:)


P/s - camna ea bf/gf korang layan korang time korang demam?

CONTEST : HEADER SAYA COMEL

Tags
Assalamualaikum. mood contest sudah mari! :)


Photobucket
picit banner sekuat hati dan perasaan untuk join contest ni ok. 

banner yang aish pertaruhkan mestilah banner yang aish tengah pakai sekarang. comel ke? tak tahu lah. tanya juri.

Photobucket
ok. bye bye.

PRODUK PRODUK TUMBESARAN 'ITU'

Tags
Assalamualaikum pembuka bicara. 

izinkan aku bersopan santun sebelum menulis dengan lebih panjang dalam entry kali ni. tapi sebelum itu, aku nak nyatakan sekeras kerasnya entry ini bukan lah entry berbentuk tutorial ataupun apa juga bentuk promosi. sekadar mengulas isu yang dalam diam memang selalu diutarakan oleh gadis gadis di luar sana.

aku assume yang korang mesti dah dapat tangkap apa maksud 'itu' dalam tajuk entry aku kali ni. lebih lebih lagi tajuk aku berkenaan tumbesaran 'itu'. kalau korang tak faham, tak mengapa. sebab aku tahu korang memang mulia dan otak suci di bulan bulan puasa ni. 

sebenarnya mesti ramai gadis gadis, makcik makcik, selalu merungut sama ada dalam diam atau pun secara terang terangan, tentang masalah 'itu' yang tidak memenuhi citarasa. mereka jeles setiap kali melihat gadis gadis lain yang mempunyai 'itu' yang hampir perfect. 

maka dengan adanya rungutan dalam diam di kalangan perempuan perempuan ini, banyak kedai kedai jamu menjual macam macam produk untuk tumbesaran 'itu'. hehe. nak gelak kejap. muka mula merah sebab membicarakan isu ni. ok dah sambung citer. 


Photobucket

see? ini adalah sebahagian produk produk yang dipasarkan sekarang. sebenarnya ada banyak lagi. pam itu pam ini. tapi tak sampai hati nak letak gambar produk tu kerana terlalu daring bagi aku. cukup lah sekadar gambar di atas. hehe.

pendapat aku, kalau para isteri nak membaikpulih 'itu' dengan mencuba produk produk seperti ini, tak mengapa, tapi hati hati lah sebab sekarang, tak semua produk tu dijamin kualiti dan keselamatannya. takut nanti, tumbesaran tak seimbang la, sebelah kecik sebelah besar ke, kan..macam macam risiko kita kena pikir sekarang sebelum ambik apa apa juga jenis produk tumbesaran 'itu'.

yang gadis gadis belum berkahwin tak perlu nak mengada ngada cuba produk macam ni. kamu tu belum kahwin. ok? tapi kan yang menjadi kegelian hati aku ni, produk produk macam ni, kebanyakkan dijual di kedai jamu. dan macam yang aku pernah tulis sebelum ni, kedai jamu banyak dimonopoli oleh kaum lelaki. mesti malu kan nak beli kalau macam tu? 


contoh ni. ha..ada ke gadis gadis atau pun isteri isteri yang tiba tiba nak tanya.."abg cik, macam mana nak pakai? dijamin boleh besar ke?" takkan ada lah kan? so how? hehe. rumit rumit. dah lah. redho jelah dengan apa yang ada. 

p/s diharap entry kali ni tidak membatalkan puasa korang. hanya sekadar berkongsi isu yang selalu diutarakan oleh kita sekarang.

SAKITNYAAAAAAA!

Tags

sekarang aku ada dua pilihan. ada A dan ada B. kalau aku pilih A, aku akan kecikkan hati orang lain. kalau aku pilih B, aku akan sakitkan hati aku sendiri. mana penting? hati orang lain atau hati sendiri? ada pilihan C tak? ada. sakitkan hati dua dua belah pihak. heh. camne tu? hm..apa pun tak boleh.

YOU TETAP MACHO WALAUPUN YOU MAIN BUNGA API JE

Tags

 
sempena bulan puasa ni aku nak bagi korang sedar sikit betapa bahayanya main mercun especially mercun bola ye adik adik. kalau tengok dekat paper, dekat telepisyen, corong corong radio, most of the case melibatkan mercun bola. yup. mercun bola paling bahaya. sebab sumbu dia pendek. 

macam aku, aku sendiri main mercun gak. pastu mesti kena marah dengan ayah sebab buat bising. pernah sekali tu, bakar thunderclap, tiba tiba dia menyerong masuk perkarangan rumah. nasib baik tak masuk rumah. lepas tu aku pun serik la nak bakar ke atas, tapi aku tanam dalam tanah. bunyi nya toksah cakap la. kebabom. 

sebenarnya mercun memang bahaya. tak kira lah kau main mercun bola ke, mercun meriam ke, malang tu kan ke tak berbau. bau hangit meletop kat jari korang ada la. huish. mintak dijauhkan. kadang kadang main pop pop pun boleh putus jari. nama pun malang tak berbau kan? ada ke dalam mana mana akta kata, mercun bola saja yang boleh buat jari putus? tak de kan? 


entry ni aku pun tak tahu apa motipnya. nak kata aku nak nasihat korang jangan main mercun, aku sendiri main mercun. ingat lagi dulu masa study, on the way nak balik kampung, aku bawak mercun gila banyak tapi takut kena tahan dekat roadblok, aku simpan mercun tu dalam baldi baju baju kotor. takkan polis nak check kan? mesti abang abang polis tak mahu dituduh sebagai gila seks kan? yelah, sebab gatal selongkar baju kecik ai tu. hehe.


so dari main mercun baik korang tengok telepisyen ke, baca novel ke, sambil menikmati karipap moreh, Siap, korang boleh landing dengan gaya kuak lentang, gaya mengiring maut ataupun meniarap ala-ala baby lagi. Pergh!!!! Best giler!!!! tayah nak berasap sangat lah dengan mercun tu kan.
oklah. raya nak dekat, jom la bagi kad raya kat blogger yang korang suka, sambil tu boleh promote blog korang jugak. klik sini

CARTA HOT CHOCOLATE

Tags
Hai korang. lama nya aku tak hupdate. satu hari tak hapdate macam seribu tahun lak rasanya. hehe. sorry sangat pada yang komen entry entry sebelum ni sebab aku belum sempat nak terjah korang balik. insyallah hari ni aku terjah ye. tanpa komen korang, sunyi blog ni. sobs sobs. 

minggu lepas punya carta macam tak berapa nak betul sangat sebab widget top commentator aku bermasalah. tapi minggu ni, memang sahih lagi jitu la kan. ada yang terkeluar carta, ada yang menten, ada yang nama baru. mana yang nama baru tu, jom lah kita berkenal kenalan mengeratkan tali silaturrahimmm..amin. 

terima lah coklat yang gedabak ni buat juadah berbuka puasa



so minggu ni ada nama baru. jom picit header header dorang ni sekuat hati dan perasaan!! eeyyaahh..!!
MR.THINKER@ALI
Photobucket



TEA DNO
Photobucket

so minggu depan siapa lagi nama baru yang nak masuk carta ni? rajin rajin kan komen. takde entry baru, komen gak sampai boring. haha. ok bye