BANYAKNYA ANON KOMEN HARI NI!

Tags
Esok dah mula berpuasa. elok lah tu. berat pun tiba tiba dah naik 53 kg! wahai incik lemak. nyah kau dari tubuh ku. T___T ok entry takde kena mengena dengan lemak. aku nak blog pasal anon.


Photobucket

Photobucket

you are most welcome cik anon :)

aiyak..banyak gila anon komen entry aku harini. eh silap. banyak betul entry aku yang anon ni komen. wahai incik anon. nape malu malu nak tunjukkan identiti kamu? kita tak marah la.. kan bulan puasa ni, buat apa nak marah marah kan kan. tapi takpe lah. tak semua anon tu keji. anon yang ni spesis baik. komen pun membina. thanks anon. 

terima lah pantun ni wahai incik anon.

dua tiga kucing berlari
mana nak sama kucing belang
dua tiga duyun anon mari
mana nak sama anon yang ni sorang.

bye.

P/s - siapa blogger made in Seremban? aku, IPAI, dengan Mira Edora nak plan buka puasa sama sama ni..jum jum :) jom anon? eh? hehe

AKU SAYANG SANGAT DEKAT PAKCIK YANG COMEL NI

Tags
Salam semua! kali ni nak update pasal pengumuman puasa malam ni. macam biasa ah tiap tahun mesti dok tercongok depan TV tunggu pakcik comel tu umumkan bila tarikh puasa. rasa happy gila kan?

pakcik ni sangat comel! 

tapi pakcik ni laaggii comel. tiap tahun mesti tunggu dia umumkan puasa atau pun hari raya. :) sayang sangat kat pakcik ni. dulu dia muda. sekarang dia dah tua sikit. apa pun, tiap tahun rasa bermakna je bila dengar dia buat pengumuman tu. samat berposa pakcik!


apa apa pun, aku nak ucapkan terima kasih dekat pakcik yang comel ni sebab kemunculan dia memang buatkan kita rasa happy sangat sangat. dan selamat berpuasa jugak dekat semua kawan kawan, sahabat handai, sobs sobs.. macam malam raya pulak rasanya. 

kepada blogger tak kira follower atau pun bukan follower Belog Cik Aish, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan kurang kurangkan la bergosip di bulan yang mulia ni. diharap kita dapat lipat gandakan amal ibadat di bulan ramadhan ni..okies? bye bye!

P/s - siapa blogger made in Seremban? aku, IPAI, dengan Mira Edora nak plan buka puasa sama sama ni..jum jum :)

TERPERANJAT BOBOY EH GUGURL..SILAP..

Tags

kejadian sweet tu berlaku pada 2pagi. kalau tak silap la. sebab masa tu mata dah mengantuk. 

PP Epal : awak, saya dekat Ayer Hitam ni, awak nak bear tak?
Aish : nak nak nak
PP Epal : ok dah beli dah. 
Aish : besarr tak? warna apa?
PP Epal : ala murah je yang seploh hengget tu. kecik! besar tapak tangan je
Aish : (keciwa) takpelah..kecik tak leh lah nak peluk. kepit celah tiak je la. ;p
PP Epal : masyam la pangai kamu ni!

tunggu punya tunggu. pukul 2 pagi baru sampai seremban. (dia ada kerja dekat JB semalam) so mata memang ngantuk. tapi nak praktis jadi bini mithali kononnya, so tunggu la dia balik baru aku tidur. mithali tak? sangattt la tak. sebab dia kata nak bagi bear besar tapak tangan pun aku da..alaa..dalam hati la. haha. 

PP Epal : awak, saya dah sampai depan rumah ni. 
Aish : ok jap. 

dah macam pencurik pulak pagi pagi buta, rumah gelap gelita, carik kunci rumah, bukak pintu pelahan lahan hope mommy tak terjaga. hehe. 

Photobucket
sayang kamu. terima kasih! very the terharu. T__T (sambil buat muka terharu.)


bila dia dah landing depan pagar rumah aku pukul 2 pagi, dengan bear tu, so aku pun tak tahu nak kata apa. masa tu hati rasa meletup letup kebabom aku rasa. yelah, tak expect pulak bear besar kan. dia kata tadi besar tapak tangan je. so aku pun redho jela walaupun dalam hati punya la marah tadi apa la beli kecik kecik ni..haha. 


Photobucket
betul la orang kata, love will makes you do crazy things (bagi bear besar depan pagar rumah at 2 am!) and i don't care if you do stupid things, i still love you.

aku ni memang tak reti nak berhadapan dengan surprise surprise ni. sebab bila aku disurpsrisekan, pastu aku buat reaksi muka biasa je, terus nampak macam tak jadi je surprise tu. apa pun, kegembiraan jelas terserlah malam tadi. wah terserlah kau...ayat tak tahan.


i lebiu so very much!
xoxo!

APA KE MOTIP AKU BALAS KOMEN KORANG?

Tags
Salam. 
ok aku nak mintak maaf la kalau aku sekarang dah jarang blogwalking sebab tak lama lagi dah nak puasa so aku macam terbanyak kerja pulak nak disetelkan kat rumah ni maklum ah aku je yang tinggal kat umah ni dengan mommy dan daddy (hokoloh macam tak reti letak titik pulak ayat kau ni!)

entry yang agak panjang dan padat. kalau malas baca, picit button komen dan komen lah 
"saya setuju"! 
tu pun memadai. LOL 


 ok ni antara komen komen yang aku crop dari entry APA KORANG BUAT DENGAN BRA LAMA.


korang pernah dengar tak isu reader marah sebab blogger tu sombong tak nak balas balik komen yang dia komen dalam entry blogger tu? penah kan penah kan? selalunya blogger yang tak pernah balas komen ni salah satu sebabnya adalah .. ya dia sangat femes okay. contoh? macam blog Ben Ashari. gila kot nak balas komen satu satu. banyak tu. huhu.

so aku nak tanya, aku sendiri pelik, apa motip kita balas komen dorang yang susah payah komen entry kita tu? macam la dorang nak masuk balik blog kita cari apa yang kita balas kat komen dorang tu. gigih betul kan?

so pendapat aku, banyak manfaat kalau kita balas komen kawan kawan yang komen entry kita tu. antaranya :

1. ada la jugak komunikasi dua hala. taklah reader tu macam cakap sorang sorang je. takde respon pun dari kita. sian dia. nangis dia.

2. kadang kadang ada jugak blogger yang suka bila kita balas balik komen dorang sebab dorang nak tahu respon kita dan komen balik. so leh gak naikkan jumlah komen entry korang tu. 

3. ada blogger yang nak jadi top commentator dalam blog tu. so bila kita balas komen dorang, dorang komen balik, satu point kat situ. tapi kalau kita tak balas komen dorang, dorang pun tak ada idea mana lagi nak komen supaya dorang boleh menten jadi top commentator blog tu. ehee.

4. walaupun satu satu entry tu ada 70 komen, tapi kadang kadang 35 komen tu datang dari kita. tapi biar lah..at least sejuk mata memandang tengok entry tu wahh ada 70 komen! padahal 35 tu dari kita. hahaha. ops..aroma terapi di situ ye..

5. boleh meningkatkan keyakinan orang dengan kemantapan entry kita tu. contoh, bila kita balas balas komen, of kos komen kita akan jadi banyak. so orang baca entry tu, time dia nak picin button komen, dia akan kata..wahh entry budak ni ada 88 komen! mesti mantap blog ni. hahaha. point yang keji jugak.

6. bagi banyak banyak pun tak guna kalau korang stil taknak layan orang orang yang komen korang tu. haha. ok la bye. 

P/s : tapi aku faham blogger tekenal yang punya ratus ratus komen memang tak dapat nak balas komen korang. so jangan la sentap sesuka hati. faham la keadaan dorang ye. tapi kita kita ni yang di pinggiran ni, setakat entry ada 5 6 komen tu, pun stil malas nak balas, tatau nak kata apa ar kan. haha.




PERLI PALING TERBAEK DARI LADANG

Tags
Salam to all cute buddies!

lama dah tak story story pasal my mom yang comel tu. yaa aku ada post entry pasal my mom yang telah meragut kesucian ku. sobs. but my mom so comel tau. dia jarang marah marah. but once dia marah, habis la doniya. 

haritu aku tak ingat hari apa. masa tu aku mendatingkan diri dekat Pesta Floria baru baru ni, aku balik lewat around 12 am macam tu. yela bunga api je start pukul 10 malam. so tu pasal terpaksa balik lewat sikit. tiba tiba my mom call aku. 

Mom : Helo, aish, ada pensel tak kat situ?
Aish : Helo, tak ada la mommy. nape?
Mom : Mommy nak aish salin address ni. 
Aish : Address? mommy nak suruh aish pergi mana lagi ni? aish nak balik dah ni.
Mom : Salin ni. 973 lorong semarak 17... bla bla bla. (eh macam alamat rumah aku je?)
Aish : moooommmyyyyy!
Mom : Ha cepat balik. ingat kan lupa address rumah sendiri tadi. 
Aish : yeeeeee nak balik dah ni. 

so best jugak cara ni. mommy jarang marah marah and membebel suruh balik cepat ke apa. sebab dia percaya anak dia gud girl. Ke? hehe. tapi once kalau melampau sangat lewat malam tak balik balik lagi, memang mommy perli terbaik dari ladang. 

yeewww..



HATI HATI LA KOT YE PUN NAK JADI RETIS KAN??

Tags
Salam. ok. semalam adalah hari yang sangat tak produktif sebab menghasilkan satu entry saja! oohh jangan contohi akak ni ye adik adik. kau bukan blogger hebat sampai orang nak masuk blog kau walaupun kau update sekali je! lain la hanis zalikha ke kan. update sekali je satu hari, dari subuh sampai tengah malam orang tak putus putus datang. so produktifkan diri korang ok. 


previous entry

semalam aku buat entry konon konon retis. no wonder la tajuk pun memang retis. so aku dapat la respon macam macam dari korang yang mengikhlaskan diri mengkomen entry tu semalam. tengs. actually, entry tu bukan nak tunjuk aku ni retis tahap haloba ke apa. tak ye. disebabkan semalam aku malas nak update, so nah amik korang tatap la gambar tu sekeping. miaahaha.

jumlah umat yang request tu aku kumpul sejak tahun 2009. haha. lama tak lama tak? 2 tahun aku berjaya mengumpul 970 request. so takde lah retis sangat kan? kejam tak kejam aku ni 2 tahun tak approve approve orang yang add aku nih. haha. kalau 2 tahun lepas dia add aku masa tu dia single, mesti sekarang kalau aku approve tah tah dah ada anak dah. haks. 

actually bersebab semua tu. 

hati hati lah korang. tak semua orang yang add kita dekat facebook tu, baik baik belaka. ada yang muka hensem, tapi perangai masyallah macam bapak ayam. ada muka suci tapi astaghfirullahalzim, sekali update status, lucah gila. 





jangan la sampai nak jadi retis punya pasal, korang belasah je approve semua orang yang add korang kat facebook tu. konon kalau friends ramai, glemer la? hokoloh. pendek pemikiran. korang bayangkan ea kalau umat umat yang tak dikenali tu, korang approve, pastu dia ada niat jahat lain ke, nak curi gambar korang ke, ha sapa susah? akak risauuu dikkk..

tak pun, kalau yang korang approve tu kategori sangap antarabangsa, pastu update lak status lucah pastu letak link link lucah untuk tontonan kat wall korang, elok elok otak pink, terus kuning. korang pun tahu kan dekat laman sosial ni kadang kadang perangai sepadan dengan nama dia..soSIAL, ha..suka suki share link lucah lucah ni. muka dah la sangap perangai lak macam tu, memang hell la kan. siapa susah? akak tak susah dikk..

so hati hati la bila approve tu ye. takyah nak retis sangat la. bukan dapat award pun. bukan boleh bawak balik motor sebijik pun."pakcik menang mottoorrr" hokoloh tibe tibe ingat pakcik tu.


P/S - berjaya mereject sedikit demi sedikit request request di facebook yang dikhuatiri kualiti dan jaminan keselamatan. haha. ok bai.

RASA MACAM RETIS LAK

Tags

hehe rasa macam retis lak. eleh tu pun nak kecoh. blah. takde la hari ni kan wordless wednesday. ok. masa untuk click not now. 

2 BENDA YANG MESTI ADA DALAM BLOG

Tags
Salam.

Sebenarnya kan bila aku jalan jalan dekat blog orang lain, benda yang paling aku suka tengok, dia punya Archive. sebab aku nak baca entry entry dia yang sebelum ni. dan di situ kita boleh pilih entry apa yang kita nak baca berdasarkan tajuk entry tu. aite? bayangkan kalau satu satu blog tu tak ada archive. aku rasa sampai aku ada cucu pun belum tentu habis loading untuk tekan older page. 



 
aku gigih ke nak tekan older post untuk baca entry korang bertarikh 1 mei 2008?


jadi kesian ah kat aku yang memang suka baca entry korang yang lama lama tu. bayangkan bila aku masuk satu blog yang best, dengan penuh bernafsu aku nak baca entry entry lain, sekali, dia tak letak archive. huwa..kejam dow kau. 



DASHBOARD - DESIGN - ADD WIDGET - PILIH SEARCH BOX


yang kedua. actually aku sendiri pun baru letak widget ni. SEARCH BOX. ok. for example, kalau aku suka certain blog ni, maybe sebab dia ada tutorial pasal buat tab menu, contoh eh. aku just pergi kat search box tu dan taip tab menu. so tayah buang masa aku untuk pergi cari tempat lain. masa ai sangat berharga okkay..

cuba korang taip PP Epal dekat search box aku tu. so keluar la entry entry aku memuja dan mengkutuk PP Epal. haha. senang kan? tayah cari dekat archive. (apa jadah korang nak cari entry pasal aku dengan PP Epal kan??hahaha) 

so dua dua benda ni penting. sebab both menyenangkan readers untuk cari sesuatu entry. yela..memory kita ni bukan kuat sangat kan. kadang kadang dok pikir lama benar mana lah entry si polan yang aku suka aritu, penat cari, penat klik older post, penat geledah archive. ha memang bunuh diri la kalau jadi kat aku kan? melainkan kalau korang gigih nak cari sampai jumpa. so kesian kat reader.

apa lagi? letak archive dan search box dalam blog korang. takde makna semak blog korang bila ada dua benda ni. dari korang tepek jam jam mengarut dekat sidebar tu kan? bek letak benda berpekdah ni. ha. apa lagi? jom makan? eh ?

SWEET NYA COUPLE NI!

Tags
Salam.
ok blog yang ketiga aku nak review adalah kepunyaan seorang makwe yang comel lote tapi peminat bola. kalau kat wall dia, memang banyak ah ulasan bola dari dia. hihi. dah la comel, minat bola, pastu, sweet lak tu dengan pakwe dia! sebab aku suka entry pasal kesweetan pakwe dia tu. 

nak baca sila picit banner kat bawah sekuat hati ok.
Photobucket


makwe ni pun ada buat tutorial. haa aku ada belajar macam mana nak buat tab menu paling sempoi macam kat bawah ni. aku belajar dari dia. ha nak cedok lagi ilmu tutorial yang lain atau nak request tutorial? boleh picit bawah ni dengan lemah lembut ye.



pastu aku ada unsur unsur jeles sikit ah dengan makwe ni sebab dia dah jumpa blogger femes tau! ha nak tahu siapa blogger femes yang makwe ni jumpa boleh terjah dekat entry ni okay! 


ok. dari segi template, blog ni memang cun ah. tang header tu yang aku paling jeles. kemas lak tu. memang menepati piawaian antarabangsa la kan. so korang korang boleh lah terjah blog makwe ni ok. sebab entry entry dia memang cool..

aku pun ada kenangan manis gak dengan makwe ni. memula aku komen blog dia guna "saya" "awak". pastu kitorang decide untuk "kau" "aku" je dengan dia. sebab lagi mesra gitu..lagipun umur sama je kan. eh yeke? syyhh..

kitorang dah tukar tukar nombor fon. konon nak mendatingkan diri together gether. tapi last last aku tak jadi sebab timing tak mengizinkan. so kitorang pun tengah tunggu masa yang sesuai nak jumpa sebab makwe ni sekampung dengan aku. ha korang yang duduk area seremban, jom la kita dating together gether! sebab makwe ni kata dia segan nak jumpa aku berdua. haha. aku janji tak lakukan apa apa di luar jangkaan kau. aku dah lama tinggalkan dunia lesbian. :p dont worry. 

haha ok tajuk entry takde kaitan langsung kan? nak baca pasal kesweetan kapel ni, tekan banner atas tu.  

ok lah. aku dah follow lama da. korang bila lagi?

P/S : actually segmen review ni untuk pemenang top 6 Blog paling cool yang aku anjurkan dulu. so kalau nak terjah blog lain yang termasuk dalam top 6 tu, boleh la pergi dekat link INI dan INI.

PERASAN HOT

Tags
Salam and hai to all my lovely buddiesss!!!


  yes i'm hot. and i don't care!

this is just a short update from me....i'm not writing this to blame you or you...that's not the main purpose....harap tak salah faham....aku sekadar menulis....menukar suara hati aku kepada tulisan.....

pernah tak jumpa perempuan yang spesis perasan hot? orang yang perasan hot ni apa ea? ada ke bila kita pegang dia tangan melecur serta merta? takkan ada la kan. budus namanya tu. haha. ok. orang jenis perasan hot ni kadang kadang perasan yang diri dia laku 24jam. 

thats why spesis ni susah nak appreciate pasangan dia. isk isk isk. kenapa? sebab dia yakin yang pasangan dia tak akan tinggalkan dia maybe sebab dia ada rupa. ooh ok. rupa cantik memang lelaki susah nak tinggalkan. ye ke? tah. aku bukan lelaki. tanya la lelaki kat sana tu kan?? lalala. 

ingat sikit makwe..

"rupa bukan segala galanya." 

tak semestinya bila kau cantik, tertarik kau memang kababom, huh..jangan ingat kau hot la makwe. aku cakap ni macam ada berbaur unsur unsur dengki ke? tak ah. cuma sekadar berkongsi sikit tentang ragam manusia ni. aku sedar aku tak cantik. tapi tak bermakna aku kena jadi pendengki tak tentu pasal. full stop.

so buat makwe yang perasan hot, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong cicir cicir tepi jalan. tak semestinya muka cantik haloba, kau senang dapat pasangan hidup. aku tak kata nak cari pasangan tu susah mengalahkan susah nya nak mati, tapi setakat nak dapat pasangan yang touch and go tu memang la senang petik jari je. tapi we talk about pasangan yang betul betul ikhlas sayangkan korang. 

susah tau nak dapat.

so jaga baik baik kalau dah dapat yang betul betul boleh move on dengan korang. belajar la sikit appreciate tu wahai si makwe..



1 OF SHIT PART OF MY LIFE

Tags
entry kali ni aku nak paparkan kronologi realiti sebahagian perjalanan hidup aku..tentang cinta. kot? ye kot. ok. tapi yang pastinya tu adalah 1 of shit part of my life. shit. tahu apa maksud shit? 

Photobucket


tahun 2006
"awak, saya pergi tak lama. 2 minggu je. sampai London nanti, saya mungkin tak boleh nak call atau sms awak. mahal kan? lain lah kalau awak nak sponsor saya topup banyak banyak kan? hehe. takpe. tunggu saya balik ye. saya belikan ole ole untuk awak nanti."

2 minggu macam lama sangat sebenarnya. memang lah happy dapat pijak kaki di kota London. tapi rindu kot kat si dia. hehe. mesti dia pun rindu gila kat aku kan? detik hati. perasan lebey.

Photobucket

Photobucket
london bridge is falling down


lepas 2 minggu. 

"hai awak. cantik tak jersey Manchester United yang saya beli tu? saya sanggup tak beli apa apa semata mata nak beli jersey original ni untuk awak tau. suka tak suka tak? sayang saya tak? wah macam paksa cakap sayang pulak kan?" 

2 hari lepas pertemuan tu.

segala galanya terbongkar dan aku tahu tulah pengakhiran hubungan kitorang. puncanya kerana orang ketiga, kebodohan dia dan kebodohan aku sebab percayakan dia. 

"awak, saya dah tahu segala galanya. saya tak sangka awak sanggup tipu saya. 2 minggu saya tak ada, awak sanggup buat kerje terkutuk tu dengan kawan sekerja awak? dalam kereta saya?" 

masa tu air mata dah meleleh leleh dah. tak peduli lagi dah masa tu. nak menangis macam nak mati pun dah tak boleh ubah pape. semuanya dah berlaku. kalau kantoi kau peluk pompuan lain dekat shopping complex takpe lagi. tapi curang sampai 'main kunda kundi' dalam kereta aku. apa cerita kan? kereta aku ada rupa macam hotel lima bintang ke?

explanation dia..
"saya mintak maaf. saya takkan buat lagi." 

..............


ok habis dah drama. lelaki macam ni tak layak jadi lelaki. layak tu layak la tapi tak layak dapat kebahagian kat dunia ni. ayat aku macam kejam gila. biar lah. lepas ni kalau kau sukakan someone, dan kau rasa kau boleh move on dengan that girl, jaga dia baik baik. jangan curang. jangan dah tercurang baru kau nak regret.  

sayang boleh dipupuk. tapi kepercayaan? perlu masa. bagi aku..kalau kau dah percaya dekat  seseorang itu..akan mudah untuk kau sayangkan dia. tapi tidak bagi mereka yang sayang terlebih dahulu....lalu kepercayaan entah kemana..dan akhirnya ayat "sudah tiada jodoh" menjadi sahabat mereka yang kecundang...

tahun 2011
hubungan aku dengan PP Epal, aku sendiri tak tahu sampai bila. betul ke dia untuk aku?? nobody's know. dan aku dah ready dan sentiasa ready kalau we all tak ada jodoh. kalau PP Epal ditemukan dengan someone better, aku terima je. sebab perjalanan hidup kita dah ditetapkan. kena sabar, redha. kau kan strong aish!


TAK BOLEH NAK MENGURAT PAKWE COMEL LAGI LEPAS NIH

Tags
Semalam PP Epal tiba tiba update status relationship with..dekat facebook. sebenarnya aku tak ugut pun kalau dia tak update. walaupun sebenarnya aku memang nak dia update status tu. apa ayat aku ni? layan kan aje. 

Aish : awak, napa awak tiba tiba update status relationship tu? (buat buat baik hati)
PP Epal : biarlah. buat apa nak sorok sorok. (ala sweetnya dia jawab camtu)
Aish : (yeke?)
PP Epal : hahahaha padan muka cik aish dah tak laku lepas ni. muahahaha
Aish : (ya rabbi. manusia ke apa ni?) kejam dow awak!!!!

huh sangat membencikan. punyalah tak bagi peluang kat aku nak usha orang lain. sampai hati betul. bagi la aku peluang nak beramah mesra dengan calon calon lain pulak kan? 

lepas tu, nak dijadikan cerita, hari yang sama lepas update status tu, EX aku remove aku dari facebook. pehal lak ni? korang rasa kenapa EX aku remove aku dari facebook dia? ego? sakit hati tengok aku dengan orang lain? atau pun dia frust sebab tak ada peluang nak ngurat aku lagi. haha. poyo betul.

buat si EX.

kalau kau baca blog aku ni, satu je aku nak cakap, hubungan kita adalah satu kesilapan. jadi aku tak salahkan kau kerana remove aku dari facebook kau tu. sebab mungkin tu satu cara untuk betulkan kesilapan kau add aku dulu. kan?


Photobucket 

PP Epal..

kalau awak baca entry ni, saya nak cakap, yang saya tak perlukan hubungan yang sempurna di mata orang lain. cukuplah awak sempurna di hati saya. tak sempurna pada pandangan orang lain, tak mengapa. :)





i heart you



MALU LA NAK SEBUT "SAYA CINTAKAN AWAK" :)

Tags
 i luv u? boring boring..


semua lelaki boleh say i love you. senang sangat. tapi berapa kerat dari lelaki yang boleh menyebut "saya cintakan awak". haha. maksudnya memang sama. tapi, feeling maybe lain kot. 

biasalah, kadang kadang manusia ni cepat bosan. balik balik kau jumpa pakwe kau, dia cakap i luv u. pastu kau cakap i luv u too. kang lepas jumpa, mesej enset pakwe, i luv u, kau reply i luv u too. boring kan? kadang kadang, si dia reply i luv u kat kita tapi mata kat game tengok bola. macam takde perisian je kat situ kan? hiks hiks hiks. what say you?

apa kata, korang capai henset korang, bagi mesej atau pun call, atau pun yang lagi best, bila time jumpa, korang say "awak, saya cintakan awak." sambil renung muka pasangan korang tu sampai merah. rasanya kalau 10 tahun kapel pun, tiba tiba buat surprise macam ni, feel macam first date pun ada. hehe. 

lepas tu mesti gelak tak hengat kan..eei jiwang la awak ni. dalam hati lak kata, "ooohhh romantiknya dia..!!! omg!" suka latteww

ucapan cinta yang jarang si dia sebut tu la yang betul betul memberi makna. :)


MAJULAH PAK GUARD UITM UNTUK NEGARA

Tags
Assalamualaikum..

 pakcik, senyum sokmo!


Siapa antara korang yang pernah belajar di asrama, kolej atau universiti dan selalu kena attack dengan Pak Guard? Sila angkat tangan macam sayyaa..Ni yang nak dok story macam mana Pak Guard boleh meninggalkan kesan sentap mendalam di jiwa kebanyakan students termasuk aku. 

Memang pak guard ini kategori suka mencari kesalahan orang. Especially yang buncit-buncit, yang misai tebal, ha yang itu memang selalunya dicop Pak Guard Kerek. Tak pun Mak Guard yang muka ala-ala Mak Cik Jenab. Itu pun kadang-kadang memang suka cari kesalahan students. sangat membencikan.

Flashback balik macam mana Pak Guard sound aku dulu masa kat universiti. 


.......


Hari itu hari minggu. Kaki dah gatal nak outing. Duduk hostel je mana boleh tahan. Lainlah kalau warden asrama ni Asyraf Muslim ke kan. Memang aku setia duduk kat hostel tu setiap saat lahh kan. Tapi ni tak. Warden pun muka garang jugak. Jadi hujung minggu mesti nak outing berhappy happyan.

Bila fikir pasal outing, kadang-kadang yang melemahkan semangat adalah..pakaian apa yang kita nak pakai so that bila kita lalu saja dekat pondok pak guard tu kita tidak akan kena saman. Baju kurung? Agaklah nak outing pergi pekan naik bas pakai baju kurung kan. Masa tu aku belum pakai kereta lagi. Itu masalahnya. Sebab kalau naik kereta, pakai lengan panjang skirt pendek pun boleh lepas. taktik tu semua dalam poket aku je. haha

Tapi aku kena menapak. Kena harung pondok Pak Guard yang muka masing-masing memang KETAT makan makan jamu dara. Tangan pula dah ready pegang buku saman sampai aku rasa nak patah balik je. So tu ah yang melemahkan semangat nak keluar outing. 

Suatu hari tu, aku pun outing pakai baju kolej. (baju kolej okay..dah tentulah lengan panjang dan labuh paras punggung) Masa dup dap dup dap jalan tu, tiba-tiba suara garau yang memang aku kenal dok panggil-panggil aku.  

Cik Aish : Ya, encik ada apa? (buat buat la tanya dengan penuh kesopanan) 
Pak Guard : Sila masuk pondok guard sekejap. 
Cik Aish : (haish, nahas nahas)
Pak Guard : Kamu rasa kenapa saya panggil kamu?
Cik Aish : Tak tahu, encik. (pak guard ni pehal?)
Pak Guard : Kamu pergi berdiri depan cermin. Tengok baju kamu tu rasa-rasanya lepas tak?
Cik Aish : Saya rasa lepas, encik. (wahh berani kau menjawab yea..mana datang tah kekuatan ituuu)
Pak Guard : Lepas? kan pendek tu. kau takde cermin ke kat hostel tu?
Cik Aish : (posing-posing depan cermin sambil berkerut memikirkan tang mana yang pendek. Baju ni paras punggung kot) 
*cermin tu ada encik, tapi cermin dah retak sebab hari hari belek baju lepas ke tak sebelum pergi kelas (nak aje menjawab masa tu huhu tapi aku tahan)

Ending story.. 
Dapat surat saman. 
Arrgghh aku sayang gila kat Pak Guard. Sepanjang aku belajar kat sana, tak terkira saman aku. Kadang-kadang rasa nak bogel je lalu depan Pak Guard tu baru tak kena saman kot. sangat membencikan. tapi sebenarnya, pak guard ni la yang meninggalkan sweet memory pada student student macam aku ni. pak guard! i mis u lah! 


Photobucket
sedey ai tau acik kena saman je dekat UiTm dulu..


"Majulah Pak Guard untuk negara."







SOFEA, POLIS DAN NERAKA

Tags
ok hari ni nak share dengan korang semua tentang satu cerita yang berlaku antara akak aku dengan anak dia, Sofea. Since akak aku takde blog, jadi dia pun suka menulis macam aku gak tapi just tulis dekat notes facebook je. so jom kita baca kisah yang akak aku tulis.

cer cer cerita cerita...

sofea ! anak buah aku.

Pukul 11 malam. Sofea masih belum tidur dan seperti biasa aku akan bercerita "bedtime story" kepadanya atau berbual-bual kosong sehingga dia terlena.

Me: Sofea dah besar nanti kena jadi good girl tau. Kalau jadi good girl, Tuhan masukkan dalam syurga. Kalau jadi bad girl, budak jahat, nanti dia masuk neraka.
Sofea: Neraka tu apa Mama?
Me: Neraka tu tempat api, nanti orang jahat kena bakar dengan api sebab dia buat jahat.
Sofea: Ohh..ada polis tak kat situ?

--- Apakah interpretasi atau moralnya di sini??
a. Polis jahat sebab tu masuk neraka.
b. Bomba disalahsebut sebagai polis.
c. Polis perlu berada di tempat kejadian kebakaran.

Ntah!

tu je ceritanya. jadi apa yang kita boleh tangkap kat sini? apa yang kanak kanak berumur 6 tahun tu fikirkan sebenarnya? heehe. 
jangan biarkan diri anda diselubungi ...... misteriiiiiii..


TIPS MELAJUKAN BLOG

Tags
Blog kedua yang aku nak review hari ni adalah kepunyaan ...jeng jeng jeng..

klik banner untuk baca entry tentang tips melajukan blog tu ye. info sangaat berguna

Photobucket

so ni tuan blognya..kacak? sila terjah sambil kelip kelip mata kat dia ye. tapi dia sekarang tengah bizi. *kau asik bizi jela taufiq oii*


Photobucket
 klik banner untuk pergi tutorial

ok. aku memang suka blog yang buat tutorial. korang ingat senang nak buat tutorial ni?? so korang boleh usha tutorial mamat ni ye. seyesly aku pun ada jugak belajar tutorial dari dia. sebab tutorial dia senang nak faham. 

kalau korang nak tahu, aku ada kenangan manis dengan blogger ni. bila ingat balik, senyum sendiri. aku tatau la dia ingat lagi ke tak. tapi aku ingat lagi. mula mula dulu aku punya follower ada la dalam 4 ratus. dia masa tu da 800 dah. so aku pun memang selalu pergi blog dia. sebab blog dia memang cool! menepati piawaian contest aku tu. 

pastu kan, tiba tiba masa follower aku cecah seribu, dia punya follower ada ah dalam 800 lebih lagi. so dia terjah shoutbox aku tanya aku pakai jampi apa sampai leh lawan dia. haha. aku nak tergelak sebenarnya. macam sweet pulak kan. kekeke. nak buat cam ne. ai naik ferrari. vrooom vroom. haha. ok gurau je. 

lepas tu, korang ingat tak masa blogspot buat hal tak boleh bukak dulu? aku punya la gelabah tahap semut kena pijak, aku ingatkan aku main koding sampai jahanam blog, lepas tu terus inbox dia meraung raung mintak tolong. malu ai tau. 

so tu la kenangan aku dengan blog ni. haha takde kena mengena dengan tips melajukan blog. nak tau entry pasal tu, klik banner. ok chow chin chi!

P/S : aku dah follow. korang bila lagik?

LEPAS CASH OUT KALI PERTAMA, TERUS NUFF KEDEKUT BAGI BE?

Tags
hai korang. 



aku tak tahu lah sebenarnya pasal isu ni. ada jugak aku dengar dengar keluhan blogger bogger yang meratapi nasib sebegini. mula mula punya la banyak BE mencurah curah masuk. lepas tu punya lah eksaited korang cash out buat pertama kalinya. (selalunya RM60 je korang cash out kan??) biasa lah, first time boleh cash out, memang taknak tunggu lama lagi. aku paham. aku pun macam tu gak dulu. hehe.

lepas cash out kali pertama, korang pun berazam taknak cash out cepat sangat. nak kumpul, peram lama lama sampai banyak duit tu, baru nak cash out kan kan kan? tapi masalahnya, BE macam dah tak nak masuk blog korang lagi. kalau dulu, ada la 5 ke 6 BE. lepas je cash out kali pertama, ada la satu dua BE melekat dalam blog. ha kenapa ye?

pernah jadi kat korang? sebab benda ni aku pernah dengar dari blogger lain. kesian jugak. nak kata UV tak menten, menten kot. nak kata tak update, naik jemu kot dashboard tu dengan entry korang je. ha tapi BE still gak tak de yang melekat. tak macam dulu. haish. 

nuff ni nak kena ni.so aku pun bagi surat cinta dekat nuffnang tanya kenapa. nuff jawab macam ni. 


klik untuk tumbesaran


so dipendekkan cerita, nuffnang nak kasi peluang dekat blogger lain yang belum rasa lagi dapat BE. kasi can la pulak kat dorang ea. so jangan meratapi la kalau campaign dah tak banyak lekat kat blog korang lagi. ok. puas hati ye. hehe. bye. 

P/s : nak tahu apa itu BE? klik sini.

SURAT SEORANG MENANTU KEPADA IBU MERTUA

Tags
best betul baca entry pasal surat seorang menantu kepada ibu mertua tu. haha. sebab tu blog tu tersenarai dalam top 6 contest aku baru baru ni. entry dia best. jom kita usha dan support blogger ni ok. jom..



klik header pink yang comel ni untuk baca surat tu.

Photobucket


so far aku suka blog ni sebab first, entry yang dia bagi pasal surat tu memang kelass. korang ingat tak surat bantahan tayangan nora elena dulu tu? ha surat tu mengingatkan aku dekat blog ni tau. sebab memang kreatif ah buat entry dalam bentuk surat ni. haha. 


dari segi template, blog ni kaler pink. tapi bukan lah sebab dia kaler pink aku pilih blog ni salah satu dari top 6 tu. takde la..pandai korang ni tau. cuba korang tengok blog dia. kemas je. aku paling suka blog yang kemas kemas ni. sedap mata nak membaca entry. sidebar dia pun tersusun. yang penting, simple. less is more aite?

Photobucket
klik banner tu untuk tengok tutorial 



dan ada satu entry dari tutorial dia yang menarik. klik gambar bawah ni okay.
Photobucket


ok lah. korang jangan lupa terjah ye! aku dah follow, korang bila lagi? bye bye!

CHEESE TART AND CAKES UNTUK CELEBRATE YANG TERSAYANG!

Tags
Salam to all my lovely buddies!

hari ni aku nak kenalkan korang Cheese Tart and Cakes yang paling sedap dan kaya dengan cheese. korang selalu jumpa homemade chocolate kan. kali ni homemade cheese tart and cakes. seyesly sangat sedap and the most important is, halal. yelah since sekarang kalau kita nak makan cheese cake ke or wateva dekat Secret Recipe ke, dekat Starbuck ke, macam tak sure halal ke? macam macam isu sekarang kan? tapi yang ni 100% halal okay..

and the best part is, owner ni ambik order for wedding, majlis pertunangan, bagi kek harijadi untuk yang tersayang ke, and macam macam lagi lah kan. PRICE FOR WEDDINGS WILL BE DIFFERENT AS PACKAGINGS N SUCH NEED TO BE CONSIDERED..DONT WORRY..ITS NEGOTIABLE..

so pada yang nak buat birthday celebration untuk yang tersayang, korang boleh try cheese cake ni sebab sangatt sedap. aku dah rasa. takkan aku nak berdusta semata mata kat korang? haha. aku kan 'hidup sedap macam makan coklat' kalau aku kata sedap tu, maknanya memang seyes sedap. lagi pun, baru baru ni aku dah pergi CAKE TESTING EVENT yang dia anjurkan baru baru ni. so macam macam jenis cake aku dah rasa masa tu and seyesly sangat berbaloi kalau beli. 




STRAWBERRY CHEESECAKE
korang boleh tengok eh gila mewah dia pun buah strawberry! syurga syurga! hehe. and kalau kat kedai kek lain, rasa rasanya mesti mahal kan? tapi harga dia sangat berbaloi!! cheese okay! dis one aku dah rasa and sangat sedap!


 yang ni cupcakes termasuk cake sekali. cantik kan? sangat sesuai untuk majlis pertunangan korang yang sweet sweet tu kan!

Kira presentation dia memang suitable lah untuk buat gift untuk yang tersayang kan! Harga pon murah.harga dari RM2.50 per piece! Siryes berbaloi!




 hows sweet kalau dapat kek ni dari tersayang untuk birthday kan! PP Epal! ai nak yang ni! (iklan kejap ye) hehe

 ni cuppies for wedding gift at only RM48 for 16 pieces! so RM3 for 1 piece! murah gila!

 ok yang ni memang sedap. sebab dia combination cheese with lime. COOL LIME CHEESECAKE! ai suggest yang ni!

 yang ni pulak masa cake testing event baru baru ni. kena la potong kecik kecik kan. untuk test and seyesly memang sedap. 

 BLUEBERRY CHEESECAKE..yang ni memang feveret aku jugak. hehe. 


so jangan lupa add my facebook for further information ye! bye!


P/S : nak say sorry sangat sangat sebab lately telah membusykan diri dengan macam macam benda. mana nak dating lagi, nak kemas rumah lagi, nak study untuk exam ptd, (study ke?) mana nak study exam untuk interview lain lain lagi, so sangat terbusy. rasa bersalah sangat tak jejak korang yang sudi komen and meramahkan diri dalam blog aish ni. insyallah aish akan terjah balik ye. wait n see. ahaks.