KENAPA TRANSFORMERS TAK BEST?

Tags


pada yang belum tengok, tayah baca review aku kali ni. sebab takut terbantut pulak niat nak pergi tengok. pada cik mira edora ku sayang, aku terpaksa tengok dulu. sabtu ni kalau kau sudi, kita dating dan tengok lagi. aku buat buat tak pernah tengok la. hehe.

apa yang aku harapkan dari transformers? biasalah mesti la action. takkan kau nak expect ada part nyanyi tepi taman bunga lak kan? so kalau nak puaskan aku dari sudut action dia, memang aku puas. tapi ada sikit sikit yang aku tak berapa nak berkenan dalam transformers kali ni. jalan cerita dan tahap kelogikan yang tak logik tahap melampau.

ala nama pun kartun. nak logik camne lagi?

1. tak ada megan fox. aku rasa megan fox je paling sesuai lakonkan watak heroin. sebab muka dia seksi seksi ganas. tapi heroin baru ni, macam ngada ngada je aku tengok. bajet hot kot. haha. mulut pun dah macam kena sengat tebuan. ops terkutuk lak biar la dia bukan islam pun. kekeke.
ngada ngada dow heroin kali ni.haha

megan fox takde, aku tak semangat nak tengok. haha

2. kata misi autobot tu nak selamatkan manusia. tapi aku tengok dari awal cerita, prime asik nak selamatkan sam je. pantang sam jatuh sikit, ada je autobot yang selamatkan dia. tapi orang lain? otak pecah sana sini, takde sapa pun nak selamatkan. adil ke tu? 

3. aku tengok part action ujung ujung tu, punya la ranap dunia tu kejap. sana sini runtuh. tapi kereta kuning si bumble bee, menten kilat. sikit lekuk pun tak ada. tabik spring ah kan. maybe dia kalis batu atau pun peluru.  

4. autobot sibuk selamatkan manusia. sam sibuk selamatkan awek dia yang aku tak suka tu. haha. di mana keadilan?

5.kenapa decepticon melampau lampau jahat? makin besar lak aku tengok. makan vitamin apa? autobot comel comel je, warna warni, tapi stil menang gak pada ending citer tu. caya lah.

ok. nama pun filem action. once kita puas hati dengan action dia, persetankan la jalan cerita yang tak berapa nak logik tu. mana ada istilah logik dalam filem? lagi pun jangan harap la kau nak puas seratus peratus. kau bayar pun rm12 je kan? 

ok bye

KORANG INGAT KORANG SWEET KE PUJUK AWEK MACAM TU? (goli den)

Tags
rasanya lelaki di luar sana macam blur blur je tak tahu macam mana nak pujuk awek masing-masing bila awek tu merajuk. so hari ni kita highlight sikit ayat-ayat cintan kasi pujuk korang punya awek. ada yang boleh pakai ada yang tak boleh pakai. pandai-pandailah korang ye.


kau ingat kau sweet?


SWEET KE? SATU
semalam baru je lepas gaduh dengan cik abang. huhu. dia pujuk? dia buat lawak lawak yang buat aku gelak. last last dia akan cakap, "lepasni jangan nanges nanges lagi tau!" 

GELINYA AKU! SATU
ok selalunya lelaki akan buat lawak lawak bodoh yang tak tahu datang dari mana idea tu. tupp leh buat pompuan gelak leleh air mata darah.

SWEET KE? DUA
"Ayang merajuk la dulu ye. Dah abis merajuk nanti mesej abang"

GELINYA AKU! DUA
ni kategori lelaki yang ramai awek. sebab kadang kadang awek awek dia merajuk serentak. macam musim lak kan. so dia pun malas da nak pujuk pujuk ni. lantak korang lah kan.

SWEET KE? TIGA
"abang ni penakut. takut akan kehilangan ayang..takut tak sempurna TANPA ayang tapi abang tetap sayang kan ayang. abang berani bila ayang senyum. ayang gelak. senyum la untuk abang.."

GELINYA AKU! TIGA
selalunya lelaki kategori romantik je yang boleh bertutur bahasa alien macam ni. bahasa ala ala sweet rasa macam bila dengar je boleh reda terus marah tu. tapi ada kes yang muntah tanpa henti lepas bf pujuk cara ni. hati hati ok.

SWEET KE? EMPAT
"Nanti abang bawak ayang pergi shopping."  --- memang confirm tak merajuk dah 

GELINYA AKU! EMPAT
Perempuan adalah materealistik. sama ada dalam diam atau pun terang terangan. kehkeh. Kadang kadang lelaki bagi hadiah lolipop sebatang pun bolehhh..Seyes. 

SWEET KE? LIMA
amik gitar, nyanyi lagu Fire House - I live my life for you, setel :p

GELINYA AKU! LIMA
Cara ni nak kata berkesan pun tak gak. Sebab kalau lagu tu rosak jadi cam haremm..silap silap awek tu amik gitar tu hempuk atas jalan. nanges pun tak guna bro. 

SWEET KE? ENAM
ayat biasa aku kalau dia merajuk "nak kaki?";P

GELINYA AKU! ENAM
kalau macam ni la dia pujuk awek dia yang tengah merajuk, mari kita tengok kaki sapa sampai dulu. hoohh blog aku dah under 18sg lah pulekk!

SWEET KE? TUJUH
"napa senyap ni, berak dlm seluar ke??" waduh trus tergelak punya..

GELINYA AKU! TUJUH
Sebenarnya malas nak komen kes ni. Korang pikir la sendiri bangang ke tak bangang. Hahaha

SWEET KE? LAPAN
Dah tiga empat hari dia tak mesej tak call baru lah dia tergedik gedik cari aku. pastu dia tanya, lama lagi ke ayang nak merajuk? huh!!

GELINYA AKU! LAPAN
ok kadang kadang lelaki lebih suka bagi awek dia cool dulu. tapi jangan lama sangat bro..takut nanti ada orang ketiga nyelit nyelit masuk. putih mata lu nanti.


SWEET KE? SEMBILAN
Saya punya boifren lagi hampeh. dah buat orang marah marah, lepastu dengan senang hati dia cakap, "tu pun nak merajuk. benda kecik pun nak besar besar" 

GELINYA AKU! SEMBILAN
Sian. lelaki dilahirkan untuk tidak memahami hati perempuan yang kompleks. idak gitu? tapi kan bro..benda kecik tu la penyebab jadinya benda besar. benda kecik pun lu takleh nak pujuk. Benda besar tah camna la plak kan??

SWEET KE? SEPULOH
hehe payah gak ni. if dah kawin senang siket. nak pujuk je kisss hehehehe. tp banyak orang macam tu..kisss aje dah lembut hati orang yang terlalu panas kan...?

GELINYA AKU! SEPULOH
no komen sebab aku lum kawin lagi. haks haks.
Amaran keras : kes terakhir ni hanya untuk pasangan yang sudah berumahtangga. yang takde tangga, sila abaikan

tapi kalau korang pujuk camne pun tak jalan jugak, korang tinggalkan je ok. hahahaha. evil.

ok bye!

AKU RESPECT DENGAN BLOG YANG ...

Tags

"lain orang lain cara."
aku memang berpegang pada ayat tu. so entry ni bukan ah nak poyo poyo ke apa ke. tapi nak express something yang aku rasa. kalau korang jalan jalan dekat blog, mesti ada blog yang buat kisah hidup dia, ada yang merapu rapu macam blog aku ni, pastu ada yang prefer letak keratan akhbar, then siap entry untuk hari tu. ha macam macam kan?

tapi kan aku respect blogger yang berani share pendapat dia. 

tak kisah ah pendapat dia boleh diterima akal ke tak. tapi tu ah warna dalam blogging. masing masing ada pendapat masing masing. kalau semua setuju, tak best pulak. kita mesti nak tengok blog yang bagi pendapat kontra pulak ye tak?

sebut pasal pendapat kontra, aku teringat sorang blogger kena hentam sebab pendapat dia yang bercanggah dengan orang lain. bagi aku, tu lah warna dalam blogging ni. kita masing masing ada hak bersuara. at least dia dah cuba menyuarakan pendapat dia. tak macam orang lain yang ikut je..dengar je lepas tu bila ramai setuju, korang pun setuju. 

bagi aku aku memang salute habis ah dekat blogger yang macam ni. bukan ah aku nak pandang sebelah mata dekat blog yang just tepek keratan akhbar, sebab masing masing punya cara kan. tapi ni lah pendapat aku. sebab aku join blogspot ni dulu pun sebab nak baca pendapat masing masing tentang satu satu isu tu. kalau just letak keratan akhbar dalam blog, pun ok jugak mungkin orang tak sempat baca newspaper or tengok berita. 

well..lain orang lain cara. aite?


SELAMAT MENYAMBUT ISRAK MIKRAJ

Tags
RINGKASAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
(sebelum tu aku nak warning ea mentang mentang entry islamik, korang jangan nak skip ea) kekeke

Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk
Dalam perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa, Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

banyak lagi peristiwa ajaib yang berlaku Rasulullah naik Mikraj (tangga) untuk menemui Allah dan selepas Mikraj (nabi turun semula ke bumi) 
Nak baca lagi? boleh klik sini PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ 


Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

P/S filem transformers saja je tayang tarikh ni tau. ;p


AISH KENA NGURAT DENGAN LESBIAN..DAMN!

Tags

korang baca lah sendiri. agak agak korang, geli tak tiak korang?

ni namanya pancing lain, lain yang datang. astagfirullahalazim. apa nak jadi dunia sekarang. aku punya la menunjukkan ciri ciri perempuan melayu kedua terakhir, boleh pulak you ngurat ai kan.. ai bukan lesbo tau you.. ai normal. punya naluri terhadap lelaki. eceh. tapi takpe lah. mungkin you kurang kasih sayang tu pasal you jadi lesbo. 

ha aku ngeri sampai sekarang. help me help me

INSIDEN MEMALUKAN DATANG LAGI! (macam iklan tora pulak)

Tags
First of all aku nak ucap beribu ribu lemon punya terima kasih dekat blogger KIC yang buat entry pasal BLOGGER HEBAT. walaupun sedikit confuse betul ke KIC ni letak belog Cik Aish ni? ke aku salah pandang ni? so apa pun alasan, terima kasih daun keladi, ada masa korang jenguk la blog KIC! best bro..

alkisah semalam punya cerita. 

aku rasa ni lah detik detik paling memalukan aku. aku tak tahu betapa merahnya muka aku masa tu. semalam aku pergi Terminal One (shopping complex paling menyeramkan, orang Seremban je tahu) sebab barang yang aku nak cari ada jual kat situ je. kalau ada jual kat tempat lain, aku tak datang situ. (next entry aku cerita pasal Terminal One okay)

dalam kepenatan mencari barang tu, aku rasa tekak ni haus bebenar. akak aku ajak aku pergi kiosk MCD beli askem Sundae. aku pun orite la. pucuk dicita Mcd mendatang la aku nampaknya. sampai je depan kaunter, aku penuh gaya mutu keunggulan, keluarkan wallet yang tebal dengan name card tu. 

"bang, askem lime sundae dua"

lepas tu, mak aku datang sergah. serupa pegawai agama datang serkup pasangan berkhalwat pulak gaya mak aku masa tu. huh. 

"aish, kau kan puasa!!"

muka aku ibarat kena lempar segelas sirap rasanya. malu tak terkata. mak aku pun satu, nak sergah, bisik bisik jelah. tak apa lah, mungkin mak aku pun terkejut tengok aku kat situ beli askem. aku pun cuba sedaya upaya mengcoverkan malu aku.

"mak, kan akak yang nak beli, bukan aish"


gara gara askem mcd lime sundae ni aku nyaris terbatal posa! damn!


tapi walaupun dialog pengcoveran tu tak berapa nak menjadik, dan tak berupaya nak menutup segala bentuk kemaluan yang jelas terpancar kat muka aku masa tu, aku redha. masa tu brother brother hensem yang beratur belakang aku, buat muka gelak tapi tahan tahan. weh nak gelak gelak jela. tahan tahan buatpe? 

gertak hati aku masa tu. haha. 

hensem tak hensem, tolak tepi. hati terbakar siapa yang tau? dah la tak dapat makan askrem mcd! kot ye pun mak nak sergah, bagi la aku rasa dulu askem tu. sebab makan tak sengaja, tak batal kan..huhu.. 

tu je ceritanya. moral? tiada pendidikan moral di sini. terima kasih jumpa lagi.

APA PENDAPAT KORANG BILA ORANG TUA MENYANYI DALAM RANCANGAN KILAUAN EMAS?

Tags


marah bebenar lelaki ni. hehe


ha tajuk dah macam soalan SPM dah aku tengok. apa lagi, jawab jawab. korang tahu kan sekarang ASTRO mencari modal dengan membuat rancangan realiti KILAUAN EMAS untuk golongan veteren menunjukkan bakat masing masing? tahu kan? tak tahu? meh sini duduk sebelah kita gosip gosip. haha.

ASTRO ni kan dari dulu asyik buat rancangan realiti je kan. dari golongan muda sampai lah ke golongan yang tak berapa nak muda. tapi aku memang salute ah dengan rancangan IMAM MUDA.

bila aku tengok ujibakat, ramai jugak golongan veteren yang nak menyanyi. rupa rupanya dalam diam golongan ni nak masuk akademi fantasia tapi tak boleh sebab faktor usia. eh nampak macam takde beza akademi fantasia dengan kilauan emas kan? dua dua nak cungkil bakat menyanyi. 

ingatkan yang muda je nak menyanyi. 

zaman dulu
"apa nak jadi budak budak zaman sekarang, terkinjat sana terkinjat sini, bawak bawaklah mengaji kat surau tu"

zaman sekarang
"apa nak jadi orang tua sekarang, dah tua pun nak menyanyi lagi. bawak bawak lah beristigfar"

cukup cukup lah astro nak cungkil bakat menyanyi. tak bawak ke mana pun. lagi menambahkan dosa adalah. yang muda tu, belajar lah pandai pandai baru menyanyi. yang tak berapa nak muda? tambahkan amal, kerana usia mu sudah berada di penghujung. maaf ah ni hanya teguran dan pendapat saja. ruangan cemuhan dah pun tersedia. :p

EH MACAM PERNAH TENGOK ENTRY AISH SEBELUM NI, TAPI DI MANA YE?

Tags
Salam my dear frends!
Malam tadi sorry la sebab bernafsu untuk menjadi notty dengan mengpublishkan entry yang ala ala seram juon (nak baca klik sini) tapi tak seram pun! saja nak kenakan korang yang comel comel ala ala baca sambil tekup muka dengan bantal. huh penakut. haha. aku pun sama. malam tadi pukul 3 pagi (malam ke?) aku nak balas balik komen komen korang, aku bukak la blog aku. Astagfirullahalazim, aku balik yang terkejut tengok gambar hiasan dekat entry tu. keh keh keh. damn!

so aku ada la dapat satu komen ni. 

sekarang aku nak berterus terang kat sini. sebenarnya entry MISTERI JALAN SHORTCUT tu aku hasilkan tahun lepas tak silap. masa tu aku punya lah bersemangat membara nak bagi orang baca entry tu. tapi masa tu takde yang sudi nak masuk blog aku. kehkeh. komen pun secoet je. cis. target tak mencapai sasaran. 

aku pun delete entry tu, aku repost balik tapi aku edit edit lagi la sebab penulisan tahun lepas agak tragis untuk dibaca. maka terhasil lah entry tu malam tadi. sebab tu la kot Atiqah tu kata macam pernah nampak entry tu. hey you baca blog i sejak tahun lepas ke? haha. tenkiu tenkiu. wah yo yo o kejap.


P/S : yes berjaya mengcantikkan komen box. cantek ke? keke

MISTERI JALAN SHORTCUT

Tags
 gambar hiasan harus lah sesuai mengikut tajuk entry ye adik adik.

semalam aku drive sorang sorang. lalu kat satu jalan yang sunyi. mula mula taknak lalu jalan tu. tapi memandangkan itu je satu satu jalan paling dekat ke rumah, aku lalu gak ah. radio Sinar fm aku pasang kuat kuat.(geli siut dengar sinar fm pukul 12 malam, ada forum cinta la plak) aku risau balik sorang sorang malam malam ni sebenarnya.

tiba tiba bunyi something. aku tersedak terus. aisssshhh apa benda lak ni. hati dah berdebar debar ibarat orang datang melamar. "jangan ah apa apa benda yang tumpang aku balik. pergi la naik teksi ke apa ke." aku tengok keliling takde sapa. ah sudah. bunyi apa lak tu..aku bentikan keta tepi jalan. lagak berani ala ala pengkid. (ya pengkid berani yang ala ala je) aku nak tau bunyi apa tadi. aku turun dari kereta. kereta aku ok. nk kata tayar, tayar pun ok.

aku pun dah seram. teringat drama bersiri hantu kum kum kat astro semalam. bulu roma naik 90 darjah. dah macam duri kaktus dua kali pandang. apa lagi aku pun cabut ar. bawak kereta selaju mungkin untuk sampai rumah. last last sampai gak aku ke rumah. fuh. lega weh. keesokan harinya mak aku terpekik panggil aku....................

"aish! apesal nombor plat kau tinggal 3 angka je ni??" 

laaa plat aku cicir rupanya tengah jalan malam tadi. siot betul ah. ingatkan bunyi apa lah tadi kan. kusmangat ai.

NAFSU MENGUPDATE BLOGLIST SUDAH MARIII..

Tags

gaya bernafsu? tah. haha 


tahu tak korang betapa tak logiknya untuk sumbat semua blog yang aku follow dekat dalam bloglist? kadang kadang jadi hang sebab terlalu lama. so perlu ke aku memilih blog apa yang aku nak untuk ada dalam bloglist aku ni? ha perlu ke? jawab jawab!

perlu. 

sebab aku rasa aku nak masukkan blog feveret dalam bloglist ni. blog feveret maknanya, blog tu selalu update (aku suka terjah blogger yang rajin update!) lepas tu blog tu mesra alam dengan blogger lain (yang sombong, taknak kawan! haha gurau je) lepas tu blog tu banyak info dan tutorial (so nanti benefitnya kat korang jugak) lepas tu blog tu mestilah tak macam hidup segan mati tak mahu. ok tu kategori blog feveret aku. 

oo pilih bulu jugak kau kan aish?

ye bagi aku tak salah nak memilih. sebab aku nak blog blog yang jadi feveret aku ni, akan bagi benefit jugak dekat readers yang masuk belog cik aish. kalau tak nak baca entry, at least dorang boleh cari blog blog lain yang lagi best yang aku da shortlist kan dekat bloglist ni. 

bak kata orang, bila tetamu datang rumah kita, kita layan dia baik baik (so make sure hasilkan entry yang sebaik mungkin) lepas tu kita bagi dia jamu makanan yang sedap sedap (blog blog lain yang best tu la apa lagi!) 



Bloglist means that kita akan show off our favourite blog! :p

seyes, aku kalau masuk satu satu blog tu, especially blog yang best, aku akan tengok bloglist dia. sebab aku nak cari lagi blog lain yang best best macam blog dia. so memang tak menghampakan. tuan blog tu memang shortlist kan blog yang terbaik dekat bloglist dia. so thanks a lot! you best bro..

lain blogger lain cara. aite? 


ok jom kita update! bila siap tatau la. :p Oh ye, siapa siapa yang baik hati letak belog cik aish dalam bloglist you all, gtau ea, so that aish pun akan letak blog you all jugak.

CONTEST UPDATE : TOP 6 BLOG PALING COOL

Tags
Hai dear. 

Setelah dikaji kaji dan diseledik latar belakang, hehe, maka nak umumkan 6 blog yang succes! 5 blog dari top 6 ni akan dapat free review selama seminggu, ha baik kan aku tolong promote kan. :p ok lepas tu salah satu dari top 6 ni, akan dapat hadiah RM50. haha..jangan marah tau. aku memang tak suka bagi result cepat cepat. sebab aku susah betul nak pilih ni. semua best best. lagi pun sabar tu kan ke separuh dari iman..:p tahniah eh top 6!

  1. http://ecadwinkyasha.blogspot.com/2011/04/surat-seorang-menantu-kepada-ibu-mertua.html 
  2. http://taufiqtiramisu.blogspot.com/2011/02/tips-melajukan-blog.html 
  3. http://www.miraedora.com/2010/07/ape-korang-rasa-bila.html 
  4. http://myzziema.blogspot.com/2011/04/if-i-die-tell-my-followers-i-love-them.html 
  5. http://www.penulissenja.com/2011/04/alahai-perempuan.html 
  6. http://www.mohdkhairi.com/2011/02/sesi-fotografi-1-bersama-anis-di-taman.html 

agak agaknya siapa la yang pemenangnya ye..hehe.  

MUKA HUDUH, PERANGAI LAWA? TAK SEMESTINYA!

Tags
ramai kata muka harap je lawa tapi perangai Astaghfirullahalazim! sebab tu orang kata nak cari pasangan biar huduh asal baik. muka tu perkara kedua. jangan la kita mencintai sesorang tu kerana paras rupa semata mata. kateeenyeee.  tapi teori tu sebenarnya tak boleh pakai dah. kadang kadang muka lawa perangai pun molek. tahniah.  

tapi ada yang muka huduh perangai pun huduh. wah macam mana pulak tu? kira macam buy one free one. siap pakej la senang cerita. contohnya, ada sorang lelaki ni, muka dah la hitam, banyak jerawat, pendek pulak tu. rambut keriting keriting. sekali bukak mulut, laser kau tau. contohnya dia memekik dari jauh, "makcik! gendutnya perut makcik" terguris hati makcik tu weh. tau la dia boroi kan tapi sedap mulut kau je nak kutuk makcik tu kan. 


 gambar kau kepunyaan semua orang bila kau upload dekat internet. so maafkan aku kalau aku tepek muka ni kat entry aku ni. hehe


contoh lain? 

ok aku nak tanya ah korang yang muka cun cun ni. pernah tak kena ngurat dengan lelaki huduh? mesti pernah kan? lelaki tu dah la paksa korang layan dia, dah macam desperate sangat. pastu siap ajak borak geli geli kat facebook chat korang. huh dah la huduh, perangai pun sama. 

ha macam macam kan zaman sekarang? 



 alamak.. tertepek gambar dia pulak. maaf maaf maaf


sekarang ni quotes "don't judge people by its cover" tu kadang kadang tak boleh pakai lagi dah. yang lawa, tak semestnya perangai lawa. tapi kita kena ingat, yang huduh pun tak semestinya perangai dia ok. harap harap kita kita ni sentiasa la jaga kelakuan kita ok. kalau muka kita cantik, berkelakuan la secantik muka tu. kalau yang tak berapa nak cantik, cantikkan la peribadi korang dengan kelakuan yang baik. 

haa manisnya kurma itu...haaa semmpuutt


HOLLOHH BABY BABYYY, SO CUTE! (what's that)

Tags
Aku adalah anak bongsu. so bila orang tanya, "eh you anak bongsu ke? mesti manja kan?" biasalah tu perception orang dekat anak bongsu. nak harap orang kata, "eh you anak bongsu? mesti garang kan?" haa takkan ada lah macam tu. 


Disebabkan aku tak ada adik kandung mahu pun adik angkat (yaaaw tak ada istilah adik angkat or abang angkat dalam life aku) so aku memang tak ada perasaan bila jumpa baby. Sometimes aku tengok kawan kawan aku, bila jumpa baby je, mula lah "holloh hollohhh tomey tomeyne diewww.." sambil gomol baby tu serakus rakusnya. erk. what's that? kenapa jumpa baby mesti jadi macam tu?


Tapi tu dulu. sekarang dekat rumah aku ada 8 orang anak buah. every weekend memang akan datang la berduyun duyun anak anak buah aku tu ke rumah aku. paling tua darjah 6 dan yang paling muda baru umur 2 hari. yes. kat rumah ni ada baby tau. my sis's first daughter. 

kalau weekdays, aku just stay dengan my parents. sometimes, my mom pergi mesyuarat persatuan wanita sana sini, and my dad pulak keluar kerja, so aku akan tinggal alone. semua aku kongker dalam rumah tu. remote astro tu dah macam melekat kat tangan ni. ikut suka aku lah nak tukar channel mana pun. nak makan pun, tak kisah makan apa, bebas nak masak apa sekali pun.

tu weekdays. 

tapi bila weekends, all the babies and kids akan datang rumah ni and i'll totally changed my routine

Hey kenapa tukar channel? Ucu nak tengok melody la..
Taknak, ima nak tenok katun

Hey ucu nak pakai la bukak facebook
Ala, adik nak main Angry Birds!

Hey siapa habiskan coklat ucu beli semalam?
(semua tak mengaku tapi gigi masing masing dah terselit dengan coklat okayyy)

Hey kenapa Ayu Raudhah (my kitten) cirit birit ni?
Imran tarik ekor dia, ucu!

Hey siapa yang sepahkan rumah ni?? Ucu baru kemas tadi tau!
Dorang main gusti gusti, ucu!

Hey siapa picit ucu punya foundation ni? gantik balik!
Alya nak pakai mekup macam ucu!

sometimes aku terfikir, erti weekend sebenar bagi aku adalah pada weekdays. haha. tapi aku suka weekends. sebab masa tu la aku nak jadi kakak and jadi mom. yela..berleter 24 hours. biasalah kids kan very the noty! mula mula memang culture shock la sebab bongsu takde adik, so bila tiba tiba baby datang satu satu, (semua my sis dah kawin) lama lama dah tak berapa nak culture shock. dah biasa. 

peace!

ENTRY GELI TAKYAH LA BACA

Tags
best je tgk korang korang tukar profile picture. letak picture dengan pasangan masing masing. pastu siap tukar nama profile lagi. ada yang gabung gabung nama pakwe makwe lagi. huhuhuh..memang kreatif tahap ketam gua ckp lu.lu sume buat gua teringat la. kalau la aku still dengan dia, aku pon ada nama gabung gak la. haha. saja je kan nak ingat citer lama lagi? gasakla..dah tu yg terlintas di otak aku sekarang ni.

FIRDEAN 

damn it!forget it!

p/s kalau korang perasan la kan, pagi pagi buta je mesti kadang kadang aku update entry jiwang karat macam ni. nak buat camne. pagi pagi kan sunyi. apa kene ngene sunyi dengan cerita lama? teringat la ttuuuuh

BEAUTY WITHOUT BRAIN IS STUPIDITY

Tags



pernah tak korang lalui situasi ni? "wah cantik gila dia. tapi kenapa cepat sangat cair dengan lelaki tu? baru jumpa beberapa kali dah bagi body?" yes. she's beauty. but beauty without brain is stupidity. and that is what we call BIMBO! u know what's the meaning of BIMBO?
Bimbo is a term that in popular English language usage describes a woman who is physically attractive but is perceived to have a low intelligence or poor education.- wikipedia

apa itu BIMBO?

surely mesti ramai yang tak pernah dengar apa maksud bimbo. bimbo ni maksudnya perempuan yang cantik tapi tak berapa nak bijak. zaman sekarang macam makin ramai je kategori ni. aku tergolong ke? huh mintak dijauhkan. ok aku bagi contoh perempuan bimbo.

ada sorang mamat hensem ni bukan main puji lagi sorang perempuan ni. and that girl rasa cair dengan setiap pujian yang mamat tu bagi. well, lelaki hensem puji kita cantik bla bla bla mesti lah seronot ye tak? so that girl pun cair. "he's smiling, i'm melting." ha lebih kurang macam tu ah kan.

so jangan terperanjat kalau that girl serahkan segala gala yang dia ada dekat lelaki tu. kiranya macam tukar suka sama suka lah ni kot. "you puji i, i bagi you dara i." so good la sangat perangai macam tu. tu la namanya perempuan BIMBO. cantik tapi tak ada otak untuk pikir mana baik buruk. 

cantik je nak buat apa?


NAK NAMPAK GOJES DENGAN KASUT TINGGI?

Tags
salam to all beautiful ladies! 
suka pakai kasut tinggi? apa perasaan korang bila pakai kasut tinggi? ada rasa seksi tak? ke seksa? hehe. 

 hows sweet!

I taknak pakai kasut tinggi nanti bila jalan dengan boyfriend, nampak dia pendek pulak. 
I tak suka pakai kasut tinggi sebab nanti nampak tonggek. ish takmau la. 
I pernah pakai kasut tinggi lepas tu terpelecot. so I terus serik. 
  
mesti kita selalu dengar alasan alasan ni kan? sama la. aku pun kadang kadang pernah je terpelecot. masa tu terus buat muka tak bersalah. kalau ada orang lalu kat sebelah buat buat lah jeling konon konon dia yang langgar kita. well tu taktik normal. hehe.

tapi kan honestly la aku tak reti pakai sandal yang nampak sandal. in case kalau nak pergi pasar tani tu of cos la pakai sandal. tapi tak lah flat sangat. kan sekarang ada jual sandal yang tapak tebal tu. so bila pakai stil rasa macam pakai kasut tinggi. walaupun it just ONLY a sandal. sebab bila aku pakai sandal flat, aku rasa ohhh sangat lah katik nya diri ini. dah la katik, renek pula tu. dah macam pokok rendang tak berbuah pulak aku rasa


 gojessss !

sebenarnya bila berkasut tinggi perempuan akan nampak lebih menarik dipandang. dalam diri dia sendiri akan timbul keyakinan yang lebih. tapi tak perlu lah nak pakai heels yang 6 7 inci semata mata nak nampak cantik kan? kot ye pun, jangan lah sampai menanggung kesakitan kak oi.

lagi pun orang pakai kasut tinggi sebab fashion and mostly design kasut tumit tinggi cantik! look gorgeous bila pakai tau! sebab bila pakai, confident level akan tinggi sikit. so kira added point to be more confident. badan akan lebih posture and jalan akan jadi lebih beradab (ye la kalau jalan sepah-sepah confirm jatuh)

tapi nak pakai tengok keadaan juga. tak kan la nak gi pasar pakai jugak kan...well, perempuan tetap perempuan. hehe. 


P/S aish pernah nampak satu girl ni, tudung dah style ala ala hana tajima dah. pakai dress, memang gorgeous la, tapi bila tengok kasut, lor..kasut sport. hehe taste masing masing. apo nak dikato? 

NABIL LAGI KAYO DARI SEPAH WALAUPUN DIA NOMBOR TIGO!

Tags
kalau nak diikutkan sepah juara maharaja lawak kan? tapi bila pikir pikir balik, RM350000 tu kena bahagi tiga orang. tapi Nabil sorang bolot RM150000 wah nabil lagi kayo! untung la...

oklah malas ah nak update banyak banyak. ramai kot blogger update pasal sepah juara. suma orang dah tahu.. hehe..ok bye. tahniah sepah...manisnya kurma ini! haaa semputtt

SPECIAL THANKS TO FOLLOWERS BELOG CIK AISH

Tags



Alhamdulillah bila bukak blog hari ni, tau tau followers dah cecah 1500. serius rasa macam nak nangis. happy sesangat tau! tapi ikhlas nak cakap, tanpa follower, blog macam rumah kosong tanpa penghuni je aku rasa. walaupun tak semua follower akan jadi loyal reader kita, but still aku bersyukur sangat sangat. thanks korang. 

dulu masa follower doploh orang, bila masuk je blog yang ramai follower, rasa macam kerdilnya diri ni. nak komen dorang pun rasa segan. rasa macam biar lah jadi silent reader. eh aku pernah buat satu entry tentang bestnya jadi silent reader blog INI dulu. 2 tahun kot jadi silent reader dia. bagi aku, dia blogger hebat!

you know what, sepanjang aku blogging, memang tak pernah lari ah dari komen komen yang beraneka rasa gitu. macam macam ado! aku appreciate sangat pada yang tak jemu jemu komen tiap kali aku buat entry baru. kadang kadang rasa malu sendiri pulak bila aku tak dapat nak komen korang balik. serius aku nak say sorry sangat sangat. 

tak lupa jugak dekat makcik pakcik anon yang still sudi waste your time dengan membaca blog aku ni. kadang kadang komen anon ni memang aku appreciate jugak sebab sometimes dorang buat aku jadi lagi semangat nak improve penulisan aku. improve blog aku. serius nak say thank you kat korang yang pernah jadi anon kat blog ni dulu. till now. hehe

juta juta bintang marii..
 
apa yang aku nak cakap kat sini, aku sayang korang sangat sangat. kadang kadang, korang lagi banyak bagi support dari orang yang dekat dengan aku. well, special thanks for you guys! i'm not perfect. jauh sangat nak jadi someone yang perfect dekat mata korang. tapi aku bersyukur sebab korang masih menerima blog ni seadanya. love you guys. :)

SHORT FORM (tajuk boring lagi)

Tags
apa beza blog dengan sms? 

whn i c = when i see

kalau korang nak tahu, tapi rasanya korang dah tahu, takpe lah aku bagitahu. eh banyaknya 'tahu'! kalau kita hantar sms panjang lebar, dua tiga page, mesti kena bayar lebih kan kan kan. satu sms mungkin 20sen..contoh la.. dua tiga page kau hantar sms, dah kena caj 60 sen. so apa yang korang dan aku buat, guna la short form. dari 3 page, mungkin boleh jadi 1 page je. hohoh berkira sungguh. eh mestilah. sepuluh sen tu amat bermakna. 

hi kowrunk! kitew nq tnyew kowrunk xg smyg jmt q? mak kt kta, xbeq tao pontg!

tu SMS. tapi kan kenapa aku selalu nampak penggunaan short form yang melampau lampau dekat dalam blog? nak jimat apa aku pun confuse. jimat tenaga dan jari jemari supaya sentiasa lembut? yela kalau taip penuh penuh, takut pulak jari tu bengkok. so gunalah short form. tak cukup dengan isi entry, tajuk entry pun letak short form. yes! korang memang suka berjimat. 

aku suka! lol 

ada aku kesah? ya aku kesah. sebab aku tak faham apa korang tulis kalau terlalu banyak short form. bila aku tak faham, aku nampak simbol pangkah je. kalau aku tak datang lagi blog tu, aku tahu korang tak kisah. kan kan kan.

 

TAK PERLU NAK TULIS DALAM BI KALAU TAK RETI. WHATT??

Tags
Salam my friends!

 ops!

Pernah tak korang guna english untuk update status facebook, or sometimes korang guna english dalam entry blog korang? mesti pernah kan? sometimes aku pernah tengok orang orang begini kena hentam dengan orang lain sebab guna BI tapi tak betul..mesti korang malu kan nak guna BI untuk update status or update blog? takut kena hentam atau kena kutuk dengan orang orang macam ni. 

we might speak wrongly then people will correct us. so we'll improve our english. tapi macam mana kita nak perbaiki kalau kita tak berani nak mencuba. untuk orang2 yg mcm tu..please..anak bangsa takkan maju selagi ade orang orang mcm ni...org yg sering perkotak-katikkan bangsa sendiri..yang ade idea utk menjatuhkan bangsa sendiri...if u r too good in english then why dont u just teach to those aint good in tat?

aku pun still belajar english dan betul kalau kita tak tau language tu, lagi banyak kita pakai lagi la improve. sebab tu la ramai yang still takleh nak improve sebab takut kalau org condem.. payah la camtu...

bukan stakat english jer. secara umumnya, bahasa lain pun sama, kalau nak pandai satu2 bahasa tu, u should practice a lot! lantaklah broken masa awal2 awal pun takper. nanti last last ok la..

teruskan belajar and do improvement. kita akan tahu dan faham mana betul dan salahnya. jangan takut buat salah untuk bleajar. sesiapa yang taknak tu, abaikan jerr..

you know what, kadang kadang bagi aku, blog dan facebook adalah satu perbualan antara pembaca. aku admit kadang kadang memang bahasa melayu aku berterabur. tapi as long orang faham apa aku tulis, cukuplah.

begitu juga dengan english. mungkin grammar aku pun banyak salah, and aku memang tak pernah nak recheck balik apa yang aku tulis. sebab aku bukan tengah jawab soalan MUET ke hape ke. tapi tu lah, sometimes kita tak pernah lari dari tersilap cakap, salah grammar or wateva. kita bukan genius atau pun perfect.

so my point is, jangan la disebabkan ada orang orang yang suka condemn korang pakai broken english, so that korang rasa malu nak guna english tu dalam blog atau pun status facebook. well kadang kadang orang orang yang suka condemn tu, kita tengok status facebook dia yang berhabuk tu kadang kadang hasil copy paste jugak. ahahah.

be confidence okay! bye.

SIAPA KATA SAYA BENCI EX GF AWAK?

Tags
Salam to all ladies and gentleman. 



Macam mana kalau  boyfrend kita punya EX GF, stalk kita hari hari? Ex dia nak tahu kita ni siapa nama, cantik ke, bahagia ke kita dengan bf kita sekarang..ooh so annoying!!

ada some yang sanggup buat facebook baru, lepas tu add kita, semata mata nak tahu siapa kita. kadang kadang tak pasal pasal dia kutuk kita dekat facebook. cakap macam macam kat kita. kononnya kita perampas la, punca boyfrend kita tu tinggalkan dia..scary right?

tapi memang betul, sometimes ada orang mesti nak tahu jugak pasal perkembangan ex boyfrend dia. cuma tahap keinginan tu mungkin berbeza. tapi semua tu bukan ke buang masa? let bygones be bygones. so pada korang yang pernah kena stalker dengan boyfrend korang punya EX GF tu, think positive sudah. you are his present and will be his future and forever. insyallah. 

so please please please. no bad thought, no stalking, and no jealousy

kesilapan yang paling perempuan buat, dorang always compare diri dorang dengan his boyfrend's beautiful EX. so tak perlu la kot nak buat macam tu. sebab once kita dah in relationship dengan that guy, even that guy pernah kapel dengan Fasha Sandha sekali pun, no need to compare yourself dengan dia. 

korang kena la confidence sikit. ada sebab boyfrend korang sekarang tinggalkan EX dia dan pilih korang. walaupun korang tak secantik EX dia, there must be 'something' yang buat BF korang sekarang tertarik and decide to choose you. 

erm oklah. bye bye.


AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

Tags
Buat pertama kali dalam sejarah dunia blogging aku, aku join segmen abang Ben. ahaks. jangan marah bang Ben, aish betul betul suka segmen abang ben kali ni.


klik gambar abang ben ni kalau nak join


straight to the point. aku sebenarnya teringin nak hack blog ....


So ziema! awas ok. aish dah gatal sangat nak hack blog ziema ni! sebab blog dia ni tengah tunggu masa nak potong blog korang yang meletup letup tu. sebab ziema ni kat kebanyakan blog, mesti dia ada dalam "top comentator". lepas tu, dengar dengar, nuffnang sayang kat dia ohh! dapat BE mencurah curah tu. grapvine lagi..jadi aish rasa macam geram gila kat dia. entry dia pulak, memang best kalah blog korang! padahal dia baru je berblogging. haa..benci benci! hehe. so tunggu k. aish hack ziema!

P/s untuk MYZ ZIEMA, kalau taknak kena hack, sila belanja aish makan tengahari 7 malam berturut turut. awas okay! 



CIRI CIRI LELAKI GENTLEMAN..OOH I SUKA TAJUK NI!

Tags
you all tahu tak, tak susah pun jadi lelaki gentleman. sometimes lelaki ni kan, dorang ingat susahnya nak layan kaum perempuan ni. dorang kadang kadang cakap macam macam kat kaum kita ni kan girls! dorang kata kita ni mengada ngada lah, too fussy la, but dorang actually tak faham naluri perempuan ni. helo..meh sini nak bagitahu apa ciri ciri lelaki gentleman..

so lelaki di luar sana, if you want to tackle someone, please please, at least korang ada salah satu dari ciri ciri yang aku nak sebut kat bawah ni. ok guys! are you ready?





tiba tiba mata mengantuk. esok je aku sambung. haha. bye selamat malam..



ok jangan laku kan seperti di atas jika you all semua taknak kena baling kerusi or wateva dengan readers. eh ada ke readers nya? hehe.

 

1. nowaday, tak kira lelaki or perempuan, masing masing dah ada kereta sendiri. tapi kan, lelaki tu gentleman kalau dia offer diri untuk pick up perempuan tu dekat rumah and hantar balik depan pintu rumah tu. bukan la kaum perempuan ni nak mengada lebey, tapi ni la dinamakan dating ethics. lagi pun, bahaya kan perempuan drive sorang sorang semata mata nak dating dengan korang punya pasal. you all gak yang selalu condemn women driver. bawak macam lipas kudung la wateva, so better korang je yang drive okay. 

2. bila berjalan berdua, better jalan seiring. jangan jalan terlalu cepat ke depan and tinggalkan kaum perempuan di belakang. because ini adalah sangat tak gentleman. you guys pun tahu kan langkah perempuan slow dari lelaki? mana nak cover heels lagi. kalau jalan laju sangat, and then jatuh, you all gak yang malu aite. so jalan la seiring. 

3. kalau dekat kedai makan, certain kedai tu self service. so sangat lah gentleman kalau lelaki yang pergi beratur belikan makanan untuk kaum perempuan. but nowaday, kita selalu nampak, lelaki duduk dekat meja makan, and then perempuan yang usung tray penuh dengan makanan, terhuyung hayang bawak kan pada lelaki tu. sangat kejam okay..

4. and lagi satu, bila kat tempat makan, lelaki akan nampak lebih cool and gentleman kalau dia yang bayar. bukan la nak cakap yang girls ni materealistik. come on, kitorang pun ada duit and mampu nak bayar but it looks better if you yang bayarkan. just imagine ea, kalau first date pun bayar asing asing, or perempuan yang bayarkan..ayoo..what a shame la you guys..

5. in case kalau korang dating datang asing asing, means bawak kereta masing masing, its ok, maybe segan kot nak satu kereta, but please ea guys, kalau perempuan tu dah nak on the way balik, apa salahnya kalau you all send msg atau pun give her a call to remind "you dah sampai bagitahu ea..i risau you drive sorang sorang malam malam ni" so sweet kan kalau buat camtu. it shows yang you all memang responsible.

........

anyway, mens sekarang ni ramai yang merungut. kononnya perempuan ni fussy la tu la ni la. but sometimes you all kena realise yang perempuan still perempuan. and lelaki still lelaki. show your responsibilites and trust me, girls akan cair punyalah dengan layanan korang tu. (but sometimes they treat us nicely before married..lepas tu? nan hado! hahaha)

you all kena faham, perempuan ni bukannya nak sangat harta harta estet luar dan dalam negeri korang tu, but girls nak mereka dihormati dan dilayan sebagai perempuan. ok. bye.

BERGER IJAN PALING BEST KAT SEREMBAN!

Tags
kali ni aku berbaik hati nak tolong promotekan satu warung berger yang serius paling sedap pernah aku makan. kalah berger mcd ooh. kan aku pernah story kat SINI dulu pasal kenapa orang suka makan kat kedai mamak. salah satunya sebab environment dia best. nak lepak lama mana pun tak kisah even kau minum segelas air je. 

so warung ni pun tak terkecuali. aku selalu buat meeting sambil bergosip gosipan kat sini je. eh terkantoi lak suka bergosip. tapi Berger ijan ni melayu okay. cuma dia combine dengan restoran mamak. 


masuk paper tu berger ijan ni..

aku salute la dengan berger ijan ni sebab dulu, dia cuma berniaga tepi jalan je macam brader brader berger yang lain. lepas tu Majlis Perbandaran selalu gak ah robohkan gerai dia sebab mungkin takde permit ke hape ke kan..biasa ah budak bujang nak mula meniaga. tapi gigih gak ah dorang lama lama, boleh bukak restoran. 


berger dia series sedap. aku tak tipu. korang kalau datang seremban, bagitahu aku, aku boleh tunjuk jalan kat korang. hahaha. berger ijan ni yang aku suka, gerai dia bersih, berger dia tak kedekut sayur, tak kedekut mayonis, pendek cerita bila kau makan je berger ni, sampai malam kau kenyang. pastu korang boleh request letak cheese ataupun sos blackpaper. walawehh meleleh air liur aku.

nah terjah sini.
408 Jalan Cenderawasih 2,
Taman Paroi Jaya,
70400 Seremban, Negeri Sembilan.
alahai 5 minit je dari rumah aku..ops 
 
P/s : agak agak lepas tolong promote ni, abang ijan boleh bagi aku berger free tak? kekekeke..