UBAT UNTUK GAY

Tags
siapa gay kat sini sila baca entry aku ni. yang baru nak pasang niat nak tukar profesion pun boleh baca. aku nak bagi contoh ubat untuk mengatasi ke'gay'an korang tu. nah. amik ni. amik dua biji sehari sebelum makan dan selepas makan. haha aku main taram je tu. 

orang go away. tapi ubat ni namanya gay away. you gay? so you buy this and go away. haha apa pun tak boleh!

takyah zoom dekat sangat ah description dia.. buat terpengaruh je nanti. hahaha

CEK NUFFNANG RM650.93 DAH SAMPAI

Tags
kikiki. gila apa nak cash out banyak macam tu. acah mak enon! buang ah nombor kosong tu. aku kan blogger di pinggiran je. mana ah nak capai cek sebanyak tu dari nuffnang. tapi alhamdulillah ah sebab memang nuffnang tak tipu. memang berjaya sampai cek aku ni walaupun seciput secoet.

Photobucket
kikiki jangan mare. tipu je 650 tu

actually ni cash pertama aku. dulu nuffnang sombong taknak bagi aku BE. lepas aku ugut nak bakar syarikat dia haritu baru dia bagi BE kat blog ni. so tu lah hasilnya. secoet je. tapi duit ni bukan untuk aku. aku akan bagi RM50 dari cash out aku kali ni untuk pemenang contest Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool! hadiah utama berupa wang tunai RM50 dan pakej percutian di rumah masing masing selama seminggu. nak bagi duit pun korang taknak. siapa yang belum join, cepat la join sebab tarikh tutup 3 Jun ni. 


So sekarang ni Nuffnang takut kena ugut dengan aku jadi dia dah bagi BE kat aku. so far alhadulillah tak mengecewakan. aku nak kumpul sampai betul betul mencecah RM650.93 baru aku cash out. haha. tunggu la sampai beranak pinak kau aish oi!


TUTORIAL UNTUK BERKAHWIN DENGAN CARA PALING MUDAH

Tags
Siapa kata nak kahwin kena pakai belanja banyak banyak? tak perlu semua tu. sekarang zaman dah maju. now ada cara untuk korang yang rasa nak cepat kahwin tapi gunakan cara paling mudah dan jimat.

cara ini adalah dengan menggunakan facebook

1- pergi ke edit profile
2- click featured people
3-nampak relationdhip status kan???
4-click married
5-lepas tu pilih pasangan korang dan save changes
6-tunggu pasangan korang terima nikahnya

senang kan hanya 6 langkah je untuk kawin pada masa sekarang.
perkahwinan sejenis pun xda yang boleh halang. well..sekarang ni aku tengok ramai betul yang dah bertunang, dah berkahwin tapi dalam facebook jelah. haha. lawak betul. gggrrr..

eh apesal aku asyik buat entry pasal kahwin je ni? yelah sekarang kan musim cuti sekolah. hehe

PERLU KE NAK BUAT MAJLIS BESAR BESARAN SEMASA BERTUNANG?

Tags
Salam adik adik, kakak kakak dan abang abang. 

Sekarang cuti sekolah. so mesti ramai yang dapat undangan ke majlis pertunangan dan perkahwinan kan? huhu. best ah boleh makan free. 

kali ni aku nak share tentang pendapat aku mengenai adat pertunangan. kalau kta tengok most of people suka buat majlis pertunangan secara besar besaran. kadang kadang kita confuse, ni majlis tunang ke majlis kahwin ni? tak percaya? ni antara trend pertunangan zaman sekarang.

  • kalau boleh nak jemput semua orang kat dunia ni untuk hadir ke majlis tunang. dari sedara mara, kawan kawan, kawan kepada kawan, ramai lagi ah. tapi so far aku belum dapat kad jemputan majlis pertunangan lagi. but recently ramai yang jemput guna facebook. so kita imagine betapa ramainya dorang jemput.

  • pelamin. now we talk about pelamin. zaman dulu tak ada pelamin. keluarga lelaki akan masuk bilik perempuan untuk sarungkan cincin. but nowaday semua tu macam dah tak ramai amalkan. zaman sekarang sarung cincin depan orang ramai. atas pelamin lagi. tak tahu apa motif.

  • kalau dulu si lelaki tak akan datang ke majlis tu. kalau datang pun just nak tunjuk jalan rumah perempuan. lepas tu dia akan jadi invisible. means that orang pun tak tahu siapa tunang perempuan tu. yang mana satu? tercari cari dalam sejam jugak ah kan. tapi sekarang, si lelaki akan datang pakai baju melayu siap bersampin songket lepas tu show off kat orang ramai 'aku lah tunang dia!' 

  • bila bergambar mesti malu malu. penat ah nak panggil lelaki tu untuk bergambar kejap dengan si perempuan. tu pun duduk jauh jauh. sekarang? takyah panggil. si lelaki akan datang kat perempuan tu siap panggil dia punya photographer ambik gambar. atas pelamin lak tu

so nampak tak beza adat pertunangan zaman dulu dengan zaman sekarang? aku tak kisah kalau orang nak panggil aku kolot ke wateva tapi aku bercakap berdasarkan apa yang aku baca. apa yang aku borak kan dengan mak aku yang umur 62 tahun tu. well pendapat orang tua tu kadang kadang kena dengar. 

Actually kita tak digalakkan menghebahkan pertunangan kita. dan buatlah secara bersederhana. sedangkan majlis perkahwinan pun, Islam menyuruh kita bersederhana. ni kan pulak majlis pertunangan. tapi aku tengok macam dah trend pulak majlis pertunangan secara besar besaran ni. nak nampak grand! nak bagi semua orang terbeliak tengok majlis tu. kot! ke ada motif lain?

Jika benar-benar nak mengikut seperti kehendak Islam – Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu.)

Apa yang ditulis adalah sunnah. Syariat islam ada hikmahnya. Carilah hikmah kenapa pertunangan dirahsiakan. Jadi, atas dasar apa nak buat kenduri pertunangan grand macam kenduri kawin? larangan maksudnya jangan buat. Nak kata haram ke? Tak taulah, mungkin makruh. Kalau makruh, maksudnya Allah benci..  

Agaknya kalau nabi s.a.w dah larang, tapi kita nak buat jugak, ada nilai ibadah ke disitu? Tapi kita buat sebab nak tau berdosa atau tidak.. Mungkin jawapannya kita boleh dapat masa buku catitan amal dibuka. 

so siapa yang bakal bertunang tu, take note ok 
Elly mazlin si penyanyi tu bertunang dah. siap berarak naik kereta kuda lagi. wow! lagi advance. 

ADA APA DENGAN NAMA MARCELLO?

Tags
Hai boys and girls. 


seriously aku suka nama MARCELLO. why? sebab nampak very high class. so pengguna nama tu pun mungkin ada kelllllasss gitu. so aku pun search search la orang orang yang guna nama marcello ni. but mostly nama sebenar dalam ic takde pun letak marcello. macam contoh nama orang tu Farah. contoh ok. nama samaran farah marcello. tapi dalam ic takde pun marcello tu. 

selalunya yang guna nama samaran letak marcello ni blogger la. tapi aku memang suka blog dorang ni. macam kelass gitu. contoh macam blog IRINE NADIA MARCELLO, AIZUL MARCELLO, ok dua dua blog ni memang best okey tak tipu!

macam kena je blog tu dengan nama dorang. no wonder la ramai follower. tapi ada tak yang guna nama bedah marcello? macam tak kena pulak kan? tapi nak title marcello punya pasal, letak jugak ah kan walaupun macam pelik je dengar. hehe. ehem

apa kata kita femeskan nama MARTOPO pulak? macam linda martopo ke.. haish kelakar pulak kalau letak dekat nama aku. aish marcello macam pelik. aish martopo macam keji je kalau nak letak. hahaha. takmo la. biar la apa je nama samaran yang kita nak guna dalam blog ni. asalkan sendiri puas.

ada apa pada nama?

BILA SINGLE CARI KAWAN. BILA ADA BF CARI KAWAN LAGI KE?

Tags

really?

berapa kerat dari korang yang sanggup cancelkan date dengan pakwe masing masing semata mata nak temankan kawan korang pergi shopping? takyah nak tipu la. ada yang sanggup buat macam tu. masa single dulu, kawan lah tempat korang mengadu. kalau boring, kawan lah tempat korang nak ajak keluar. lepak sesama. tengok wayang ke, main bowling ke. 

tapi bila dah ada pakwe, korang rasa golongan ni tadi nak refer kat korang lagi ke? kalau boring, siapa yang dorang nak ajak keluar dulu? kawan ke pakwe? jawab la jujur habis ok. kalau time bercinta memang segala galanya indah. macam duduk dalam syurga pulak kan. orang sekeliling pun korang buat tak endah. kat mata korang hanya ada pakwe korang je. kalau gaduh dengan housemate pun korang tak kisah. pakwe kan ada.

lompat si katak lompat pulak apa kes ni

korang pernah tak kena tinggal dengan kawan? means that bila pergi, sama sama dengan kawan. tapi bila terjumpa pakwe, balik pun dengan pakwe. tinggal la kawan tu terkontang kanting. macam bodoh je kan? kesian pun ada. tapi ni la realiti kehidupan. cewah ayat puitis gila. kadang kadang bila bercinta kita lupa kawan. tapi bila bergaduh kita cari kawan.

SALMA JUARA MENTOR MUSIM KELIMA

Tags
Good morning ladies and gentleman! Malam tadi tengok mentor tak? Best punya! macam biasa ah aku memang penyokong Salma. Walaupun yang lain tu hebat hebat jugak tapi aku rasa yang boleh pergi jauh adalah Salma. memang internasionaley!

SHAH ALAM 29 Mei - Seperti yang diramal, Salma A. Asis, 21, atau lebih dikenali sebagai Salma menjuarai program realiti Mentor musim kelima (Mentor 5) yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini. Dengan jumlah markah sebanyak 85 markah, Salma yang merupakan protege kepada aktres dan penyanyi jelita, Erra Fazira itu membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta berjenama Chevrolet Cruze di samping wang tunai RM100,000 dan trofi. Sebagai mentor, Erra tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut memenangi wang tunai RM100,000 dan trofi dalam program terbitan TV3 itu - Utusan



kalau flashback balik, persembahan Salma sebelum ni memang tak pernah menghampakan. cuma ada lah satu dua lagu yang aku rasa dia tak sesuai nyanyikan. tapi macam lagu lagu dekat entry KOLEKSI PERSEMBAHAN SALMA memang tiptop ah. salute sama Salma. KAU MEMANG LAYAK! tahniah!


PSSST...JUNIOR TU CUN AH!!

Tags
Assalamualaikum kawan kawan.

Amacam kehidupan korang kat universiti sekarang? mana yang baru mendaftar tu, jangan cepat culture shock sangat ah. korang duk universiti tu bukan sehari dua. tapi bertahun. kawal sikit eksaited korang tu. 

aku menulis entry ni sebab aku tiba tiba teringat life aku dulu masa bergelar student. so aku makan garam dulu ah dari korang yang baru masuk universiti ni. hehe. korang perasan tak, asal bukak semester baru je, senior mesti nak tengok junior tu macam mana. kerek ke? cun ke? hensem ke? 

zaman sekarang rasanya dah tak ada istilah buli suruh junior basuh baju lah suruh junior tiup kipas sampai berpusing la..no la. tak ada lagi kot. kalau ada, maknanya kita boleh panggil senior tu sebagai senior yang out to date! boo sama dorang. kalau nak buli junior pun buat ah cara lain lak. betul tak?


ok balik pada point asal. kalau junior masuk je, yang cun mesti jadi perhatian. betul tak? Pergh meleleh siot! yang si junior ni pulak kalau jenis yang low profile takpe jugak. tapi kalau yang gila glemer tu aku rasa henti kan lah. sebab bukan senang nak jadi junior cun ni. muka cun tu tak menjanjikan kesenangan hidup korang.

sebab bila cun je mesti ada yang tak suka dengan korang. eh aku cakap ni berdasarkan pemerhatian tau. ok korang tengok dunia blog kita sekarang. asal ada je blogger hensem atau blogger cun, mula lah nak dengki sana nak dengki sini. padahal dorang tak cubit korang pun kan. 

see? bukan senang jadi lawa ni. 

so kalau korang yang baru masuk universiti baru baru ni, kalau rasa muka korang tu ada pakej, jangan layan sangat ah senior senior yang gatal gatal tu. bukan apa, sebab korang yang ada rupa ni, memang jadi perhatian ah kan. ada je mata yang perhatikan korang. 

lepas tu aku nak bagitahu, junior junior yang cun cun ni, kalau boleh jadi la low profile. sebab kalau korang salah langkah je sikit, mesti ada senior yang kondem. masa tu nak menangis mintak tukar kolej pun dah tak ada guna. ingat senang senang nak tukar kolej? 
susah tau jadi junior yang cantik. sebab bila cantik, dia akan jadi femes. pastu jadi top. most of the time golongan ni memang selalunya banyak mata memandang. so behave yourself. tu pasal kat intro aku tadi aku dah cakap awal awal, jangan culture shock cepat sangat ah. kau hidup kat situ makan 2 3 tahun jugak. tu pun kalau kau pass. kalau kau repeat? lagi lama la kau kat dalam tu. so imagine la sikit kalau korang salah langkah, terlalu nak sangat jadi femes, aku takut banyak sangat yang buat dajal kat kau nanti.

so jadi biasa biasa je la okay. terlalu banyak attention pun tak best jugak!

MY FUTURE HUSBAND

Tags

It’s so great to find that one special person you want to annoy for the rest of your life.


Assalamualaikum
Sebenarnya entry kali ni bukan lah untuk menggedik nak cari calon suami. no no no. aku tahu blog bukan lah satu sumber untuk aku mencari future husband. sebab hubungan dunia maya amat lah susah untuk survive. maybe 2 dari 10 je yang berjaya. kot. dunno. 

mungkin sekarang ni future husband aku ada dekat sekeliling aku. mungkin jugak jauh kat utara sana. who knows? walau mana sekali pun future husband aku sekarang ni, aku harap kau terima diri aku seadanya. kalau kita jumpa satu hari nanti, aku harap kau ikhlas sayang kan aku. kalau rasa macam nak main main, baik kau lupakan hasrat kau tu.

takde seorang perempuan yang suka husband mata keranjang. 

aku harap kau jaga mata kau. bila kau setuju untuk jadi seorang husband, kau kena jaga hati isteri kau. betul? kalau kau rasa berkahwin tu untuk cukup syarat, baik takyah. aku harap kau jaga lah mata kau dari melihat perempuan lain. kurangkan memuji kecantikan perempuan lain. sebab walaupun aku sedar aku tak cantik, tapi aku masih ada hati untuk kau jaga sebab kau suami. aku jarang nak keluar bijik mata bila nampak lelaki hensem. boleh je hidup?

hm kau tahu something tak? perempuan suka future husband yang boleh membimbing dia dapatkan bekalan akhirat. aku harap kau tak lupa bangun subuh kejutkan aku sembahyang jemaah dengan kau. tapi kalau kau rasa kahwin tu untuk kau nikmati setiap malam dengan aku sampai kau terlajak bangun subuh, lepas tu kau tak marah aku pun kalau aku tak bangun subuh,baik takyah. 

korang tahu tak zaman sekarang masuk toilet pun kena bayar? bayangkan eh nak kencing pun kena keluar duit. kencing tepi pokok tu lain cerita. tu lelaki tak ada tamadun. so aku pun harap kau dapat sediakan makan, pakai, minum, tempat tinggal yang cukup untuk aku dan bakal anak anak kau nanti. kau kena kerja keras. kalau kau nak aku kerja untuk bantu kau, aku tak ada hal. just let me know. 

sebab duit kau duit aku. duit aku duit aku lah. nak marah? aku cakap berdasarkan fakta.

Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada ditegaskan; “Para ulamak telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya” (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92).

you tahu tak i suka lelaki romantik? wah bila cerita bab romantik je terus tukar i you. kelas gitu. ok. aku rasa bab ni semua perempuan suka. tapi tak semua la. romantik tu banyak skop dia. kalau dah merengek rengek asyik nak call je memanjang, aku pun angkat kaki. bagi aku, romantik seorang lelaki tu cukuplah sekadar dia tak lupa hargai aku. ingat tarikh tarikh penting. senyum bila aku buat silap. dan tegur aku cara lembut. tu lah romantik namanya. 

ok lah. nak cakap banyak banyak aku rasa macam tak logik pulak nak tunggu future husband datang ni. oi future husband! kau jangan lambat sangat datang! hehe. gila kentang betul ahh. ok ah bai.



BIARLAH SOMBONG DARI DICOP PLAYGIRL!

Tags
korang pernah tak dengar ayat ni? 
"eei sombong gila pompuan tu..perasan lawa. apesal dia sombong sangat?"

pernah kan?

well bagi aku tak salah kalau kita nak jadi sombong. especially perempuan. pilih la mana nak. dicop sombong atau dicop kaki melayan? ish seram dengar title tu. title yang paling ditakuti para para gadis. eheh. yela, zaman sekarang ramai je perempuan yang kita tengok bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim. pantang kena sakat sikit, mula la.."alaaaa kauu ni jahatttt ar..benci benci benci" sambil tepuk tepuk bahu lelaki tu. konon dah habis comel ah kan?

well..kalau perempuan sombong, lelaki susah sikit nak sakat. sebab takut kena siku atau pun kena tumit kasut tinggi. pedih ohh..

Most of the time perempuan yang sombong mesti kena attack kan? mesti ada yang tak suka kononnya annoying la perempuan macam ni. berlagak lawa sangat. sombong! wah ayat memang mengundang malapetaka. tapi recently aku lagi prefer seorang perempuan tu sombong dari dicop playgirl atau pun kaki melayan.
biar sombong tapi berpada pada. tak salah sombong dengan lelaki. well, kalau nak pikat perempuan, pikatlah perempuan yang sukar didekati dari perempuan yang mudah didekati. pernah dengar tak ayat tu? hehe. think about it.

SPEK BESAR, BRACES, RAMBUT TOCANG SINONIM DENGAN ei buruknya dia!

Tags
Assalamualaikum. 
ok. Sebenarnya aku jenis yang tak kisah nak tengok drama apa sekali pun. as long drama tu mampu buat aku tak gerak dari tempat duduk. but most of drama yang mampu buat aku jadi macam tu adalah drama from outside. bukan lah aku nak menjatuhkan drama drama kita. tapi majoriti drama kita adalah yang bertipikal melayu. mesti ada cerita pasal hubungan dua darjat, anak derhaka, mayat tak diterima kubur, main kotor dalam perniagaan, and banyak lagi lah kan. well tu semua drama tipikal melayu. 

dan pastinya membuatkan aku bosan. 

sebut pasal drama tipikal melayu, aku teringat satu drama bersiri ni. aku tak ingat tajuk dia. seriously aku tak ingat. aargh. tapi tak kisah lah walau apa tajuk sekali pun. yang aku nak sebut kat sini, drama tu mengetengahkan seorang gadis yang buruk datang dari kampung lepas tu pakai spek besar yang melampau besarnya (wujud ke spek besar macam tu? kalau wujud pun, ada lagi manusia yang nak pakai?) and then nak tambah dramatik lagi or in other words nak kasi penonton terkesima dengan keburukan gadis tu, gadis tu jalan kengkang kengkang, lepas tu ikat rambut tocang..very nerd looking lah kan. 

nerd tu hodoh ke?

kalau korang ingat drama The Ugly Betty, still mengetengahkan seorang gadis yang buruk and then pakai spek besar sampai hidung. tapi betty pakai braces. another question is.. pakai braces tu buruk ke?  (tengok Fatin Liyana pakai braces lawa je. hehe)


by the way, aku ada banyak persoalan kat benak aku sekarang ni. why people categorized these character sebagai seorang yang buruk? kalau nak berlakon jadi buruk, mesti pakai spek besar besar, mesti jalan kengkang kengkang, mesti pakai braces, mesti ikat rambut tocang, mesti pakai baju warna terang dan tak match dengan mekup. and macam macam lagi lah. 
tapi yang funnynya drama drama macam ni, especially drama melayu, terlalu mudah nak jadikan seorang tu buruk dan terlalu mudah nak jadikan dia lawa sekelip mata. means that, tiba tiba je gadis buruk tadi boleh pakai lense, boleh jalan straight, boleh bukak tocang, boleh buang braces, and tiba tiba jadi pandai bab bab fesyen. very drastic. 


itu lah drama. but i'm really sure you all suka drama drama macam ni. mula mula buruk, lepas tu wow jadi lawa. sekelip mata. but drama yang aku tengok baru baru ni, gadis buruk tu tiba tiba jadi cun lepas je dia kena reject. so she changed everything. she look gorgeous. very easy. tapi yang jadi persoalan aku tu lah dia. kenapa bila nak berlakon watak buruk, mesti pakai spek besar besar. hehe. 

so this is why aku rasa pelik.. do we look ugly if we wear spectacles? ya? er..em maybe.. errmm..emm. maybe not. really? tapi yang aku tahu, we are all beautifull. tiba tiba rasa nak nyanyi lagu beautifull from christina aguilera hehe.

HATERS ALWAYS MAKE US FAMOUS?

Tags
Salam. Hai korunk yang aku sayang. eceh sayang terus. aku nak tanya sejak bila korang kenal blog? sampai bila korang nak berblogging? sampai bila korang nak terjebak dengan rutin rutin sebagai seorang blogger? well i mean, hari hari kau tengok blog kau, kau tengok blog orang lain, kau komen, kau blogwalking and banyak lagi rutin harian korang tu. tak tersenarai dek aku. T__T

Tapi macam yang aku cakap sebelum ni, dalam dunia blog, kau akan kenal siapa orang orang di sekeliling kau. maksud aku bukan lah kenal siap bertepuk tampar bagai. tapi korang kenal mereka dari gaya penulisan, gaya dorang komen kau and macam macam lagi. walaupun gaya penulisan tak melambangkan diri sebenar blogger tersebut (yes totally agreed!)

so lagi lama kau dalam dunia blog ni, lagi ramai jenis manusia kau jumpa. betul tak? dan semestinya kau ada follower dan jugak haters! so apa bezanya follower dengan haters? dari sudut teknikal sudah semestinya kau akan letak button follower untuk dorang yang minat blog kau (but sometimes they follow because they want you to follow back!) dan bezanya dengan haters, kau takkan letak button haters kat blog kau. eh ada ke button haters? hehe. 

simple different. 

well, based dari entry yang aku baca kat blog blog lain, ada yang cool bila berdepan dengan haters. ada yang down. especially bila dapat komen yang tak membina langsung. and then aku pun macam what the gula gula hacks la dorang nak rasa down dengan adanya haters ni. 



Actually aku faham apa rasanya bila kau ada haters. ada orang benci kau dalam arena blogging ni. dan kau rasa down. aku faham tu. haters ni akan muncul dalam hidup kau kalau kau ada buat something slack dalam blog kau. yup. setuju? OR haters ni wujud sebab nak tengok korang down and not motivated to keep blogging. setuju? aku dua dua setuju. heh.

haters berbeza dengan anonymous. 

why? sebab anonymous ada yang bagus dan ada yang tak boleh pakai. but haters sah sah la tak boleh pakai langsung dalam kamus hidup kau. jangan ambik peduli akan dorang tu semua. well, manusia tak sempurna. aku pun pernah buat silap sepanjang aku berblogging ni. so korang jangan harap ah Cik aish ni akan guide korang jadi manusia paling bertamadun dan sempurna kat dunia ni. no no no. 

so then, instead korang rasa down dengan haters, lagi bagus korang buat benda lain. In other words, korang try to find something yang boleh naikkan semangat korang dan survive dengan life tanpa haters! Contoh korang boleh buat something yang give benefit to your readers. atau pun boleh chill kan readers. Most of the time, bila korang buat macam tu, dalam masa yang sama korang akan get motivated jugak. 

actually ni bukan lah entry ditujukan khas untuk blogger blogger terkenal yang selalu dikerumuni haters yang tak puas hati dengan dorang. but something yang boleh motivate aku jugak. eh aku blogger terkenal ke? jauh panggang dari api. semut pun gelak bila baca. so pandai pandai lah korang cari something yang boleh buat korang rasa inspired. 

berapa banyak something da..
well, ingat hidup in realiti je kau boleh sama kan dengan roller coster? hidup di alam maya pun sama. life is like a roller coster. ah aku pernah buat entry pasal ni dulu. tapi pasal cinta la. but same thing. di dunia maya pun kau still macam naik roller coster. once kau kat atas, memang best ah. but kau akan turun jugak. masa tu perut kau akan rasa kecut sangat. and masa tu kau buat macammacam untuk calm down. and keep saying..hoyeeyy hoyeey!!



SCAN BLOG ANDA! BEBAS VIRUS ATAU TIDAK?

Tags
Salam. Busynya hari ni. tak dapat nak update kerap sangat sekarang. takpe. jangan paksa paksa diri untuk update. nanti lain jadinya. ok hari ni aish nak try scan blog aish ni sama ada masih suci atau dah ternoda dengan virus. hehe. tapi sebenarnya ketepatan result nya tak dijamin ah kan. tapi apa salahnya mencuba. bukan kena bayar pun. ye tak? 

So aish pun menggatalkan tangan untuk scan Belog Cik Aish hari ni dan keputusannya adalah CLEAN! 


Korang nak cuba cuba gak scan blog korang? Klik sini ok. 



KENAPA BERGAYUT KAT TELEFON MESTI NAK PINTAL PINTAL?

Tags
ok ni sebenarnya selalu terjadi kat para gadis gadis masa tengah syok bergayut dengan pakwe masing masing. kadang kadang aku pun tak paham kenapa terjadinya tindakan tindakan macam ni. kadang kadang tak sedar pun habis semua benda depan mata kena pintal. kiranya dah habis manja ah tu kan?? haha. 


 ni kes apa aku pun tak tahu.

yang paling hampir sekali wayar telefon. tapi tu kalau pakai telefon rumah laa. tapi zaman sekarang rasanya ramai pakai enset. kalau perempuan bergayut kat telefon dengan pakwe masing masing, apa yang aku tengok selalunya dorang suka pintal hujung hujung bantal, hujung hujung baju, kadang kadang kalau ada kertas depan mata abis kena koyak kecik kecik. tak pun lipat lipat jadi kecik. kira macam tangan tak reti duduk diam ah kalau tengah bergayut tu kan.

so korang bayangkan ah kalau gadis gadis ni bergayut 5 6 jam. tak koyak rabak semua menda menda alah tu? kalau 5 6 jam dok pintal hujung bantal, aku rasa boleh tersembul kekabu bantal tu keluar. kalau dah 5 6 jam koyak koyakkan kertas, maunya jadi debu berterbangan. kenapa ea jadi macam tu? haha. aku tanya orang, aku pun sama. yeke? dulu la. hehe.

aku cuma nak tahu satu perkara je. lelaki ada tak macam ni? korang pintal apa pulak kalau bergayut dengan awek lama lama? ce citer ceciter.

KAMI SUKA CONTENG DINDING! ITU SENI!

Tags
hai korang. korang tahu tak apa maksud seni? seni tu adalah bakat semulajadi yang ada dalam diri manusia. haha. bantai je lah. aku pun tak tahu apa aku cakap ni. ok harini bukan nak ajar pendidikan seni ke or wateva. tapi aku ter snap gambar ni masa dekat bank kat Seremban tadi. ala apa nak heran conteng conteng ni. mana mana tempat pun ada. betul tak? tapi cuba la kurang kan sikit perangai suka conteng dinding tu. kot ye pun diri korang tu penuh dengan seni itu seni ini..kan...


setiap orang mempunyai cita cita yang berlainan. 

penyonteng ni mesti di kalangan yang bercita cita tinggi. tapi kenapa la kau conteng kat dinding bank ni?

sapa nak gado dengan aku?

ok. penyonteng jenis ni memang tak boleh pakai. dah la menconteng. lepas tu ajak gadoh lak. haha. 

so korang pulak jenis penyonteng macam mana? ke tak pernah conteng dinding? aku? dulu masa sekolah pernah la conteng. tulis i luv u kat meja sebelah. pastu esok dia reply. dia conteng i luv you too. ya allah jangan ikut perangai akak ni ye. haha

kehidupan seorang yang BERTUDUNG VS TAK BERTUDUNG

Tags
Salam. sebelum tu, aku nak bagitahu, aku nak gunakan 'saya' untuk entry ni supaya korang boleh menghayati entry ni sepenuhnya. em ada tak antara korang yang berani buat pengakuan macam entry ni? bagi saya, bukan lah niat nak membuka pekung diri sendiri. tapi saya suka berkongsi pengalaman dengan korang. 


entry ni merupakan pengalaman sebenar saya. saya tak tahu mungkin ada yang pernah mengalami situasi seperti saya. saya seorang yang tak bertudung dulu. cara pemakaian saya dulu boleh dikatakan daring. ikut aliran fesyen muda mudi. masa tu saya ada ramai kawan. yang bertudung dan tak bertudung. tapi yang pasti saya ramai kawan yang tak bertudung. sebab kami sama sama berkongsi citarasa yang sama. 


KEHIDUPAN SEBELUM BERTUDUNG
saya rasa life saya sentiasa happy. saya dikelilingi ramai kawan. baik lelaki mahu pun perempuan. yang perempuan, ramai yang mahu berkawan dengan saya sebab saya boleh dikatakan terdiri di kalangan kawan kawan yang femes. seronok berkawan dengan orang femes kan? jangan tipu la.

bab kerja pulak, masa saya tak bertudung, pantang ada masalah sikit, mesti ramai yang offer nak hulur bantuan. especially lelaki. saya tak pernah rasa susah. mereka mesti tolong saya. saya tahu mungkin ada udang sebalik batu. ada niat lain. tapi saya anggap mereka kawan biasa. saya ingat lagi sampai satu masa tu ada kawan baik saya yang tak puas hati dengan saya sebab ramai yang nak tolong saya di tempat kerja. 


KEHIDUPAN SELEPAS BERTUDUNG
tapi bila saya bertudung, saya tinggalkan dunia lama saya, saya mula pakai pakaian menutup aurat walaupun belum cukup sempurna, sikit sikit dugaan datang kat saya. kawan kawan yang mula mengagungkan saya dulu, lama lama tinggalkan saya. bila saya susah, tak ramai yang datang hulurkan bantuan. saya tak pasti kenapa.


bila saya nak bertukar kerja, susah sangat. sebab mereka lagi suka menerima orang yang tak bertudung. bagi mereka, perempuan free hair lebih market dalam syarikat mereka. maka saya diketepikan..

dan bila saya mahu menjalin hubungan yang serius dengan seorang lelaki, mereka juga tak memilih saya. saya lihat pilihan hati mereka semuanya yang tak bertudung. saya rasa cemburu. adakah perempuan yang tidak bertudung itu lebih cantik? mungkin. 

saya tahu mungkin semua ni dugaan untuk saya apabila saya membuat keputusan untuk menutup aurat saya. apabila saya memilih untuk mendengar suruhanNya, saya diuji dengan macam macam dugaan. saya tahu, tuhan mahu lihat sama ada saya berpegang teguh atau tidak dengan pendirian saya untuk menutup aurat. 

tapi saya tak boleh tipu diri sendiri. saya pernah terdetik untuk kembali ke zaman saya dulu. saya pernah terpikir untuk tidak mahu lagi bertudung. tapi saya bersyukur kerana saya tidak lakukan. tuhan masih sayangkan saya. bagi saya, biarlah kawan kawan hilang kerana saya bertudung. biarlah mereka kata saya sombong kerana tidak sama citarasa lagi dengan mereka. dan biarlah saya tak ada siapa siapa yang istimewa dalam hidup saya. kerana saya tahu tuhan mahu uji saya.

jika kita ke arah melakukan kebaikan, pasti syaitan datang untuk mematahkan semangat kita. di situ lah tuhan mahu lihat sejauh mana keteguhan iman kita untuk melakukan kebaikan. adakah kita mudah berpaling setelah dijentik dengan kesusahan?

Jenis jenis entry yang jadi sasaran ANONYMOUS!!

Tags
Hai kawan kawan. Korang tahu tak, aku hari ni dapat dua komen dari cik anon pengecut! tapi ni bukan lah sekali aku dapat. bukan jugak dua kali. tapi dah banyak kali..TERJADIIII..woi dah macam lagu Sepah je kan. hehe ok stop it. ke laut ke laut!

so korang nak tahu tak sepanjang aku berblogging ni, apa jenis jenis entry yang menjadi sasaran cik anon untuk mengeji dan mengumpat kau dengan komen komen tak membina ala ala dengki gitu. nak tau tak? jom terjah satu satu. 


1. ENTRY POLITIK
kalau kau buat entry tentang politik tak kira la kau pro kerajaan ke pro pembangkang ke, entry jenis ni ah yang paling jadi sasaran cik anon. mungkin dia tak sependapat dengan kita. kalau kita sokong kerajaan, mungkin cik anon ni penyokong pembangkang. kau siaplah komen dari cik anon tu nanti pasal entry kau tu. 


 ada aku kisah cik anon? Belog Cik Aish ni ada pasang detective Conan. aish boleh detect sapa cik anon ni. tungguuuu

2. ENTRY KUTUK LELAKI/ PEREMPUAN
yang ni pun panas gak. kalau korang buat entry tentang "aku benci lelaki poyo" tu contoh la kan..ha korang tunggu la cik anon mesti datang menjelma. haha. kalau kau kutuk lelaki, cik anon lelakilah yang akan menjelma. dan jugak sebaliknya. kehkehkeh.

3. ENTRY DAPAT BE BARU
biasalah orang kita ni cepat dengki tak tentu pasal. kadang kadang kita buat entry tentang dapat BE baru tu bukan nak show off pun. nak menunjuk apa kalau hasilnya seciput! tapi kadang kadang korang buat entry tu sebab nak buktikan yang nuffnang memang boleh dipercayai. memang boleh buat duit kalau berusaha! tapi cik anon ni kadang kadang dengki tak pun jeles sebab dia takde BE. so dia pun convert diri dia jadi ANON pastu kutuk kaw kaw kat korang. konon korang ni berlagak! haha

Jangan hidup dek pujian, jangan mati dek kejian

kedatangan anon anon ke Belog cik Aish amat aish hargai kerana korang dah menyumbang page view aku hari ni. dua orang anon, dah dua UV. lalalala (sakit ati anon tu kalau baca..)

sebenarnya banyak lagi ah jenis jenis entry yang jadi sasaran CIK ANON ni kan. penat pulak aku nak tulis banyak banyak kat sini. korang pun pernah jadi sasaran kan? so korang cerita la plak entry apa yang korang pernah kena jadi sasaran tu. ruangan komen ada kat bawah ye. hehe. meh share meh. 

ok iklan kejap. Contest Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool! akan expired pada 3 Jun ni. Siapa belum join cepat join!

lelaki kuat mengadu?!

Tags
korang pernah jumpa tak dengan spesis lelaki yang kuat mengadu tentang masalah girlfrend dorang kat korang? sikit sikit nak mengadu. Gf tak angkat phone pun nak mengadu kat korang. pernah jumpa spesis ni? aku tak pernah lagi. sebab spesis ni jarang dijumpai. kalau perempuan yela kuat mengadu. yela..perempuan kan lembut hati. bila ada masalah mestila nak berkongsi ye tak. (kongsi suami tak nak pulak. pelik) hehe





pendapat aku, lelaki yang kuat mengadu tentang masalah kapel kat orang lain adalah sangat meloyakan. sebab lelaki ni dah pilih jalan yang memalukan diri sendiri. kalau mengadu gf curang dengan lelaki lain tu lain cerita. tapi hal remeh temeh pun nak mengadu. eh kau lelaki ke pompuan ni? 


masalah dalam relationship ni especially kalau dorang masih takde ikatan sah, anggap jelah sebagai 1% masalah dalam hidup. baru 1% ok. tu belum kawen tu. kalau dah kawen? mungkin up jadi 10%. sedangkan masalah yang 1% tu pun kau cepat sangat nak mengadu, ni kan pulak masalah 10%. silap silap masuk Aduan Rakyat kat TV3 tu. tak kuasa mak!
 
kepada kaum kaum lelaki, kalau korang ada sifat macam ni, hentikan dengan kadar segera. jangan disebabkan GF tak angkat phone, GF taknak teman korang beli boxer sama sama, tu pon korang nak mengadu kat semua orang. nanti orang muak la.

baik resign je jadi lelaki kot.

yela..awal awal lagi dah tak ada ciri ciri memimpin keluarga. masalah kecik pun nak mengadu kat semua orang. sok dah kawen? masalah rumahtangga pun nak cerita kat semua orang gak? haa..











ok iklan kejap. Contest Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool! akan expired pada 3 Jun ni. Siapa belum join cepat join!

Yuna : Penakut

Tags


Tak semua kau rancang kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
tidak adil tidak adil baginya

kau tak penah cuba memahami aku
cinta kau ucap kau tak penah tunjuk
dan bila tiba saat aku kehilangan
beban yang tak penah kau cuba ringankan

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
ini bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

HEADER BUATAN SENDIRI VS HEADER TEMPAH

Tags
sekarang ni memang trend orang tukar header. tak percaya? aku blogwalking sana sini cerita nak tukar header. aku pun sama. kehkeh. dah tukar dah. sebab apa nak tukar header? boring ah. nak fresh kan sikit pemandangan mata ni. tapi sekarang nak cerita bab header buatan sendiri dengan header tempah. 

aku salute kalau blog tu ada header yang cantik! especially kalau pasang flash header! bukan senang ooh. kau kena ada kerajinan, kepakaran pastu kau kena ada kreativiti. hasilnya..terbaikkkk. tapi zaman sekarang ni, tak semestinya header tu tuan blog yang buat. ada yang ditempah. 

well sekarang macam macam cara nak buat duit. bagi aku tak salah pun kan. kalau kita ada kepakaran pasal sesuatu benda tu, apa salahnya gunakan tu sebagai sumber rezeki kita. tapi yang tak syoknya, kalau kau tempah header, maknanya bukan kau yang buat header tu. so patut ke kau nak berlagak dengan header kau yang canggih tu?


pada pendapat aku, biar lah header kita biasa biasa je. kalau header canggih, lepas tu mendabik dada konon header kau la yang paling lawa, tapi rupa rupanya bukan kau yang buat, nak buat apa?

eh aku tak point sapa sapa tau. sebab benda ni hak masing masing. ada duit macam macam boleh buat. tapi aku paling suka blogger yang guna keringat sendiri untuk buat header, buat tu buat ni. memang aku salute. sebab aku tahu, bukan senang nak buat header yang cantik. tapi kalau header tempah, aku salute gak. tapi aku salute kat dia sebab..ooo banyak duit dia boleh tempah header lawa tu.

kalau kita buat something untuk blog kita, dengan titik peluh sendiri, nikmat nya lagi banyak tau. walaupun kadang kadang tak secanggih orang lain. yang penting kita ada effort.


Semakan Temuduga DPLI : dukacita anda tidak berjaya.

Tags

sedihnya! takpe lah. think positif. mungkin belum rezeki aish lagi. siapa yang berjaya terpilih menghadiri temuduga tahniah ye! check kat sini. dah bukak sekarang!! cepat check sebelum jalan jam!

cikgu, kenapa cikgu suka cerita pasal dulu dulu? dulu lain sekarang lain!

Tags
"dulu masa saya zaman kamu ni, SPM jatuh bulan puasa tau! betapa besarnya dugaan nak study masa tu."
"dulu kitorang tak ada facebook facebook ni, sebab tu kitorang jarang gaduh dengan kawan kawan."
"kamu ni, dulu zaman saya dulu, takde enset boleh je hidup??"

Murid : cikgu, kenapa cikgu selalu cerita pasal dulu dulu? dulu lain cikgu. sekarang dunia dah maju. 

aku dah bantai gelak dalam kelas tu. sebenarnya korang jangan salah faham. murid aku ni dia tak ada niat nak melawan ke atau biadap ke. nada dia cakap tu macam seorang budak yang masih tak tahu apa apa pasal hidup ni. jadi aku yang lagi dulu makan garam dari dia, gelak la. 

Cikgu : kamu tau tak kenapa kamu kena belajar sejarah? sejarah lampau mengajar kita supaya bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. tu salah satunya. sebab tu saya suka sambil mengajar saya cerita pada kamu tentang sejarah dulu dulu. supaya kamu tahu nilai hidup dulu berbanding sekarang. 

Murid : Tapi cikgu, saya tiap tiap hari dengar. kat rumah pun ayah saya suka cerita gak. "zaman ayah kecik kecik dulu, tak dapat duit belanja banyak banyak. kenapa sekarang kamu suka mintak duit belanja banyak banyak dari ayah?"

Cikgu : sebab ayah kamu nak kamu tahu betapa susahnya nak cari duit. 

Murid : tapi cikgu, tu zaman dulu. sekarang zaman dah berubah.

Cikgu : apa yang berubah? zaman dulu kena bekerja keras baru dapat duit. zaman sekarang tak perlu kerja keras? 

haha. sebenarnya kalau nak ajak aku berdebat pasal isu ni, konfem student akan kalah. aku tak suka dorang dibiasakan atau dimanjakan. biarlah kalau dorang nak kata aku ni kuat membebel. tapi mungkin dari sepuluh nasihat yang aku cakap dalam kelas, mungkin ada satu dua yang sangkut dalam otak dorang. who knows?

jadi cikgu bukan mengajar silibus maapelajaran je. tapi kau kena mendidik. tak senang tau tak?

SELAMAT HARI GURU!

pemendam maha dasyat abad ini!

Tags
Lelaki A : Aish, kau tahu, tadi aku call Zam. Aku cakap ah aku nak keluar karoke dengan kau. dia pelik
Aish : Lor.. pelik nape lak?
Lelaki A : dia kata tunang kau tak marah ke aku ajak kau keluar ni?
Aish : Lol. habis tu kau jawab apa?
Lelaki A : Aku bagitahu ah kau putus tunang. 
Aish : So dia jawab apa?
Lelaki A : Dia baru tahu. dia terpanjat ah. apa lagi, lepas ni dia attack kau balik ah.
Aish : hehe. patut ah dia tak layan aku sekarang. mana dia tau aku bertunang ni? ishh.
Lelaki A : tu ah aku pun tatau mana dia dapat cerita. so sekarang dia dah tahu kau single.
Aish : So apa motif ayat kau ni?
Lelaki A : lu pikir ah sendiri. haha

Sebenarnya aku pun tak tahu apa motif aku buat entry ni. kalau ada yang nak hulurkan hati kat aku buat masa ni, mungkin aku akan jawab no. bukan sekarang. orang kata, sakit luaran boleh diubati kalau kena ubatnya, sakit hati siapa yang tahu? bila nak sembuh pun tak tahu lagi. 

dulu kan masa follower aku 10 orang, aku selalu jadikan blog ni tempat luahkan perasaan. tapi sekarang tak kot. melainkan kalau aku betul betul nak luahkan. sebab kalau pendam lama lama takut nanti aku masuk wad sakit jiwa lak. 

aku pemendam perasaan yang maha dasyat tau tak??

hehe.

siku jugak mamak roti canai ni!

Tags
alkisah...semalam punya cerita. lepak lepak dengan kawan kawan dekat kedai mamak. suka bebenar dorang minum kat kedai mamak ni. aku kalau diberi pilihan aku taknak. bukan apa..banyak dah cerita cerita pasal mamak ni tak jaga kebersihan. geli tau tak. 

tapi maybe tak semua. ada yang bersih. so kedai yang aku pergi ni boleh tahan ramai ah. sebab dia punya roti canai memang aneka rasa, aneka jenis dan bermacam macam aneka lagi lah kan senang cerita. roti telor, roti cheese, roti kapas, roti telor cheese, roti tisu dan macam macam roti lagi. 


ni la roti tisu!


ni aku nak story pasal roti tisu. aku teringin lak nak makan roti tisu. bukan ah mengidam anak sulong ke anak bongsu ke kan, tapi orang kata roti tisu ni sedap. aku pun try ah walaupun sebenarnya aku tak redha makan kat kedai mamak ni.
mamak! roti TISU satu! cepat sikit.
SSiiiaaappppp

nah. 
hah?? apa ni?

Tisu la! adik mintak tisu kan??
uncle! saya nak roti tisu! bukan tisu! uncleee!!!

ooo deeeyy sorryyy.uncle salah. sikijap tunggu. 

baran baran..kita bako je kita bako!

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA DPLI 2011

Tags
ok. pada siapa yang berjaya menduduki ujian bertulis MEDSI baru baru ni, korang boleh semak keputusan sama ada korang dapat panggilan temuduga atau tak dekat laman web ni. tapi buat masa ni page tu tak boleh bukak lagi sebab mungkin pening kepala bila ramai sangat berpusu pusu nak check. jadi harap sabar. hehe. gud luck pada yang berjaya!

Semakan calon yang dipilih untuk sesi temu duga (berjaya melepasi ujian bertulis MEdSI)

kalau berjaya tu tahniah la ye. prepare betul betul masa temuduga nanti. mana yang tak berjaya cuba lagi. apa apa pun komen komen la kat sini, share share korang dapat ke tak. nak gak meratapi sama sama. aku? tak tahu lagi dapat ke tak! haks  

P/s Selalunya lepas pukul 12 tengah hari baru boleh semak.