Lelaki melatah sampai sebut ........

Tags
Aku nak tanya ni. Pakwe korang melatah tak? Takde pakwe? Ok. Ayah korang ke abang korang ke? melatah tak? haha. aku tahu lelaki memang ada yang melatah. tapi ni la kali pertama aku terjumpa. kelakar la pulak kan bila ingat balik. cerita dia macam ni...

tadi masa aku pergi Jusco, aku pergi bahagian sport. nak cari swimming suit. lepas tu aku lalu ah bahagian raket badminton tu. aku nampak ah satu kapel ni tengah dok pilih raket badminton. yang si pakwe ni tengah pegang raket tu kira macam tengah test pakai la. 

aku lak masa tu kat belakang kapel ni. dah tak ada laluan lain pun, aku kena selit gak belakang dorang. lepas tu tah macam mana si pakwe tengah nikmat test raket tu, sampai tak sedar aku kat belakang. aku lak masa tu dalam hati dah cakap dah, "ah memang kena gak aku dengan batang raket ni" masin mulut aku, batang raket tu berdesup kena perut aku.

senak weh.



nasib baik perut.kalau bawah sikit tadi? sapa nak jawab? aku dah ar belum kawen lagi. oh pehlis. tapi nasib baik ovari aku tak cedera tadi. kalau cedera, memang aku cederakan dia punya ovari pulak. kalau ada ar. haha. tapi kan aku bukan nak higlight pasal aku kena batang raket tu. tapi terkejut sebenarnya dengar pakwe tu melatah. masa batang raket tu menusuk perut aku, dia sempat menjerit..

oh p***** mak kau!!


 gambar hiasan je. pakwe melatah tu lagi ensem. tapi sayang, kuat melatah. haha



aku masa tu memang tengah senak. tapi aku sempat gelak bahak bahak depan pakwe tu. yang si makwe tu bantai gelakkan pakwe dia gak. oohh nampak je macho ea tapi melatah mengalahkan joyah sport! aduh..donat sungguh

klah. aku nak makan ubat ni. sakit oh perut aku kena batang raket. esok nak xray ovari aku ok lagi tak.


P/s : korang dah join belum Bloglist Cik Aish? klik SINI untuk join okay!

Kenapa mesti dengki dengan Fatin Liyana?

Tags
Tadi masa blogwalking, terjumpa satu blog ni. alah tak payah lah aku bagi backlink pada blog ni. sebab aku tak suka derma traffic pada blog yang berkelulusan PHD ni. tapi yang boleh cakap kat sini, blogger tu tak suka Fatin Liyana. sebab dia... aahh malas nak cakap. aku pun tak sampai hati nak sebut perkataan tu pada orang yang aku tak kenal!

tapi berani mati betul blogger tu secara terang terangan cakap dia benci Fatin Liyana sebab Fatin Liyana dot dot dot..

hm pada pendapat aku, tak perlulah kita aibkan orang dalam dunia blogging ni. sebab ni hanya dunia maya. kau tak kenal aku, aku pun tak kenal kau. jumpa pun jauh sekali tak pernah kan? so tak adil untuk kita judge dia sampai macam tu sekali.

ectely entry ni bukan untuk dapat trafiic ke apa ke kan..tak bawak ke mana pun traffic tu. duit nuffnang pun berapa sangat dapat kan..tapi aku nak kita semua TERUTAMA blogger baru (since yang mengutuk Fatin Liyana tu blogger baru) plis ye, bukan ni caranya untuk kita raih traffic murahan.

duit nuffnang tak masuk kubur. tapi yang masuk kubur adalah dosa sebab mengaibkan orang. tu je yang layak dibawak masuk. lagipun, dosa dengan blogger lagi susah nak dimaafkan. sebab kita pun mungkin tak berpeluang jumpa face to face. selagi tuan punya badan tak maafkan, selagi tu lah kau bawak dosa tu.

lagi pun aku dah cakap kat SINI, nak tegur orang boleh tapi kena berhemah. bukan dengan cara mengaibkan secara terbuka dekat orang yang kita belum kenal seratus peratus. ala..penat laa dengan isu blogger dengki mendengki ni. kemon ah stop ea. 


ada apa dengan wedding Putera William?

Tags
perkahwinan Diraja pewaris takhta Britain, Putera William dan Kate Middleton di Istana Buckingham, London dah pun berlangsung tadi. Acara gilang gemilang ni boleh dikatakan semeriah majlis perkahwinan Prince Chalse dan Princess Diana dulu. Kira kira 2 bilion penduduk dunia bakal menyaksikan majlis perkahwinan ni..

So apa kene mengena dengan Malaysia sampai kita sibuk sibuk nak eksaited dengan wedding Putera William?

mengikut sejarah, british pernah menjajah negara kita suatu masa dulu. dan kalau korang nak tahu, negara britain merupakan satu negara atau empayar yang sangat besar. Dan Britain adalah antara negara yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. 

Malaysia adalah salah satu negara komanwel. Dan Putera William adalah raja yang bakal mewarisi pentadbiran semua negara komanwel. oh ye. bukankah negara kita sekarang mengamalkan sistem pemerintahan beraja? dari mana kita belajar sistem tu?




dari penjajahan British lah. British banyak memperkenalkan sistem pentadbiran yang kita ikut sampai sekarang. huhu nak bagitahu sini tak perlu lah.. rasanya semua orang kena tahu sejarah negara sendiri bukan? dan lupa ke British pernah bantu kita bebas dari Jepun? sebab tu britain adalah sebuah empayar yang sangat berpengaruh. sebenarnya tak suruh sambut pun..tapi apa salahnya dari wedding ni, kita tahu serba sedikit tentang sejarah negara besar tu pada negara kita dulu!

britain satu2 nya empayar atau negara yang besar dan banyak mempengaruhi negara2 lain mcm negara kita...



seronok tengok wedding Putera William tadi. sangat meriah dan penuh istiadat! Semoga perkahwinan putera sulung princess Diana kekal sehingga keakhirnya ... =)

haha mesti korang boring kan entry aku kali ni macam baca buku sejarah pulak.. nak buat camne..dah aku mengajar sejarah! hahahaha

BENCI BLOGGER PERASAN FEMES TAPI POYO

Tags
aduh. apa lagi isu panas ni..ntah hape hape dorang ni tau. kot ye pun nak cari publisiti murahan, tak perlu create page page macam ni dekat mukabuku tu. pening aih. tapi kan aku rasa dorang ni saja nak meraih perhatian kita semua. biasala..desperate. hah aku kalau laser memang macam ni. 


 blogger pun ada yang ping blog kat sini. hahaha..lawak seh


lepas tu yang aku nak tergelak guling guling kat sini, bila tengok ada pulak blogger yang like page ni. apa ke pelik tu. aduh. tapi aku rasa dorang ni like page ni sebab nak ping blog lepas tu konfem ramai klik blog dorang. trafiic naik maa..bagus taktik tu.



 ni latest!


page ni baru je ditubuhkan. tengok pada fan nya tak ramai lagi. tapi aku dapat rasa page ni akan kumpul fan yang lagi ramai dari page yang atas tadi. haha. biasalah. blogger yang ada PHD dekat blogger femes ni kan ramai. so nilah masanya dorang nak like bende bende ni. 


kalau tak suka cakap depan depan la! apa barang buat page macam ni. huhu.



Alamak! Termasuk tandas lelaki!

Tags
kali ni aku nak cerita pasal salah masuk toilet. haa siapa antara korang yang pernah salah masuk toilet? apa jadi? haru biru ke? ke korang buat muka slumber toye je? kalau jenis tak ada perasaan tu mungkin boleh la menoyakan muka bila tersalah masuk. macam aku. haha. ni nak citer ni. ke tepiii kee tepiii cik aish nak citer.


kejadian berlaku dekat Mid Valley. masa tu aku dah besar dah. tu la masalah nya. kalau aku kecik lagi nasib ah kan sapa yang nak heran budak kecik salah masuk toilet. tapi masa tu aku dah besar da. dah tahu malu. ahh ni semua gara gara makan cekodok sejuk pagi tu. tengok sampai cirit birit aku kat Mid Valley.


dah tu korang pun mesti boleh bajet punya jalan cerita aku ni. dah tak tahan nak tut..mesti ah gopoh gopoh aku cari toilet kan. aku tak pandang apa lagi dah. aku cari toilet kosong je masa tu terus aku lepaskan segala keinginan aku dengan penuh nikmat. 


lepas tu apa jadi??


lepas tu bila dah selesai, baru aku tahu aku salah masuk toilet. tapi aku ni jenis kalau malu, aku tak tunjuk kemaluan aku. eh silap. aku tak tunjuk yang aku tengah malu. aku buat buat muka kerek. konon nya macam dorang yang salah masuk toilet. haha




lepas tu style biasa nak cover malu mesti ah pegang henset. buat buat ah cakap sorang sorang kan. padahal masa tu gua dah malu gilak ni beb! ahh tercemar keayuan aku masa tu. tapi kan yang paling best sekali, aku learn something sebenarnya. 


apa dia?


oohh macam tu dorang buang air kecik ea.. hahahahaha. wow!


ok bai.


Blog Baru!!

Tags


meraa [xoxo]
blog ni kepunyaan seorang gadis berlesung pipit! wahh manisnya tuan blog ni. hehe.ok. apa yang cik aish tengok blog ni masih baru lagi. masih suci bersih lagi. dan kandungan entry lebih kepada personal life. menarik!

blog ni pakai background yang comel! sesuai la macam tuan blog dia yang comel. huhu. ok cik aish cadangkan, edit template, besarkan bahagian width supaya entire blog nampak lebih luas. so tak nampak terlalu narrow.

pasal berat blog, toksah cakap la..hehe blog adik memang ringan gile. jelesss betul. tapi tu la kelebihan orang yang guna warna putih dalam blog. warna yang terang, bercorak dan ada animasi bling bling buatkan blog kita jadi berat tau! (macam blog cik aish nih) sobs.

ok. so cik aish harap adik manis ni rajinkan update dan jangan malu bertanya pada blogger blogger lain ye kalau ada apa yang tak faham! ok gud luck!




Sakura
ok sebenarnya cik aish tak review blogshop. tapi mengenangkan masa buat segmen aritu lupa nak bagitahu, so takpelah cik aish review jugak. :) lagi pun blog ni bukan blogshop semata tapi ada jugak update tentang cerita cerita lain. 

pertama sekali, blog ni rasanya tak ada masalah sangat tapi kena bagi perhatian sikit pada banner yang terlalu banyak dekat bahagian sidebar. cik aish cadangkan buat satu page khas untuk organize semua banner tu. nampak lagi kemas.

dan lagi satu, banner tu semua kan tak sama saiz kan? lagi kemas kalau banner tu kita resize bagi semua sama saiz. ada banyak tutorial untuk resize saiz banner. cuba lah ok! 





Asyieq-iN Rke
cik aish suka background blog ni. haha sweet je sebab banyak rama rama. em blog ni pun banyak entry tentang personal. but still nice. biasa lah ada blog yang letak isu semasa ada yang lebih kepada personal life. cik aish pun jenis personal blog jugak.

cuma apa kata awak tukar warna font tu kepada hitam sebab warna merah tak sesuai untuk font. nampak terlalu terang. lagi pun mesti awak nak pembaca datang untuk baca entry awak kan? jadi pertama sekali kita kena mudahkan pembacaan dorang semua. ok! tapi tu pendapat aish je la. hehe.

selamat berblogging!




citJAA
blog ni pasang lagu. alamak takde button pause pulak. takpe takpe. kalau awak rasa suka dengan memasang lagu dalam blog, tak jadi masalah. cuma kebanyakkan blogger yang berblogwalking malam malam yang sunyi selalu mengadu terkejut dengan lagu yang ada dalam blog. cik aish dulu pun pasang lagu. lepas tu buang dah. huhu.

ok pada pendapat cik aish, adik limitkan bilangan entry dalam home page. limitkan ke 3 dah memadai. dan besarkan sikit font sebab cik aish rabun ayam. hehe. apa pun blog ni masih baru. jadi cik aish faham, banyak benda kita kena belajar. so jangan malu malu bertanya pada blogger lain ea?

selamat berblogging ok




ain frenky n BLog
blog terakhir untuk segmen review cik aish.. fuh. hehe. ok blogger ni selalu gak komen blog cik aish. tenkiu okay! kredit untuk background polka dot. nampak simple je blog ni.takpe. still look nice..less is more.. kan kan.

apa yang cik aish nak cadangkan, kurangkan bilangan widget di bahagian footer. kalau boleh letak button follower di bahagian atas untuk memudahkan orang datang dan follow. hehe. oh ye. penggunaan short form pun harap harap boleh dikurangkan. biar la orang nak kata kita skema ke apa ke kan asalkan blog kita mesra dengan carian google!

ok. teruskan berblogging ea! update update selalu!

Cara nak buat orang klik Churp Churp kita

Tags
hai! kali ni cik aish nak buat tutorial yang paling simple. haha. tapi simple simple pun, tak ramai yang buat. sebab bila cik aish blogwalking, tengok iklan ChurpChurp dorang, kebanyakan letak gambar iklan saja. tapi tak letak title pada iklan tu. so kali ni cik aish nak ajar macam mana nak letak title pada iklan tu so bila orang gerakkan cursor mouse dekat iklan tu, akan keluar title iklan tu tentang promotion apa..

kalau tak faham, boleh try alihkan cursor mouse korang dekat iklan churp churp aish. tayah klik just letak cursor je kat iklan tu. see, korang boleh tengok aish letak title dekat setiap iklan tu kan? hehe. (klik la kalau sudi. muah)

ok so lagi menarik kan?

orang lagi rasa nak klik iklan kita kan?

macam ni caranya. 



cuba korang tengok kod iklan dalam kotak merah. cik aish tambah kod title='daftar churpchurp' dekat dalam kod tu kan? yang aish gariskan warna pink tu..(daftar churpchurp tu contoh title iklan aish. korang boleh buat title korang sendiri)

cuma tambah kan kod yang cik aish gariskan dengan warna pink tu dekat dalam kod iklan churpchurp korang. korang boleh tulis apa je title yang menarik orang nak klik! ok selamat mencuba! cik aish dah kumpul baru berapa sen ha. korang pun boleh naikkan lagi collection korang !!!




ads 
klik lah saya untuk daftar!




sharing is caring. dah sharing klik la like! hahaha

KENAPA NASI LEMAK? KENAPA TAK KFC?

Tags
aku kadang kadang tak faham jugak dengan dorang ni. dalam banyak banyak makanan kat Malaysia ni, nasi lemak jugak yang dipersalahkan. why? why? apa salah nasi lemak tu? nasi lemak punca utama budak budak jadi obes? kemon laaa..sangat tak masuk akal tau tak?

sekarang kita kaji dua zaman yang berbaza ok. 

zaman dulu dulu.
nasi lemak ni menu wajib budak sekolah. pergi kantin je mesti rebut rebut beli nasi lemak. kalau tak beli pun, kadang kadang bawak bekal mak bagi. pun nasi lemak jugak. dulu dulu mak mak kita pandai pikir. kalau bagi duit belanja banyak banyak, membazir. bagi la berapa perlu je. dan budak budak pun pandai jimat sebab duit pun dapat sikit. beli yang mana perlu je. nasi lemak sepinggan dengan air sirap. cukup la kan? 

bila bunyi loceng je, terus naik van sekolah balik rumah terus. nak merayau tempat lain duit dah habis lak. ni kan pulak nak banje kawan kawan makan keropok. pastu bila balik rumah je, kadang kadang tolong mak tolong ayah buat macam macam kerja. sampai peluh peluh la gua cakap lu. apa yang budak tu makan tadi, abis dah lumat kena proses. 


kecur pulak air liur bila pandang nasi lemak nih..arghh

zaman sekarang.
nasi lemak masih lagi menu wajib budak sekolah. still lagi rebut rebut nak beli nasi lemak. tapi kali ni lain. mak mak kita bagi duit belanja banyak banyak. kadang kadang budak budak beli bukan cukup sepinggan je nasi lemak tu tapi berpinggan pinggan. pastu ada duit lebih lagi. nama pun budak kan. selagi ada duit kat tangan selagi tu dia nak membeli. kat luar sekolah jajan menanti. tak cukup dengan jajan, KFC pun ada. duit banyak kan..

bila balik dari sekolah, makan tetap makan. alamak perut penuh pulak. terus terbaring terlelap bagai. bangun bangun tidur je, member ajak pergi main layang layang, dorang taknak. alasannya panas takut hitam. tapi sebenarnya nak duduk mengadap facebook. berkebun dalam facebook bagai. tapi berkebun yang tak keluar peluh.


nampak tak beza?
salah siapa sekarang ni?
salah budak tu ke? kemonla dia budak apa tahu?
salah mak mak bapak bapak?
ke nasi lemak jugak yang salah?


pikir lah sendiri.


CONTEST BLOG SAYA SMART

Tags
Kali ni Cik Aish menjadi mangsa nafsu serakah si MIMIE yang comel dengan mengetag cik aish untuk join contest ni. Tenkiu dear! Cik aish join okay. Korang taknak join ke? Hadiah lumayan beb! RM RM RM. hahahaha mata duitan jap aku. kalau nak join boleh picit banner kat bawah ni ye. Good Luck semua! 




Mangsa nafsu serakah cik aish untuk tag adalahhhh..
4. uLan


aku rasa macam nak ter curang lah

Tags
Assalamualaikum! kabare semua? sihat? bagus. kurangkan makan nasi lemak untuk pertumbuhan yang sihat okay. entry kali ni tak ada kene mengena dengan nasi lemak atau pun cara pemakanan yang sihat. takde langsung okay. bau bau bacang pun tak ada.


sebenarnya aku nak ter curang ni. eh boleh pulak kau nak ter curang curang ni kan? apa kes ni babe? bukan apa, aku bukan nak curang dengan shaheizy sam ke apa ke kan, aku setia dengan dia. cuma ni ha aku nak ter curang dengan Facebook. 


muka ala ala gelak curang


Sekarang ni dah kurang ah aku bukak Facebook. Tak tahu lah kenapa. maybe persekitaran Facebook yang annoying buatkan aku rasa nak ter curang je. sana sini status maki maki. sana sini status geli geli. arghh..tak komen kang, orang kata sombong lak. nak like kang nampak sangat hipokrit nya padahal tak like langsung.


so sekarang apa yang aku buat, aku bukak facebook cuma nak ping blog je. dan tengok blog blog yang ping blog dorang dekat page page macam Sahabat, Gengblogger dan macam macam lagi ah. eh korang kalau update blog, jangan lupa ping blog korang kat sume page page macam ni ea. tu tips untuk yang masih baru. yang dah tahu, duk diam situ. 


so balik pada citer tadi. sekang aku setia dengan blog je. aku rasa banyak info berguna aku boleh serap dalam otak aku ni dengan baca blog blog korang yang berilmiah tu. kalau nak rasa gila gelak keluar usus, banyak je blog yang sajikan citer citer lawak nih. 


so tak perlu ah nak layan facebook lagi. cukup ah sekadar tahu khabar kawan kawan dalam tu. kalau nak harap aku komen status orang yang buat status maki hamun, ngumpat ngumpat pastu status geli geli dengan pakwe, tunang sume bagai, sorry ah. aku malas nak komen. haha. jahat aku kan..


yang penting aku lagi suka komen blog korang. muaahah lagi best.eh ni bukan ayat bodek suh komen blog aku balik eh. takde tau. (sambil buat muka jeling)


5 BLOG KENA REVIEW!

Tags
Jom kita tambah kenalan! terjah dorang!


Syasya◕
Blog ni warna pink! hehe. tuan blog pun comel. nama dia sya dan berumur baru 15 tahun. uwaaa..pangkat adik lagi ni. tapi dah ada blog. wahh hebat..akak dulu umur 15 tahun, masuk disket dalam komputer pun menggigil takut komputer meletup.

ok adik ni yang cik aish perasan dia ada tutorial! so cik aish memang suka blog yang ada tutorial. boleh belajar! ok blog adik kita ni pasang lagu. tapi cik aish tak ada masalah kalau lagu tu slow dan sedap telinga mendengar. best ah!

ok cik aish nak cadangkan satu je. buang pop up window. sebab cik aish ni senang terkejut bila keluar kotak pop up window tiba tiba ni. hehe. tapi tu cadangan cik aish je. kalau rasa ok, ok la ye.





Farah
alahai comelnya header dia. suka la! blog ni pun ada tutorial jugak! best best. suka blog yang ada tutorial! cik aish rasa adik ni mesti peminat artis korea kan..huhu sebab ada entry pasal K-POP kat entry adik. hehe. kenapa ye suka artis korea? cik aish tau citer full house je. hehe

cik aish suka blog ni sebab dia ringan dan kemas. background putih tu buat blog jadi terang dan jelas. lepas tu tak banyak widget yang tak penting. bagus bagus. suka blog macam ni. tak percaya? pergi la terjah!





uLan
ok blog ni pun cik aish suka sebab kemas! wahh jeles jugak dengan blog yang kemas putih gebu suci murni ni. bandingkan dengan blog cik aish yang semak ni haduh..sedey pulak rasanya.

lepas tu bahagian sidebar memang kemas! suka sidebar yang ada border. lepas tu wahhh cik aish teruja la kotak sidebar boleh tukar tukar warna..heeee. ok ulan, selamat berblogging okay! orang kata, less is more! blog ulan memang simple tapi menarik!





Fantastic Ajane 
kredit untuk header! suka la warna hijau dan pink! cantik cantik! cik aish suka blog ni jugak sebab warna! ya warna blog dia cantik. suka blog yang pandai main kombinasi warna nih!  hijau dan pink memang cantik

ok lepastu bila dibelek belek entry entry blogger ni, cik aish assume yang blog ni banyak info terkini. sesetengah blog tak suka post tentang isu semasa. tapi blog ni banyak gak isu semasa yang dia masukkan. so thumbs up!

cik aish cadangkan, untuk buat blog lagi super super kemas, kurangkan widget bahagian footer. pada cik aish, footer tak perlu banyak widget. sebab tu akan membuatkan blog meleret terlalu bawah. ok selamat berblogging!




izzad
haa blog ni pulak. dia ni pengomen tegar jugak kat blog cik aish! hehe thanks ye izzad. eh izzad kan nama? err err.. hehe ok. blogger ni tak letak apa apa gambar dekat header. sebenarnya header ni terpulang pada masing masing. ada yang kata header adalah identiti blogger.

tapi blog izzad ni, walaupun header dia hanya sekadar tulisan, cik aish senang nak ingat sebab dia letak nama KITA SEMUA GURU tu besar besar dekat header dia. haaa..memang senang ingat ahh kan.

pasal font pulak. cik aish suka font yang standard dan jelas macam izzad ni buat. so senang nak baca. ok gud job! cuma cik aish cadangkan awak guna scroll box untuk widget yang panjang macam bloglist, blog archieve..haa banyak tutorial pasal ni. cuba buat ye. lagi kemas nanti!


blog ibarat rumah. kalau tuan rumah suka rumah dia macam tu, kita sebagai tetamu takde hak untuk paksa tuan rumah ubah. adios!


aku cukup marah kalau orang komen tak baca isi!

Tags
haha. takut tak takut tak? aku kalau marah memang habis coklat dalam peti ais tu aku makan. nasib ah kan. macam ni..ce cite cee cite. aku marah jugak ah kalau orang komen entry aku, tapi komen tajuk padahal isi nya lain. contoh macam aku buat entry Cara nak beratkan blog.  pastuh orang komen "orang lagi nak ringankan blog ko nak beratkan pulak" 


hahaha aku hanya mampu gelak jelah. padahal entry aku sebenarnya tentang cara nak ringankan blog. tu ah tak baca tau tau nak komen je ea? siku nak?kalau taknak pergi beli coklat!


tapi aku nak cakap sikit ah kan. sebenarnya aku TAK SALAHKAN korang kalau korang komen tapi tak baca entry aku. nak tahu sebabnya?


1. blog aku  pasang lagu remix
sebab tu korang tak sangup duduk lama lama dalam blog aku ni. sempat baca tajuk je. haha. tu pun dah kira ok korang sempat baca tajuk. kalau sempat tanda pangkah je lagi kesian blog aku. 


2. blog aku font pelik pelik
aku guna font kejap kecik kejap besau! pastu tulisan aku kaler kaler. kejap jingga kejap oren kejap merah. korang sakit mata tengok entry aku. dapat baca tajuk pun kira bersyukur ahh


3. blog aku takde paragraph.
aku suka buat entry panjang panjang pastu tak buat perenggan. sekali hamik kau 8000 perkataan nak kasi korang baca. aku rasa korang baca intro aku je kot.haha


4. aku guna bahasa pelik
contoh macam "itew ukee btol g uma dieww taww..asew best ilewwwwww.." camna korang nak baca entry aku? haha


aku rasa tu je ah sebab kenapa korang datang blog aku komen tajuk je tapi tak tahu isi entry aku. tu lah sebabnya. abih tu aku nak marah korang pun tak boleh jugak nih. korang komen aku dah cukup bersyukur. dan walaupun komen tak bernas pastuh lari tajuk, tapi nak buat camne. blog aku ni ha punca korang taknak baca entry aku! miahaha


moralnya adalah, kita sebagai blogger kena faham kenapa orang komen lari dari tajuk kita. there must be a reason!


entry ni guna bahasa kiasan. pandai pandailah cari yang tersurat. lalalala.


Ujian MEDSI : Apa persediaan kita?

Tags
Sebenarnya ramai tanya ujian MEDSI ni susah ke? Merepek susah macam soalan MTEST ke? Aku pun tak tahu sangat. Tapi memandangkan aku dah ambik ujian MTEST tahun lepas, dan rambut aku gugur selai selai sebab jawab soklan MTEST, jadi aku assume yang MTEST lagi susah dari MEDSI. 


Sebab MEDSI cuma peruntukkan satu jam je untuk jawab. Hah satu jam? Sempat ke? ilek ilek ilek. Memang la satu jam tapi soalan dia sebanyak 300 je. Ha 300? Banyaknya!! ilek ilek ilek. Soalan dia tak serumit dan sekomplikated macam MTEST. Dia takde soalan BI, MATH semua tu. Soalan dia lebih kurang macam soalan insak. 


Dalam 300 soalan tu, ada 4 bahagian iaitu Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. so jawab lah korang dengan sejujur jujurnya. Selamat menjalani ujian MEDSI sabtu ni! hoyyay hoyyay.


kesilapan teknikal. bukan jawab sejujur jujurnya. jawab SEPOSITIF yang boleh! thanks pada Fazil sebab betulkan. hahaha.

Yuna : Gelora Jiwa

Tags
Aku suka lagu Yuna yang ni. Sebab dia ala ala klasik song. suara Yuna pulak macam kena sangat dengan lagu lagu genre macam ni. Yuna memang best! Jom kita layan kejap.



Kalau suka boleh picit LIKE
hehe



APA KORANG BUAT DENGAN BRA LAMA?

Tags
Assalamualaikum! hai hai hai. ok jom kita borak pasal isu ni. eh sebenarnya tak ramai yang berani nak cakap pasal isu ni. eleh malu konon. ajak pakwe beli bra sama sama tak malu? haha. ok citer dia macam ni. aku nak tanya korang, apa korang buat kalau bra korang dah tak muat? tak pun koyak kena gigit labah labah? 

mesti korang buang kan? AAH!
eh yang lelaki pun sibuk nak jawab kenapa ye?

korang tahu tak, mak aku cakap, tak baik kalau kita buang pakaian dalam kita secara terbuka. korang bayangkan ea. benda tu kalau lelaki lelaki yang kerja MPS ambik sampah tu, nampak barang barang tu, dikhuatiri dorang akan ambik. sebab lelaki GILA SEKS sekarang ni ramai tau!

aku bukan la nak kata yang semua lelaki gila seks. tapi ada ok manusia macam tu. dorang yang dapat pakaian dalam kita yang lama lama tu, lagi dorang suka sebab kita dah pernah pakai. dan kalau korang nak tahu, pakaian dalam yang pernah dipakai, adalah barang paling mujarab untuk bomoh bomoh tak bertauliah buat benda benda tak senonoh kat kita. 

eleh..zaman sekarang jangan la pikir kolot..

hepp! nasihat orang tua tua jangan tolak tepi! kadang kadang hikmah sebalik nasihat tu, adalah supaya korang berhati hati dengan pakaian kecik korang tu. buang la cara paling terbaik. kalau nak buang, koyak koyak kan sampai hancur bungkus dalam suratkhabar tebal tebal baru buang ok.

aku tanam belakang rumah je. 

suka entry ni? vote aish kat sini!

Manjanya dia holooh hollohh

Tags
Bila orang tanya "awak anak ke berapa?" "saya bongsu" jawap si dia. automatik si penanya tadi akan anggap budak ni manja plus mengada ngada stok nak mintak pelempang. 

MANEDE SUMER ANAK BONGSU MANJA?

kadang kadang dalam kalangan adik beradik tu, yang sulong manja lebih. sebab dia satu satunya anak lelaki dalam adik beradik tu. yang lain sume perempuan. bila dah jadi macam tu, si sulung ni pulak yang mengada ngada mentang mentang mak ayah sayang lebey kan. hehe tapi sebenarnya kasih sayang mak ayah kita tak pernah berbelah bagi ok.


ok tu cerita orang lain. sekarang aku nak ceritakan pengalaman aku pulak. serius sikit ok. (sambil buat muka serius)


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


aku anak bongsu. jarang pun dimanja manja ni. nak mintak itu ini tak semua aku dapat. korang percaya tak sejak aku sekolah, apa je barang yang aku nak, aku mesti kumpul duit sendiri. kadang kadang duit belanja mak bagi, aku tak guna sebab nak beli barang yang aku nak. bukan tak mintak, tapi mak jenis tak manjakan anak anak dengan duit. 


lepas tu bila dah masuk universiti, semua keperluan aku, aku guna duit PTPTN. kadang kadang aku jeles tengok kawan kawan aku dapat loan PTPTN lepas tu dapat lagi duit banje dari mak bapak. tapi aku? aku bisnes topup weh. malam malam junior senior semua datang bilik aku beli topup. pastu ada gak ah buat bisnes printing. semua pasal nak cari duit lebih. aku bukan anak bongsu yang dimanjakan dengan wang ringgit. nasib baik aku tak jual karipap. haha termasuk lawak BALAS lak.


MARAH KE AKU DENGAN MAK AYAH AKU?


tak marah pun tapi aku berterima kasih kat dorang sebab didik aku supaya jadi anak bongsu yang tak mintak itu ini. semuanya aku akan usaha sendiri. tapi budak budak sekarang manja betul. semua mintak mesti dapat. kalau la aku ada anak satu hari nanti..aku takkan manja kan dorang dengan wang ringgit..biar susah susah dulu. senang kemudian. 


oh ye.sebut pasal anak. anak sekarang ramai obes ea? yela semua nak, semua dapat. obes terus. hahahaha. nasi lemak gak dipersalahkan. haish.

KANTOI PAKWE PERGI HOTEL

Tags
Hari tu aku dengar member aku membebel pasal dia gaduh dengan pakwe dia. pasal apa gaduh? pasal kantoi pakwe dia pergi hotel. tapi tak tahu ah dengan siapa. but still boleh menimbulkan syak wasangka ye tak. kalau korang jadi awek kepada si pakwe ni, mesti korang rasa something. 


kawan aku ni pandai. dulu dia senyap senyap ambik henset pakwe dia masa keluar dating, lepas tu buat FRIEND FINDER. kira macam dia tolong approvekan friend finder dekat henset si pakwe ni dalam diam diam. ha bijak bijak. lepas tu kawan aku ni pun selalu la find pakwe dia ni. yang si pakwe lak tak tahu diri dia telah difind oleh si makwe sendiri.


satu hari ni, kawan aku terkejut ah sebab tiba tiba malam tu dia find pakwe dia, pakwe dia dekat hotel. apa tah nama hotel tu. aku pun tak ingat. apa lagi pompuan ni meraung aah. haha. semua jenis maki makian keluar. nasib baik aku tak kena tempias maki maki dia. dasaattt..member aku ni pun apa lagi. ajak aku teman dia pergi hotel tu cari pakwe dia. last last tak jumpa. 


dan korang tahu apa jadi sebenarnya?


rupanya si pakwe ni hantar member dia pergi hospital. hospital tu betul betul bersebelahan dengan hotel tadi. kira kitorang terserempak si pakwe ni dekat tepi hospital tu ah. adeh. aku yang follow member aku ni dah bantai gelak guling guling. 


tu la..pandai pandai ko, ada gak kurang pandainya. lain kali jangan percaya sangat dengan Friend Finder ni. bukan betul pun. tak tepat sangat lahh! lepas tu kau sebagai awek, kena trust la pakwe kau. jangan senang senang nak maki sebaldi. sian pakwe ko tak bersalah.


Kesimpulannya, percaya pada pakwe berpada pada, percaya pada Friend Finder jangan sekali. muahaha. ok bai

Cara buat scroll box pada bloglist

Tags
Ok. Tutorial nie untuk cik Mira kita dan untuk korang yang tak tahu lagi camne nak buat. yang dah tahu, duk tepi ok. hehe. kenapa kena buat scroll box dalam bloglist? sebab bloglist kita panjang. kadang kadang 10 ke 20 blog kita sumbat dalam tu. jadi bila panjang, meleret ke bawah, nampak tak cantik dan blog jadi berat. jadi kita buat scroll box untuk bloglist.


Step 1
Cari tajuk bloglist korang. Contoh macam tajuk bloglist Cik Aish "Blog Aish Punya Senior". Macam mana nak tahu apa nama bloglist kita? Dekat sini. 




Step 2
Pergi Dashboard - Design - Edit HTML - Tick Expand Widget Templates
Lepas tu tekan Ctrl F untuk cari nama bloglist macam dalam step 1.  


Step 3
Dah jumpa nama bloglist tu, korang cari kod ni dekat bawah nama bloglist tadi. 
<div class=’widget-content’>


kotak merah tu contoh nama bloglist cik aish
kotak kelabu tu kod yang korang kena cari


Step 4 
gantikan kod pada step 3 dengan kod di bawah ni. 

<div class='widget-content' style='overflow:auto; width:220px; height:400px;'>



ok. dia akan jadi macam dalam gambar tu ok. korang boleh edit saiz kotak dengan mengejust width dan height ikut kesesuaian korang ok! 


Step 5
Preview dulu. Bila ok baru save. 


Senang tak?
selamat mencuba!




kredit pada Taufiq dengan Cik tom sebab pernah jadi sifu cik aish. :)

4 Blog Lagi kena review!

Tags
Ada yang bertanya, penting sangat ke Segmen Blog Review ni? hehe. Cik Aish dah jawab dalam entry INI dulu. Jadi harap harap pandangan tu boleh la diterima sebagai jawapan kepada si penanya ye. Kalau ada yang bertanya kenapa Cik Aish susahkan diri buat review blog orang lain, jawapannya sebab Cik Aish memang minat tengok blog orang lain sebab kita boleh tambah kenalan, dan tolong blogger baru yang nak tahu kelebihan dan kekurangan blog dorang. tolong menolong kan amalan mulia ye tak. T__T


Jom kita tengok 4 blog yang dipilih untuk segmen blog review malam ni. Jangan lupa follow mereka sebab mereka blogger baru dan perlukan kita semua untuk support dorang. okay!


  ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::




Cik Aish suka blog ni sebab pertama blog ni ada header yang cantik dan kemas. "Blog Si Budak Kurang Matang" adalah tagline dia lepastu ada gambar budak comel dekat header. nampak menarik dan tertarik. hehe. Blog ni bertemakan warna hijau. so cik aish rasa tenang je masuk blog ni. memang kemas. tak percaya cuba terjah. 
tapi no wonder la sebab arol pun macam dah lama berblogging memandangkan follower pun dah ramai. Arol dulu ada join contest cik aish dalam sidebar paling smart. memang cik aish suka blog ni tapi memandangkan pemenangnya tiga orang je jadi terpaksa tolak blog ni. tapi cik aish tak nafikan susunan sidebar dia memang kemas dan tersusun. ok keep it up!




farzana zahidah
ok blog ni masih baru. macam baru lahir lak rasanya. sebab follower pun baru sikit. jadi jom bagi sokongan dekat blog ni. tapi dik, cik aish nak bagi cadangan supaya adik besarkan dan centerkan header supaya nampak lebih menarik.


life traffic feed tu tak perlu letak rasanya. dan adik boleh cuba buat satu column sidebar je sebab widget adik pun tak banyak jadi guna satu column je dah cukup. lepas tu besarkan lagi ruang dekat post entry tu. supaya penulisan kita tak nampak terlalu narrow dan melorot ke bawah.


apa pun cik aish faham sebab adik masih baru lagi dalam blogging jadi apa yang cik aish nak sarankan, adik banyakkan blogwalking ke blog blog orang lain untuk belajar macam macam tips blogging. ok. selamat berblogging dik!






Han Hanan
blog yang seterusnya ni ada header yang SANGAT comel. wah sekarang musim doodle yek. pandai buat doodle. cik aish pun tak pandai buat doodle. hehe. apa pun kredit untuk header. dan goodnews pada korang korang dan jugak pada cik aish sendiri, hanan ada banyak tutorial yang best best. so boleh klik blog ni ok!

sukaaaa sukaaa!






♥ SyaHmi ♥
ok blog ni pulak kepunyaan sorang budak perempuan yang comel! ok akak suka blog ni. wah tiba tiba gelarkan diri akak kan..hehe sebab adik ni muda lagi dari cik aish. :) ok. cik aish tak ada masalah dengan blog ni. cuma cik aish cadangkan adik limitkan bilangan entry dalam homepage. 2 atau 3 entry dah memadai. kalau kita tengok blogger hebat yang lain, mereka letak satu entry je dalam homepage dorang. alasannya supaya nampak lagi kemas dan blog jadi ringan.


lepas tu tulisan boleh tak buat tulisan yang standard? sebab adik dah guna background yang berbunga bunga cinta dalam blog adik jadi nak elakkan dari mata pening, guna font yang standard pula. dan last sekali, akak nak follow adik, tapi penat cari button follower rupanya kat bawahh sekali. alamak. dik tolong letak atas sikit. nanti orang nak follow senang. ok selamat berblogging!



blog ibarat rumah. kalau tuan rumah suka rumah dia macam tu, kita sebagai tetamu takde hak untuk paksa tuan rumah ubah.bai!

Cara nak encode HTML

Tags
Salam kawan kawan.
Kali ni nak ajar macam mana nak encode HTML (ramai dah tahu sebenarnya hehe) supaya kalau kita boleh letak apa apa kod HTML dalam entry kita.  Kalau tak encode dulu, nanti bila publish, code tu akan jadi lain. Jadi macam mana nak encode?


dekat SINI

1. caranya senang je. kita copy apa apa kod HTML yang kita nak letak dalam entry kita, dekat dalam kotak tu. contoh macam ni. 

 

2. Lepas tu kita picit button ENCODE. So dia akan bagi kita result dia macam ni. 


picit untuk tumbesaran



3. Copy code HTML yang dah kita encode tadi dan boleh paste dalam entry kita okay. selamat mencuba!


Tips temuduga yang korang kena tahu

Tags
salam semua.
Sekarang ni mesti ramai yang tengah tercari cari kerja, ada yang tengah tunggu panggilan temuduga, ada yang tak dipanggil langsung. hehe tabah ok. tapi ada jugak yang dah pergi temuduga tapi tak berjaya dapat jawatan tu. Sebagai jiran kepada seorang penemuduga, atau ayat ringkasnya, jiran aku seorang tukang temuduga orang, dia ada bagi tips. jadi sharing is caring kan. ok jom kita tengok apa tips yang dia bagitahu aku.


kalau dari segi akademik, semua orang tahu, pelajar sekarang kebanyakkan dah pandai pandai. pointer pun lebih kurang je semua. jadi penumuduga akan tengok satu je. iaitu cara calon tu menjawab soalan masa temuduga. si calon mestilah jawab dengan tenang dan meyakinkan. jangan banyak emmm errr emmm err..


lepas tu, penemuduga suka bertanya soalan ni pada calon. "ceritakan tentang diri awak" atau pun "tell me about yourself". kadang kadang calon buat kesilapan kat sini. si calon banyak menceritakan tentang biodata diri. dari mana asal, sekolah mana, hobi buat apa, dan macam macam lagi ah. 


tapi sebenarnya soalan ni la yang paling penting untuk pikat hati penemuduga tu. penemuduga nak tahu apa kelebihan diri kita. contoh macam kita ceritakan yang kita seorang yang sukakan cabaran. jadi bagi contoh pengalaman yang membuktikan kita sukakan cabaran. ceritalah masa belajar dekat universiti dulu, banyak assignment tapi dalam masa sama kena galas tanggungjawab sebagai wakil pelajar. ok tu contoh. jadi penemuduga rasa yakin yang anda memang sukakan cabaran.


nampak tak kat situ? bagi dua tiga kelebihan diri anda lepas tu bagi contoh pengalaman yang membuktikan kelebihan anda tu. haha skema betul ayat aku hari ni. ok. selamat berjaya dalam temuduga!

Kenapa orang lain cantik pakai shawl, tapi jadi buruk bila kita pakai?

Tags
Salam.
Perasan tak bila kita keluar jalan jalan, sebelum keluar tu mesti fikir nak pakai tudung apa kan? match ke tidak dengan baju yang kita nak pakai hari tu. lepastu mesti teringin je nak pakai shawl yang kita beli dulu. mesti cantik. tapi bila pakai kenapa muka kita nampak bulat? kenapa tak cantik macam orang lain yang pakai shawl tu?


lepas tu frust kejap sebab tak boleh pakai. tapi ada sesetengah orang belasah je. pakai jugak walaupun shawl tu tak kena pada bentuk muka kita. sebab dah beli shawl mahal mahal punya pasal, rasa sayang la pulak kalau dibiar je dalam almari tak berpakai langsung kan? betul tak? lepas tu bila pakai tak kena langsung dengan muka kita. 


sebenarnya tak semua orang ada bentuk muka yang sama. tahu kan? ada yang sesuai dan nampak terletak je bila pakai shawl. dan ada yang tak kena dengan muka kita. nampak muka jadi lagi bulat macam kuih pau, ada yang nampak muka jadi panjang, pendek kata, tak sesuai lah! 


jadi apa yang cik aish nak cadangkan, apa kata sebelum beli kita kenal pasti dulu bentuk muka kita sama ada sesuai atau tak bila pakai shawl. shawl cantik macam mana sekali pun tapi bila kena kat bentuk muka yang tak sesuai, tak cantik jugak jadinya.


JANGAN JADI MANGSA FESYEN! PAKAI LA IKUT KESELESAAN DIRI KITA SENDIRI.


Cik Aish : Sekarang dah banyak yang jual inner tak melekat kat dahi. cantik kalau pakai dengan shawl kan? hehe. korang pernah pakai?

Pandai tak I joget??

Tags

ini kisah Lena (bukan nama sebenar)
*dan juga bukan peserta AF9 tu



"I student. biasa ahh rutin student ni. siang pergi kelas. malam enjoy. enjoy bukan sikit sikit kak. memang tayang muka je kat club. biasa lah orang kata up to date kan kak. malu ah kalau orang kata kita terperuk je tak tahu dunia luar kan kak. lepas tu kalau I pergi clubbing, takkan I nak pakai baju lengan panjang lak kan. Of course la I pakai baju nampak kulit gebu I ni. Well..mana lah tahu malam tu tengah menari nari dapat anak ikan hensem hensem."



:::::::::::::::::::::::::::::::



Sekarang kan macam trend lak kan kalau student je mesti kena tanya soklan cepumas, "pernah pergi club tak? club mana you selalu pergi?"  ada la universiti universiti tertentu yang dah sinonim dengan pelajarnya yang kaki clubbing. eh taknak lah sebut kat sini. bahaya. hehe. 


lecturer aku pernah cakap something yang buat aku ingat sampai hari ni. dia kata, "tak salah pergi clubbing time time muda ni. bila lagi you all nak rasa semua tu? hidup ni singkat. kena lah teroka sehabis habisnya. tahu tak kenapa sekarang ramai suami isteri kahwin cerai? sebab dorang tak puas enjoy! so you all pergi enjoy sementara masih muda ni"

tu la gaya percakapan lecturer aku dulu.


 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


kalau aku dekan atau pun pengarah universiti tu, aku lama dah tendang lecturer ni. kau boleh mengajar tapi tak boleh mendidik. ya memang kita kena gunakan peluang sebaik baiknya sementara kita hidup. tapi bukan lah dengan perkara yang negatif, sayang. orang nak rebut buat amal jariah bukan enjoy clubbing. kalau sempat tua dapat la insap dulu. kalau tak sempat tua, dah gol macam mana? mana la tau kan balik clubbing, mabuk, bawak kereta eksiden langgar pak mat tempe ke kan..camne tuh.

so aku memang tak sokong ayat enjoy puas puas sementara masih hidup. 

sebab kau tak tahu bila kau mati. 




Amir Menangis Depan Juri Akademi Fantasia

Tags
Masa konsert prelude hari tu, first impression aku, Akademi Fantasia 9 yang kali terakhir ni mungkin best. sebab ramai yang boleh perform malam tu. walaupun tak semua tapi ada laa yang boleh di bawak ketengah. tu pendapat aku masa mula mula tengok konsert prelude AF9 hari tu. 


Malam tadi aku tengok lagi konsert AF9 minggu keempat. memang tiap minggu aku tak pernah miss tengok dua rancangan realiti ni. Maharaja Lawak dengan Akademi Fantasia. Tapi apa aku nak cakap kat sini, aku memang kecewa sangat sebab persembahan pelajar AF9 malam tadi semua hancur. 


tapi yang paling teruk kena teguran malam tadi adalah miza dan amir. mesti ada yang kata  kenapa kak ogy dan hattan kritik melampau sangat malam tadi? tapi bagi aku, miza dengan amir memang patut kena kritik malam tadi sebab persembahan yang paling hancur aku pernah tengok sepanjang AF 10 tahun ni. 





Apa masalah dengan miza?
dari konsert prelude sampai konsert minggu keempat, dia suka menjerit. bak kata Aznil, nak jerit kena ada skill. bukan jerit macam panggil anak balik mengaji. Fatin!!!!!! balikk!!!! ha bukan macam tu. tapi si Miza ni tak pernah nak try improve nyanyian dia walaupun tiap minggu kena kritik benda yang sama. Miza, lebih baik awak masuk akademi jerit. awak salah tempat ni miza!






Amir Menangis depan juri?
kritikan kak Ogy malam tadi memang pedas sangat. sampai menangis si Amir ni. kesat kesat air mata depan juri. come on! malu ah nangis depan kamera dan semua orang yang menonton! nak nangis dalam diari tak pe jugak! tapi kenapa kau nangis Amir? kau memang tak berusaha pun amir! malam tadi kau nyanyi ke apa? baik aku tengok Amir Maharaja Lawak dari tengok budak ni. I'm Sorry!


Aku letak harapan tinggi pada Lena malam tadi. walaupun dia gedik, lupakan pasal tu. suara dia best. tapi aku kecewa jugak sebab kenapa kau nyanyi lagu Ella versi dangdut? haaaa..jangan la macam tu Lena. frust aku tau. tapi takpela. bagi peluang la sebab Lena tiap minggu memang boleh perform. 


Apa masalah dengan pelajar AF9 ni? aku rasa peserta program Mentor pun lagi hebat dari dorang. cikgu sorang je. tapi boleh perform tiap minggu. AF? cikgu berderet deret tu ha. Why? why? kenapa perembahan dah masuk minggu keempat pun masih tunggang langgang? 


haa..


aku taknak tengok AF lagi.


sangkaan awal aku masa tengok konsert prelude malam tu, dah melecet. eh silap meleset. tengok..sampai typing error aku tau. apa pun, aku nak tunggu persembahan dua orang pelajar baru yang diserap masuk tu. but aku taknak letak harapan sangat. takut banana fruit two times!


haii bala ni bala!


siapa belum tengok Fina nyanyi, boleh tengok SINI. dia adalah pelajar yang masuk menggantikan Aida yang digugurkan. boleh tahan gak Fina ni.