bulu telinga paling panjang di dunia!!!

Tags
pada siapa siapa yang boring tak tahu nak bela apa lagi, maklum ah kuku panjang dah penah bela, rambut panjang pun penah dulu masa sekolah, tangan panjang, tu no komen, so cuba bela bulu telinga pulak. macam pakcik ni.


smart weh. boleh geli geli. yuck. hahahahaha


tanggang moden. salah siapa?

Tags
wah update blog depan tv weh! citer apa? semanis kurma. hekeleh apa barang tengok semanis kurma? ingatkan tengok mentor ke tadi. cet! aku kan ilmiah. memang suka tengok rancangan rancangan macam ni. hekhek. poyo la tu kan. ok stop.



salah siapa kalau dapat anak kurang ajar?
ibu bapa yang boleh mencorak anak anak jadi baik. ye ibu ibu bapak bapak sekalian. sebab segala galanya bermula dari rumah. dengar ni. suami wajib bentuk anak yang baik dan soleh. jadi pilih lah calon suami yang soleh. 

ibu pula hendaklah bijak menyuruh anaknya supaya berilmu dan berakhlak. jadi pilih lah perempuan yang baik untuk dijadikan isteri.



baru ar dapat anak yang tak kurang ajar. jangan ingat nak kawen je...


gerun tengok blogger lelaki..

Tags
apa punya tajuk daa...haha tapi tu lah yang aku tengah rasa sekarang. bila blogwalking susah nak jumpa blogger lelaki. dalam 10 mungkin jumpa 4. yang lain semua perempuan. mana pergi blogger lelaki? 


tapi kalau nak tahu, 4 blogger lelaki yang aku jumpa dalam 10 blog tadi, semua hebat hebat. serius. lelaki lagi hebat buat blog dari perempuan ke? sebab blog lelaki bagi aku lain dari blog perempuan. blogger lelaki kurang cerita pasal personal. kalau ada pun sikit sikit. 


contoh blogger lelaki yang aku gerun...jengjeng..ala korang pun mesti dah kenal punya kan. ben ashaari, darkbatman, akuserius dan jejakaterhangat.  nak tahu apa uniknya dan hebatnya blog ni? ni pun korang mesti dah tahu kan?


ben ashari dengan nasihat nasihat dia tentang blogger.
darkbatman dengan tips tips kesihatan lelaki
akuserius dengan info info yang menarik dan penuh keseriusan
jejakaterhangat dengan nasihat nasihat pada lelaki mahupun perempuan. kadang kadang jadi doktor cinta. hehe


apa lagi? jadikan dorang ni contoh ah! blogger perempuan pun ada yang aku suka baca entry dorang. kadang kadang aku jadi silent reader. nanti lah next entry aku bagitahu blog perempuan yang aku geruni pulak. wah gerun gerun.


p/s blogger lelaki udah udah la kembang lubang idung tu. sok aku puji blogger perempuan pulak..berderet deret aku bagi contoh esok. hahaha

Beauty Makeover PRomotion by ZanaDeTouch

Tags
Take a Break! Iklan Time! 
RM75 instead of RM300 for Door to Door Beauty Makeover + 1 Makeup Session + Hairdo + Eyebrow Trimming + 1 Pair Professional False Eyelashes from Zana De Touch, Sunway Mentari.


Photobucket



klik sini okay!




Petua hilangkan malu bila jatuh depan orang ramai

Tags
Pernah jatuh depan orang ramai? mesti pernah kan? malu tak? mesti muka merah kan? tau dahhhh. sebab aku pun pernah jatuh depan orang ramai. adeh. stok mengundang bencana betul. jadi kali ni nak share tips macam mana nak cover malu kalau korang jatuh depan orang ramai.


tengking orang berhampiran
"oi apehal ni brader tolak gua nih?" so orang ramai akan kata laaa kesian dia kena tolak rupanya. jadi tak ah malu sangat kan? 


bangun balik dan jatuh kan badan berulang ulang kali
orang akan kata oh budak ni tengah praktis something la tu. terer budak ni.


buat buat pengsan
kalau jatuh dengan begitu tragis, korang boleh try ni. buat buat lah pengsan harap harap ada orang bersimpati dan hantar korang balik ke rumah. 


tarik kawan jatuh sekali
kalau jatuh sorang sorang memang malu. apa kata korang tarik kawan sebelah untuk jatuh sekali. tak ar malu sangat kan? 


so lepas ni masalah nak cover malu kalau jatuh depan orang ramai dah setle kan? amalkan tips di atas untuk kurangkan rasa malu. insyallah anda tak malu lagi lepas tu. amalkan lah. 


hehe.

contest km header simple tapi menarik

Tags
contest kali ni ditag oleh blogger comel lote mimie. waduh waduh. wakenabeb lagi aku hari ni. ok ok beres. aku join ye. walaupun header tak seberapa. eccey dialog nak geli je kan. contest ni dianjurkan oleh kilauanmarjan. 






ok. banner yang dipertaruhkan sudah semestinya banner yang sedang aku pakai sekarang. taraa.. 





header ni adalah header aku yang ke empat. dan yang paling aku suka antara header header yang lama. simple ke? aku just gabungkan kartun, muka aku dengan lolipop. sebab aku suka tengok kartun sambil makan lolipop. sebab tu tagline aku "hidup sedap macam makan lolipop." tak percaya? cuba ar. heaven weh. 



mangsa tag..




Handsfree paling unik

Tags
Kepada yang kaki tindik tu, ada berani ker buat camni? Senang tak memerlukan bluetooth, wireless lagi tu…


 bahaha suka kau kan!

Contest Cik Aish -- Sidebar Paling Smart!

Tags
  STICKY POST !!

oraite oraite. rilek rilek. bak kata orang, rambut sama hitam, sidebar lain lain. so macam yang aku janjikan dalam entry ni haritu, (apa lagi klik la) aku takde dalam masa 2 minggu sebab ada trip dengan keluarga terchenta di France. so taknak ah Belog Cik Aish sunyi je kan. sekarang pun dah sunyi, kalau tak berupdate 2 minggu silap silap berkarat terus belog aku ni. taknak ah kan. jadi, aku buat ah contest ni, dan hadiahnya simple je. 



KEYCHAIN ATAU FRIDGE MAGNET FRESH DARI LADANG FRANCE 
*aku berhak tukar hadiah kot kot jumpa cenderahati lain yang lagi comel kat France nanti.*



Apa syarat untuk join contest ni?
1. follow belog cik aish
2. buat satu entry tentang contest ni dan tepek banner contest serta link kan ke entry ni




3. tinggalkan url blog korang dalam petak komen kat bawah ni.
4. tag 3 orang member



senang gila ketang ah syaratnya. apa lagi tunggu? join ah cepat. hadiah tak ah seberapa pun. tarikh tutup contest adalah pada 1 April 2011. wah April Fool. tapi ni bukan fool okay. ni betul betul.  


Pemenang akan dipilih seramai 3 orang berdasarkan sidebar yang paling kemas, widget yang teratur, menarik tertarik kau memang debom, dan SMART ahh. 


ok bye!

Cara pemanduan perempuan lebih bahaya dari lelaki??

Tags
what? berani kau cakap macam tu. haha marah ni marah ni. ok sapa la yang cakap macam ni kan. sebagai ahli ahli wanita sedunia, aku terasa tau. come on, jangan mudah copkan perempuan sebagai pemandu yang berbahaya. yang eksiden bas banyak banyak sebelum ni siapa yang bawak? fikir lah sendiri


"Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan dakwaan bahawa pemanduan kebanyakan wanita di negara ini amat berbahaya dan boleh mengundang kemalangan sebagai bersifat seksis dan menunjukkan diskriminasi jantina."



cara pemanduan lelaki pula macam mana?
bukan semua pemandu wanita memandu secara berbahaya. segelintir je. kebanyakan mereka suka memandu dengan perlahan. sebab terlalu berhati hati. tapi kalau kita tengok cara pemanduan lelaki pun sama juga. bahaya juga. mereka sangat terburu buru dan tidak sabar. 


salah ke memandu perlahan kerana ingin berhati hati di jalan raya? ah lelaki ni ada je lah tau. patut lah korang banyak saman ekor. hehe. apa kata korang wahai kaum perempuan sekalian? ewah. dah macam debat la plak kan. ok lah. 


kongsi kan pengalaman korang kat sini! bye

Cik Aish : petang ni nak jogging plus sit up 1000 kali. agak agak leh kempis tak perut? 




Fikir dulu sebelum pilih program pengajian!

Tags
memandangkan pelajar SPM dah pun tahu result korang, tahniah pada yang berjaya dapat flying colors dan pada yang tak berapa nak flying color tu jangan putus asa. usia korang masih muda. banyak lagi peluang menanti korang. yang penting kena usaha okay! sebelum nak isi borang UPU, aku nak listkan perkara yang korang kena fikir sebelum buat keputusan untuk pilih satu satu program tu. 



pilih program berdasarkan minat
minat yang paling penting. kalau kita minat subjek tu, susah macam mana sekali pun kita mesti akan cuba buat. betul tak? kalau tak minat, buat apa nak tanggung risiko? jangan ikut kawan kawan ye adik adik. minat kita semua lain lain. tanya diri sendiri dulu. 


pilih program yang marketable
marketable maksudnya program yang korang nak pilih tu, laku di pasaran. semua majikan nak cari pekerja yang ada kelulusan tu. jangan amik risiko pilih program yang susah nak cari kerja. korang masuk universiti sebab nak senang cari kerja kan? jadi pilih yang marketable. nak jadi guru? aku sarankan pilih lain. sebab sekarang guru dah melambak. kalau minat sangat, risiko untuk menganggur sebelum posting tu tinggi. 


pilih program ikut kemampuan. 
kalau rasa korang rajin, daya ingatan kuat, skema habis, tak nak ada social life, korang boleh pilih jurusan yang hardcore macam medic atau law. tapi kalau korang jenis yang suka buat kerja last minit, huha huha dengan kawan kawan, jangan cuba la..nyosal ekau esok. 


pilih IPT yang marketable
IPT pun penting. selalunya majikan akan pilih pekerja dari kelulusan IPTA. tapi tak semestinya. tapi pengalaman aku, majikan prefer pelajar UiTM. sebab? UiTM guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. wallahualam. dan lagi satu, kalau nak masuk IPTS, pilih  IPTS yang diiktiraf. hati hati. 



rasanya tu je kot. yang lain tu korang fikir lah sendiri. apa pun bincang dengan ibubapa, guru guru, dan kawan kawan. tapi apa pun, tanya diri sendiri gak ko dah besar nak jadi apa. nak jadi orang ke tak? hahaha. oklah sekian je nasihat akak kat korang. wah tiba tiba jadi akak. bye.


Update nama peserta Contest Sidebar Paling Smart

Tags
Contest bermula dari 6 Mac hingga 31 Mac. ni adalah senarai nama peserta. ada nama yang tertinggal? boleh bagitahu ea.




belum join? hari ni last day. klik sini.
gud luck!


apa sebab korang join contest?

Tags
sebab dia beeeeessssttttt..
pang!! kena sebijik. ok lawak la tu ea? stop it. apa sebab korang join contest sana sini? macam aku ni ha. dah 999 contest aku join. satu pun tak pernah menang. tapi tak pernah kenal erti putus asa. (sambil nyanyi, "jika kau fikir kan kemenangan, kau pasti akan melakukan..blablabla)



sokong blogger sesama blogger
apa salahnya weh kita sokong sesama blogger. bukan susah pun syarat dia. sok lusa kau buat contest dia lak join kan. so help each other. tolong menolong amalan mulia. 


naikkan traffic
kalau kita join contest, bukan naikkan traffic sebelah pihak je. but both side will get the reward. sama sama boleh naikkan traffic. contoh macam kau join contest natural beauty, (pinjam tajuk contest abang stalker jap.ngeh ngeh) mana tahu ramai yang berminat nak bukak blog kau sebab nak tahu contest yang kau join tadi tu? who knows?


kalau menang, itu rezeki.
kadang kadang aku join contest bukan sebab nak menang hadiah. tu tolak tepi. kalau menang alhamdulillah. tapi yang penting, kita sama sama memeriahkan satu satu contest yang blogger lain buat. wah aku ni memang suka memeriahkan suasana. haha. 



so kalau korang kena tag, join tau. dulu aku pernah tak join bila kena tag. tapi sekarang dah sedar. kira beruntung orang tag kita ni kau tau! kira macam ingat gak orang kat kita. oklah. banyak cakap aku hari ni. bye.

KAU penyebab mata aku rabun!!!

Tags
hai bala bala. tengok, mata aku dah rabun. sobs. ini semua angkara kau! kau punca segala galanya. kalau aku tak kenal kau dulu, mesti mata aku sihat walafiat. aku benci kau! kenapa kau hadir dalam hidup aku haa? tak puas ke selama ni kau rampas masa aku. hari hari aku kena menghadap kau. sekarang kau buat mata aku rabun pulak!!


kau punya pasal lah ni Belog Cik Aish!

Nak start pilih 3 Hadiah untuk Contest Sidebar Paling Smart

Tags



















ni antara souvenir yang aku beli masa di Switzerland, Italy dan France. Sory la sebab currency mahal kan. jadi aku pun tak beli pape. just souvenior macam ni je. hehe. nanti nak pilih random 3 barang kat atas untuk hadiah contest yang akan tutup 1 April ni. tak join lagi? join cepat. klik sini untuk join.

ni bukan hadiah contest k. lempang nak?



Siti Nurhaliza Tiru Fesyen Cina Purba

Tags
kalau peminat fanatik nampak ni mati aku. hihi.

SEX Shop??

Tags
"Penjualan alat-alat seks yang boleh didapati secara terbuka akan menggalakkan lagi penzinaan dan masalah pembuangan bayi. Ia mendorong berlakunya perhubungan seks, sedangkan dalam agama Islam menegah kita jangan menghampiri zina. Ini (menjual aksesori seks secara terbuka) dikira sebagai menghampiri zina. Ia boleh menaikkan ghairah remaja untuk melakukan perkara yang tidak baik."





Kalau dorang kata target market diorang untuk non muslim ok aku terima tapi sejauh manakah kita boleh pastikan yang adik-adik kita yang berbangsa melayu yang beragama islam untuk tidal masuk dan membeli di kedai tersebut. orang kalau nak buat keuntungan dia jual jer. Macam kedai 4D. memang di katakan orang melayu tak boleh masuk sebab no ekor tu haram tapi bersepah jer orang melayu masuk. 


aku bimbang budak2 cina tak pergi beli budak melayu pula terhegeh-hegeh. 


Kerana itu aku sudah memperletakkan akan persoalan aku terhadap lesen perniagaan. Adakah lesen perniagaan diluluskan berdasarkan aspek teknikal? Aku kira sudah tiba masanya utk kita melihat akan aspek moral (memandangkan kedai jenis ini diusahakan oleh non-Muslim) serta sensitiviti masyarakat setempat.


Aku tidaklah emosi melihat sesuatu perkara itu, tapi dalam kita berbincang begini, aku mula terpikir, bahawa peralatan seks ini dicipta di Barat. Bukan daripada Asia kerana Asians people are civilized people (dulukala laaa..). Be it. Sama ada Arabian, Indian, Chinese, Persian, Armenian or Nusantaran, setiap tamadun ada tatacara serta budaya dalam menjaga kehormatan masing-masing. 


tak perlulah luluskan lesen untuk buka SEX Shop tu! 
teman cukup tak gemor betul!

Segmen Blog Review tu penting sangat ke?

Tags
sekarang makin lama makin ramai blogger yang rajin buat segmen blog review. macam macam style. tapi apa yang kita semua faham tentang blog review? penting sangat ke blog kita kena review oleh blogger lain? kalau blog kita lawa takpe ah gak. kalau blog kita tak lawa pun nak ke kita kena review?


blog kena kritik
bila kena review kita kena sedia kalau dorang kritik blog kita. tapi jangan ah cepat melenting kak oi. orang kritik tu bukan suka suka. tapi untuk kebaikan kita gak. mana yang bernas tu kita amik untuk baiki lagi mutu blog kita. learn from mistakes.


blog kena puji
kalau blog kita kena puji, kredit untuk kita la. tapi pas tu jangan ah sombong lak mentang mentang ekau dah kena puji. sekeh kang. bila blog kita kena puji, kat situ ah kita dapat kepuasan tau. sebab penat lelah kita bermain dengan blog ni ada gak orang hargai. kan kan kan. 


naikkan trafic
segmen blog review ni penting especially untuk blogger baru macam aku. sebab kat situ lah blog kita dalam masa yang sama akan dipromosikan. yelah kot kot kena kutuk kaw kaw ke, kena puji ke, mesti pembaca nak tahu sapa ah blogger tu kan. so benda tu boleh menaikkan trafic blog kita. 


so sapa kata segmen blog review tak penting? 



Cik Aish : teringin nak buat Segmen Blog Review jugak!


NUFFNANG BAGI BE BARU LAGI!

Tags
Alhamdulillah. hari tu dua minggu takde update blog sebab sibuk sikit. ingatkan Cik Nuffy kita ni dah majuk dengan aku. tapi bila check akaun Nuffnang, Cik Nuffy dah bagi Buffered Earning baru lagi. Kebanyakannya dari kempen Maxis, Lancome, Iphone, dan Astro. 


anak buah aku conteng tadi. hehe



tapi pendapatan tak lah seberapa sangat kalau dibandingkan dengan blogger lain. apa pun, Alhamdulillah. Pendapatan dari Iklan ChurpChurp pun makin naik. Time aku bersedey ni, happy la sikit tengok perkembangan ni. huhu. mekasih semua yang sudi follow Blog Cik Aish dan sudi singgah. sayang korang.


klik untuk join ChurpChurp

ads





BLOG CANTIK SENANG BUAT DUIT??

Tags
betul ke? terbaca ayat tu dari sorang blogger masa tengah blogwalking tadi. wah sungguh dasyat mindset tu. blog cantik = mudah buat duit. betul ke ea? blog cantik tu macam mana? ada bling bling, lip lap lip lap, colorful, ke macam mana? pastu macam mana pulak boleh senang buat duit?


sebenarnya blog yang cantik tu luas definisi dia. blog yang cantik bagi aku adalah blog yang simple, kemas, tersusun, dan yang paling penting entry yang tersusun perenggan demi peranggan. senang orang nak baca. tu definisi cantik bagi aku. kalau disenaraikan blog kegemaran aku, banyak. memang banyak. 


bila blog dah cantik, follower selesa berada dalam blog tu. makin ramai pembaca akan datang melawat blog tersebut. dan potensi untuk klik iklan iklan dalam blog tu adalah tinggi. (klik sini kalau nak daftar iklan ChurpChurp) nak tekan kan kat sini, FOLLOWER ADALAH PENTING. blog cantik, ramai follower, duit pun masyuk. 


apa pun, blog yang cantik bukan hanya luaran je tau. tapi isi entry pun kena cantik jugak. ala macam manusia gak ah. cantik rupa paras, perangai pun mesti cantik.


Cik Aish : "banyak lagi kena belajar dari korang semua."

Jom Join Bloglist Taufiq Tiramisu

Tags
ads
klik banner untuk join



ok. first time masuk blog The Moment rasa macam selesa sangat. mungkin blog dia ringan.  pakai slim world ea? T___T blog yang simple. dan menarik. ikhlas. seyesly. entry yang straight to the point. biasa lah blog budak lelaki. hehe. dan dia pun peramah tak sombong. we all dah tukar tukar banner dah. mekasih sudi exchange banner dengan cik aish. so aku nak join bloglist cik abang kita ni. aku dah. korang? jom?





Erma Fatima diraikan dengan tarian seksi?

Tags
Baru-baru ini majlis hari jadi penuh kejutan diadakan untuk pengarah dan pelakon popular, Erma Fatima. Majlis itu turut dihadiri oleh tetamu kenamaan. Namun apabila gambar-gambar sekitar majlis itu tersebar di Internet, banyak yang tepuk dahi. Masya-allah kata mereka. Macam ada yang tidak kena dengan majlis itu, walaupun suasananya meriah, glamor dan penuh kemilau.


Antara segmen yang dianggap menghina imej Erma Fatimah yang Islamik ialah tarian berunsur lucah oleh golongan maknyah. Penampilan maknyah dengan tarian itu cukup memalukan apabila ada antara mereka hanya memakai G-String, bikini, berseluar dalam selain berpakaian sangat jarang.





hmm... malas nak komen pape. fikir sendiri lah

Friendship will not last if you not forgive and forget

Tags
sekadar mengisi masa lapang hari ini dengan membaca blog dalam bilik berseorangan. sedangkan kawan kawan mungkin berbahagia kini berjumpa pasangan masing masing. mereka ketawa. bahagia. cemburu ke aku? tidak lah..dah tak ada perasaan ke arah itu. aku pernah merasanya dulu. enough. senyum. 


wahai teman yang pernah menjadi sahabat diri ini...........


benar apa yang kau katakan tu. persahabatan takkan kekal lama jika tiada kemaafan dan lupakan kesilapan masing masing. tapi seperti yang aku katakan tadi, aku kini bagai tiada apa apa perasaan sekarang. entahlah. jiwa agak kosong. kelam. suram. blog jadi peneman saban hari. melakar cerita cerita yang boleh buat diri ni tersenyum. walaupun sedikit. 


p/s :  sebenar benarnya aku betul betul penat dengan permainan dunia. sampaikan aku lupa macam mana rupanya kebahagiaan? agak agak hensem tak rupa bahagia?



BLOGGER KENA KUTUK

Tags
sebenarnya nak jadi blogger bukan senang macam kita create akaun facebook. nak dapatkan ramai follower pun bukan senang. nak cari silent reader pun susah. nak kekalkan pembaca setia pun lagi susah. semuanya tak mudah tau. apatah lagi kita blogger yang baru baru ni. yang masih fresh. belum tau pape. susah nak naik. 


korang pernah kena kutuk tak especially dari ANONYMOUS? bagi aku anonymous ni pembakar semangat aku. sebab dorang ni hanya tahu kutuk kita. dah lah pengecut sebab taknak tunjuk identiti diri kan? lepas tu nak kutuk kutuk lak. tak puas hati jom race kat trek!


ANONYMOUS ni kalau pernah menghantui diri korang dengan komen komen yang pedas menikam kalbu, kita abaikan je. mana pendapat dia yang bernas tu kita amik untuk perbetulkan diri kita. mana yang kutuk sesedap ajinamoto tu je kita abaikan. ala dengki ah tu. manusia kan...



"jadi blogger kena hati kering sikit"

Contest Natural Beauty

Tags






 terpaksa menarik diri atas sebab sebab tak dapat dielakkan. maaf



JEMPUT KENDURI KAHWIN GUNA SMS

Tags
dunia dah maju. zaman dah moden. begitu ah ungkapan mereka apabila ditanya tentang isu ini. ingat lagi dulu, bila cuti sekolah, maka berlambaklah kad kad jemputan perkahwinan sana sini. cuti sekolah + kahwin = tidak boleh dipisahkan. kad pulak berwarna warni. bau semerbak. pergh. rasa macam nak kawen jugak. ops. 


tapi sekarang, macam macam teknologi dah ada. kadang kadang kita sendiri kena tag dalam laman Facebook jemputan perkahwinan lah, jemputan pertunangan lah. macam macam. itu ah kuasa facebook. huhu. begitu mudah kan? hanya menekan keyboard. 


tu belum sentuh bab sms lagi. pun lebih senang. dan MURAH. taip je apa yang diinginkan dan send to many. nah. 1000 orang pun kau boleh send. barbanding kad jemputan yang belum tentu lagi MAMPU dibeli dek kau. 


tapi......................


tak semua antara kita yang berkenan dek perangai kau menjemput orang guna cara cara canggih macam tu. kena fikir gak hati orang yang lebih makan garam dan dewasa dari kita. yang rata ratanya lebih senang dengan cara lama iaitu menjemput melalui kad jemputan kerana itu nampak lebih bersungguh sungguh dan ikhlas. 


emm aku? ntah. aku lagi suka cara lama dari cara sekarang. kalau invitation birthday party maybe ok kot untuk aku jemput melalui facebook atau SMS. but not for wedding. tapi lain orang, lain penerimaannya. kan kan. ada yang langsung tak kisah. janji kau datang dapat mekan free. eeeii. macam aku lah tu. hehe.


oklah. bye.

lelaki itu dah tewas..mudahnya?

Tags
kajian dari universiti ntahhapehapentah di amerika syarikat menyatakan kebanyakan lelaki mudah tewas pada hubungan jarak jauh. hanya 10 peratus saja yang berjaya. 

ok kajian tu tipu je. tapi hakikatnya lebih kurang macam tu. kenapa lelaki mudah tewas pada hubungan jarak jauh? 


1. ramai perempuan penggoda di sekelilingnya
2. sunyi yang melampau
3. buktikan kejantananan 
4. mahukan cabaran
5. dah la buat pe bagi banyak banyak, yang atas tu pun aku tipu je. 


korang yang ada pakwe makwe jauh beribu ribu kilometer tu baik korang call dia sekarang. hehe. tapi apa lah sangat jarak itu jika kukuhnya kepercayaan kalian berdua ye tak? 


Earth Hour - konspirasi barat atau kita yang tak open minded?

Tags
Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim.

  

"kenapa diadakan pada jam 2030 hingga 2130? padahal ramai yang tahu bahawa waktu tersebut merupakan waktu solat isyak bgi kebanyakan kawasan. ini mungkin salah satu dari konspirasi yang dilakukan oleh barat"



Anda sedar tak, kat dunia ni waktu solat berbeza-beza mengikut kawasan? kalau kempen tu terkena pada waktu maghrib di negara kita, pandai pandailah cari masa tu. solat awal bila masuk waktu. jangan tangguh.



Sebab apa 1 jam, dan pukul 8-9? 

Sebab, selepas 1 jam, pukul 8-9 di malaysia. Masuk pulak pukul 8-9 di negara lain. Secara teorinya, selama 60jam, tiap-tiap satu negara di seluruh dunia akan menutup elektrik selama 1 jam secara berselang-seli. Selepas malaysia tutup 1 jam, thailand pulak tutup 1 jam, kemudian thailand bukak balik, vietnam pulak off, dan seterusnya



bagi aku, tak salah kita menyokong earth hour. jangan lah terlalu berfikiran sempit mengatakan earth hour ni hanya konspirasi barat. cukup cukup lah negara kita je yang banyak konspirasi. cuba open minded sikit!



teman tak pahamm mereka ni taw
CHOP! jangan pasang lilin sebab lilin penyumbang gas karbon monoksida ke udara.

JATUH CINTA BUKAN LESEN UNTUK KAU BERPEGANGAN TANGAN

Tags
kalau jatuh cinta je, mula la nak pegang sana sini. yang lelaki mungkin nak test teman wanitanya punya tahap iman dia macam mana. kalau dia bagi pegang, maknanya apa di situ. tapi tak semua perempuan macam tu kan. ada perempuan cuma bagi pegang tangan je. yang lain lain, dia tak bagi. terpulang pada individu tu macam mana. lelaki ni, walaupun dari luar nampak gila flirting, tapi nak cari calon isteri, dia nak yang pandai jaga diri. jaga serba serbi.


tapi betul ke bercinta tu lesen untuk kita berpegang tangan?
rasanya KOMITMEN HATI lagi penting.