Tukar banner jom!

Tags
Yea! Sekarang Cik Aish dah ada banner untuk blog nih! Banner ala kadar je. Tengok blogger lain macam best je ada banner sendiri. nak ah jugak kan. 


so apa fungsi banner dalam blogging ni sebenarnya?
Banner bertujuan untuk melakukan penukaran link/Link Exchange. Means that, aku tepek banner korang kat blog aku, korang tepek ah pulak banner aku nih kat blog korang. ada sesetengah blog yang just letak link exchange je. tapi aku pulak lagi suka letak banner. sebab orang akan tengok gambar, baru berminat nak klik kan. 


jom kite tengok contoh macam samizul buat.
ni contoh kalau kita just letak link exchange je. 





ni pulak contoh kalau aku letak banner korang kat blog ni.





antara dua jenis link exchange ni, aku lagi suka tengok banner. mana yang lip lap comey comey tu ah yang gatal tangan aku nak tekan. 


ni banner aku. tak seberapa ah. malas nak buat yang gempak gempak. (sebenarnya buta it) haha. so aku buat yang simple je. takde lip lap lip lap pun. jom kita exchange banner. 

Photobucket


nanti banner korang aku akan letak kat satu page lain khas untuk banner exchange. kalau berminat, tinggalkan kod url banner korang dalam ruangan komen ni. ok tata!

sesuatu untuk lelaki di luar sana..apa yang perempuan inginkan dari kamu!!!!

Tags




best tak best tak? 



entry kali ni nak ulas tentang scene ni. korang nampak tak lelaki tu tengah buatpe? of cos lah dia tengah cuba nak HAPPYKAN perempuan tu. wah gelak besar kau..kalau aku pun boleh gelak kot lelaki gelek macam ni. bagus bagus. calon pakwe yang best.


ectely korang yang dah tengok cerita ni mesti dah tau kan kenapa lelaki ni tiba tiba ambik berat kat perempuan ni? ya. sebab lelaki tu nak tebus kesilapan dia yang dah ABAIKAN perempuan tu. sweet kan? at least lelaki tu sedar dan cuba buat yang terbaik untuk gembirakan balik perempuan tu.


perempuan mana yang suka diri diabaikan korang bagitahu aku sekarang!


ending scene ni memang jahat. sebab? dah buat aku nanges. haaa. benci benci. Lelaki tu berjanji kalau dia balik lewat, pergi mana mana, dia akan beritahu perempuan itu. supaya perempuan tu tak risau. selama ni lelaki tu tak pernah peduli untuk bagitahu sapa sapa ke mana dia nak pergi, apa urusan dia. dia tak biasa buat semua tu.


tapi kerana sayangkan perempuan tu, dia cuba baiki diri.walaupun susah.tapi baginya berubah demi yang tersayang apa salahnya kan. "you're not a person who is nothing to me" ye.



wahai kaum lelaki. adakah anda tahu bahawa hati perempuan sangat lembut? 
cuba kita pejam mata..
bayangkan sekiranya pasangan yang kita pernah abaikan, tiba tiba pergi meninggalkan kita buat selama lamanya, tidak kah kita rasa bersalah kerana tak berkesempatan memberikan yang terbaik untuk dia?




pada masa tu, segalanya dah terlambat. 

Lepas ni Terminal One Seremban pulak berhantu?

Tags
aiyoo aiyoo tak tahu. siapa kat sini yang duduk Seremban? kalau duduk Seremban, mesti masa zaman sekolah dulu selalu dating kat Terminal One kan? huhu. ala yang dekat dengan station bas tu. dulu selalu ah aku dating situ. ops pecah lubang. tapi sekarang sorry ah. makin lama makin sakit mata pandang budak budak sekolah dating situ. dah tu ramai pulak tu pelancong Bangla Nepal Indon sume ada. Mekasih daun keladi. baik duduk umah je.


hari ni baca paper utusan. Seorang pemuda maut selepas terjun dari bangunan Terminal One malam tadi. waktu kejadian pukul 7.50 malam. magrib gitu. Pemuda Cina tu mati serta merta sebab terjun dari tangga tingkat dua pusat beli belah dan kepalanya terhentak atas kereta. Polis masih siasat punca lelaki Cina ni bunuh diri. 


Hm..aiyo..apa kes lah bunuh diri lak kat situ. so remaja remaja sekolah yang selalu dating situ lepas sekolah, hati hati ah. korang jangan buat onar lak kat tangga tangga situ. jadi pape susah nanti. okay.




cuba duduk rumah. macam aku ni. apakah?

Contest Bergambar: Saya Sayang Kawan-Kawan Saya

Tags
gua kena tag wook!
salam semua..tadi aku kena tag dengan Pariparisakira untuk join contest ni. eh contest lagi? menang pun tak penah.sedey sedey..sob sob. takpe. kita berusaha!! T____T




Gambar yang dipertaruhkan adalah gambar saya dengan kawan kawan masa praktikal dulu. DULU ye. masa ni tengah bertatih lagi. gambar muda muda dulu la katakan. check it out!




kenapa saya sayang kawan kawan saya?
Sebab kami pernah bergaduh masam muka, kami pernah tak tegur dua tiga hari, kami pernah pujuk balik diri masing masing, kami pernah menangis sama sama, kami pernah ponteng kerja sama sama, kami pernah kena marah dengan mak masing masing sebab balik lambat, kami pernah peluk rapat rapat. dan kami pernah kata...

"we were born to be together"

sweet kan kite dulu? 



mangsa tag : selipar toilet, nelly, nuriz




Ada beza ke breast dengan dada?

Tags
Assalamualaikum wbt.
Pertama kali memberi salam dengan penuh sopan setelah membuat tajuk entry sedemikian rupa. Maaflah ye. Bukan apa, cuma terfikir pasal breast eh bukan pasal perbezaan kedua perkataan tu. 


Dulu, aku dan Mr F pergi KFC. Nak makan tengahari. Sampai je kami di kaunter, aku pun order cepat cepat. Maklum ah perut dah gerudi inul dah. Lapar teramat. 

"dik, bagi akak Dinner set tu. Nak yang spicy ye. Taknak drumstick. Nak breast."

aduh.

Sakit aku dibuatnya bila Mr F siku aku. Dia bisik..
"kenapa sebut breast? kenapa tak sebut dada? malu lah!!!"   
muka dia merah dah masa tu. sebab aweknya order benda yang memalukan kot.


aku bantai gelak depan kaunter tu jugak.
"apa beza breast dengan dada? sama je. kite dah biasa sebut breast ah kalau nak order ayam! awak ni nape? siku siku saya. sakit tau tak!!".  


"eh malu lah. Ya Allah. Jangan ah sebut kuat kuat."

 




"Yang awak gelabah ni nape? Breast dengan dada sama je." 
aku dah pelik dah. takkan aku nak order camni lak..
(dik, bagi akak ayam bahagian t****) takkan kot?


"dahhh dah"  terus dia tutup mulut aku. 


endingnya...
kitorang blah sambil kena gelak dengan budak yang ambik order tu. pasal breast pun nak siku aku. sakit tau tak. sok kawen nanti camne? hahahahahahahaha. mangkuk sungguh.

LOL.......

eleh ingat aku nak ngurat kau?

Tags
fineeeeeeeeee..gedik dah sampai la tuu nak usha usha mamat hensom. la...poyo je..ahaksss!!


entah..dulu time sekolah hormon nak usha usha pakwe hensem memang ada. pantang dow nampak pakwe hensem. mula ah gelabah tak ingat. berangan lebey lebey..jerawat pun time time tu ah nak tersembul keluar. ok itu tipu.




tapi bila umur dah makin meningkat nih, hormon hormon tu semua macam takde dah. ada tu ada tapi macam ala ala terkawal gitu. kira macam "ekeley mamat ni."  hahaha! muntah hijau ah pulekk..


so bila aku terjumpa sorang pakwe hensem kat kedai NIKON Alamanda tadi, disebabkan hormon nak mengusha tu dah terkawal, benda tu macam jadi biasa je. just tengok mamat tu, then buat macam biasa. cuba kalau aku yang berumur 17 tahun dulu yang jumpa mamat tu tadi. kompem mata aku ni dok jelingg pastu sengeh sengeh tunggu no fon. orang lain dengar rasa nak bunuh diri je.



dengan itu..aku sekali lagi mengisytihar kan..
aku dah tak heran dengan lelaki hensem. dan aku tau dorang pun tak heran dengan aku. tak kot...dunia memang tak kan pernah adil...wah ayattt...nak geli je..hahhaha!! ayat frust ke hape nih??





Cara mudah download video dari Youtube

Tags
yea! maaflah aku ni bukan celik IT sangat. Tapi memang suka belajar benda yang aku tak pernah tahu. contohnya macam download video dari Youtube. korang yang dah pakar bab benda alah ni tayah baca skip je okay. just nak share pada siapa siapa yang belum tahu lagi. T_____T


Actually banyak cara nak download video. Contohnya macam Youtube Downloader, IDM, DAP, dan macam macam lagi lah nama nama yang pelik pelik nih. T__T So kali ni aku nak suggest cara yang paling mudah. iaitu dengan menggunakan www.savevid.com  




cara nak guna senang je. kita just letak url video yang kita nak download tu dekat kotak url tu, then kita klik download. Just like that. ok. Bye!


apa aku buat kalau masak tak jadi?

Tags
salam semua.
disebabkan aku belum makan tengahari lagi, aku nak buat entry pasal masak. ye perempuan perempuan di luar sana. pasal masak. korang mesti pandai masak kan? kira macam pejam mata pun dah siap. aku? boleh ah sikit sikit. eh makcik, pilih saya jadi menantu meh meh. erk!!



MASAK NASI GORENG
ni menu paling first sekali masa aku belajar belajar nak masak. nak tergelak pun ada gak ah. tak pernah kot masak masak ni. main masak masak pernah ah. kira macam bodoh bodoh lagi ah. pegang bawang pun boleh terlepas kot masa tu. aku pun konfidend je masak nasi goreng. 



LAST LAST TAK JADI
rasa nak nanges pun ada. pastu tak sedap langsung lak tu. masa tu 10 minit lagi mak ayah nak sampai rumah. aku pun apa lagi, siap call delivery makcik tomyam kat taman tu order nasi goreng. dan yang lagi kejinya, aku siap hidang untuk mak ayah aku. 


siap kena puji. 
padahal nasi goreng beli. ampunnnnnnnnn.



tu cerita 10 tahun lepas. sekarang konon ko nak cakap yang ko dah pandai masak ah? T________T apa pun semua tu jadi pengalaman kita semua gadis gadis yang cuba nak belajar masak. Alhamdulillah aku bersyukur sebab sepanjang aku tinggal di rumah sewa masa aku belajar dulu, aku memang berkesempatan nak belajar masak. kalau harapkan duduk bawah ketiak mak je, memang aku tak belajar masak sampai sekarang. mak aku surirumah. jenis yang memang akan masak untuk anak anak dia. jadi bila aku berjauhan dari mak aku, baru ah aku dapat berdikari sendiri dan belajar masak. 


eh korang tau tak memasak ni satu benda yang paling best?? satu kepuasan tau! kalau sedap, kena puji, tu bonus. kalau tak sedap pun kau kena makan gak. pastu next time buat lagi sampai pandai. HAH HAH

First time kena blog review..wahaha

Tags
Special thanks to NELLY! sebab sudi review blog saya. eksaited nih. memang terujaa ahh. maklum ah blog kita bukan femes pun kan. takde sapa nak review blog ni. sob sob. trafic pun lengang jekk. erk gedik sangat apesal ko ni aish?? ok. seyes. sebenarnya bila NELLY tanya napa aku nak dia review blog aku, aku tak reti buat esei panjang panjang. aku cakap ah aku cuma nak NELLY bagi pendapat peribadi tentang blog nih. tu ajekk. 




seyes k. aku nak tanya orang tentang blog nih memang aku penyegan tahap nak rasa penendang je. bukan apa, banyak lagi yang kite kena belaja pasal blogging ni. aku pun baru lagi. so memang harap sangat sangat ah tunjuk ajar mu sifu kan. jadi memang kena tebalkan muka ah mintak orang review blog kite ni. so special thanks kat NeLLY. 


jom kite terjah blog nelly ramai ramai. 





cara nak letak iklan ChurpChurp dekat blog

Tags
alamak. tak pernah pernah aku buat tutorial nih. bukan taknak buat. cuma aku tak reti nak explain sangat. tapi aku try ah. lagi pun Azira request aku pasal nak letak iklan ChurpChurp nih. 



First
Korang mesti dah daftar akaun ChurpChurp. pastu bila dah start sharing apa apa kempen tu, korang akan dapat personal link kan? macam ni. copy personal link tu. 




Second
untuk gambar : korang boleh cari sendiri kat google gambar yang comel comel. macam aku, aku pilih yang macam ni. tapi terpulang korang k. kat google pun banyak gambar ChurpChurp yang comel comel.




ok da pilih gambar, korang edit kat photobucket untuk dapat direct link. resize la sikit. macam aku, aku guna saiz width100 height100. terpulang masing masing okay. lepastu amik direct link gambar tu. 


Third 
Untuk tepek kan gambar tadi dan bila orang klik je terus link ke personal link yang korang dapat masa step first tadi, korang amik code ni dan letak kat widget korang kat sidebar tu. tau kan cara nak letak. pergi dashboard, design, pergi add a gadget. pilih html. paste kan code ni. 


<a target="_blank" href="PERSONAL LINK KORANG"><img
border="0" alt="ads" src="DIRECT LINK GAMBAR"/></img
border="0"></a>



ATAU PUN BOLEH JUGAK GUNA KOD NI




<a href="PERSONAL LINK KORANG" target="_blank"><img src="DIRECT LINK GAMBAR" width="120" height="120" /></a>





ok? boleh ? kalau faham kasi angguk itu kepala. hehe. ok bye!  selamat berchurpchurp!


blog yang ditempek muke cantik sana sini, tapi post hampeh lagi digemari dari blog tak tempek muke tapi post best..kenape ?

Tags
Astagfirullah..
mengucap dulu. apa ke panjang sangat tajuk ko ni aish oiii! dah macam keretapi Senandung Malam dahhh. SEO pun tak dapat detect blog ko kalau gini rupenya. redho je ah korang ea. 


ok. kali ni nak share tentang pendapat seorang blogger pasal kenapa blog yang tempek muka cun sana sini, tapi postnya biasa biasa je, lagi digemari dari blog yang tak tempek muka cun tapi isi postnya mantap. wahh. agak pedas jugak ah brother ni berkata kata. aku pun terasa kebahangannya okay. walaupun aku tempek muka yang tak cun dan blog pun tak hape hape tapi ai tetap terasa okay. baik. jom kita ulas. 


macam ni bro. senang cerita la kan.


1. semua orang sukakan kecantikan. tu fakta bukan auta. kalau kita dapat hadiah banyak, mesti kita tergerak nak bukak hadiah yang bungkusan dia lawa idak gitu? isi dalam tolak tepi dulu. ah jangan tipu ah. betul takkk? 


2. kadang kadang orang ni bila tengok owner cun je pastu tepek muka sana sini dalam blog tu, dia pun rasa macam "eh nak try usha jap ah"  memang hampeh ahh


3. siapa kata blog yang tepek muka cun sana sini, takde kualiti? kualiti tu sebenarnya subjektif. ada blogger cun yang tulis dua ayat je dalam entry tapi dianggap berkualiti sebab makan dalamm beb ayat dia. menusuk kalbu betul ah kan. ada gak blogger cun yang letak macam macam info bernas yang memang boleh diguna pakai. contoh tips kecantikan. kira tu pun orang kata berkualiti. so kualiti tu subjektif ye bro. 


4. siapa kata blog yang tak tepek muka cun sana sini, orang tak suka? eh saapa kataaa? nak aku kasi contoh? korang pergi blog ni. aku memang silent reader blog ni. memang tak tepek muka sana sini tapi orang suka entry dia. BLOG SERIUS 


bro ni letak gambar katun je. tapi ramai suka ooh blog dia nih



5. siapa kata apa yang bro kata tu betul? aahhh apa benda aku cakap ni. 


korang lak pendapat caner? blog korang tepek muka besar besar kat header korang kan? macam aku ah. tapi aku tak cun ah macam korang. *sedar diri*  haha. larikksss


ok bye!

DFChannel Photography

Tags
DFChannel Photography has identified three main locations for the outdoor portraiture:
  • Putrajaya
  • Tasik Shah Alam
  • Taman Tasik Perdana
so sesuai sangat ah korang korang nak bergambar sakan. jom klik untuk tau macam macam lagi pasal ni.



klik awek ni.

ads



sedetik lebih...

Tags





SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu








ChurpChurp : berapa hengget dah kumpul??

Tags



salam. hai uols. apa ceritaaa? ok hari ni aku nak share tentang ChurpChurp. ala komfem ramai yang dah tau. kan kan? last sekali aku bukak akaun ChurpChurp aku rasanya minggu lepas. masa tuh aku baru earned 30sen. macam sadis je. nak nanges pun ada gak ahh. semalam aku bukak ah balik saja gatal tangan. aik. RM12.80 dah? wah perkembangan yang baik. ha korang yang trafik jam hari hari kat blog tu mesti lagi masyuk kan. sedangkan blog picisan aku yang lengang tak de trafic jam ni pun boleh dapat ni tak sampai seminggu.



bukan susah pun.
korang tak daftar lagi ChurpChurp?
bunyi macam nak cium ah pulekk...



ads 
klik lah saya untuk daftar!


meh sini klik untuk daftar. chupchupppppppp...sayang korang.
erk!


ok bye!!

kurang gemar betul blogger yang terlalu mengutuk perempuan pasal pakaian secara keterlaluan!

Tags
nak marah, marah lah. aku tak kisah.
aku memang cukup terkilan bila ada blogger yang terlalu taksub nak kutuk perempuan tentang pemakaian. fine. memang perempuan perlu tutup aurat. dan memang kita sebagai umat islam kena saling mengingatkan. tapi bukan dengan cara mengaibkan perempuan tersebut.



ada siapa siapa terasa?



please. ada ramai blogger otai kat luar sana yang beriban follower, menggunakan cara yang terbaik untuk mengingatkan kaum hawa untuk menutup aurat. 


nak tahu cara yang terbaik yang dorang gunakan?


1. mereka memasukkan hadis hadis yang menyokong supaya perempuan menutup aurat. so bila perempuan baca even dorang panas telinga pun, tapi tu hakikat yang agama suruh kita buat. kadang kadang memang sentap sampai kan perempuan ni terus terdetik nak berubah tutup aurat. tu hadis dan ayat al quran punya penangan.



2. mereka tidak memasukkan gambar contoh perempuan yang tidak menutup aurat. korang tau tak, menegur perempuan yang tak menutup aurat dan dalam masa yang sama korang menempek gambar tidak menutup aurat dalam entry tu, apa maknanya? same kan?



3. mereka menggunakan bahasa yang halus, sopan dan penuh tata susila sebagai umat yang mahu menegur sedara sesama islam. bukan dengan cara memaki hamun, mengherdik dan meluahkan kata kata jengkel pada perempuan itu. 



aku tahu tajuk entry yang melibatkan perempuan dan pemakaian memang top search lahhhh. tapi korang jangan gunakan tu sebagai cara nak naikkan trafik. nak ingatkan kaum hawa yang tak menutup aurat bukan begitu caranya. 


ok bye.

Yang suka tukar tukar status kejap single kejap in relationship..loya la.

Tags
wahai remaja...matangkan lah diri kamu. bila bergaduh, tukar single. lepas tu pakwe pujuk, esok tukar in relationship. lusa pakwe bagi hadiah, sayang gile gile terus tukar engaged lak. pastuh married. tulat gaduh balik sebab pakwe sibuk sangat, tukar kepada widowed. pakwe tak pujuk terus tukar single pulak. 


annoying tau tak???


tu belum cerita lagi bab jiwang karat dengan kekasih hati. Please lah. apa gunanya message kat facebook tu? tu ha chat box tu kan boleh guna? tak boleh ke dorang guna tu untuk bagitahu ayat ayat jiwang tu kat situ je? tapi bukan ke 5 minit sebelum tu dorang dah msg kat henpon awek masing masing say i luv u. untuk apa la lagi nak publish kat wall fesbuk tu. nak bagitahu satu dunia uols tengah bahagia? orang lain tak bahagia?




seyes aku nak muntah hijau kat sini.
aku da ah belum makan tengahari lagi ni. 



mana yang tak buat, cool je ok. 
mana yang pernah buat, no heart feeling ok.




Kos penghantaran POS LAJU yang perlu korang tahu

Tags
Salam uolls. Ramai yang masih tak sure atau tak berapa pasti (eh sama la tu kan) dengan kos penghantaran atau kita panggil postage yang selalunya melibatkan shopping online sampai lebam di kalangan korang korang kan. Ada yang nak buat online blogshop tapi tak sure tentang kos penghantaran. 


Sebenarnya kos penghantaran pos laju memang agak mahal. Jadi kalau kita beli barang thru online jangan salahkan pemilik blog tersebut yang terpaksa meminta bayaran extra untuk postage. Kos barang online akan jadi naik lagi disebabkan postage. 


macam aku dulu ah beli inner cotton dari satu blog ni harganya RM16 je. tapi kena bayar RM21 untuk tambahan RM5 postage. kalau kita beli kat kedai je tak kena pun caj caj tu sume kan? tu la kekurangan beli melalui online ni. tapi aku beli gak ah inner tu sebab kat luar memang susah nak jumpa inner yang tak melekap dahi. so bayar je ah kan. 



ok so kat sini aku nak sharekan info tentang kos penghantaran menggunakan pos laju. sebab aku baru balik dari pos laju so terus ah aku intebiu jap staff tu nak kepastian. gigih tak? T___T


KOS PENGHANTARAN BERBEZA IKUT BERAT
ok ni rasanya semua dah tahu. kalau korang pos dictionary Oxford yang tebal tak ingat tu, memang la mahal kos postagenya. tapi kalau bawah 500gram, korang kena bayar RM5.75


KOS PENGHANTARAN BERBEZA IKUT DIMENSI
ha ni best. rasanya member aku dulu tekejut beruk gak ah sebab barang yang dia nak pos kan tu tak ah berat pun. tapi dia pakai kotak yang saiz besar. so kosnya pun mahal ah. jadi nak bagitahu kat sini elak bungkus barangan dengan kotak yang besar, kerana walaupun beratnya tak seberapa, tp occupied byk ruang 'kargo'..


PERGI PEJABAT POS LAJU DAN ELAK GUNA PEJABAT POS.
ada beza ye pergi pos laju atau pejabat pos. sebab? ye ah pejabat pos bukan nak layan korang untuk pos surat je tapi banyak lagi servis lain kan? ada yang nak bayar bil ah, bayar ptptn ah tu ah ni ah. so manusia pun ramai.


kalau kat pejabat pos, dorang akan ukur setelitinya barang yang kita nak poskan tu. especially staff perempuan. so agak leceh gak ah di situ.


manakala di pejabat poslaju, tak ah seperti pos ofis nak ukur bagai. aku rasa lagi flexible. setakat ni aku tak penah la pulak hantar satu beg sampai kena charge  RM9.45. TAPI kalau kat pejabat pos memang aku penah tekena bayar RM9.45 untuk satu diaper beg je!! 



Ok tu je ah nak kongsikan. boleh je nak cari info kat internet pasal ni. tapi aku jenis tanya terus kat staff tu. lagi sahih dan jitu gituuu...
okbye!




apa yang khairul fahmi @ apek suka makan?

Tags
heloo ni pun kau nak buat entry ke? lantak ah dia suka makan apa pun. bukan kau bakal bini dia pun nak masak untuk dia hari hari. alaaaaaaaaaaaaaaaaa...


semalam member aku tag aku kat facebook. suruh aku tengok nona pukul 2 tadi. pelik ah plak apa pasal lak kan. ko jadi pengacara nona ke? ke nona temubual ko? memang aku jeles ah camtu. tapi rupa rupanya nona hari ni ada siarkan pasal khairul fahmi @ apek. ala keeper muka korea tu. 




eksaited lah gak nak tengok. tak rugi tunggu nona hari ni. *first time aku tengok nona* so apek ada cerita dia dulu sekolah kat mana makan apa semua. aku tak kesah pun dia suka apa makan apa semua tu. bukan aku heran sangat pun. cuma suka tengok cara dia. macam low profile je


apek bagitau aku eh silap dia bagitau nona tadi, dia sebelum tidur suka pasang cd. aku ingat citer apa dia tengok kan. ehemm.. rupanya tengok citer kartun naruto. so korang, besday dia nanti belikan cd naruto untuk apek ye. feveret dia tuh. orang tua tua kata lelaki yang suka tengok kartun ni manja orangnya. erk.. 


so korang yang minat gile kat apek apa lagi...bulan ramadhan yang akan datang jangan lupa masak ayam goreng banyak banyak. pastuh hantar kat umah dia. pos laju pun boley. so apek suka makan apa? ayam gorenggg.....



"ha ? ayam goreng? sedapnyaaa.."



dah macam upin ipin lah pulekss....

ok bye!

5 sebab kenapa budak sekolah kena pakai iPhone?

Tags
sekarang ni dah jadi trend budak sekolah tak kira aah darjah 4 ke darjah 6 ke tingkatan 2 ke. dorang kebanyakannya dah pakai iphone.

apa kata makcik M
"duo ari lopeh Makcik tunggu bas nak poie boli sayur kat pasar. tongah tongah tunggu tu macam biaso makcik memang suko perati manusio lalu lalang kek bustop tu ha. makcik tonampak la sorang budak sekolah ni uuhh mak aii. tokojut makcik ha. kocik kocik dah kuar apo henpon moden tu apo ko namo eh tu...ikon?ipon? aa iphone! henpon mahaaall tu. budak budak zaman sokarang. majuu!"




"makcik, nak tahu apa sebab budak sekolah dah pakai iphone skarang?" budak sekolah tu tanya makcik M



LAIN DARI YANG LAIN
biasa ah bila pakai henpon standard cap ayam, dah sama ah pulak dengan kawan kawan yang lain. so dia pakai la iphone sebab nampak la lain dari yang lain. bukan semua budak sekolah leh pakai iphone idak gitu.



MENGEMBANGKAN LUBANG HIDUNG
bila budak sekolah pakai iphone, kawan kawan semua ngaku kau lah kawan baik aku. bukan apa, pakai henpon mahal, poket kompem penuh sampai gembol gembol. mesti ah kawan kawan puji kau ni hebat lah. kau ni ada style ahhh..mau tak kembang?



HENPON CAP AYAM SESUAI DIPAKAI AYAM AYAM DI KAMPUNG
well, mana ada lagi manusia pakai henpon samsung ke sony ke yang pakai button button ni. sume tu ayam je pakai. sebab tu i pakai iphone.  


JARI ALLERGIK DENGAN BUTTON HENPON
dah nama pun budak sekolah kan..jari pun lembut lembut lagi. mana leh tahan tekan tekan button selalu sangat. maklumlah nak mesej dengan kawan kawan sekolah semua. kena ah pakai touch skrin. seret seret je. 



MAK AYAH BAGI, PAKAI JELAH
tak elok menolak pemberian orang tua. dorang dah bagi, kita amik je lah..sebab nak harap duit sendiri pun boleh beli gak. tapi duit sendiri nak beli buku rujukan nota nota semua tu. 



HENPON MURAH BOLEH BALING DINDING
selalu gaduh dengan awek mesti nak baling henpon. so bila kita pakai iphone, gejala buruk ni dapat ah kita bendung idak gitu? bila marah je, kita takkan sampai hati punya baling iphone. kan bagus tu ?


eh makcik nak dengar 5 sebab je yang kau bagi sampai 6 tu nape?

ntah makcik. saya memang pemurah.




makcik M belah sambil buat muka. 

T____T

Ni cerita pasal Si X, Si Y dengan Si Z...

Tags
tajuk nak panjang macam LRT. Nasiblah ye. Dah itu tebiat aku. T____T Sebelum nak pot pet lebih lanjut lagi pasal topik ni kan, apa kata kita layan ah dulu biskut tiger cicah air milo sambil layan video klip ni. 


ala. lagu lama je. tapi tak tahu la dengar banyak kali kat mp3 cap ayam aku ni hari hari pun stil tak jemu. pastu nak leleh leleh lak dengar apa kes lak kan? pada hal lagu je.ngaku jela kau ni memang cengeng. haks haks


Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali..

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta buta
Kebutuhan mu




manusia ni ada macam macam ragam dia. manusia kan? kucing pun ada macam macam peel nya kan? kalau buruk peelnye boleh gak ditendang tendang. kalau manusia? ha lu pikir la sendiri.



Si X 
"dulu saya selalu dikecewakan. perit rasanya. sebab tu sekarang sejak saya ada pasangan yang baik ni, saya terlalu sayangkan hubungan kami dan jaga dia sebaik baiknya. saya taknak dia rasa kecewa macam yang saya rasa dulu"
Cik Aish : Si X terlalu berhati hati dalam hubungan sebab dia taknak dikecewakan lagi.



Si Y
"dulu gua memang pernah kena tinggal dengan awek gua. bulsit rasanya. gua rasa perit menikam kalbu gak ahh. sebab tu gua sekarang hidup menjadi jadi dengan twisties. sana sini awek gua angkut. boring je gua tinggalkan ahh..biar dorang rasa perit macam gua dulu"
Cik Aish : Si Y seorang yang pernah dikecewakan menyebabkan dia jadi pendendam.


Si Z
"i tak pernah dikecewakan. dari dulu sampai sekarang we all bahagia. dan kalau boleh i taknak kecewakan dia dan i taknak dia kecewakan i. we understand each other.."
Cik Aish : tunggu saat dikecewakan. eh tak tak tak. em baguslah kalau tak pernah rasa dikecewakan.




see..?
macam macam ragam kan.
anda kategori si X ke Y ke Z?
tepuk dada tanya selera.














SHISHA : apa itu shisha? hukum hisap shisha dari pandangan Islam? check it out!

Tags
"Adalah tidak sesuai bagi seorang wanita untuk duduk bersilang kaki dan merokok di tempat awam."

 

  

LARANGAN HISAP SHISHA AKAN DIKUATKUASAKAN

 

Jika sebelum ini larangan merokok dikuatkuasakan, menyusul nanti, shisha. Selain itu ia turut disenarai dibawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. Larangan itu susulan laporan khas Buletin Utama minggu lalu mengenai bahana shisha.


Kementerian Kesihatan menurut Menterinya, memandang serius isu itu. 

Serentak itu, kempen kesedaran bahaya shisha akan digerakkan, termasuk penguatkuasaan larangan menghisap shisha di premis yang sama dengan larangan merokok serta larangan menghisap kepada mereka berumur bawah 18 tahun. 

Kawalan shisha dari segi perundangan juga akan dicadangkan. 

DATUK SERI LIOW TIONG LAI / MENTERI KESIHATAN
Oleh itu saya dah mengarahkan kepada ketua pengarah, pengarah-pengarah negeri untuk mengingatkan orang ramai, mengadakan kempen larangan merokok termasuk larangan menghisap shisha. Kalau dulu kita hanya mengadakan kempen larangan merokok, kita kena sekarang tambah larangan menghisap shisha sekali. 

Larangan itu katanya, akan dikuatkuasakan secepat mungkin. 

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, W-H-O, menyebut shisha berbahaya 400 kali ganda daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar yang kepekatannya tinggi berbanding rokok. 

WHO juga melaporkan, 17 peratus kes penyakit batuk kering, dikaitkan dengan penggunaan shisha.

Sumber : Berita TV3

 

 

 

TAU TAK APA ITU SHISHA?

 

shisha adalah panggilaan dalam bahasa arab. ia sejenis waterpipe la lebih kurang. cara hisap dia senang. sebab aku dulu member ramai hisap shisha. malam malam minggu kat melaka, open table kat pantai klebang. eh aku tak hisap ok. sebab alah dengan asap. cara hisap dia cuma letak je perisa kat tempat dia, pastu letak batu arang panas kat atas dia pastu kita sedut asap dia pakai pipe. Just like that. 

 

 

HISAP SHISHA KURANG BAHAYA BERBANDING ROKOK..SAPA KATA??

 

shisha dan rokok adalah dua benda yang sama. kita layan tembakau tapi dengan cara yang berbeza. cuma nikotinnya kurang sikit compare dengan rokok. TAPI TAPI TAPI tar dalam shisha jauh lagi tinggi dari rokok ye adik adik sekalian.

 

   

 

SUMBER MENGATAKAN.........


"masyarakat yang menghisap merokok shisha atau tembakau herba akan berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Hal itu disebabkan, dalam satu sesi menghisap merokok shisha memiliki kecenderungan 4-5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida dalam badan berbanding semasa menghisap merokok tembakau. Tingginya kadar kabon monoksida ini nantinya berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar."




APA HUKUM HISAP SHISHA DARI PANDANGAN ISLAM?

soalan ni pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz. jom kita baca!

Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?

Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:


يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)


Dan firmannya lagi:


ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)


Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi) 






So? Dah terang lagi bersuluh kan?
nak lighter lagi kasi lagi terang?