Kite sayang awak, awak sayang kite tak? dialog budak sekolah

Ingat tak filem air mata berjurai Lagenda Budak Setan? ala yang korang tengok sampai leleh hingus tu. yek. yek yek. eh macam aku tak nanges je kan? Ngee.. biasa lah tacing-tacing tu. ingat citer lama. ok stop. 


ingat tak bila fisrt time korang bercinta? eleh. malu pulak. mesti masa tu korang first date kat kantin tak pun belakang blok sekolah tak pun kat library. kan an an an. ala sama la kitew hakhaks. seyes dulu aku tak penah becinta time sekolah. betul. tak caya tanya mak kitew. *apesal aku cakap ngade macam dak sekolah lak ni* lempang?


kalaulah aku ada adik, aku nak nasihat satu je. fokus study dulu baru bercinta okay. bukan apa, takde niat pun nak jadi akak yang mengongkong atau tak sporting ke hape kan. tapi percayalah. cinta zaman sekolah tak bawa ke mana. bawa ke neraka ada la. nape aku cakap camtu? 


sebab masa korang kecik sekarang ni, korang belum ada banyak pengalaman. korang belum berapa nak pandai bezakan buruk baik. bila bercinta masa sekolah, korang rasa khayal. mula malas nak belajar. mula lawan cakap mak ayah kalau dorang tak bagi duit belanja lebih kat korang. macam aku tak tahu duit belanja tu korang guna untuk belanja awek tengok wayang kan?


DRAMA BILA BUDAK SEKOLAH BERCINTA


bila dah khayal bercinta, sekolah malas, ilmu pun kurang masuk dalam kepala otak korang. bila ilmu kurang, korang jadi bodoh. sebab kurang pandai. pastu bila pasangan korang minta pegang itu pegang ini, korang bagi. konon ilebu ulebmi. last-last korang dah kena buatan orang. bukan pasangan korang bomohkan korang. tapi pasangan korang bagi baby kat korang. 




lepas tu elok-elok ponteng sekolah seminggu dua, terus berhenti sekolah. masa ni korang nak lebiu lebiu lagi dengan pasangan korang tuh. tapi sayang, dia dah belah dengan awek lain. sekarang, korang duduk diam-diam, fikir. apa lagi yang tinggal untuk korang? pelajaran? gone. harga diri? gone. 

dosa kata apa tau, "here i come"


10 tahun akan datang korang fikir pulak ye konon lah korang dah survive dari semua masalah tu. tapi dalam jangka masa panjang, bila korang dah terjumpa seorang lelaki yang ikhlas sayangkan korang dan nak kawin dengan korang, apa perasaan dia bila tahu sejarah hitam korang? 



jadi...say no to couple time sekolah oraite. 
nasihat akak kat adik adik di luar sana. muah.

ok bye!
Assalamualaikum!!


Kontest Blog Cun.Lawo.Kemas.

Tags


ehem ehem. aku buat kontest, pastu aku join kontest. ha leh lak kan? takpe. saling bagi support apa salahnya. kan an an an. 


syarat-syarat yang tuan punye blog suruh aku buat..

1. warga negara MALAYSIA . of kos
2. semua jantina diterima female here
3. ada blog! takder blog .. ditolak ! adaa
4. follow blog aku kalau rajin..taknak tak mengapa. follow dah
5. tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin boley join done


Tarikh tutup :
30 mac 2011... itupun melebihi 100 orang penyertaan .


Hadiah :
WANG TUNAI berbentuk topup menanti anda !
 
saya nak tag mereka!
 
 

dah sayang ketat ketat pun kena tinggal jugak

ok. sebelum readers semua pikir aku ke yang kena tinggal, baik aku higlight dulu ni sebenarnya situasi orang lain. cuma sekadar berkongsi pengalaman. boleh kan?


tak kisahlah lelaki ke perempuan dua dua sama je. dua-dua nak sayang dan disayang aite? bila dah sayang, memang sayang ketat-ketat. semut nak nyelit pun susah. tapi bila dah kena tinggal, memang frust nonggeng, kurung dalam bilik nangis sampai lembam, dengar lagu sedey-sedey, memberontak taknak makan dan macam-macam lagi lah. pastu mula buat question mark mana salah silapnya sampai dah sayang punya ketat pun masih kena tinggal gak. 


PERTAMA, korang memang sayang ketat-ketat kat pasangan korang. say ilebiu hari-hari tapi korang lupa yang pasangan korang taknak ucapan ilebiu semata-mata tapi nak korang caring kat dorang. caring tu maknanya ambil berat. bukan berat dorang kita timbang. tapi kita cuba untuk selami apa masalah dorang, bincang heart to heart gitu.


KEDUA, korang memang sayang ketat-ketat kat pasangan korang. sampai apa je yang dorang nak buat, nak pegi mana, dengan siapa, semua korang nak sibuk-sibuk. sampai dorang rasa yang dorang dah takde life selain buat report harian pergi mana, dengan siapa, semua tu lah kat korang. jadi dorang rasa macam sesak nafas. last-last semput terus mintak clash. heh heh


KETIGA, korang memang sayang ketat-ketat kat pasangan korang. tapi yang lelaki asyik nak tunjuk ego je. yang perempuan asyik nak tunjuk emo je. lelaki ego, perempuan emo. dah tu macam mana? sayang ketat macam mana sekali pun kalau tak pandai nak kawal ego, tak pandai nak kawal emo, putus jugak. *sebab tu ai sayang boipren ai* 


KEEMPAT, korang memang sayang ketat-ketat kat pasangan korang. tapi bila pasangan korang merajuk, korang tak pandai nak pujuk. eh eh eh. terutama perempuan. biasalah perempuan kan hati dia lembut selembut softlan. yang lelaki kena lah paham. jiwa pompuan ni cepat tacing especely dengan orang yang dia sayang. pujuk la bro...pujuk la..tapi sekarang ni bila pompuan tacing, lelaki selalu salahkan pompuan tu. come on bro. tak lesap duit seribu pun kalau lu pujuk dorang. ur lover jugak kan.


KELIMA, korang memang sayang ketat-ketat kat pasangan korang. tapi korang tak jaga mata. tak jaga kelakuan. pantang nampak pompuan dahi licin. pantang nampak lelaki hensem macam asyraf muslim. jeling maut sampai tak sedar pasangan kita dok ngomel kat sebelah. haiyo. jagalah perasaan pasangan korang tu. dorang tak suka korang pandang orang lain. paham? 


ha kalau korang yang dah sayang ketat-ketat tapi masih gak kena tinggal, korang duk kejap tepi pantai ke tepi sungai ke tepi longkang ke. muahasabah diri. adakah korang termasuk dalam kelima-lima point yang cik aish bagi kat atas nun ha. jadik..jangan salahkan pasangan kalau dorang curang ke hape ke. tapi kalau korang tak buat semua tu, still dorang tinggalkan korang gak..emmm..aku cadangkan korang mandi bunga la bawah jambatan.heh heh heh..larikksss..


ok bye.

Congratz my dear friend!

Tags
Baru je balik dari majlis pertunangan my dear friend Zila and Amir yang dah kapel punya lama 7 tahun. tahniah ye. apa pun sebenarnya ada banyak insiden yang macam "ala nape macam ni, malunya" "ala, segannya dia ada" ha lebih kurang macam tu la. orang lain bertunang aku lak yang over resah pe kes kan. 


apa pun macam biasa aku memang pandai bab menyembunyikan perasaan ni. contoh kalau aku neves gila, orang takkan tahu aku tengah neves. terer kan sorok face impression? hehe. niway tahniah lah pada  dorang ni. hope kawin nanti jangan lupa jemput sebab aku memang suka makan free. heh heh heh. lempang?




turn cik aish bila pula? macam biasalah tengah tunggu asyraf muslim. Erk.pasangilerminahni

ok bye!

Kenapa lelaki suka add perempuan chantek cekci mekci di Facebook?

tadi borak-borak dengan member. topik? kenapa lelaki suka sangat add perempuan chantek dekat Facebook. ha, bila tengok tengok, takde mutual friend pun. tak kenal pun. tapi lelaki suka betul lah add golongan ni esepecly yang cekci cekci ni. dan yang takbolehblah bila tanya "nape ea korang add pompuan-pompuan chantek yang ekci-cekci ni" pastu dorang jawab. "saje je" ewah ewah gila kentang punya jawapan keh keh keh


tapi kan rasa yang paling taklehbelah bila lelaki tu dah ada makwe yang memang cayang loving gila kat lelaki tu tapi STIL lelaki tu nak add jugak pompuan-pompuan chantek ni. yela..nama pun laman soSIAL kan kena lah pandai bersoSIAL, kenalah pandai add ramai-ramai pompuan yang cun meletop. rasa macam nak kasi flying kick je dengan jawapan tu. 


so sapa yang masih blur nape lah lelaki ni suka add pompuan chantik cekci mekci ni, bolehlah ambik kertas dan pen. salin ni ha. Siku nak?


NAK CUBA NASIB
bila tengok pompuan chantek cekci mekci ni mesti rasa macam "ala bestnya kalau jadi makwe aku". pastu mesti rasa macam nak cuba nasib kot kot pompuan chantek tu nak bagi feedback positif ke kan. tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? ha dah macam karam sing walia dah nih. bila dah add tu mula lah tunggu peluang pompuan chantek cekci mekci ni on chat harap harap dapat lah say "hai leh bekenalan." *waklu. awek lu mana? dah kenal abis dah?*


RASA GLEMER
bila add pompuan chantek cekci mekci ni, biasalah lelaki mesti rasa ego maksimum "hey aku dikelilingi awek cun derrr"...whathewell kan. rasa macam kalau friendlist ramai dengan awek-awek hot boleh dapat RM100 satu kepala takpe gak la kan. seyes ok..ada apa dengan total friendlist? boleh menjamin kebahagiaan ke? seyes takleh belah.


TATAP BODY CEKCI
ok yang ni seyes lah rasa macam nak bagi sepak terajang je kalau pakwe ai buat camni kan. eh dia ada buat ke? takpe. buat berpada-pada. ok stop sambung citer. bila add je pompuan chantek cekci mekci ni ofkos la cekci kan sampai terkeluar sana sini, putih gebu lemak berkrim der..apa boleh buat hiasan dunia semata-mata. yang lelaki pun apa lagi, macam disambar petir terus add bukak photo siap zoom lagi celah-celah tang mana aku tak tau la. konon bila tengok pompuan chantek ni, dengan alasan "saya kagum ciptaan tuhan" whatthehell. seyes meluat dengan jawapan tu.hahaha


BAWA PULANG KE PANGKAL JALAN
eh eh eh ni pun boleh kan? wah alasan ni memang terbaek dari ladang. bila tanya "eh napa kau add pompuan cekci yang ko tak kenal tu ha?" "ala aku nak bawa dia pulang ke pangkal jalan. mana tau kalau aku kawan dengan dia, dia boleh berubah pakai tudung pula". eh eh eh. macam ni pun boleh kan? dah cukup ke bimbingan yang ko bagi kat awek kau sendiri? eh eh eh lagi. 


tapi tak semua lelaki macam ni. ada lelaki yang setia zahir dan batin dengan kekasih dia sampai dia rasa macam tak perlu pandang perempuan lain lagi. *nangis terharu*

ok bye!




Bila lelaki psiko... agak geli.

Tengah peluh-peluh ni. Mana taknya, tiba-tiba ada seorang lelaki psiko datang menjelma dari planet Marikh menggangu ketenteraman dan privacy aku. Oh rasa macam nak siku anu dia je. Erk.. Emosi tak terkawal sekarang. Maaf. 





Sebenarnya tak tahu mana dia dapat nombor aku ni. Eh korang ada tampal nombor aku kat public phone? Public toilet? Tak mungkin. Itu kerja keji. Siapa yang buat tu, aku dikira manusia teraniaya tau. Doa orang teraniaya ni selalunya dimakbulkan. Ha .. nak aku doakan kau jadi nyah ? 


Nak tahu apa lelaki psiko tu buat? Ha....dia sudah meragut.......... stop. ha itu tipu. Jumpa pun tak. Dia cuma call setiap 2minit sekali. Kira macam penat juga lah cas bateri semalam. Kering dow bateri aku gara-gara calling dari mamat tu. Aku tak angkat pun. Taknak aku. Baca mesej pun agak geli. Panggil sayang. Nak kahwin dan nak buat anak dengan aku. Geli tak? Come on la. Lelaki ni apesal. Gila meroyan ke? Nak aku panggilkan ambulans? Tanjung rambutan? Nak? 


Kira privacy aku hari ni memang dah tercemar habis la dengan jelmaan dia. Fuh. Lelaki psiko. Kau salah makan ke apa semalam? Tertelan pil kuda satu balang apa?



Cik Aish : Kenapa lelaki suka add pompuan cantik kat facebook?

kepada "mereka"

Tags
kuharungi hari demi hari
bersama mu..
tapi hati masih tak terima disakiti
keraguan ini tidak rasa oleh kamu
kekalutan ini hanyalah untuk ku
tercari-cari di mana silapnya..


sedih buat entah ke berapa kali. jangan disalahkan sesiapa atas kesedihan yang kau alami. walaupun kau makin letih dengan segala macam agenda manusia sekeliling. ya. maafkanlah mereka. teruskan maafkan mereka yang buat kau sedih. kau memang terlalu mudah berkecil hati kan? Mahu salahkan siapa? Salahkan bayangan silam yang pernah jadi kenangan celaka kau dulu? kau dah janji nak lupa semua kan? tak mengapalah. orang lain mungkin tidak faham apa kau rasa. biarkan mereka terus menyakiti kau. biarkan mereka buntu tanpa cuba untuk memahami kau.
menangislah..
 
 
kepada 'mereka'..


"maybe they will learn something from their mistake"
apabila telah diberi sekeping hati kepadamu, jaga lah ia sebaik mungkin
kerana hati yang kau miliki itu hati yang yang sangat lembut. sangat penuh dengan parut luka. harap kau mengerti kawan.



sekadar gambar hiasan
 
 
 
oklah. tak macho lak rasanya sedih-sedih ni. macam kesedihan ni hadiah harijadi kau pulak! terimakasih kepada si pemberi!

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Tags
ok. Ni syarat empunya blog ok. 
  
Dah baca syaratnya? Tak susah kan? Tunggu apa lagi..Jom kita join ramai-ramai!
Kali ni aku nak pertaruhkan gambar masa aku muda dulu. 
Sekarang pun muda lagi okay.

Time praktikal yang memang cool!



Cool huh?
Hehehe.


So kalau aku menang, aku nak RM100 sebab aku nak beli Friskies banyak-banyak untuk kucing aku si Chomby yang tengah sarat mengandung! 


murni tak murni niat aku tuh?
Ketawa.

oklah. sebelum nak byebye, jom kita tag 5 orang nih..


Age is an issue of mind over matter. If you don't mind, it doesn't matter.

Tags
Age is an issue of mind over matter.  If you don't mind, it doesn't matter.  ~Mark Twain


Pada jam 2.30 pagi, 26 Januari 1986, dia dilahirkan oleh seorang wanita berusia 30-an. Jeritan tangisan mula menemani ruang wad hospital Assunta, Petaling Jaya. Dia adalah seorang bayi perempuan. Dia yang tidak dapat membuka mata selama hampir 5 hari! Si ibu mula risau akan keadaannya itu. Adakah dia buta? 


Alhamdulillah. Hari ke 6, dia berjaya membuka sedikiitt kelopak mata. Si ibu tersenyum lega. Kini dia semakin dewasa..


Dan hari ini, 26 Januari 2011, dia sudah berumur 25 tahun. Harapan hanya satu. Teruskan berjalan dan berjalan. Walaupun banyak dugaan yang hadir menjengah, itu lumrah. Tiada apa yang perlu dirisaukan dengan angka 25. Kerana itu hanya pada angka. Pada nombor.


Ok ok stop stop. Tak boleh lama sangat bermadah pujangga ni. Isk....Eh jom makan! Tau tak time-time sejuk macam ni, makan tu ubatnya? Ketawa. Yeay!


Lain kali buat kerja betul-betul... ni nak marah ni

Salam yu olls. 
Tajuk entry dah macam nampak marah sangat dah aku ni. Mau tak marah? Bila kerja tu betul-betul lah. Jangan main-main, jeling-jeling. Sekarang customer yang susah. Customer always rite tau!


Semalam pergi pejabat pos. Biasalah macam-macam nak bayar. Kesabaran pun teruji jugaklah semalam. Mana taknya, ramai sangat umat manusia kat situ. Macam berjanji pulak kita semua ni nak bayar bil sama-sama ye. Huhu. Tak kisahlah. Sabar kan aje.. aku kan gadis penyabar. KE??


Alhamdulillah semua dah settle bayar. Balik rumah terus tidur. Biasalah time-time petang memang bantal busuk memanggil-manggil. Tengah lena dibuai mimpi Syakila, enset bunyi pulak...Ni yang lemah semangat ni. Rasa macam nak marah je. Kalau boipren yang call takpe jugak. Ni tah sapa tah kan. Jap. Boifren call? Gelak jap. hihihihi..


Hello. Ni Cik Ismaliza ya?
Ya saya. Siapa ni?
Saya nak minta maaf sebab tadi dekat kaunter pejabat pos tadi saya lupa nak mintak duit sampul pos laju yang cik beli tu.
Oh yeke. Patutlah rasa macam murah je semua total tadi. Awak nak saya bayar ke? 
Kalau boleh lah.
Insyallah lah.


Lain kali buat kerja betul-betul. Kau ingat pejabat pos tu sekangkang kera je ke dari rumah aku ni? Nasib baik aku penyabar. Kesian pulak nanti gaji kau kena potong. Tapi punya la malas aku nak pergi pejabat pos semata-mata nak bayar sampul pos laju RM4.50 tu sebab kecuaian kau sendiri? 



Apa perlu daku lakukan? Oh tidak. Malas sungguh. Apa kata ustaz asyraf? Heh heh T______T

Thanks...

Tags
kita hidup kadang-kadang sedih, kadang-kadang gelak tak ingat dunia, kadang-kadang bosan, kadang-kadang rasa nak sakat orang, kadang-kadang nak buat benda bodoh, kadang-kadang jadi terlalu bijak, dan kadang-kadang kita rasa tak puas. 


apa pun yang kita rasa kadang-kadang tu, terima hakikat yang hidup ini memang macam tu. Walau apa pun, terima kasih pada mereka yang buat kita smile walaupun kejap. Baru tadi kawan sekolah buat diri ni gelak. Mekasih tau. Bukan apa, sekarang ni memang susah nak tengok saya gelak. 


sebenarnya tak harap pun dorang nak ingat besday saya terlalu awal. walaupun sah-sah memang nampak bila besday saya kat laman facebook tu, tapi quite funny la bila ada yang dah mula wish dan siap pakej suruh belanja makan kek lagi. Besday girl kena belanja ea? Ketawa. 


Rindu satu masa dulu.... ah biarlah saya saja yang ingat memori tu. yang penting sekarang, saya dah mula tak senang duduk mengenangkan umur saya makin meningkat. Tambah pula kawan-kawan mula dajalkan saya. Yalah, saya tua dulu dari mereka kan. tapi itulah yang buat saya senyum sorang-sorang tau. 


Thanks..besday saya lambat lagi. janganlah wish awal-awal. haish.T_________T

Dia...kau...

Tags
Dear blog,

Hari ini dia terjumpa beberapa keping gambar lama. Gambar yang bisa membuat luka lama berdarah semula. Dibeleknya gambar itu satu persatu. Walaupun dia tahu perasaannya akan sedikit terganggu. Tetapi matanya terus tertumpu pada dua manusia yang nampak gembira sangat dalam gambar itu. "mesti tengah gembira sekarang kan kawan?" bisik hati perlahan. Mulalah satu persatu memori lama dia datang. Agak pedih. Ahh..Lupakan. Dia tidak mahu lagi jadi bodoh macam dulu. Dia bukan dia yang dulu lagi. Dia sekarang dah lain. Makin kuat. 
Simpan semula gambar itu. Mengeluh. Kesal dengan tindakan membelek gambar tersebut. Walaupun luka lama dah pun kering, tapi jika disimbah air, sedikit sebanyak akan basah semula luka itu. Pedih kau tahu?


Damn...Tatkala dia kini terlalu banyak masa terluang di rumah, dia rasa sunyi. Rasa perlukan seseorang untuk dijadikan tempat menghilangkan segala keresahan yang mula datang sejak dia tidak bekerja lagi. Ya. Dia sunyi sekarang. Kadang-kadang dia cuba sedaya upaya menyibukkan diri dengan macam-macam kerja yang macam tak logik kalau nak buat selalu. Takkan nak mop rumah hari-hari sedangkan lantai berkilat sampai boleh dijilat? Menyusun baju dalam almari sampai dah tak tahu nak susun apa lagi? Senyum.


Sebab itu dia dah dikira cukup kuat kerana dalam situasi dia sekarang yang sunyi, kurang teman berbual, dia masih boleh kuat untuk elak dari ingat semula memori sial yang pernah kacau jiwa dia dulu. "Tahniah.." bisik hati sendirian. 


"Jangan demi cinta manusia, kau menaruh harapan yang terlalu tinggi..Sebab harapan itu kadang-kadang boleh bunuh kau. Bila kau bercinta, satu je aku nak nasihatkan kau. Curilah 'masa' untuk kau berikan pada si dia. Kerana dalam bercinta, kau akan dianggap pencuri yang sangat mulia kerana kau sudah buat si dia tersenyum bahagia kerana 'masa' yang kau beri pada dia....................................."



Tersenyum hambar...

komik versi kucing

Tags
Salam. Hai yuollss!! Penat baru balik dari berpoya-poya dengan kakakss..Hari ini mari kita membaca komik versi kucing! Zass..











Nantikan komik terbaru keluaran cik aish sdn bhd!

Menternak lemak sambil jeling jeling couple lain

Hai yu olls. Assalamualaikum.
Semalam aku menternak lemak lagi. Makan Kenny Rogers tak ingat dunia. Nasib baik pakcik Kenny tu tak hensem. Sebab kalau hensem mesti aku goda dia banje Kenny Rogers hari-hari. Saja nak dengki dengan badan slim ni..Biar aku makan banyak-banyak. Kejam betul Kenny Rogers.


Tengah sedap layan ayam black paper dengan mash potato dan coleslow, ada ar satu pasangan ni duduk sebelah meja aku. Awek bertudung ala Yuna. Boleh tahan cun la. Lelaki pula aku tak berapa nak perasan. Sebab aku memang jarang pandang lelaki. Ke?? T___T Ok abaikan.


Makan punya makan, aku dok curi-curi pandang pasangan tu. Nampak dah ready nak order. Aku pun teruskan la mengerjakan makanan aku yang tinggal seciput lagi nak habis. Maklumlah, makan gaya sopan perempuan melayu terakhir.Kenalah lemah lembut.


Jeling balik kat pasangan tadi. Arghh apa tak ada pemandangan lain kau nak pandang selain pasangan tadi? why? why? Bukan aku nak sebok sebok nak tahu apa dorang nak order. Tapi sebab makanan aku pun dah licin sampai tulang ayam pun tak nampak bayang. ok itu tipu. Tapi pasangan tu tak juga order-order. 


Lepastu aku nampak dorang bangun. Eh? Bang. Kak. Makan pun belum lagi. Dah nak balik? Makan la dulu! Takkan aku sorang je nak ternak lemak woi. Alkisah. Dorang tak jadi nak makan kat situ. Punya lama beb nak tunggu dorang fikir nak order apa, belek punye belek sikit lagi nak tercabut buku menu tu. Tak juga order. Tau-tau, dorang blah. Eh apa ke pelik dorang ni? Dah macam cerita P Ramlee daa..amik bauu saja dah kenyang.


Haks haks. Macam-macam perangai. Tak jadi kudis pun kalau dah duduk berjam jam tanya nak makan apa, tapi last-last tak jadi makan situ. Takde hal. Tapi kalau aku, berat punggung gak nak blah macam tu je. Memang aku paksa boipren aku order gak. Tapi think positif. Mungkin dorang tunggu kawan ke, last-last kawan tak jadi datang. Mungkin dorang sakit perut ke nak g toilet dulu pastu datang balik. kan kan..


Apa pun, aku berjaya menternak lemak sepuas-puasnya. Memang dasar penternak lemak! Huhuhuh..takpe, boipren dah janji nak sayang gak kalau gemuk. Yeke? Lalalalala.

5 Sebab Kenapa Saya Tak Suka Lelaki Si Perokok Tegar

Salam.
Baiklah. Entry kali ini saya cuma nak kongsikan sedikit ketidaksukaan saya dengan lelaki yang merokok. Dahlah merokok. Tegar pula tu. Banyak sebab kenapa saya tak suka perokok tegar berada di kiri, kanan, depan dan belakang saya. Ketawa. Sudah pasti bloggers yang juga perokok tegar menyampah dengan entry saya ini. Mungkin perempuan lain tak kisah. Tapi saya kisah. Oh perokok tegar! T___T


Kenapa Saya Tak Suka Lelaki  Si Perokok Tegar?


Pertama : Bila mereka melintas, bau Masyallah
Ada segelintir perokok tegar yang ada 'perfume' mereka sendiri.  Kalah Wan derop perfume lahh! memang bau berderop derop! Bila mereka lintas depan kita, bau menusuk hidung sampai boleh juling dibuatnya. Kadang-kadang badan tak nampak, bau ada. Oh dia lalu belakang kita daa..Sampai gitu sekali baunya menusuk hidung! 




Kedua : Bila mereka senyum, eh ada gigi emas!
Ada segelintir perokok tegar tak kisah dengan penampilan mereka. Nak awek hot je, diri sendiri tak hot. Bila dah tegar sangat merokok, sehari berkotak-kotak, maka dengan tak langsungnya mereka ada gigi emas. Tahu gigi emas warna apa? Takkan emas warna pink kan? Mestilah kuning. Bayangkan kalau perokok tegar tu menghampiri anda dan senyum kat anda. Ngeeee..Gigi emas.. Boleh terbawa-bawa dalam mimpi. Meringai je. Seram.






Ketiga : Bila mereka sanggup diet semata-mata untuk simpan duit rokok. 
Ada segelintir perokok tegar yang sanggup diet sediet-dietnya semata-mata nak simpan duit rokok. Nak mintak kawan sebatang dua kadang-kadang tu bolehlah. Tapi kalau hari-hari asyik mintak member je, takut juga kena makan kaki. Jadi mereka ni sanggup minum air kosong, nasi berulam ikan kering untuk beli rokok. Tak mustahil kalau mereka ni sanggup tak topup! Buatpe? Dari call awek baik hisap rokok. Ah parah...




Keempat : Bila mereka kahwin, anak senget-senget.
Ada segelintir perokok tegar yang taknak terima hakikat kalau anak mereka cacat. "Eh keturunan i tak ada yang cacat! Ini semua keturunan u!" Ha gitulah gaduh laki bini. Memang anak yang lahir itu adalah ciptaan dan kehendak Yang Esa. Tapi apa salahnya beringat-ingat akan kesan negatif rokok ni terhadap zuriat korang nanti? 



Kelima : Bila mereka bakal menyakitkan orang yang paling rapat dengan mereka.
Ada segelintir perokok tegar, bila dah merokok tak ingat dunia tahap dewataraya, sudah tentu awek-awek semua nak taknak kena hidu gak asap kepul-kepul tu. Bukan nak protect awek-awek dorang, tapi siap buat bentuk luv lagi konon nak tunjuk terrar. "U, i terer buat bentuk luv, bentuk O dan macam-macam bentuk lagi dari asap ni." Terer kan? Pelempang?


Tapi kalaulah si perokok tegar boleh berhenti menegarkan diri dari merokok, memang tabik spring!

Pernah Tak?

Tags


Pernah tak korang rasa down?
Pernah tak korang rasa sentap dengan orang sekeliling terutamanya orang yang buat korang sentap tu orang yang korang sayang?
Pernah tak korang rasa macam nak menangis tapi korang tahan sebab taknak menangis depan dorang yang buat korang sentap tu?
Pernah tak korang rasa air mata macam sikit lagi nak menitik tapi korang cepat-cepat kelip-kelip mata taknak air mata turun?

Masa tu rasa apa?




Sadly, saya rasa macam tu malam ni.

kontest blog paling comel !

Tags



 
          Syarat-syaratnya

warga negara MALAYSIA
semua jantina diterima
ada blog! takder blog .. ditolak !
kena follow blog aku.. tak nak follow takper.. tak der paksaan :)
tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin ley join

tarikh tutup
5.2.2011


hadiah
DUIT menanti anda !

anda di tag : lisa arissa, belog cap ayam, little amoi, coretan si epal hijau



haks haks..perasan dowh blog comel..ah gasak..aku nak join gak..miahahaha!

Ini entry khas mengenai gelagat bloggers

Salam semua.
Sudah lama saya tak update blog "hidup sedap macam makan coklat" ni gara-gara keluar berfoya-foya dengan keluarga tercinta dua tiga hari ini.
Senyum.


Baik. Straight to the point. Saya seorang blogger. Ya. Blogger yang baru menjinakkan diri dalam dunia blogging. Blogger yang perlu banyak belajar macam-macam. Blogger yang serba serbi kekurangan dan perlukan sokongan anda semua. Terima kasih kepada yang sudi menjadi follower Belog Cik Aish yang masih mentah ini. Saya hargai sokongan anda semua.


Selama ini apa matlamat blog saya? Untuk mendapat perhatian dan dikelilingi ramai Followers? Atau mendapat pendapatan Nuffnang? Tidak. Saya hanya jadikan blog ini untuk meluahkan apa yang saya rasa. Tempat untuk saya kongsi pengalaman perit getir saya dalam persahabatan dan percintaan. Saya tak ganggu orang lain. Saya kurang berminat melahirkan entry yang penuh umpat keji terhadap blogger lain atas penulisan mereka yang tidak sependapat dengan saya. Saya tak gemar begitu. Bagi saya, setiap blog, setiap entry, punya pendapat dan pandangan masing-masing. Voice of people.




Apabila blog saya sering menerima umpat keji dari anonymous yang pengecut, saya hanya mampu geleng kepala dan senyum. Saya pasti mereka tidak ada kerja selain mengumpat orang lain. Terima kasih. Apa pun, saya doakan kalian semua sama-samalah menjaga aib blogger lain. Kurangkan menuding jari pada siapa-siapa. Kurangkan mengumpat senang cerita. 


Jangan kerana mahu naikkan trafik blog, anda sanggup menempah dosa. Dosa yang hanya akan diampunkan sekiranya anda memohon maaf pada blogger tersebut. Dosa mengumpat. Ini juga untuk peringatan diri saya sendiri. Wallahualam..




Nota kaki : Ok. kepada sesiapa yang sudah join atau sedang join atau akan join contest yang saya sedang anjurkan sekarang, terima kasih sangat-sangat atas sokongan anda semua!


crazy love contest~♥

Tags
 

 ok...nie plak syarat nyer ok...

1.mesti la ade blog ye tak....kalau xde mcm ne nak join tol x???
n for malaysian blogger only
hihihii...

2.korang mesti jadi FOllOWER tuan punyer blog nie dulu...AYNIE
kalau x jd follower pun blh la...p kalau terlepas in4mation jgn ngamuk plak ek...

3.korang mesti la ambik banner kat atas tu letakkan kat entry korang n jgn lupe letak kat 
sidebar jugak tau n pastikan link terus ke blog tuan punyer kontest nie...wajib tau =)

4. korang post kan la LINK entry korang yg dah lengkap tu kat komen bwh entry nie ek...
then i akan survey tgk..n i kan postkan komen kat entry korang
 tu maksud nyer korang dh layak la..
hihi...
 5.tag kan 3 org kawan anda n pastikan diaorg tau...=)
 
 
 
 
Saya dah dapat jemputan karpet merah untuk join kontest comel ni..
 Nah. Saya pertaruhkan gambar yang tak seberapa ni..hehe
 
 

Boleh menang? Hehe
Masa untuk tag mangsa!

Negeri Sembilan tiada GSTT lagi tahun ini. Melaka mungkin ada.

Tags
Salam semua. 
Pagi pagi dah dapat berita yang kurang memberansangkan.
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan tidak ada kekosongan lagi untuk guru GSTT tahun ini.
Jadi jangan bersedih hati.
Sebab Jabatan Pelajaran Melaka dah buka iklan permohonan untuk korang jadi guru GSTT. Kalau berminat boleh klik di sini. 


Tapi untuk yang berminat untuk jadi guru saja okay. Jangan jadikan GSTT sebagai pilihan untuk dapat gaji saja. Yang penting niat untuk jadi guru mesti ada. Gud Luck!

CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS !

Tags


syarat-syarat penyertaan ::
  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.


Okay. Kontest ni memang best gila kentang. Walaupun blog aku tak secantik secomel dan sekemas mana, tapi gatal jugak nak join. Sebab bukan kena bayar pun kan? Mangsa yang aku nak tag adalah jeng jeng jeng...


5. cipott


Nak join contest lain? klik sini 

Lelaki diberkas rakam aksi wanita dalam tandas

Tags

KUCHING 10 Jan. - Kegiatan seorang lelaki merakam video wanita membuang air kecil di dalam tandas awam di sini, terbongkar apabila seorang mangsa warga Australia menyedari perbuatan itu lalu melaporkannya kepada polis.

 

Hai...macam-macam sekarang ni. Nak buang air kecil pun dah susah sekarang ni. Kena pandang kiri kanan atas bawah dulu. Sebab tu lah kalau nak buang air kecil..aku lagi rela tahan dari pergi tandas awam. Takutlah bila dengar berita-berita macam ni. 


Nak tahu selanjutnya pasal brother yang rakam ni, boleh terjah sini.

Safee Sali tolonglah fikir dulu sebelum berhijrah!

Tags
Safee Sali dengarnya hendak beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL)? Walaupun setakat masih belum ada perbincangan konkrit mengenai isu itu, tapi harap-harap Safee Sali janganlah terima tawaran itu. Benar, kita tak boleh halang pemain utama itu untuk berhijrah ke luar negara. Tapi kenapa Indonesia? Terbaca dalam ruangan forum Utusan Malaysia pagi tadi. 

Salah seorang peminat bola sepak negara menulis...


Kenapa pemain Malaysia masih sanggup berhijrah ke Indonesia walhal 'air ludah' orang sana masih belum kering di badan! Kalau nak bermain juga di luar, carilah negara lain!


Senyum. Betul juga luahan hati brother ni. Memang kita kena profesional dan kalau boleh naikkan nama Malaysia di negara lain. Tapi kenapa hendak berhijrah ke Indonesia? Masih banyak lagi negara lain yang terbaik dalam permainan bola sepak ni. 




Wahai Safee Sali. fikir-fikirkanlah sebelum anda membuat keputusan..

Betul ke Sharifah Aini cucuk sana sini?

Tags
Okay. Rasanya malam tadi ramai yang tengok persembahan AJL sementara tunggu juri juri nak buat keputusan pemenang. Antaranya Dato Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Dato Sharifah Aini. Dan pasti ramai yang perasan tentang wajah terbaru dia malam tadi. Agak lain kan?





Betul. Nampak lain sangat Kak Pah malam tadi.
Cuba korang tengok gambar Kak Pah kat bawah ni.





Tapi apa yang nak dihairankan. Kebanyakan artis buat cucuk-cucuk sana sini. Macam Anita sarawak. Sampai naik pelik tengok muka dia. Kadang-kadang nampak menakutkan. Macam mana nak tahu orang tu buat pembedahan hidung? Senang je. Kita boleh tengok shape lubang hidung sebelum melakukan pembedahan agak luas dan bulat, tetapi selepas pembedahan, bentuk lubang hidung lebih ovalish. 


Macam yang kita tengok malam tadi. Lubang hidung Kak Pah nampak kecil, tersepit gitu..cantiklah. Tapi harap-harap jangan sampai memakan diri bila terlalu obses nak ubahsuai ciptaan Tuhan..