.

.

Fikir dulu sebelum pilih program pengajian!

memandangkan pelajar SPM dah pun tahu result korang, tahniah pada yang berjaya dapat flying colors dan pada yang tak berapa nak flying color tu jangan putus asa. usia korang masih muda. banyak lagi peluang menanti korang. yang penting kena usaha okay! sebelum nak isi borang UPU, aku nak listkan perkara yang korang kena fikir sebelum buat keputusan untuk pilih satu satu program tu. 



pilih program berdasarkan minat
minat yang paling penting. kalau kita minat subjek tu, susah macam mana sekali pun kita mesti akan cuba buat. betul tak? kalau tak minat, buat apa nak tanggung risiko? jangan ikut kawan kawan ye adik adik. minat kita semua lain lain. tanya diri sendiri dulu. 


pilih program yang marketable
marketable maksudnya program yang korang nak pilih tu, laku di pasaran. semua majikan nak cari pekerja yang ada kelulusan tu. jangan amik risiko pilih program yang susah nak cari kerja. korang masuk universiti sebab nak senang cari kerja kan? jadi pilih yang marketable. nak jadi guru? aku sarankan pilih lain. sebab sekarang guru dah melambak. kalau minat sangat, risiko untuk menganggur sebelum posting tu tinggi. 


pilih program ikut kemampuan. 
kalau rasa korang rajin, daya ingatan kuat, skema habis, tak nak ada social life, korang boleh pilih jurusan yang hardcore macam medic atau law. tapi kalau korang jenis yang suka buat kerja last minit, huha huha dengan kawan kawan, jangan cuba la..nyosal ekau esok. 


pilih IPT yang marketable
IPT pun penting. selalunya majikan akan pilih pekerja dari kelulusan IPTA. tapi tak semestinya. tapi pengalaman aku, majikan prefer pelajar UiTM. sebab? UiTM guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. wallahualam. dan lagi satu, kalau nak masuk IPTS, pilih  IPTS yang diiktiraf. hati hati. 



rasanya tu je kot. yang lain tu korang fikir lah sendiri. apa pun bincang dengan ibubapa, guru guru, dan kawan kawan. tapi apa pun, tanya diri sendiri gak ko dah besar nak jadi apa. nak jadi orang ke tak? hahaha. oklah sekian je nasihat akak kat korang. wah tiba tiba jadi akak. bye.


6 Komentar untuk "Fikir dulu sebelum pilih program pengajian!"

tepat nie...
UiTM english 100%

ye..bahasa pengantar english, buku in english, semua pun in english. tak reti gak speaking tak tahu la kan. haha. adeh

2la..
dulu plih kos yg minat..
smpai skrg ssh nk dpt keje ngn kos yg diamek 2..
nyesal pon xgune..
sobsss,,

marketable lg penting drp minat. ko study sebab ko nak kerja. benda yg ko minat ko bleh belajar sendiri2. kata minat! haha

sama la mcm kita cik ezy...minat guru tapi amik finance.. skng kan da susah...huhu
sogeking.....macma mana nak belajar sendiri? hehe

kak, contoh cos yg skarang ni marketable ape ekh?

Back To Top