Apabila angka 2011 bakal merubah usiaku ke 25 tahun..

Tags
Salam semua.
Selamat bercuti. Pasti ramai yang merancang percutian panjang kan?
Saya?
Sekadar menghabiskan masa di rumah. 
Bersama keluarga tercinta. 
Saya bukan lagi budak-budak untuk berpeleseran tanpa arah tuju.
Saya sudah tinggalkan zaman itu.
Cuba mengukir senyuman.

Alhamdullilah. Saya masih bernafas lagi. Masih boleh berjalan untuk menuju ke destinasi yang saya sendiri tidak pasti akan saya temui atau tidak. "Bertahanlah sayang. Kau sudah dewasa. Pedulikan sesiapa yang cuba untuk menghalang perjalanan kau yang masih jauh. 25 tahun kau bernafas di dunia yang sementara ini, berterima kasihlah kerana kau masih ada mereka yang menyanyangimu!" Pujuk sang hati. 



Dulu...
Januari 1986...

Terima kasih mak. Terima kasih ayah. Kerana masih bersama-sama diri ini. Kerana memahami kerenah anakmu ini. Kerana sudi mendengar setiap telahan dari mulut ini. Kerana setia menemani susah senang saya selama 25 tahun saya hidup di dunia ini. Terima kasih kalian. Saya sayang anda berdua.




Semasa saya kecil, saya tak sabar untuk melonjak dewasa. Saya ingin sekali menjadi seorang wanita yang pada pandangan saya cukup sempurna kehidupannya. Saya tidak mahu lama-lama menjadi anak kecil yang belum boleh membuat keputusan sendiri. Yang tidak bisa untuk mengorak langkah sendiri. Sentiasa mahu dipantau dan dipimpin. Saya mahu cepat besar. Senyum.




Walaupun saya tahu kehidupan menjadi anak kecil tidaklah serumit mana, tetapi saya tahu. Menjadi seorang wanita dewasa pasti lebih bahagia. Kerana saya mahu menjadi seperti mak. Bahagia bersama ayah. Hidup seolah-olah sempurna. Ya. Saya mahu kejar kebahagiaan itu. Saya akan senyum sendirian memikirkan itu.




Apabila usia saya melonjak belasan tahun, saya mula merasakan matlamat saya hampir tercapai. Saya mula merasakan kebahagian yang saya impikan kian hampir. Saya menjadi lebih gigih untuk cepat sampai ke destinasi. Saya bersabar. Saya kawal diri dan bercita-cita menjadi seorang gadis yang sempurna di mata si dia. Pada usia belasan tahun, saya merasakan indahnya hidup. Saya bahagia begini. 


 
Tetapi, saya tersilap. Kesilapan saya dan mereka di sekeliling saya mula menyebabkan saya hilang arah tuju. Saya hilang pertimbangan. Saya lupa bagaimana impian saya semasa saya kecil dulu. Hati saya sedikit demi sedikit tercalar dek perbuatan mereka. Walaupun saya cuba untuk merawatnya, kadang-kadang saya gagal. Lalu impian saya, saya simpan kemas-kemas jauh di sudut hati saya. Hidup mula terasa bebannya. Usia remaja yang indah seolah-olah kian pergi meninggalkan saya. Adakah ini fasa untuk saya menjadi matang dan bersedia untuk ke alam dewasa? Mungkin. Pengalaman mengajar segala-galanya.



Kini....
Januari 2011...


Usia saya sudah 25tahun. Impian saya untuk mengejar kebahagiaan sebagai seorang wanita dewasa, masih lagi saya simpan kemas jauh di sudut hati saya. Kadang-kadang, impian itu seolah main tarik tali dengan saya. Tetapi, saya yakin. Suatu hari nanti pasti saya akan temui apa yang saya inginkan. Doakan saya. 
Senyum.




Selamat Tahun Baru Untuk Semua. Saya bahagia jika anda bahagia.

Tags
Salam semua. 
31 Disember 2010. 
Hari terakhir bagi tahun yang amat menyiksakan. 
Menyiksa jiwa dan membunuh perasaan. 
Sehingga pernah membuat sang hati mati.
Termenung. Diam.


Kali ini aku agak serious. Tapi tidak lah se"serious" mana. Ala kadar sahaja. Semakin hari aku jadi semakin tak rasa apa-apa. Penat untuk berlagak happy. Bagai empunya badan tiada sedikit pun masalah yang menjenguk. Ya. Aku sedang berlagak orang yang paling bahagia di dunia ini. Kenapa? Tak salahkan?






Kepada insan yang lahir pada 5 September itu. Semoga kalian terus bahagia disamping insan tersayang. Syabas dan tahniah apabila kalian mampu tersenyum gembira. Semoga tahun yang baru ini aku juga akan tersenyum bahagia seperti kalian.  Allah itu Maha Adil..


Saya doakan awak bahagia bersama si dia.

Sudah lumrah manusia itu sukakan kecantikan serta kesempurnaan. Bila aku pandang gadis luar sana yang cantik..aku akan puji dalam hati. "wah,jelita nya kau..beruntung...." sambil tertunduk aku terus berkata lagi. "kan best kalau aku jelita macam kau,mesti kekasih aku dulu tak sakitkan hati aku". ok sori merepek.


 Keep on asking myself...



Kenapa selalu beremosi??? Eh tidaklah..Mana ada. Sekadar memujuk hati. Pada awal tahun 2010 aku hanya mampu menangis. Kata orang hidup tak mau.mati tak mampu...hari-hari aku macam meaningless. Aku keep on asking myself..."kenapa aku lalui semua ni??".



Mute sekejap background music di sidebar dan dengar lagu ni. Ini lagu yang awak bagi saya dulu. Terima kasih.



Bukan mudah untuk kita terima perubahan...sakit.perit.pedih. Apa pun orang nasihat kan aku..masa tu je aku ok. Lepas tu, aku kembali untuk terus berkata. "aku tidak mahu teruskan hidup". Terlalu banyak langkah perjalanan hidup aku..aku korbankan demi cinta aku terhadap seorang lelaki....




Dan ada ketikanya aku terfikir yang adalah lebih baik jika perpisahan antara aku dan dia kerana ajal...bukan kerana dikhianati..perasaan cinta itu indah..jangan ada khianat.jujur dan setialah..Itu lah keadaan aku yang mungkin tidak terurus di awal tahun 2010. Siksa kan? Sehinggakan aku tidak tahu macam mana rupa "kebahagiaan".


Benar kata orang..bila kita cuba untuk bangun dari kegagalan yang lepas, kita pasti akan jatuh lagi. Seolah kita bayi yang cuba bertatih. Aku mohon Ya Allah. Jangan Kau tarik ketabahan ini. Jangan Kau lemahkan semangat yang mula untuk marak dalam diri aku ini. Kerana semuanya amat menyiksakan. Sangat tak tertanggung dek aku....




"apabila Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik,Dia akan menguji dengan sesuatu yang sukar untuk kita terima,dan ingatlah Allah itu sedang menegur..."
Tuhan,terima kasih untuk ujian yang lalu................... 



Semoga di tahun yang baru ini, aku membuka satu lagi lembaran yang baru. Hidup yang baru. Semangat yang baru. Walaupun kadang kala perasaan aku sedikit terluka dek manusia sekeliling yang mungkin tak pernah atau cuba untuk memahami diri ini, aku mengerti. Kerana hanya Tuhan saja yang tahu perasaan ini.  Yang mendengar tangisan diri ini. Syukur Tuhan masih sayangkan aku.


Malam ini, detik 12 malam, akan ku buang jauh-jauh memori tahun 2010 yang menyakitkan. Dan parut luka ini akan aku rawat kemas-kemas sendiri. Ya. Sendiri.



Selamat Tahun Baru Semua!

Buat seorang sahabat yang sedang berduka ketika ini..

Tags
Apa yang kamu rasa, ade di antara kita rasa kesedihan yang sama. Cuma cara kita ditinggalkan, kesedihan dan pengkhianatan cinta itu berbeza...


Aku doakan kau aku dan sesiapa saja yang pernah dikhianati akan kuatkan hati. Memang susah. Banyak sangat kenangan. Aku sendiri akui, tempoh bersama dia susah untuk aku kikiskan...


Dan aku mengaku, aku juga seperti kau. Akan menangis bila terkenangkan dia. Cuma apa aku nak pesan. Bila kau menangis, menangislah ketika kau solat, ketika berdoa, minta pada Dia agar bawa keperitan dalam hati ni pergi jauh dan gantikan dengan manusia yang akan menghargai kita dan bawak kita straight ke syurga...




Pujuklah hati kau, bahawa bila cinta kita kerana Allah, kita akan belajar untuk redha dengan ketiadaan dia. Even susah. Aku pun melalui frasa yang susah ni. Dan masih berperang dengan perasaan sendri. Hati kau dan lelaki tu, dulu Allah yang satukan. Dan hati kau dan dia juga Allah yang jauhkan. Sebab ape? Sebab Dia tau yang terbaik buat kita.......


Ade sesuatu yang sedang menanti kita....yang lebih baik..hanya Dia je yg tau..cuma sesuatu tu belum muncul lagi...


bertabahlah...... 

Memilih 'badboy' sebagai pasangan?




Salam semua! Sudah-sudahlah cerita pasal bola. 
Sudah-sudahlah senyum meleret-leret sampai ke telinga. 
Tersengih. 


Baru pulang dari membeli belah bersama ibu tersayang sebentar tadi. Dan terpandang dengan satu pasangan yang agak menarik perhatian saya. Sang perempuan ayu bertudung. Tetapi sang kekasih agak unik. Berseluar hitam ketat. Rambut pang dan berlipstik hitam. Erk. 


Hairan dengan remaja sekarang. Walaupun dah tahu boyfriend mereka itu 'badboy' atau 'budak nakal', tapi mereka tetap setia. Maklumlah bila ada boyfriend gangster, tentu orang lain tak berani kacau kan?


Sebenarnya memilih 'badboy' sebagai kekasih bukan lagi perkara baru. Saya sendiri pernah mempunyai kawan yang bercinta dengan 'badboy' ketika di bangku sekolah. Dia tahu kekasihnya mempunyai masalah disiplin yang teruk semasa di sekolah. Turun naik bilik disiplin. Rotan pun naik jemu menghadap bontot yang sama! Ketawa.  Malah pernah turun naik balai! Katanya, boyfriendnya itu boleh berubah dan sanggup tunggu lelaki itu sampai bila-bila! Ha macam itu yek?




Dalam hal ini mungkin ada unsur cinta sejati yang wujud. Tapi, fikirkanlah risiko yang bakal dihadapi dan apa pengaruh negatif yang boleh dia beri kepada kamu. Mengapa hendak mencari masalah dengan menjalin hubungan yang tidak pasti? Fikir 1000 kali okay.




Hati makin kuat mengatakan YA pada perasaan itu. 
Termenung.
Menanti apa bakal jadi esok.
Senyum tawar.

Rio Ferdinand puji Malaysia

Tags
Salam semua. Macam mana perlawanan malam tadi?
Ibu-ibu, bapak-bapak ada yang sakit jantung?
Ketawa.


Kehebatan Harimau Malaya mendapat pujian daripada pemimpin dan kita semua rakyat Malaysia dan yang paling terhangat sekali ia turut mendapat perhatian bintang Manchester united, Rio Ferdinand! Biar boto! Omak ai..Ketawa.


"Tahniah kepada pasukan Malaysia yang baru sahaja menumpaskan Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF. Saya pernah bertemu dengan pasukan bawah 23 tahun Malaysia, 18 bulan lalu dan mereka terbukti merupakan sebuah pasukan yang mempunyai masa depan yang cerah," katanya.



Apa lagi? Cee..cee..cerita cerita.

Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010! Tahniah

Tags


Tahniah Malaysia. Tanah air tercinta. 
Akhirnya berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010!
*pakcik menang motor*
Esok cuti ke? Erk.


Separuh masa pertama kedua-dua pasukan seri 0-0. Sama macam semasa Final Pertama baru-baru ini. Boleh klik kat sini. Tapi bezanya, kali ini pasukan Indonesia lebih kuat memberi tekanan dan mengasak pasukan kita tanpa henti. Ya. Nonstop. Kredit kepada Khairul Fahmi Che Mat selaku goalkeeper yang paling terbaik setakat ini. Berjaya menepis setiap percubaan Indonesia untuk menjaringkan gol dengan sangat bergaya. Betul. Tak percaya? Boleh  tengok dekat sini.. Macam mana macho tak macho dia menepis sepakan penalty. Penalty okay. Hebat tak hebat? Kalau nak tahu biodata Khairul Fahmi ni bolehlah belek-belek kat sini.


Ok. Semoga pasukan bola sepak negara kita terus mara dan buktikan yang anda semua boleh! Peace!

Rela pakai suratkhabar dari menyuruh lelaki membelikan tuala wanita untuk saya!

Tags
Salam semua. 
Hari ini tak berapa sihat. Tengah bergelut dengan penyakit yang setia datang setiap bulan. 
Grrr...Lumrah perempuan.
Sedang menahan sakit.
Muka ketat. T_____T


Ya. Senggugut dialami oleh gadis. Ada ke kaum lelaki yang senggugut? Mungkin ada. Sebab itu mereka tak larat ke masjid menunaikan sembahyang Jumaat.     ?!


Kenapa iklan tuala wanita sekarang makin berleluasa? Saya teringat dulu-dulu zaman mak kita muda-muda balik dari kedai mesti bawak satu bungkusan yang dibalut menggunakan surat khabar. Bila saya tanya, apa yang mak beli, mak akan memarahi saya. Katanya budak-budak tak boleh tahu. Itu rahsia wanita. Ya rahsia.
Sekarang dah tak rahsia lagi?
Ketawa.



Ada banyak iklan tuala wanita di televisyen sekarang. Ada yang menggunakan buah tembikai. Motif? Buah tembikai itu perumpaan apa sebenarnya? Berfikir sejenak. Ketawa.
Jom kita tengok iklan
Iklan tuala wanita jenama Libresse
Iklan tuala wanita menggunakan buah tembikai


Wah. Rasa macam dah tiada rahsia lagi pasal hal ni. Malunya. Merah muka. Tapi iklan yang nombor dua tu agak kelakar dan direct to the point. Ya baru saya faham tembikai tu apa. Eh besarnya. Saya tak mungkin buah tembikai. Tembikai susu je. Kecil sedikit. Erk. Tersengih. 


Kadang-kadang iklan menggunakan banyak cara untuk menarik pembeli. Walaupun ada golongan yang kurang selesa apabila topik rahsia ini diperkatakan dengan selamba di kaca tv tanpa ada apa-apa selindung. Terutamanya golongan yang tua. Macam mak saya. Dia marah iklan sebegini. Katanya itu hal dalam kain. Itu pendapat mereka. Pendapat muda mudi pula mungkin tidak kisah dan lebih berfikiran terbuka dalam hal ini. 


Kalau dulu saya juga malu untuk menonton iklan begini jika bersama orang lelaki di sekeliling saya. Terasa macam rahsia dah terbongkar. Ketawa. Dan saya tidak akan sesekali menyuruh sesiapa membelikan tuala wanita melainkan diri saya sendiri. Walaupun di luar sana agak ramai kekasih hati yang bermurah hati membelikan tuala wanita untuk si buah hati. Eh banyaknya hati. Em kalau saya, biarlah saya pakai suratkhabar untuk alas dari menyuruh orang lelaki yang membelikan untuk saya. Ketawa. Malulah.


Anda pula bagaimana?
Malu?
Sedang malu?
Tidak malu?
Malu-malu?
Malu dalam tangisan?
Pilih-pilih.
Ketawa.






Suka Menjadi Silent Reader Dia

Tags
Selamat malam. 
Sudah makan malam kah belum? Jika belum jangan lupa makan. Kerana makan selepas jam 10 malam hanya mengundang buncit di perut. Taknak kan? 
Geleng kepala taknak. 
Senyum. Ah sudah melalut. 


Selesai membuka sebuah blog yang memang cukup saya kagum dengan corak penulisan beliau. Seorang lelaki yang berpewatakan agak menarik. Tapi itu bukan sebab utamanya. Penulisannya yang sarat dengan maklumat dan penyampaian yang cukup memberi kesan kepada saya yang membaca. Kagum.
 


Walaupun begitu saya tidak pernah komen atau menegur beliau sama ada di dalam blog atau pun di laman Mukabuku. Bagi saya, cukuplah hanya menjadi silent reader dan mengikuti perkembangan beliau dari jauh. Bukan apa, saya yakin beliau tidak sombong tetapi mungkin saya sendiri yang kurang yakin untuk berinteraksi dengan blogger itu. Senyum.  Enggang mana boleh terbang bersama pipit!


Mungkin perlu


Setelah mengikuti blog beliau barulah saya sedar betapa pentingnya menjadi penulis yang berupaya menyampaikan begitu banyak maklumat dan teguran membina serta nasihat yang boleh kita semua renungkan bersama. Ya. Sangat puas rasanya dapat memuaskan pembaca. Terima kasih kerana memuaskan diri saya selepas membaca blog anda! T____T


Kepada blogger yang masih baru seperti saya, marilah kita saratkan penulisan kita dengan segala macam informasi serta kurangkan mengata mengumpat dan mengeji sesiapa. Bukan apa, bukankah penulisan yang matang mempamerkan identiti kita sendiri? Saya juga masih merangkak untuk memperbaiki penulisan saya. Senyum. 



Bagi saya secara jujurnya, saya lebih suka menyampaikan pandangan, pengalaman, rencah kehidupan harian dan renungan untuk dikongsi bersama anda semua. Kekok rasanya saya untuk meminta sesiapa menjadi Follower Belog Cik Aish yang serba kekurangan ini. Walau bagaimanapun Alhamdulillah kepada rakan-rakan yang sudi menjadi Follower saya. Mungkin anda semua penyuntik semangat saya untuk menulis walaupun penulisan saya biasa-biasa saja. 
Berbalik kepada dia. Inilah yang saya belajar selama menjadi silent reader beliau. Juga Azam nombor dua saya. Erk. Terima kasih!



Cik Aish : menunggu dia update lagi dan lagi.

Aku Suka Lelaki

Tags
Salam semua. 
Bagaimana persiapan nak pulang semula ke sekolah?
Persiapan nak mantap, persediaan rohani dan mental macam mana? 
Tersengih.


Ini adalah Orlando. Bekas teman lelaki saya. Erk.


Sebenarnya sejak kebelakangan ini bila belek-belek nuffnang, rasa nak tergelak bila ramai readers di luar sana yang search Aku Suka Lelaki dalam blog ni. Siapa agaknya readers tu? Kalau perempuan mungkin itu normal. Bagaimana kalau readers tu lelaki? Lelaki suka lelaki? Yewww... Blog ini bukan blog gay harap maklum. Ketawa.



Kalau diikutkan ramai sebenarnya kaum gay di luar sana. Tapi mungkin susah nak detect lelaki itu gay ke tak. Sebab mereka bukan nyah atau pondan atau sotong atau donat. Perwatakan mereka nampak cool dan macho. Mungkin boleh buat gadis-gadis tergila-gila dengan mereka. Dan gay ini sangat mementingkan penampilan. Kalah perempuan nyahhh! Dan mereka juga pembersih macam perempuan juga. 


Lagi kau orang nak tahu apa lagi pasal gay? Bagi aku, gay kebanyakannya pandai simpan rahsia mereka. Sampai kita sendiri tak sedar mereka ini gay. Oh ya. Teringat tentang video klip pengakuan si Azwan Ismail   yang mengaku dirinya adalah seorang gay. Mungkin dia ingat ini New York! Kalau kau orang berminat nak dengar pengakuan abang gay ini bolehlah klik kat sini.    Tapi brother ini tak hensem sangat la. hehehehehe


Malas sebenarnya nak kutuk atau nak mengumpat golongan ini. Mereka ada akal dan otak untuk berfikir mana halal mana haram.


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya : “Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah”. Abu Hurairah bertanya : “Siapa mereka wahai Rasulullah?” Jawab Baginda : “Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis”. (At-Tabrani dan al-Baihaqi)
 
 
 Dan untuk readers di luar yang sana yang dok search Aku Suka Lelaki dalam blog ini diingatkan sekali lagi, ini adalah blog gadis melayu terakhir. Tiada cerita menarik mengenai gay. Tapi kau orang nak juga cari jadi aku sediakan entry ini. Tataplah puas-puas nyahhh!


 Ketawa. Patutlah kaum lelaki ramai yang taknak pakai baju pink. Takut dilabel gay pula. Eh sweet apa?



Apa jadi kalau boyfriend tu tinggal sebelah rumah kita?



Jadi apa? Jadi jiranlah. 
Ketawa.
Mungkin ada di luar sana yang berangan-angan nak selalu dekat dengan boyfriend masing-masing. Kalau boleh, hari-hari nak jumpa. Baru jumpa petang tadi, malam ni jumpa lagi. Bak kata omputih I can't live without you! You jump I jump!


Pernah juga terfikir kalau dapat boyfriend sebelah rumah. Mungkin jimat sedikit kos. Tak perlu topup selalu sebab nak bergayut kat telefon lama-lama.  Tapi dah macam salesman la pulak asik-asik ketuk pintu rumah je. What? Ingat you confirm jadi menantu rumah ni sampai nak bertandang hari-hari?


Seronoklah macam tu. Tapi mesti bosan juga kalau jumpa hari-hari. Macam kita tak ada life kita sendiri. Mana taknya, makan tengahari sama-sama. Nanti petang minum teh sama-sama. Eh malam nak pergi midnight movie sama-sama. Eh melekat memanjang. Bila masanya nak berfoya-foya dengan skandal kawan-kawan yang lain? 


Tapi sebenarnya jauh atau dekat pasangan kita, itu tidak langsung menjanjikan apa-apa. Kadang-kadang yang dekat pun tidak mampu memberi perhatian yang diinginkan. Dan kadang-kadang yang jauh lebih menghargai kita dan mengambil berat tentang diri kita. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Bukan jarak yang perlu dipertikaikan.




Nota Tapak Kaki 
Baru mendapat berita buruk kemudian dapat berita baik kemudian dapat lagi satu berita buruk. Eh berselang seli pulak kau kan.

Beri Sayang Untuk Mendapat Sayang

"Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya." 
Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.



Salam semua. Semoga bergembira di hari Isnin. Minggu ini minggu terakhir Disember. Juga minggu terakhir tahun 2010. Ya. Tahun 2010 masih punya baki 4hari saja lagi sebelum melabuhkan tirainya. Bagaimana azam tahun 2010? Tercapai? Tahniah. Jika belum tercapai, lipat gandakan lagi usaha ya. Jangan cepat putus asa!
Senyum. 




Baiklah.
Teringin nak berkongsi sedikit kata-kata motivasi yang diambil dari Dr Fadzilah Kamsah untuk saya jadikan sebagai SALAH SATU azam tahun baru saya pada tahun 2011. Wah salah satu! Macam banyak sangat azam baru kau! Yang lama pun masih sesak-sesak nafas lagi nak capai!


"Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci."

(putarkan lagu Jangan Ada Benci nyanyian Casey)
 
 
Cik Aish : Azam anda macam mana pula?










Malaysia Menang Dengan Machonya 3-0! Syabas

Tags


Malaysia lawan Indonesia di Perlawanan Akhir l Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010.

Tahniah kepada skuad HARIMAU MALAYA! Anda memang terbaik. Berjaya mengawal permainan pada masa pertama dan bertindak agresif pada masa kedua. Kredit kepada pemain Safee Sali yang berjaya menjaringkan 2 gol dan Mohamed Ashari dengan 1 gol. Walau bagaimanapun permainan terhenti selama 5minit gara-gara tuntutan daripada Markus penjaga gol Indonesia yang mendakwa terkena panahan laser di matanya ketika Malaysia mahu memberi sepakan percuma. Apa-apa sahaja lah Markus ni. Ketawa. 



Apa pun, tahniah sekali lagi kerana berjaya mengalahkan Indonesia dengan jaringan bergaya penuh bermakna 3-0. Dan sekaligus layak ke pusingan terakhir. Bravo Harimau Malaya!

Piala AFF Suzuki 2010 : Jangan sampai jualan botol mineral atau mercun meningkat lagi.

Tags


Agaknya apa akan jadi pada skuad Harimau Malaya kita menentang Indonesia untuk perlawanan final pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini? 


Sukan sepatutnya menjadi medan persahabatan, bukan permusuhan.Tak sabar rasanya untuk menanti keputusan perlawanan. Sama ada skuad kebangsaan Malaysia bakal malu di padang sendiri atau skuad Indonesia yang bakal pulang membawa bola masing-masing. Ketawa.


Dan yang paling tak sabar, nak tengok gelagat dan aksi-aksi luar padang. Oh ya. Harap-harap jualan mercun atau botol mineral tidak meningkat dengan drastik malam ini. Awas! Dilarang membaling sebarang objek ke dalam kawasan padang ya. Kita bukan hendak berperang. Tapi hanya hendak menguji kehebatan pasukan masing-masing.







 


Cuba Untuk Mendengar Kata Jika Itu Memberi Kebaikan

Tags
Salam sejahtera.
Selamat bercuti dan berhujung minggu.
Muka agak letih hari ini gara-gara tidak cukup tidur. 
Ah..bila emosi terganggu mungkin laptop Dell putih ini yang akan saya hadap sehingga pagi mencari teman berbual agar lupa sebentar anasir luar yang mengacau jiwa.
Senyum.


Tengahari dengan cuaca yang baik seperti sekarang membuat saya lebih tenang. Lalu memikirkan apa yang terjadi semalam. Termenung. Lalu saya capai Dell putih saya.

"Baiklah, aku akan dengar nasihat kau." teriak hati.





Saya buang satu-persatu gambar lama. Mungkin sebelum ini saya rasakan ianya tidak perlu. Cukuplah sekadar mereka terdekat sudah tahu bahawa saya kini bertudung. Dan saya cuba untuk perlahan-lahan mengubah diri saya. Saya tidak perlukan sesiapa untuk menyuruh saya melakukan itu dan ini. Tapi saya perlukan teriak hati yang berbisik menyuruh saya melakukannya. Dan saya akur kehendak hati. Itu lebih ikhlas. 


Alhamdulillah kini hati saya sudah terdetik untuk mendengar kata-kata si dia. Buanglah setiap gambar lama itu. Kerana setiap mata yang memandang akan mengecas dosa ke atas saya. Berterusan. Saya pernah mengadu pada seorang teman baik saya. Dan dia menasihatkan saya untuk akur. Dia kata jangan berikan alasan bahawa saya tiada masa untuk membuang kesemua gambar lama tersebut. Senyum. Hendak seribu daya. Saya mengerti itu, kawan.




Saya akan cuba untuk mendengar kata dan menolak ego saya jika itu demi kebaikan saya. Walaupun blog saya yang sudah berusia hampir 2tahun ini mengandungi banyak gambar lama saya, saya akan cuba untuk buang sedikit demi sedikit. 
Senyum. 


Terima kasih kerana menegur. 



Nota tapak kaki : 
1. Mula membuat senarai barang-barang untuk ke Switzerland pada bulan Mac nanti. 
2. Mula membaca tulisan seorang blogger handsome yang sarat ilmu pengetahuan. Menarik.
3. Hand phone sudah dibiarkan entah di mana. Kembali ke tabiat asal membiarkan ia bersepah sana sini.

Rahsia Tarikh Lahir Saya. Eh Macam Betul!

Tags
Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
 
"Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan."

Nak tahu tarikh kau orang pula?




Tidak romantik
 
Ya. Saya memang tidak romantik. Rasa macam malu sangat lepas itu muka pun merah-merah kot. Romantik yang macam mana? Pandang ke matanya dan ucapkan I Love You.. Oh..itu bukan saya. Saya tidak akan buat macam tu. Saya memang tak romantik!  Tapi kalau sekali saya buat, mungkin boleh pengsan kot si dia. Ketawa. 


Kalau boleh nak buat macam ini. Say i love you jarak jauh. Erk.



Kurang serius dan bersikap bodoh


Kurang serius dan bersikap bodoh? Atau menjadi seorang yang bodoh? Ada beza tak? hehe. Mungkin pernah bertindak bodoh. Telan panadol banyak-banyak. Baling handphone atas jalanraya. Tumbuk dinding kuat-kuat. Bodohkan? Ah itu cerita lama. T____T


Tidak suka huru hara
 
Sangat tidak suka akan keadaan yang huru hara. Ya ini sangat tepat. Saya memang kurang gemar dengan suasana yang hiruk pikuk. Sebab itu saya lebih suka bersendirian di rumah. Paling lama saya berada di kampung atau di rumah saudara mara mungkin hanya 2jam sahaja. Tak tahan dengan suasana bising gamat. 



Menuntut lebih perhatian
 
Menuntut lebih perhatian dari pasangan? Ketawa. Semua orang nak lebih perhatian dari pasangan. Betul? Kalau saya tak inginkan perhatian itu bermakna saya ada pasang skandal. Tapi saya setia. Eh perasan. Senyum. Jarang mengambil berat pasangan itu saya tak tahu nak komen. Ada siapa-siapa yang nak tolong komen? Yang pernah jadi pasangan saya saja lah. 
Sengih.



Nota tapak kaki : 
1. Tiket sudah dibooking. Harap-harap trip kali ini akan berjalan lancar.
2. Kawan lama tiba-tiba hantar mesej ajak pergi clubbing. Ketawa. Tak mungkin jejak kaki ke sana.

heart is like a tissue..one drop water falls into it, can make it destroyed! how sensitive it is!

Tags
Salam semua. Sihat? Sakit pergi makan ubat. Apa? Sakit yang tiada ubat? Kalau macam tu, tahan ok. Siksa? Biasalah.Sakit hati memang kena tahan. Tu ubat paling mujarab. 
Senyum. 


Alhamdulillah sekarang habit tidur lewat berjaya diatasi. Saya sudah mula tidur awal. Mungkin untuk cepatkan masa berlalu. Sebab saya nak hari ini cepat berlalu dan berharap hari yang lebih indah menjelma esok harinya. Tapi bolehkah saya terus berharap supaya setiap hari adalah yang terindah? 
Ketawa. Mana mungkin. 


Saya yakin hati setiap manusia diibaratkan seperti tisu. Ya tisu. Kenapa? Lelaki di luar sana yang bajet gagah perkasa semua itu kau orang ingat tak sensitif? Mereka sensitif okay. Cuma cara mereka mengekspreskan itu berlainan dan nampak cool. Thumbs up. 



Ya. Saya ada seorang kawan. Dia handsome. Nampak macho. Mungkin boleh menang award kategori lelaki macho 2010. Tapi bila ditanya mengenai perasaan, dia kaget. Cuba sedaya upaya menyembunyikan kesentapan dan kesensitifannya. Erk bahasa rosak. Dia pernah meluahkan. Dia pernah menyatakan pada saya yang dia seorang yang sensitif walaupun rakan-rakannya mengenalinya sebagai hati kering. Tiada perasaan. Tetapi dia sebenarnya sensitif. Hati cepat tersentuh. 


Lalu ditanya apakah cara untuk dia mengekspreskan perasaan di kala itu? 


Menangis di dalam hati, dan cuba senyum dan ketawa bagai tiada apa.





Moralnya di sini, beriban manusia di luar sana yang mempunyai hati yang sensitif. Tak kisahlah tahap terlampau, sederhana atau biasa. Yang penting segagah-gahah mana pun diri kita, sepoyo-poyo mana pun mereka, segarang-garang mana sekali pun kau orang, hati dalam misti ada sikit tacing kalau disentap! Kan? Ngaku sajalah.
Senyum. 


Mungkin cara masing-masing itu yang berbeza. Ada yang menangis, ada yang berdiam diri. Tapi silent is better.












Apabila si dia Tersayang Kembali ke Pangkuan

Tags
Tajuk nak geli geleman.
Tak rock langsung blog Cik Aish ni kan?
Ketawa.


Nama ikut ic : Chombyona Chanduri Girlgirl
Nama timangan : Chom
Nama kampung : Lalak


2hari Chombyona Chanduri Girlgirl hilang. Serentak dengan masalah jiwa raga. Siap pakej. Kalau ada masalah jiwa raga mesti mengadu atau borak-borak dengan Chomby. Chomby mesti dengar. Kalau Cik Aish happy, dia mesti terloncat-loncat macam hilang pedoman. Kalau Cik Aish sedih, mesti Chomby tidur sebelah buat muka sayu macam seolah-olah faham masalah negara Cik Aish ni. Tapi kalau Cik Aish marah, dia mesti lari lintang pukang taknak kena marah jugak. Kalau cik Aish lapar, dia mesti buat-buat lapar walaupun dah separuh ikan tongkol rebus berjoget dalam perut dia.



Tapi bila Chomby tak ada, sunyi pula. Alhamdullilah dia pulang ke rumah dengan selamat subuh tadi. Mencakar-cakar cermin sliding door nak masuk. Chomby!! i miss u like crazy!!




MUaahhh..tayang hati sikit!

Bila Panggung Wayang Bertukar Dari Gelap ke Samar-Samar

Tags
Salam pakcik-pakcik dan makcik-makcik.
Anda sehat? Cik Aish tak berapa nak sihat. 
Sakit hati atas pelbagai ragam kerenah manusia.
Senyum.


Sekadar nak berkongsi dan berimaginasi bersama-sama kau orang semua andaikata panggung wayang di negara kita diubah sedikit. Ha...Jangan melenting pula. Ini angan-angan minah jenin saja. Ketawa. Bukan apa, baru-baru ini Cik Aish telah berfoya-foya dengan kawan-kawan menonton filem Tron. Ala cerita yang pasal program komputer tuu..




Agak memakan masa selama 20 minit jugalah menonton dalam wayang yang agak samar-samar. Lampu lupa ditutup. Taklah terang benderang. Cuma lampu sisi kiri dan kanan tidak ditutup. Tapi agak jelas jugalah orang sekeliling kita. Pekerja TGV lupa atau saja nak kenakan kami semua. T_____T




Bila tak gelap, pasangan pun mungkin menjaga tatasusila mereka. Adegan peluk peluk, lentok-lentok, dan macam-macam acara berduet lagilah..tersekat dan terbantut. Hasrat tak kesampaianlah senang cerita kan. Hehe. Bagus. Syabas pekerja TGV. Kurang sedikit dosa bila masuk wayang. Ye tak?




Nak kata terganggu sangat menonton wayang dalam keadaan samar tu, takdelah sangat. Apa kata kalau kita berimaginasi meminta kerajaan supaya mengubah panggung wayang membuka sedikit lampu. Almaklumlah, syaitan suka gelap-gelap ni. Ketawa.


Tapi itu semua hanya imaginasi saja. Mustahil kita nak buat macam tu. Sebab masyarakat berbilang bangsa dan agama. Ye tak?



Couple Dulu Atau Kenal Dulu Baru Couple?

Salam semua.
Senyum tawar.
Chomby Chanduri hilang. Siapa kidnap memang nahas aku siku sampai berlubang. Bertenang. Doakan dia pulang dengan selamat.


Tajuk entry ini saya terfikir masa saya dalam bilik termenung. 
Ah tak senonohlah kau ini Aish!
Ketawa.



Kadang-kadang ada juga spesis lelaki atau perempuan atau kedua-duanya yang lebih senang berkenalan dulu. Kenal hati budi. Jadi friends dulu la senang cakap kan. Lepas tu baru naik step nombor dua ye tak. Couple. Sebab itu bila kita berkawan dengan orang berlainan jantina, hari-hari dok mengadap dia, hari-hari dok sembang dengan dia, boleh jatuh cinta oohh..Tapi tak salah pun. Itu namanya bercintun ikut step dan procedure. Erk! 




Tapi ada juga pasangan yang tak ikut procedure. Suka main skip skip. Dia orang couple dulu. Tak kenal hati budi itu belakang kira. Yang penting kau menjadi milikku. Skrip Yusof Haslam ke ni? Ketawa. Lepas mereka couple dulu, barulah tahu perangai pasangan masing-masing. Kuat cemburulah, suka berfoya-foyalah, suka buang angin sepah-sepahlah. Lepas itu merajuk-merajuk konon pasangan tak faham kita. Salah hang jugak sapa suruh couple dulu baru nak kenai2..dak?



Tepuk dada tanyalah selera. Which one come first?
Kenal dulu atau couple dulu baru kenal?
Terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak couple? Putus sudah..
Sengih.




Cik Asih - Lebih suka kenal dulu. Kahwin terus. Lagi advance ooh!