MAHA Serdang 2010

Tags
The Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA) 2010 yang sudah pun mula dibanjiri oleh ramai umat manusia bermula pada 26 November hingga 5 Disember. Anda sudah pergi? Jika belum, apa salahnya luangkan masa dan gigihkan diri anda untuk ke sana! 


Perjalanan tidaklah jauh pun tapi ini sekadar berkongsi pengalaman aku yang baru saja pergi semalam. Hari redup. Hati pun senang. Tapi tak sangka pula terpaksa menunggu dalam kereta mencari parking dalam ribuan manusia dan kereta sehingga 2 jam! Pelik. Isnin hari bekerja. Mereka tidak kerjakah? Geleng kepala. 

 pakcik tengok apa tu? Belon MAHA ke? hehe

Ada banyak dewan di situ. Dewan yang mempamerkan bunga, buah-buahan, tanaman, ternakan, makanan. Dan pastinya dewan makanan yang menjadi tumpuan ramai. Mana taknya, perut sentiasa penuh dengan pelbagai makanan percuma! Ya! Percuma!
"Rasalah, tak beli tak mengapa"
"Marilah rasa coklat buatan Malaysia"
"Ini murtabak segera. Sedap! Cubala. Tak beli takpe. Cuba rasa dulu"


Ketawa. Mak, lepas ni kita pergi MAHA tak perlu makan tengahari dulu. Kita makan di sini sajalah mak! Percuma. Minum free pun ada! KEji ya...!


Setelah perut kenyang (ini statement keji) dan membeli serba sedikit, aku menaiki bas yang disediakan untuk ke tempat ternakan. Masa ini hari sudah mula hujan. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Walaupun gerimis, tetap gigih untuk ke sana ke mari. 2 payung cukup untuk menampung 7orang!?! 

"Dik hujan tu. Marilah beli payung abang"
Aku hanya mampu senyum.
Dalam bas pun boleh jual payung? Kreatif! Nak jual payung jugaklah! 


 Beratur panjang

Sampai ke pusat ternakan, niat di hati hanya nak tengok kucing. Eh ada ke orang menternak kucing? Tak mengapalah. Tapi hari sudah lewat. Kucing pun dah kena simpan. Mereka risau kucing-kucing baka baik tu selesema agaknya. Ketawa. Oh ada banyak kambing di sini! Bau kambing baju aku. haha. Menarik trip aku ni.


Nak pergi lagi!



Cik aish - Drive balik malam-malam dalam hujan sampai viper kereta patah. Sangat bersyukur apabila berjaya survive memandu tanpa viper di highway tika hujan lebat ya!

bila aku dipaksa untuk melanjutkan pelajaran ke oversea..Selamat tinggal semua!

Tags
What? Aku dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke UK?? Why me? Mom..Aish taknak. Please...
No, u have to go. 
But maa...!!!

Semuanya dah kemas. Kejap lagi aku akan berangkat ke KLIA. Bukan sehari dua. Tapi mungkin 3 ke 4 tahun aku akan meninggalkan Malaysia. Perasaan aku? Kosong. Kenapa dia masih lagi senyap? Tak langsung menelefon atau mesej aku. Aku dah tak ada masa lagi. Aku nak jumpa dia buat kali terakhir sebelum aku berangkat!! 

Aku mencapai Samsung Corby. Lalu pantas menaip mesej pada si dia. 
"Sayang, i have to go. Please take care of yourself. I love you."

Tunggu. Tunggu. Dan terus menunggu. OH! Dia tak reply! Call? Masa dah suntuk! 
Its ok. Aku terpaksa pergi sekarang. Meninggalkan semua orang yang aku sayang di sini. Dan yang paling aku kesalkan, apabila aku tidak sempat untuk berjumpa dia. 

Adakah dia terlalu sibuk sehingga aku seperti tiada kepentingan? Adakah aku bersedia untuk sebuah perhubungan jarak jauh?  

Berat hati. Hanya mampu tersenyum walaupun hati ini mula sedih dan menangis meninggalkan mereka untuk satu tempoh yang lama.




(lagu Maher Zain - For the rest of my life)
Capai telefon yang berbunyi. 
AArghh.. Sapa pulak yang telefon time aku tengah sedap tidur ni...
Kacau je baru nak mimpi feeling pergi study oversea!

Nota tapak kaki - ada rasa macam nak lempang orang tak?

Best men win!

Selalu aku tengok kawan-kawan aku di Facebook kebanyakannya lebih senang meletak status single sedangkan memasing sudah mempunyai steady!


Cik Aish : Wah..bila pulak kau single ni? ***** mana pegi?
Gadis X : Still couple lagi. Saja taknak letak status in relationship. Tak penting pun.
Cik Aish : Memang la tak penting. (tersengih)
Gadis X : Haha. Kalau aku letak in relationship, nanti saham aku jatuh. Takde orang nak ngurat lagi!
Cik Aish : Hey! Camtu lak kan?? (gelak)


Senyum.
Tak perlu rasa takut saham jatuh. Sebab kita belum ada ikatan yang sah lagi. Jadi, kita masih boleh membuat pilihan. Tapi hati-hati. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Silap-silap kamu jadi andartu nanti! 


Buat sang lelaki di luar sana, janganlah takut untuk mendekati gadis idaman anda sekiranya mereka sudah in relationship. Bukankah best men win? Apa salahnya mencuba? Mana tahu, anda lebih serasi dengan si dia berbanding dengan kekasih hatinya. Siapa tahu kan? 



Cik Aish : Kalau ada jodoh tak ke mana!




yea! bila dah takde kerja...nah tengok tapi jangan gelak!

Tags

Suatu masa dulu ketika aku bergelar mahasiswi tegar!

Tags
Tatkala aku berumur 19tahun, di mana aku melanjutkan pelajaran ke UiTM Melaka, aku selalu mempersoalkan kenapa aku perlu belajar tinggi-tinggi? Senyum. Mungkin hormon anak bongsu masih belum hilang lagi dari badan. 



Persahabatan dengan Eriz bermula dari hari pertama aku menjejakkan kaki ke dorm  hostel Blok L. Oh ya. Blok itu kini sudah bertukar nama. Blok Tun Kudu.  Tersengih. Sebut namanya membuatkan aku senyum sendirian. Ya. Berbalik pada Eriz. Dia adalah sahabat yang sukar untuk aku cari pengganti. Dia lain dari yang lain. Pemikirannya, pemahamannya, pendapatnya dan lawak bodohnya sangat sama dengan aku. Kami kawan. Rapat. 


Di awal semester pertama aku di UiTM memberikan aku seribu kemanisan yang tidak mungkin akan aku lupakan sampai hari ini. Siapa tak kenal kami berdua? Junior yang sangat tegar! Peraturan ketat yang dikenakan oleh senior, melarang junior untuk makan di cafe, kami jadikannya sebagai angin yang meniup sepintas lalu di telinga. Kami endahkan. Gasaklah. Ketawa. Yang pasti, muka kami ada di cafe senior pada minggu pertama selepas selesai orientasi!! Dan minggu yang seterusnya!


Kelas pertama pada minggu pertama tidak menjadikan aku sebagai gadis yang lemah lembut serta pemalu dengan semua orang. Aku menjadi terlebih ramah. Bergabung pula dengan Eriz yang tidak kalah dengan idea-idea gila menjadikan kami berdua diterima oleh kebanyakan classmate kami. Lelaki atau perempuan tidak menghalang kami untuk bergurau senda bagaikan sudah kenal lama. Ketawa. Siapa yang tak ingat perangai kami yang pastinya setiap pagi akan tapau dua ke tiga bungkus nasi lemak best dan apabila lecturer sedang kusyuk kami akan keluar untuk makan nasi lemak tu di luar kelas!! Mampu???

Gelak lagi.


 
Itu belum sentuh bab musim Test atau Final Exam lagi. Sama-sama berhempas pulas membuat past year question dan masing-masing cuba membantu sesiapa yang lemah dalam apa-apa saja subjek. Sama-sama membawa toshlight untuk ke library malam-malam. Gigih tak gigih? Dan yang pasti otak serabut bakal disusuli dengan gelak ketawa dengan lawak-lawak bodoh apabila singgah ke cafe selepas itu. Aku teringat apabila mereka menggelarkan kami anak lot kerana sering makan di cafe. Tak mengapa. Mereka tak faham. Perbezaan makan di dewan makan dengan di cafe. Hehe. Hanya pelajar nakal yang bisa faham! 


Dan aku masih ingat lagi bagaimana setannya kawan-kawanku menggosipkan aku dengan pakcik cafe yang apabila senyum ternampak giginye yang rongak. Hehe. Yang pasti, hasil gosip liar tersebut, aku dan kawan-kawan mewah dengan minuman yang extra cincau, extra susu, extra carrot dan pelbagai extra lagi! Terima kasi pakcik skandal!



Apa pun, aku sukakan kebahagiaan pada usia itu. Jauh dalam hati, aku merindui kawan-kawanku yang sering berada denganku tatkala suka dan duka. Tetapi hidup ini tidak akan berhenti pada satu detik sahaja. Ia akan tetap bergerak samada suka atau tidak. 


Untuk aku, kehidupan aku kini adalah ruang perjalanan yang baru, namun aku tidak akan sesekali membuang memori indah bergelar mahasiswi yang pernah menjadi dunia aku dulu, kerana di situ ada kenangan, ada pengalaman dan ada ketenangan yang tidak mungkin akan ku perolehi lagi pada usia ku sekarang.


Cik Aish - adakah aku akan melalui semula detik-detik manis ini lagi? Senyum.

Dr Rozmey : speechless tengok movie dia.

Tags

Ketawa berdekah-dekah. 
Kesian Dr Rozmey. Kena kutuk kaw2 gara-gara rambut cendawan dia. Filem Dua Alam tu, sebenarnya masih boleh diterima akal dia punya jalan cerita. Bukan sebab adegan lucah yang terlalu banyak, tapi sebab banyak mesej yang cuba disampaikan. Filem yang menginsafkan tentang mayat tak diterima bumi. Walaupun cara penyampaian adalah sangat tidak sesuai untuk tontonan umum. .

..tapi...sebenarnya banyak faktor yang menyumbang ke arah kemerosotan jumlah penonton yang datang menonton filem ini. Pertama, cuba tengok dekat poster di atas. Gambar Dr Rozmey kan? Motif? Adakah dia dua alam sebenarnya? Wallahualam. Adakah dia ingin penonton mengenali dia lebih dari mengenali filem tersebut? Adakah dia merasakan wajahnya di akhbar yang terpampang sebegitu besar masih tidak cukup lagi? Apa motif? 

Dan pada sesiapa yang malang menonton filem ini, pasti mereka ingat scene pertama sekali di mana sound effect yang sangat bikin orang suspen..rupanya keluar Dr Rozmey bersila panggung. Oh apakah..Aku rasa nak menitiskan air mata. 

Cik Aish : lebih rela menonton upin ipin.


Terbaik

Tags
Color Splash Pictures, Images and Photos


Marilah memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik kerana yang terbaik hanyalah dari kalangan yang terbaik. Walau bagaimanapun yang terbaik itu tak semestinya terbaik kerana yang terbaik itu hanyalah yang Esa. Dan yang terbaik tidak akan dapat dari kalangan yang tidak terbaik kerana kalangan yang terbaik itu pun bukanlah yang terbaik. Tetapi baiklah kita memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik untuk mendapat yang terbaik.

Terbaekkk dari ladang.
Esei harapan terbaik 2010.

Perkahwinan : Kau fikir kahwin ni senang?

weddings Pictures, Images and Photos


"aku tak nak tunang lama2"

Mesti pernah dengar kan ayat tu? Senyum. Semua taknak tunang lama-lama. Atas alasan takut benda-benda buruk terjadi. Bukankah ikatan pertunangan itu sebagai satu langkah kita ke arah perkahwinan? Satu tempoh masa untuk menyediakan diri kita dengan satu pemikiran yang sungguh matang. Ingat, toleransi itu adalah segala2nya, bertembung dengan satu keluarga baru yang diri kita mungkin tidak dapat faham  kerana pemikiran yang berlainan yang mungkin berlawanan.


weddings Pictures, Images and Photos
 
 
Ya, aku mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Tapi kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi kebaikan. Dan seandainya aku menerima apa-apa kebaikan dari suami,  semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu.
 
 
persandingan Raja Melayu Pictures, Images and Photos
 
 
Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai
 


Bride Pictures, Images and Photos

Cik Aish - Terfikir. Termenung. Lalu senyum. Geli hati.

Jaga segerombolan anak kambing lagi senang dari menjaga sekeping hati!

Tags
Sedih. Geram. Sebak. Benci. Perasaan itu bersilih ganti. Macam larian berganti-ganti masa sekolah dulu. Heh. Cuba untuk senyum. Pahit. 

Ketika ini aku memang memerlukan seseorang untuk menjadi pendengar setia. Wujud ke? Tak mengapa. Selagi boleh aku pendam, aku pendam. Mengeluh. Jauh termenung. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk melupakan segala-galanya. 


"Whats up! Problem again?"
"Normal.."
"Story la..Luka lama berdarah balik ke?"
"Luka aku ni tak pernah berhenti berdarah la.."senyum sinis.


Ahad. Berkurung dalam bilik. Baring, melepaskan fikiran mengejar kenangan silam. Pedihnya kenangan itu. Aku perlu tabah! Namun, air gugur juga di hujung kelopak. Cepat-cepat mengeringkannya. 


Hidup ini penuh dengan pencarian. Kadangkala kita sendiri tidak pasti apa yang dicari. Manusia akan terus menyusuri titi kehidupan, mencari kebahagiaan yang tidak pasti. Adakala, di dalam penitian itu, kita jatuh lalu tersungkur. Namun kita tidak pernah serik. Pastinya manusia itu akan terus bangun dan meniti lagi. Mencari dan terus mencari. 


Kebahagiaan telah ditemui. Lalu, aku hanya tersenyum sepanjang hari, berdoa agar hujan tidak turun di tengah hari...He's so deserve! Very secretive! Anyway..he's so nice and gentle. Dia tak pernah ambik kesempatan ke atas aku. Cuma mungkin dia sibuk. Atau malas melayan kerenah aku. Heh.



Nota tapak kaki : Ada mulut yang kata, semua entry blog ini hanya mengaibkan orang. Betul ke? Rasanya manusia itu sudah buta matanya, sudah buta hatinya, sudah buta segala-galanya kerana terlalu sayang pada lelaki. Terpulang. Aku hanya mengingatkan. Kita sama perempuan kan?




Benjamin William bagi angpaw pada player Malaysia.Terima kasih !

Tags
Tahniah skuad Malaysia. Kalah pon kalah bermaruah...bukan kalah sebab gol dari skuad China tapi sebab BENJAMIN WILLIAM..semua player kau bagi kad merah macam bagi angpow pulak..
Sampai bila-bila nama kau akan di ingati oleh masyarakat Malaysia. Tahniah skuad Malaysia. Aku bangga dengan team walaupun kalah...skuad ni memang terbaik..
 
nota ibu jari kaki : Aku kalau jmpa Benjamin William ni jalan-jalan di KL, memang aku langgar dia dengan kereta Proton buatan Malaysia. Dah langgar dia, pastu siap reverse lagi‌. Langgar lagi. 
Terima kasih daun keladi
keputusan penuh Malaysia - China = 0-3
Pemain Malaysia 3 orang dilayang kan kad merah!
 

Shamrin Fotograf meninggal : Al Fatihah

Tags
Masih teringat lagu nie?
Al-Fatihah buat vokalis kumpulan Fotograf yang kembali ke rahmatullah..Semoha Allah mencucuri rahmatnya..Amin..

Semakan Panggilan MTeST Ambilan Januari 2011

Tags
untuk semakan KPLI - SR/j-Qaf ambilan Jan 2011, lawati http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm
Mari mari kita check ramai-ramai!!!! 

yabeda bedu...!!!

Berbekalkan beberapa percent sifat keibuan yang dimiliki, cukup untuk mengatakan tidak pada si pengurat!

Tags
Maaf. Geli hati melihat keletah kanak-kanak berumur 6 tahun memanggil aku MAK sehinggakan niat suci beberapa lelaki yang tidak kurang hensemnya terbantut gara-gara panggilan itu. Thumbs up! 

Megamind. Ya. Tatkala aku berumur 24 tahun aku, aku melangkah ke panggung MBO menonton filem animasi ini. *watak hero sangat huduh* Ah...aku dah biasa menonton wayang bersama 3 orang anak kecil @ anak buah aku nie. 

Pastinya hati ini terasa terhibur ditemani mereka walaupun terpaksa menerima hakikat akan kejatuhan saham yang mendadak! 


Pakwe-pakwe hensem : Hai..anak ke?
Aku : Ya. Anak.
Pakwe-pakwe hensem : Mudanya dah ada anak? 
Aku : (Senyum)..............terus beredar. 


Ketawa.
Ya. Terima kasih kerana hari ini mendapat title ibu muda. Ya aku sungguh teruja!

Malam celaka

Tags
emo love Pictures, Images and Photos


Senyum.
Walaupun baru sahaja mendapat tahu mengenai sesuatu yang amat menyentap perasaan di kala perasaan ini sudah terlalu menyayangi dia. Ya. Kebenaran itu mungkin menyakitkan. Tetapi diri ini bukan sesiapa. Diri ini bukan yang terbaik. Dan diri ini hanya seorang gadis yang hidupnya pernah gelap, tetapi sedikit demi sedikit diterangi oleh "sesuatu" yang sangat membahagiakan dirinya. Tetapi "sesuatu" itu mungkin bersifat sementara. 


Tuhan masih mahu menguji.


Syyhh..Jangan menangis. Kau kan dah berjanji yang air mata bukan lagi teman sejati kau. Bangun dan kesat air mata itu.
Kepada sang hati.
Senyumlah walaupun terlalu pahit bila mengingati kata-kata yang melukakan itu. Kau kuat. Aku tahu.


broken heart Pictures, Images and Photos

.....berdiam lebih baik dari berkata-kata apa-apa

Nah..kau fikir aku tak boleh gumbira tampa kau??

Tags
Photobucket

Hidup ini macam bosan kalau kau tak cuba explore! Kau macam duduk bawah tempurung je nanti! Selagi masih hidup, selagi masih muda, selagi belum kahwin, kalau kau nak hidup kau ceria bak pelangi siap pakej hati berbunga riang, kau kena keluar dari cara hidup yang membosankan!! Kau kene cheer up! Biarkan mereka-mereka yang yang memandang dengan hati penuh berkata-kata dan hasad dengki! Yang penting kau kenal diri kau siapa. 

Dan yang paling penting kau hanya inginkan sebuah kehidupan yang sangat bahagia. Ya. Kau pasti inginkan bahagia. Bangkitlah dari segala kegelapan yang pernah menyelubungi kau dulu! Persetankan suara-suara yang menyuruh kau untuk membalas dendam pada mereka yang pernah menyakiti kau!


Memaafkan itu adalah lebih baik dari memendam rasa. Heaven~!

Lelaki dan perempuan. Siapa lebih arif tentang kereta?

Sila pilih yang mana satu pilihan korang?
Alfa Romeo Pictures, Images and Photos
alfa romeo

Porche Pictures, Images and Photos
Porche


Ferrari Pictures, Images and Photos
Ferrari


BMW Pictures, Images and Photos
BMW



hair Pictures, Images and Photos
Tapi ladies minat tak pasal kereta? Rasanya ladies tau bawak kereta je kot. ihihih. Bab maintenance tu serah pada guys. 
Betul ke lelaki lebih arif pasal kereta dari perempuan?
Ok ni pengalaman aku ea. Kawan aku (lelaki) pernah tersadai tepi jalan highway dengan keretanya yang rosak hampir 2 jam. Nasib baik bukan dia seorang, tapi dengan kawan-kawan dia. Dipendekkan cerita, semua lelaki. Tapi ingatkan masalah besar. Tapi rupa-rupanya temperature kereta terlalu tinggi. Tuan kereta tak pernah dan tak tahu macam mane nak isi air dalam radiator water tank! Dan yang menyedihkan lagi, dorang semua berpeluh-peluh nak bukak tank tu. Tak tahu macam mana caranya. Aisehh...
Malunye.

So tak semua lelaki arif pasal kereta! Zassss



Semua itu hanya semalam. Bukan selamanya.

Tags
Maaf. Hanya gambar hiasan. Tiada kene mengena dengan tajuk entry. Tapi watak kucing itu mungkin adalah kot sama macam tuan blog ni. Menunggu...bilalah dia nak call..? Erk ? 

Cepatnya masa berlalu. Tak terkejar rasanya. Tiba-tiba je dah raya. Bangun-bangun je dah Deepavali..(Happy Deepavali to all!) Then lepas ni tahu-tahu dah cuti sekolah..Dah Kristmas, lepastu tetiba dah 31.12.2010.

Happy New Year da...

Makin lama otak ni makin suka memikirkan perkara-perkara remeh. Sebenarnya rindu pada mereka. Teringat kata-kata mereka. Kita berkawan sampai bila-bila. Ya. Macam-macam pahit manis. Tapi seorang demi seorang makin melupakan. Jadi aku pun bertindak untuk tidak mempedulikan mereka. Kerana aku sememangnya masih berkecil hati dengan kesemua mereka. Semua


Peristiwa yang bikin aku sentap..Banyak. Ntahlah. Persahabatan yang sangat cool..adalah sebuah persahabatan yang tidak mementingkan diri sendiri dan saling berkomunikasi serta menjaga hati masing-masing. Sebab tu aku tak pernah percaya pada istilah sahabat baik dari dulu lagi. Sebab aku belum jumpa lagi kot.


Lepak bersama-sama. Tiada antara kami yang tinggal. Cukup korum. Ke mana-mana pasti bersama. Open table bergelak ketawa dan order makanan semahu-mahunya seolah-olah hari metekadarah sedunia. Berkaraoke lagu dangdut, lagu sedih, lagu patriotik semua ada. Ada yang memuji ada yang mengutuk. Tu kira pakej hampeh. Haha.  Hati berbunga-bunga riang sehingga tanpa sang kekasih pun boleh hidup kot.Ibarat love potion oohhh!



Oh itu semalam. Dan HANYA semalam. Tidak mungkin selamanya heaven begitu. Sekarang mungkin hell. Kerana mungkin memori masing-masing sudah pun pudar. Dan itu menyebabkan aku tidak lagi mahu mempedulikan mereka. Bukan kerana aku sudah mempunyai kekasih hati. Tapi kerana berkecil hati dengan setiap mereka yang sangat......SOMBONG.


U all takde. Ada i kesah? Semua yang heaven tu hanya semalam. Bukan selama-lamanya. Pst...Membawa diri dan hati yang luka parah pada insan yang sudi mendengar. Terimakasih daun keladi.