Menjadi perampas atau menjadi mangsa perampas..siapa lagi malang?

P.E.R.A.M.P.A.S

Ketawa. Dan hanya mampu ketawa tengok gambar hiasan ni. Rasa macam nak tendang-tendang je si PERAMPAS tu kan? Dah lah seluar londeh, nak jadi perampas pula. 


Kawan : Antara perampas dan mangsa perampas, mana agaknya yang malang?
Aku : Perampas
Kawan : Kenapa? 
Aku : (Senyum) Sebab hidup ini ibarat roda. Suatu hari nanti pasti ada yang merampas dari dia. 
Kawan : Oh! Habis tu, si mangsa perampas tak rasa malang ke?
Aku : (Ketawa) Taklah. 
Kawan : Hehe, agak yakin jawapan kau kan? Reason?
Aku : Jika lelaki yang dirampas itu ikut saja macam lembu kena tarik hidung, bukan ke tu maknanya lelaki itu pun bukanlah yang terbaik untuk si perempuan tu?
Kawan : Jadi kau nak salahkan lelaki jugalah ni ye? Ketawa.
Aku : Hm..Mestilah. (senyum hambar)


Teringat kembali ketika aku menjadi mangsa perampas. Eh ini bukan rekaan. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Memeritkan. Sebab apabila insan yang kita berikan sepenuh kepercayaan menjadi lembu kena tarik hidung, mengikut rentak irama sang perampas, maka dialah yang malang. 

Dan si perampas itu sedarlah bahawa jika harini anda menjadi PERAMPAS, adakah esok lusa tulat anda selamat dari menjadi mangsa perampas yang lain? Pasti? Tepuk dada tanya selera. Bukankah hidup ini tak selalunya kita di atas?
Ketawa. 

Sotong Paul akhirnya menemui ajal

Tags
Akhirnya sotong Paul si peramal bola sepak yang dikira popular sehangat selebriti Hollywood disahkan mati. Mati tercekik bola atau mati kerana dibomohkan oleh penyokong yang hampa dengan keputusan ramalannya pada World Cup yang lepas? Wallahualam. Jadi tiada lagi peramal..haha. Semoga Paul aman di pusaranya. Macam tu lak kan?

Gelak pun ada banyak kategori : sila pilih

Perasan tak, bila kita mesej dengan kengkawan kita atau dengan boipren kita, kita kadang-kadang taip bermacam-macam jenis gelak ketawa. Tapi kadang-kadang hakikatnya tak lawak pun mesej tu. Dan kadang-kadang kita tak gelak pun. Tapi dah macam satu pelengkap. Kalau tak gelak dalam mesej tu, tak de umph. Tak mesra alam gitu. So ni adalah beberapa jenis gelak yang aku pernah pakai. Tapi kalau ada lagi jenis gelak yang lain, pelis tambah di ruangan komen. 





1. hahahaha
ok ini adalah biasa yang digunakan oleh kita semua. Gelak kategori ini menunjukkan yang benda tu memang kelaka dan menunjukkan si penggelak tiada adab sopan. 

2. Kahkahkah
Gelak yang macam ni, sememangnya patut dihindari oleh kaum perempuan kerana ianya berbunyi kasar dan seolah-olah tiada dara apabila gelak sebegitu.


3. Muahaha
Yang ini pulak seolah-olah penggelaknya sedang bermegah-megah dengan apa yang dia ada. Awas jika kawan anda gelak macam ni. 
4. Kuikuikui
Yang ini best. Gelak macam ni menunjukkan si penggelak seperti malu dengan kesilapan yang dia buat. Jadi gelak sebegini biasanya digunakan untuk menutup malunya. 

5. Hihihi
Pada kaum perempuan yang mementingkan kecantikan luar dan dalam, seelok-eloknya gunakan gelak yang macam ini. Lelaki dengar cair.


6. Huhuhu
Yang ini paling keji. Benda tu tak lawak pun. Tapi si penggelak terpaksa gelak kalau tak nanti kawan kecik hati. Jadi dia gunakan huhuhu


7. lalalala
Jangan tak tau. Ini pun kategori gelak jugak. Si penggelak akan menulis lalalala sebagai tanda yang dia sedang memerli kawannya. Contoh ayat. "Kau kan rajin, sebab tu aku suka kawan dengan kau. Lalalalala" 
Terasa bagai diperli tak?


8. Hik hik hik
Yang ini tak tahan. Kategori gelak macam ni maknanya si penggelak sedang menggeletis tahap maksimum. Kononnya dia sangat la comel dengan gelak sebegitu. Contoh ayat "Ala awak teman la saya lunch arini, hikhikhik" Sungguh gedik kan? 


Sila pilih anda selalu gelak dalam mesej macam mane???

Hubungan jarak jauh : mengjengkelkan?


When you feel alone, just look at the spaces between your fingers, remember that in those spaces you can see my fingers locked with yours forever

Aku pernah rasa bagaimana "long distance relationship". Cinta teramat pada si dia membuatkan hati aku terkunci dari memandang insan lain. Dan aku berjanji pada diri sendiri untuk menunggu dia. Sebelum dia pergi nun jauh ke utara sana, kami berjumpa. 

Mis A : Abang, janji dengan b. Jangan lupakan b. B akan tunggu abang

Mr B : Ya la.. jangan menangis. Nanti orang nampak kata apa lak. 

Sweet..Pemergian dia aku hantar dengan penuh harapan menggunung. Aku kunci hati aku untuk orang lain. Aku butakan mata dari melayan insan lain bernama lelaki. Aku taknak! Aku hanya tunggu dia. 

Tapi berhasilkah semua itu? 

Mungkin orang lain berjaya dalam cinta jarak jauh. Dengan berpegangkan pada satu prinsip iaitu KEPERCAYAAN. Apabila adanya kepercayaan, maka akan ada kesetiaan. Aku tidak bernasib baik. Kerana kami tiada kepercayaan. Dan akhirnya kami berpisah. 

Distance does not matter if two hearts are loyal to one another. Yes, tiada apa yang perlu ditakutkan sekiranya ada KESETIAAN. Jarak dua benua sekali pun pasti terasa dekat. Apa yang dekat?


HATI.......hati kau dan hati aku. 






whatthehell?don't pandang makcik tu sebelah mata pelissss!

Dengar sok sek sok sek cikgu mengumpat. Mengumpat kami yang masih muda-muda lagi ni lah apa lagi. Come on la. You all cikgu. So berkelakuanlah seperti cikgu. Don't berkelakuan like a makcik-makcik kampung okay! buley? Whatthehell kan bila you all mempertikaikan we all we all yang muda bergetah ni untuk beramah mesra, bergurau senda dan macam-macam ber lagi dengan makcik kantin? Ni lah dialog mereka pada seorang kawan aku ni. 

Cikgu X : Akak dengar kamu rapat sangat dengan makcik kantin tu. Betul ke?
Kawan : Aah memang selalu borak dengan makcik tu..makcik kantin tu baik, ramah. Suka usik makcik tu. Kenapa kak?
Cikgu X : Akak dapat komplain la. Kalau boleh, jaga la status kita sebagai guru. Jangan rapat sangat dengan makcik kantin itu.
Kawan : (tercengang) Apakah?

So fikirlah baik-baik. Adakah pekerjaan guru itu terlalu tinggi bezanya sehinggakan kita tidak boleh beramah mesra dengan makcik kantin tersebut. Persoalannya di sini, adakah pekerjaan makcik kantin tersebut hina?

__hanya mampu tersenyum melihat gelagat mereka___

Bila sakit pale, mula merapu tak tentu hala..!

Tags
Satu ketika dulu...aku tahu apa itu berdikari. Bekerja sebagai cashier pengalaman pertama memegang duit. Heaven rasanya. Tatkala berjaya melangkah ke universiti, aku mengambil jurusan perniagaan. Dan semestinya aku mencari wang saku dengan menjual topup dan servis printing. 



Tersenyum sendirian betapa seronoknya menjadi akak topup dan akak print di asrama masa itu. Bilik hostel tidak pernah sunyi dari dikerumuni rakan-rakan yang ingin membeli topup dan print assignment terutama di hujung-hujung semester. Dan mereka-mereka sanggup bersusah payah datang topup pukul 2 3 pagi. Terutama kes gadoh dengan boipren. hahaha. Gadoh la korang. Aku gak yang untung maa!




Mungkin adik-adik sekarang kena belajar macam mana nak berdikari. Jangan harap duit mak ayah aje! Sebab hasil titik peluh diri sendiri lebih bermakna. Dan bagaimana susah untuk kita mendapatkan rezeki itulah yang lebih menyeronokkan dan mematangkan kita supaya lebih menghargai RM!!




AAAAArrrgghhh....sebenarnya kepala tengah weng ni..Sakit! Tak tahu kenapa. Mungkin banyak berfikir. Pasal apa ea? Entah la. Masa depan kot. Sebenarnya tengah risau kesihatan mak. Selalu mengadu sakit-sakit. Biasalah orang tua..sakit kaki, sakit pinggang..Sebab tu mak pernah kata, mak dah tua, mak nak tengok aish kawin. Sebelum mak takde satu hari nanti. Apa mak ni? cakap macam tu pulak. Aish kan perempuan. Kalau aish lelaki, aish dah masuk minang dah. 

Jap jap..Nak period ke ni? Sebab bila nak period, hati jadi rapuh bak kristal. Pantang ada tersalah cakap, mesti nak terasa. Bila terasa, mulalah rasa sedih. Bila rasa sedih mulalah tak tentu arah. Lalu tidur adalah ubat penghilang kesedihan! Agak-agak ter touching sikit, mesti tidur. Sebab bila bangun..akan lupa segala-galanya! its me...



C.E.M.B.U.R.U

Tags
CEMBURU lagu dewa

Ingin kubunuh pacarmu
Saat dia cium bibir merahmu
Didepan kedua mataku
Hatiku terbakar jadinya cantik
Aku cemburu

Ingin kubunuh pacarmu
Saat dia peluk tubuh indahmu
Didepan teman-temanku
Makan hati jadinya cantik
Aku cemburu

Meskipun aku pacar rahasiamu
Meskipun aku selalu yang kedua
Tapi aku manusia mudah sakit hatinya

Mungkin memang nasibku
Yang slalu menunggu
Untuk jadi yang pertama

Mungkinku katakan padanya saja
Bahwa aku juga milikmu
Bahwa aku juga.....
Bahwa aku juga kekasih hatimu

Ingin kubunuh pacarmu
Saat dia peluk tubuh indahmu
Didepan teman-temanku
Makan hati jadinya cantik
Aku cemburu .....



Cemburu tu sihat. Cemburu tanda sayang. Cemburu tu bukti kita tidak inginkan kehilangan. 
Bukankah begitu kawan-kawan?

Tapi, cemburu itu sebenarnya racun dalam perhubungan. Sebab kalau tak dibendung, mungkin hubungan yang terjalin tak akan berkekalan.

Cemburu itu tanda kita tiada kepercayaan pada dia. Kan? Tak baik macam tu. Kena percaya pada pasangan kita tapi tidak seratus peratus.



Tu dulu, sekarang jangan buat lagi.

Tags

Suka ayat ni. Bila aku berterus terang menceritakan kesilapan aku dulu, maka dengan pantas dia memotong percakapanku. 

"Tu dulu, yang penting sekarang jangan buat lagi."

Aku diam. Tanda setuju. Dan mungkin sedikit terharu. Benar. Setiap kesalahan yang pernah kita lakukan dulu tidak penting. Tapi yang paling penting adalah jangan mengulanginya lagi. 


Thanks!

Rotan dengan cubit...kami rela dirotan dari dicubit cikgu!

Tags
Macam-macam kerenah la kamu ni. Susah sangat ke nak siapkan kerja sekolah? Bila ditanya apa bentuk hukuman yang mereka inginkan, mereka lagi sanggup dirotan dari dicubit dengan tangan kecik aku ni. Apakah? 

Yang lelaki mungkin agak ngeri bila dada mereka yang jadi sasaran. Ha Ha Ha.. Sorry la ye.

Bila mereka tanya, kenapa cikgu suka cubit. Cikgu rotan je la kami ni. Aku senang je jawab. Kamu dulu kecik-kecik, ibu kamu suap makan pakai sudu ke tangan? Pakai tangan ah cikgu. Ok. Kamu tahu tak, guna tangan lebih berkat dari guna sudu? Macam tu jugak cikgu. Guna tangan untuk menghukum kamu lebih baik dari guna rotan. 

Ye ke cikgu....(mereka diam tanda setuju) Gasak korang lah. hehehehe.

Bila murid VEGA datang mintak maaf..

Tags
Bila seorang pelajar yang bermasalah datang dan mengucapkan ini pada aku..
 
"cikgu saya minta maaf sebab saya banyak wat dosa kat cikgu melawan cakap cikgu. cikgu maaf kan"

"takpe..tapi siapkan la keje yang cikgu mintak..cikgu taknak kamu failed subjek cikgu. ok...chaiyok"

"baik cikgu. sya akan wat keja cikgu" 
 
Rasa terharu sangat..huhuhuh


Kawan cabar kau isap ganja, kau isap. Nah cikgu cabar kau buat homework!

Tags
Pelajar zaman sekarang agaknya sukakan cabaran. Sebab tu bila kawan cabar isap rokok, mereka isap. Kawan cabar lompat pagar sekolah, mereka lompat. 


Nah sekarang aku cabar seorang pelajar yang agak mempunyai masalah pembelajaran atau bahasa kasarnya, pelajar bodoh dan malas belajar! 

Gini citernya. Aku cabar hamba Allah ni siapkan folio Kajian Tempatan yang dah tertangguh sejak 5 bulan lepas. Degil sangat taknak siapkan. Agak berbuih juga la mulut ni nasihat. Memang tak makan saman. Denda la macam mana sekali pun.


Last sekali usaha tangga kejayaan aku.....
    
"Ali! Setakat folio kacang macam tu, kamu tak boleh buat? Malu lah. Cikgu CABAR kamu siapkan  folio tu minggu ni juga!"

"Kalau saya siapkan apa saya dapat,cikgu?"
   
"Cikgu akan petik nama kamu kat kelas lain. Bangga kamu nanti. Dan cikgu akan bagi upah. 
Tapi rasanya kamu tak leh buat folio tu..kalau kamu siapkan, memang cikgu selut kamu la..memang macho la  kan..sebab sahut cabaran!"
  
"Baik cikgu!Saya akan siapkan!Saya akan hantar folio tu. Cikgu tunggu..saya akan buktikan!"

Yea...berjaya kah taktik umpan aku kali ni? Tak sabar nak tunggu result nya..hihi.

Dating sebulan sekali pun ok what?


Ada sesetengah couple mesti selalu dating kan? heee..baik korang ngaku! Kalau tak dating dalam seminggu tu, mesti rindu pastu ada adegan makwe merajuk sebab tak dapat dating punya pasal! kann?? 

Biasalah tu. hukhuk..

Tapi kan, apa kata tukar style pulak! Dating sebulan sekali! Best tau! Kumpul rindu banyak-banyak. Lepas tu bila jumpa kasi kaw punye! Mesti time nak dating tu, yang perempuan atau pun lelaki prepare baikk punya! Excited lebih gituu..Kalau selalu sangat dating, mesti hilang cikit excited tu. Mesti pasangan boleh hafal baju-baju yang pasangan korang akan pakai. 

"eh ni bukan ke baju yang ayang pakai minggu lepas?"
"manede la..u ni mandai je" desis si makwe geram.

pastu tetiba gaduh lak..hahaha..naya.

So apa kata dating sebulan sekali?? Cuba la! Pasti hangatttt sentiasa! hik


Maria Ozawa ikon murid sekarang?

Tags
Aku rasa sangat bersyukur dilahirkan pada tahun 1986
Masa sekolah rendah sampai sekolah menengah rasanya otak dan pemikiran aku masih suci putih bersih gitu.
Tak kenal apa itu internet. Dunia cyber dirasakan begitu pelik dan jauh sekali ingin menerokanya.


Ingat lagi masa tingkatan 1, kelas Teknologi Maklumat. Cikgu suruh masukkan disket, pun boleh bikin tangan aku terketar. Takut la jugak kot-kot meletup ke apa ke kan. hihi

Tapi sekarang..pelajar makin bijak meneroka dunia IT. Laman web sosial seperti Facebook ibarat teman sejati mereka. Tanpa Facebook, mereka boleh dilabelkan sebagai ketinggalan zaman dan kuno! Sampaikan laman web porno pun sudah menjadi jamuan mata mereka setiap hari. Masyallah. Malam tadi kantoi seorang pelajar tingkatan 1 mengaku menonton Maria Ozawa! OMG!

 NAH KLIK CINI KALAU NAK TENGOK VIDEO MARIA OZAWA

Bila aku ugut untuk bawa perkara tu ke bilik disiplin..tau pulak takut!

Apa nak jadi pelajar zaman sekarang..
Aku dulu tak tengok Maria Ozawa. Aku tengok Maria Mariana je . Ala filem Yusof Haslam yang skrip jiwang karat tuh! hihi

Apabila murid sekolah miskin dengan budi bahasa

Tags
Kurang ilmu, cikgu boleh beri ilmu.
Kurang didikan, cikgu boleh didik kamu.
Kurang ajar, cikgu boleh ajarkan.
Kurang budi bahasa..macam mana nak atasi?

Hanya gambar hiasan. Tiada kene mengena dengan topik di atas. hehe

Zaman dulu la kan..murid cukup takut nak pandang cikgu. Ini kan pula nak jeling cikgu. Gerun. Macam ada something kat muka cikgu tu yang membuatkan murid rasa taknak untuk mendekati guru. Lainlah budak-budak pandai. Mereka memang rapat dengan guru! 

Tu dulu!

Murid zaman sekarang, bukan saja cukup berani. Malah dengan muka tak tahu malu dan tanpa periksa anu pun kecik lagi, dah pandai nak ajak cikgu kapel. Sungguh! Memang dasar .. .....apa ea? ntah. Takde perkataan nak guna lagi dah.

Apa boleh buat. Ibu bapa zaman sekarang humban kan anak-anak mereka ke sekolah dan serahkan tugas mendidik,mengajar,mengasuh dan macam-macam meng lagi pada guru 100%!!! Ok..kesian..eh Sekian..

Air Asia bikin kaki gatal nak merayap!

Tags

Lecturer aku dulu pernah kata, MASA MUDA NI LA KAU KENA NIKMATI SEPUAS-PUASNYA!
Sebab dah kahwin nanti kau kena duduk rumah jaga anak. 
 hehehehe



Sebab tulah mungkin faktor genetik aku agaknya. 
Suka sangat travel sana sini. 
Orang kata kalau ada tahi lalat kat kaki maknanya kau memang kuat merayap! 

Betul lah tu agaknya. (sambil belek tahi lalat kat kaki sendiri)

Apa lagi? Nah ni lah masanya..Air Asia buat promotion! 
pilih-pilih nak pergi mana!
Jom klik kat sini!

KPLI

Tags
Selesai sudah ..
Sebelum klik butang HANTAR, baca Bismillah dulu.
Harap-harap permohonan aku untuk mengikuti KPLI ni berjaya.
Benar-benar nak jadi seorang guru. SANGAT!
Sepatutnya aku pilih jurusan perguruan dari dulu lagi.
Tapi keluarga suruh aku pilih jurusan kewangan.
hmmm...




Sang kehidupan .. hanya mampu menanti hari esok..

Tags
Takda masa nak update blog tersayang..SSyyHhh...jangan merajuk sayang..Bukan itu tanda tak sayang..ingatan tu ada..cume tak sempat..






Permulaan bicara..sebenarnya kisah aku dan dia sudah lama berkubur. Hanya aku saja yang tahu kisah di setiap yang berlaku antara kami. Kisah pahit. Ah.lupakan saja. Yang penting aku tidak lagi bergantung harap padanya. Sebesar kuman pun tidak. Tak!! Kau dah pun aku buang jauhhhh..! 

Percaturan hidup kini menjadi lebih mencabar. Hidup yang bukan lagi seperti di zaman kanak-kanak. Malah di zaman kegedikan masa remaja pun tak sama macam sekarang. Sekarang lebih menduga dan menguji setiap inci kesabaran dan daya berfikir. Menjadikan seseorang itu lebih matang. Disalut pula dengan pengalaman yang menjadi helaian demi helaian buku kehidupan seorang gadis sepertiku. Perit. Siapa tahu? Tuhan tahu. Menangislah pada Dia. Kerana Dia mengerti segala-galanya.

Sahabat...aku tidak mahu lagi mengenangkan kau! Kau hanya pentingkan diri sendiri. Tanpa kau sedar...Kau hanya bijak mengatur dan memperlekehkan kehidupan orang lain. Kau hanya tahu mendabik dada yang kau adalah sempurna! Tanpa kau sedari perbuatan kau sebenarnya dah melukai hati aku! Kau hanya tahu cari aku tika kau susah. Dan memerlukan pandanganku. Aku sudah berikan. Aku cuba berikan itu semua. Tapi tatkala aku memerlukan kau wahai sahabat..kau memberi alasan menjengkelkan. Aku dah cukup muak dengan kau! 

Hmmmmmm..

Mengeluh bukan tanda tidak bersyukur. Tapi aku sebenarnya cuba sibukkan diri dengan segala macam aktiviti dan rutin harian. Sebab, aku bingung. Aku teringat dia. Bodoh aku ni. Takpelah. tiada apa yang perlu aku rahsiakan di sini. Ye..aku mengaku. Aku teringatkan sesorang yang pernah beri aku harapan. Kenapa lelaki suka bagi harapan sedangkan dia sendiri tahu yang dia tak akan kotakan. Lelaki itu aku tahu, mempunyai cita-cita yang cukup tinggi. Tapi kehidupannya ibarat pelita yang sangat diperlukan untuk menerangi kegelapan malam. Dia yatim piatu. Aku doakan dia dapat mengatasi segala kesukaran membesarkan adik-adiknya. Aku tahu kau tabah. Walaupun aku jauh, tapi aku tetap doakan kau.

Sebenarnya malam tadi aku menangis. Dah lama aku tak menangis. Aku teringat..dari A sampai Z. Kalau orang yang tahu apa yang jadi pada aku..mesti mereka kata kuat. Kuat ke? 2 kali percubaan bunuh diri. Sumpah! 2 kali aku cuba bunuh diri. Tapi Tuhan sayangkan aku. Siapa kata aku kuat? Aku tak kuat. Cuma aku alihkan sekejap pada hal-hal lain. Aku pandang orang lain yang lebih malang dari aku. 


Ah dahlah. Apa boleh buat? Inilah namanya kehidupan!!!!