Perasaan dijajah masih ada di malam kemerdekaan tahun ini..sampai bila?

Tags
Tanggal 12 malam bersamaan 31 Ogos 2010. Maka genaplah 53 tahun usia kemerdekaan negara kita Malaysia. Bagaimana dengan sambutan? Mungkin tahun ini kurang sambutan secara besar-besaran sebagai menghormati bulan Ramadhan yang mulia. Tiada lagi konsert yang menjengkelkan oleh artis-artis yang seolah-olah menggunakan pentas itu seperti di barat. Terkinja sana sini menyanyi dan bergelek sambil melaungkan merdeka. Bagus lah. Sokong




Dan ini sebenarnya merupakan pertama kali aku menyambut hari Kemerdekaan dan menanti detik 12 malam di hadapan laptop Dell berwarna putih kesayanganku. Aku masih teringat tatkala sebelum ini aku menyambut dengan kekasih aku di Melaka. Pernah juga di Kuala Lumpur. Hanya teruja mahu melihat pertunjukan bunga api di samping yang tersayang. 


Tetapi tahun ini, sedikit rasa kekurangan. Tak mengapa lah. Mungkin hanya mainan perasaan je. Sebut pasal merdeka..terlintas di fikiran yang serba cetek ini..adakah aku sudah merdeka? Merdeka dari segala perasaan rendah diri dan segala jenis perasaan yang membuatkan aku menangis. 


Diri ini masih belum lagi merdeka. Masih lagi dijajah. Oleh perasaan Sial yang masih menghantui diri aku. Masih lagi dijajah oleh wajah-wajah hipokrit yang pernah mengucapkan kata sayang pada aku dulu. Masih lagi dijajah oleh pemikiran dan prasangka buruk pada kaum lelaki. Ya..aku masih lagi dijajah oleh semua itu. 


Tak tahu sampai bila penjajahan ini akan berakhir. Mungkin apabila diri ini sudah cukup kuat untuk menentang segala bentuk penjajahan itu. Satu hari nanti, mungkin. Doakan lah aku. Kerana aku hanyalah seorang gadis yang lemah. Bukannya seorang pahlawan yang kuat di mana dia sering berani dan bersungguh-sungguh menuntut kemerdekaan. 


Walaupun diri ini terlalu kerdil untuk melawan segala bentuk penjajahan dalam diri ini, aku berazam untuk menjadi seorang yang merdeka. Tidak lagi dijajah oleh perkara perkara Sial yang masih menghantui diri aku. Asalkan aku mesti berani dan terus memandang ke hadapan. 


Aku ibarat anak kecil yang bertatih. Teringin sekali berjalan dan terus berjalan. Tapi sering kali terjatuh. Namun aku bangkit semula. Tapi hanya lah sekejap. Kemudian aku jatuh semula. Sehinggalah setiap otot dan sendi ku cukup kuat untuk memboleh kan aku berjalan lagi tanpa jatuh..




Tapi bila kah masanya itu? Tuhan saja yang menentukan..Aku hanya mampu berdoa..



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53
Semoga Malaysia tanah air ku yang tercinta terus maju dan disegani. Salam 1 Malaysia!

Malaysia sudah merdeka..tapi umat Islam masih lagi.....

Tags

Hidup ini memang ibarat roda. Pepatah yang lebih up to date…hidup ibarat roller coster…kau tak akan selama-lamanya berada di atas. Dan kau juga akan merasai bagaimana berada di bawah. Apa juga kedudukan kau sekarang, bersyukurlah. Kerana Allah sayangkan kamu. Dia sentiasa menguji setiap hambaNya dengan pelbagai macam bentuk dugaan. Itu tandanya Dia sayang kita.

Tak lama lagi Ramadhan berlalu untuk mengizinkan Syawal membuka tirainya. Alhamdullilah. Syawal yang menjanjikan banyak kemanisan dalam hidup semua umat Islam pastinya. Sebut pasal umat Islam. Terfikir sebentar mengenai kejadian-kejadian mengaibkan umat Islam baru-baru ini.
1.       Surau disimbah dengan arak oleh kaum cina.
2.      Khatib mendoakan kesejahteraan seorang kafir laknat dalam doanya semasa solat Jumaat baru-baru ini
3.       Dan yang paling terbaru, seorang pemimpin politik beragama Cina, telah menggunakan surau tapak umat Islam beribadat sebagai tempatnya berkempen.



Di manakah umat Islam yang lain? Adakah ini yang dinamakan penghujung zaman? Umat Islam semakin lama semakin leka dan membiarkan orang-orang kafir mengaibkan agama. Maaf. Tiada unsur perkauman di sini. Kita masih lagi 1 Malaysia. Cuma kadang-kadang terlintas di fikiran, adakah mereka lupa sejarah peristiwa 13 Mei dulu? Pertumpahan darah antara Melayu dan Cina.
Bulan kemerdekaan semakin menghampiri kita. Tapi walaupun masyarakat kita lebih mengutamakan sambutan dan kemeriahan Ramadhan serta Syawal tidak lama lagi, aku yakin jauh di sudut hati kita semua, kita berbangga kerana menjadi rakyat Malaysia. Oh sungguh patriotik rasanya! 


Mungkin hanya segelintir saja yang alpa dan leka sehinggakan mereka rela dipijak oleh kaum lain. Rela agama mereka diaibkan asalkan kepentingan politik mereka terjaga. Aku harap hanya segelintir saja. Bukan kah kita 1 Malaysia? Atau lupa? Melayu mudah lupa? Tidak. Melayu tidak macam tu. Cuma sedikit peringatan perlu diberi supaya Melayu khasnya umat Islam tidak menjadi kertas bertaburan yang menunggu masa untuk dipijak.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan!

alahai esok sekolah!

Tags
Selalunya time-time macam ni..aku mesti bahagia
Jumaat la katakan...
Esok cuti...boleh la berpoya-poya ye tak??


Tapi alamak aiii...spoil!
Esok sekolah ganti...
 huhuhuh...


Maka ketidak ada mood pun melanda diri...
Tambah-tambah lagi bila jiwa kacau dibuat oleh seorang sahabat ni...


Kau kan..time bulan puasa pun nak cari pasal dengan aku!!!
Sabar je laa....

jujur saya katakan...yang saya sudah boleh melupakan kamu.

Tags
saya mengaku pernah bersalah pada awak
sampai kan kita pernah berpaling muka ketika sedang berbicara
kadang-kadang saya terfikir, kita macam tidak pernah bercinta sebelum ini.
masing-masing bertelingkah mencari seribu macam alasan
untuk menang
tapi saya kesal
lancang mulut awak menuduh saya punca segala-galanya

 

 
saya berundur
walaupun saya pernah menghalang dari semua ini terjadi
tapi saya tahu
awak relakan pemergian saya
dan saya berpegang pada satu
sekiranya kita bersama pun belum tentu awak bahagia dengan saya
dan belum tentu awak boleh membahagiakan saya
 
 

kerana apa?
sikap awak tak pernah berubah
dan sikap saya masih juga begini
itu namanya kita berdua tiada persefahaman
jadi ada baiknya bila saya tidak lagi bersama awak
 


perpisahan saya dengan awak bukan berpunca dari orang ketiga
tapi kerana saya belum cukup mengenali hati awak
dan awak pun tidak mahu mengambil peluang untuk mengenali hati saya



Walau di mana juga awak berada..saya doakan yang terbaik untuk awak.
kini Alhamdulillah. saya boleh hidup tanpa awak.


Find a guy who will pick up every piece of your broken and shattered heart and put it back together again, keeping one piece for himself and replacing it with a piece of his.



ini diskriminasi namanya...

Tags
assalamualaikum.


Korang tahu tak apa maksud diskriminasi? Ketidakadilan atau pun memilih kepada satu pihak sahaja. Dengan kata lain, pilih kasih. Baru-baru ni, aku ada upload video si Samad. Alah, yang pasal isu perempuan menghina lelaki itu kerana menjual berger tu...Klik Di Sini



Banyak sangat komen yang positif dan negatif dari peminat kawan-kawan aku di Facebook. Tetapi, mereka lebih kepada mengutuk sang perempuan kerana menghina. Dan mereka menyelitkan unsur-unsur keagamaan di situ. Tahniah! Ilmiah jugak korang kan pasal isu agama ni. Contoh nya macam ni..


  1. jodoh,rezeki,ajal,maut 2 semua ditangan tuhan...kte hanya perlu berusaha n berdoa utk kehidupan yg lebih baik d mase yg akan dtg...yg penting lelaki harus bangkit dan tabah tok melalui hidup di akhir zaman ni...jgn mudah mengalah...perempuan plak jgn terlalu over...heee..
  2.  kite yg ade pelajaran jgn dok hina org yg blaja rendah sbb kite ade peluang blaja..diorng mungkin x pnh dpt peluang mcm kita..so,hentikan menghina..mmg segalanya memerlukn duit tp ingtla rezeki tu dtg dr Allah..ade yg usaha tp x dpt tp yg x usaha tiba2 dpt..tu semua kuasa Allah
  3. perempuan tu xspttnye menghina rezeki Allah bg.klu die dh xsuke samad jgn la bg reason yg mcm tu.xbaik memalukn org lain.baik...renung2kn dan selamat beramal...=)
  4.  betol zaman skunk duit pnting, tp jgn sbb tu kte pndang rendh kt org yg xde hrta, kite nmpak dia xde hrta harini, tp esok? kte xtau...kte nmpak kite ade hrta harini, sok blom tntu hrta tu dlam tngan kite lg....Allah Maha Kuasa...tu crita dia....:-)


Dan banyak lagi..beratus-ratus komen yang aku terima dan kebanyakannya mengutuk kaum perempuan. Dan mempertahankan sang lelaki dengan menggunakan alasan ataupun hujah seperti di atas. huhu. macam dalam court lak rasanya.


Ya. Aku faham. Manusia tak baik menghina orang lain. Berdosa. BERDOSA! 
Tapi sedikit kemusykilan apabila esoknya aku letak status ini pula kat Facebook aku..


"tadi masa berhenti sebelah traffict lite..satu motor berhenti sebelah...dengan bangganya brother-brother Melayu itu menghisap rokok..."


Dan aku mengharapkam komen-komen ilmiah serta syarahan-syarahan tentang agama diberikan dalam kotak komen tersebut...Yelah..sekurang-kurangnya post aku sebelum ini, kita dah lihat satu contoh dosa yang dilakukan umat manusia iaitu MENGHINA orang lain. Dan ini lagi satu contoh dosa umat manusia iaitu terang-terangan tidak berpuasa. Tapi apa yang aku dapat komennya begini...


  • dia muka je mlayu,jgn slh phm,hehe..

  • haha...penat bekerja r 2..hahaha

  • yup. ntah2 paderi tu

  • dtg bulan 2.. mcm lelah, gastrik.. kire drurat r~

  •  die terlupe 2..
    OH itu kah sahaja yang mampu kamu semua berikan? Mana syarahan-syarahan atau pun teguran membina kamu selama ni? 
    Lupa pula... ini terkene pada batang hidung lelaki. Dosa yang di atas tu terkene pada batang hidung perempuan.. DISKRIMINASI. aku sangat benci.


Jejak Kasih. Oh lamanya tak keep in touch dengan kamu!

Tags
Dulu kan kita dah janji akan sentiasa bersama-sama. Persahabatan kita takkan putus kan? Tapi masa tu kau masih kecik. Aku pun masih kecik lagi. Umur 12 tahun mungkin masih terlalu mentah lagi untuk memahami akan sebuah ikatan persahabatan. Tapi jauh di sudut hati, kau masih ingat aku dan aku masih ingat kamu.




Kini 12 tahun sudah berlalu. Berlalu tanpe khabar berita dari kamu. Dan aku juga tidak tahu bagaimana mahu menghubungi kamu. Kita biarkan masa berjalan tanpa ditemani ikantan persahabatan yang pernah terjalin suatu ketika dulu. Kau melalui saat getir. Aku juga begitu. Kau pernah bahagia bersama si dia. Dan aku juga pernah merasakan yang sama. Itu aku sangat pasti.



Usia kamu 24 tahun. Begitu juga dengan aku. Kita sudah melepasi usia zaman remaja dan kita kini sedang menginjak ke zaman dewasa. Ya! Kita sudah dewasa! Tapi aku sedia maklum bahawa aku tidak akan berpeluang berjumpa kamu lagi selepas 12 tahun kita berpisah selepas UPSR dulu. Hidup diteruskan. Tapi jauh di sudut pemikiran aku, aku terfikir kan kamu. Di mana agaknya sang sahabat yang pernah bergelak ketawa dengan aku dulu ketika di sekolah rendah? Sudah kahwin kah? Berapa orang anak? Rupa kamu mesti lain kan? 






24 Ogos 2010 kita jumpa balik! Walaupun dalam Facebook. Tapi itu pun dah cukup bersyukur sebab aku masih ada kamu lagi di dunia ni! Kau dah makin cantik. Of course lah sebab dah berumur 24 tahun kan? Semua hormon dah pun habis dikeluarkan. Tak gitu? Syukur Alhamdulillah.. Aku sayang kamu. Aku rindu kamu! Ikatan persahabatan yang pernah terputus suatu ketika dulu kini bertunas kembali. Lepas ni kita akan sentiasa keep in touch okay!

entry pasal video seorang lelaki yg ngadu tunang tgalkan dye pasal dye jual berger !CONCLUSION vs MORAL OF THE STORY!!

Tags
Kisah seorang jejaka meluahkan isi hati kepada DJ radio X.fm mengenai kekasihnya yang memandang tinggi harta sehingga meninggalkannya.. DJ tersebut terus menghubungi awek jejaka berkenaan, dengarkan kesudahannya..
 
sila klik untuk dengar..



baik. selepas menelaah dan menkaji segala caci maki, tohmahan, pandangan positif dan umpat keji kepada penulis (kekekeke) baiklah...di sini ingin aku simpulkan atau pendek kata lets me explain the moral of the story. ewah..spekang lak dah!!!


baik. memula mari kita meneutralkan balik diri kita. tak sokong mana-mana baik lelaki baik perempuan...

 
moral of the story...(ni pandangan aku okay...kalah salah..diam je) haha


1. kalau dah ada ikatan..paling penting mesti ada rasa hormat pada pasangan. jangan menceritakan walau sedikit pun masalah pada orang ramai..dan aku nak ulas sedikit pasal komen salah seorang member ni..kita dulu pun masa gado ngn bf/gf slalu gak ngadu kat fb...huhu..jadi btul gak tu..mungkin cara yang berbeza..jd ambil pengajaran...JANGAN CERITAKAN KEBURUKAN PASANGAN ATAU MENGHEBOHKAN MASALAH DALAM HUBUNGAN pada semua orang..tapi ambil tindakan yang lebih profesional dan berhemah..gituuu..



2. walaupun lelaki itu tak kaya...tetapi once kita dah terima dia sebagai tunang vs bakal suami kita yang akan sehidup semati dgn kita..jadi kita kene bersedia untuk menerima segala kekurangan diri dia..dan dalam masa yang sama..beri sokongan tanpa jemu pada dia...rezeki Allah yang tentukan...yang penting usaha..btul kan??



3. jaga bahasa semasa bercakap dengan pasangan kita...bila kita out of control..syaitan menguasai segala-galanya dalam badan kita..jadi, beristigfar banyak-banyak dan fikir sebelum cakap..bak kata karam sing walia...terlajak perahu boleh reverse..terlajak kata-kata? pikir la sendiri..



4. zaman sekarang macam-macam boleh jadi...jangan tipu diri sendiri...tepuk dada tanya selera..berapa ramai antara kita yang sudah mempunyai boifren atau gerlfrend..tapi jauh di sudut hati masih memandang pada insan lain? lupa kah anda tentang pemain badminton negara Roslin yang perkahwinannya hanya bertahan sebulan saja...moral nya di sini..kaum wanita mula bimbang dgn trend sebegini..jadi langkah berjaga-jaga diambil...iaitu memastikan pasangan nya mampu menjamin masa depannya..kita tak tahu apa akan jadi masa akan datang..wallahualam...Allah juga menyuruh kita memilih pasangan berdasarkan 4 perkara...kerana agama,keturunan,harta dan rupa..kita berhak memilih yang terbaik untuk masa depan kita..



5. dn akhir sekali..aku nak kata kat sini...perbuatan melaga-lagakan orang seperti dilakukan oleh deejay itu adalah tidak patut sama sekali..rating terbaik menjadi rebutan setiap radio di malaysia sekarang tanpa memikirkan akibat dari perogram sebegini kepada kita semua adalah tidak patut...



jadi...itu aje lah..termia kasih atas setiap komen yang dilontarkan dalam entry hangat panas bak bara api pagi tadi.. u all memang ilmiah! syabas!

it must have been love...but its over now

Tags


tsk..tsk..


Gigihnya seorang perempuan
Apabila dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya
Apabila dia harus cuba menjadi seolah-olah dia kuat
Dan sentiasa menjadikan dirinya terbaik di kalangan yang terbaik



Itu lah kuasa seorang perempuan
Punya hati yang lembut
Punya hati yang rapuh
Tetapi sekali dia disakiti
Dia seakan-akan berubah menjadi seekor harimau yang garang jika didekati


Atau pun menjadi seekor burung merpati
Yang jinak tapi lari bila dihampiri


Kamu nak jadi yang mana satu wahai Cik Aish?




Tak kisah lah mana-mana pun
Yang paling penting sebagai seorang perempuan 
Kita jaga maruah dan nama baik sebagai seorang perempuan
Bukankah itu ciri-ciri yang kaum lelaki ingin kan?


Untuk menjadi girlfriend si dia
Bila-bila masa saja boleh
Saya sayang awk
Awak sayang saya
Saya peluk awak
Awak peluk saya


Tapi untuk menjadi pasangan sehidup semati si dia
Mungkin si dia lebih bijak memilih
Mungkin bukan di kalangan perempuan yang terlalu mudah disentuh


wallahualam


Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik

Betul. Tapi pernah tak dengar lelaki yang baik untuk perempuan yang tidak baik? Supaya lelaki itu boleh membimbing perempuan itu ke jalan yang baik. Mulia bukan?


Walau apa sekali pun, aku doakan supaya ditemukan dengan seseorang yang bisa menerima diri ini seadaanya.
Pengalaman banyak mengajar
Let bygone be bygone


Dan yang paling penting..jangan terlalu berharap ulat kepompong itu akan bertukar menjadi rama-rama yang cantik
KERANA
Semua yang akan berlaku adalah kehendakNya......
:)


sofa baru ? raya?

Tags
yea! hari Jumaat! yeehaa...
aiseh...terlebih gedik lak jadinya aku nih. kekeke


kira..kira..lagi berapa hari lagi nak raya!




alamak..tahun ni dah tak dapat duet raya...tsk..tsk..cedeynye
lagi haru biru bila aku lak yang kene bagi duet raya nih! camne nih? sorang sengget orait? watpe nak uet banyak-banyak?LEMPANG?

sok sabtu. mesti la..lepas jumaat kan Sabtu! jadiksnya..esok nak g IKEA mau cari barang untuk projek make over rumah tahun ni.!  

haa..ngeri je dengar...

bukan apa...anak solehah kene la gembirakan hati ibunya...aku pun dah kerja..so ibu pun kelip-kelip mata kan...ah aku paham. ibu mau sofa baru kan kan kan?

gulp..
takpe..tak kisah..aish taknak berkira duit dengan ibu! aish belikan ye! tahun ni kita pakai sofa baru ye! 
ngee..baik tak aish? leh jadik calon menantu tak? ngee............

mari godek blog!

Tags
yea...sudah tukar background kali ni! tetiba aku rasa muak plus boring plus nyampah kat background dengan header yang lama.. eceh.. konon kau nak kata yang blog kau lawa la sekarang? boleh blah! hahaha


aku ni sebenarnya bukan la ada banyak masa sangat nak godek-godek blog ni.. dan aku pun bukan la terer sangat ejas2 mende alah ni. tapi aku suka belaja dan explore sikit-sikit.. caranya? aku selalu pergi blog orang pas tu aku cari tutorial..  

mekasih!!!

haa takyah aku nak g tusyen kan..orang buta IT buta seni buta kayu macam aku..boleh la belaja sendiri di rumah! lama-lama harap-harap aku jadi pandai la macam senior2 blog yang lain..bling bling..(sambil kelip kelip mata)

oh gediksgiler!

moral of the story...

ilmu itu hanya di hujung jari..

belajar la sampai pitam! 

selamat beramal! kekekeke

awak buat jiwa saya kacau awak tau?

Tags


EX : Salam, sihat ke? tiba-tiba teringat kat awak. sorry kacau.
Aish : Ws. sihat..nape ingat saya?
EX : ntahla tiba-tiba malam ni teringat kat awak, maybe perasaan je kot. ganggu ke?






EX : sorry la ganggu nanti bf awak marah lak nanti
Aish : saya lum ada sapa-sapa lagi.






EX : tipu la takde bf..
Aish :macam awk tak kenal saya...saya kan susah untuk suka kan sesorang.






EX : aah beraya kat sini je. nape? nak suruh saya beraya kat Seremban ke?
Aish : takla..buat pe awak nak raya sini..lain la dulu. (dulu awak ada saya..)






EX : aah, duk umah je sambil cari keje. Gemuk apa...lagi kurus ada lah..yela, dulu orang jaga.
        sekarang ni sebatang kara je..
Aish : ..... ( masa ni nangis da..)






menjadi AKU nampak mudah.. membuat mereka tersenyum dan ketawa mungkin itu adalah rutin. tapi menjadi AKU tak la terlalu mudah yang disangka. hari-hari melawan perasaan. hari-hari kena jadi kuat. kene pujuk hati. 
Penat
Sangat


love means letting go

Tags
love you from the first look
love you still and always
even when you are not there
but i know that you are happy
and its okay
because love means
letting go..



kadang-kadang kita terlalai
terlalu mengejar yang tidak pasti
sehingga kita lupa meraikan
satu-satunya perkara
yang menjanjikan kebahagian

CINTA

Argh...

Tags
pejam celik pejam celik
tak terasa harini nak masuk Ramadhan yang ke 8 hari
terasa sekejap je


malam ni tak terasa nak tidur
mungkin terkene kopi masa minum bersama kawan tadi..mungkin
jadi bila pagi-pagi buta ni mata tak boleh lelap
fikiran pun mula melayang
macam-macam yang aku fikir


sayu pun ada gak hati ni
KENAPA?
entah la..
satu-satu kisah silam aku dulu keluar semula dalam memori ni
ah semak


dari kisah cinta
kisah keluarga
kisah persahabatan



kadang-kadang aku pun tak yakin..masih wujud lagi kah cinta sejati?
mengenangkan satu persatu nasib yang menimpa aku
tapi..apa boleh buat..itu semua ketentuanNya
Dia yang menemukan dua hati
Dia juga memisahkan dua hati itu
yang pasti...Dia Maha MEngetahui..akan segala apa yang Dia lakukan untuk hambaNya



aku juga rindukan salah seorang keluarga ku yang jauh di perantauan
membaca blog nya yang menceritakan pengalamannya berpuasa jauh dari kami sekeluarga
hiba hati ni
rindu kamu
SANGAT
menitis air mata jap



Sejauh mana persahabatan mampu mengukir senyuman lebar ke telinga?
mungkin sekarang jauh berubah
masih lagi tercari-cari zaman kegemilangan dulu
mana mereka ye

hmm.... Otak semak.

Padamu ku Bersujud..

Tags
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

 

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

 

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa



Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud



pada-MU 


 
 moga harini akan jadi lebih baik dari semalam
setiap apa yang aku doakan akan termakbul

kehidupan kita hanyalah sementara
jadi jangan sia-siakan
jadilah yang terbaik di kalangan yang terbaik


itu saja kuliah subuh pagi ni.


Selamat Menunaikan Ibadat Puasa yang ke 5 hari!

Ramadhan yang indah suatu ketika dulu..

Tags
zaman praktikal dulu sangat indah..betul aku cakap..SANGAT..
walaupun masing-masing masih belum bekerja,kami bahagia. kami gila-gila. kami kongsi segala-galanya.
kami juga menangis bersama-sama.
dan kami sanggup berkorban wang saku dan masa semata-mata untuk bersama..





ingat lagi masa kami serentak "bercuti" dari berpuasa..biasalah perempuan kan..kekeke.
lunch time sama-sama plan pergi ke Mcdonald tapau makanan..bahagia! makan kat markas...(rumah Nisa)
rasa macam hilang semua masalah bila bersama-sama..gelak sakan!



kami pergi bazar ramadhan bersama-sama...


dan kami juga sentiasa menanti peluang untuk terus bersama...
berbuka puasa bersama-sama...tengok kat SINI



INDAH sungguh PERSAHABATAN kami!



tapi sekarang...mereka dah pergi...membuat haluan masing-masing..
mungkin mereka lupa pahit manis persahabatan ini..
atau pun mungkin mereka ada persahabatan lain yang lebih baik dari persahabatan ini..



tak mengapalah..aku faham.


Berbuka Berpada-pada!!!

Tags
yea! nak g bazar Ramadhan petang ni. Tak kira. Nak pegi gak! Ada sapa2 leh tolong bawakkan saya? hihihi





nah...lihat hasilnya....wahhh manyak nye lauk!! ayooo... camne mau kasi habis? itu perut kicik juga!!
ha amik kau...ni memang stok mengundang bencana kau tau!!

makan lah sebelum lapar..
berhentilah sebelum kenyang..

INGAT!!

Berbuka puasa hari ni kena duduk bawah..meja penuh oo!

Tags
hari ni dah masuk puasa yang ketiga ye kawan-kawan...


dah boleh pasang lagu raya kah? ekekeke..



pagi ni aku mengaku yang aku tertidur lepas sahur...uwaa...tak semayang Subuh pagi tadi!! tah naper mata aku macam ada gam lak kat kelopak ni.. pastu ada suara Syaitan Iblis kat telinga ni, suruh tidur...perut kenyang kan..



Astagfirullahlazim....
jangan buat lagi esok. Puasa tak memberi makna sekiranya yang wajib tak ditunaikan.. ha..stat da ceramah ye di pagi Jumaat ni. 



pagi-pagi Jumaat ni, sudah semestinya kene kemas rumah. oh bukan lah nak cakap yang aku kemas rumah hari Jumatt je..tidak okay...itu saya bangkang yang arif! tapi hari ni kene double triple la kemas tu..kalau sepah2 nanti ramai marah ooo...sebab Jumaat hari ahli2 kuarga terchenta nak kumpul buka posa sama2 diumah ni...dan dah tentu aku kena makan kat atas lantai depan Tv sebab meja makan tak muat kot nak tampung sume..jadi aku di afundi keluar.. jahat oo mereka! uwa.



takpe..nanti aku dah kawen nanti..aku afundi korang lak makan kat bawah..kasi pengantin baru mkn kat meja lak!

haha.berangan ke?




diari rafiq 1

Tags
ohh..sudah 2 hari umat islam berpuasa! syabas diucapkan pada yang berjaya berpuasa dan lengkap solatnya. dan tahniah juga kepada yang berpuasa setengah hari..kekeke..sapa tu? entah.. llalalalala..sape makan cili dye terasa hotnya!!gituu


penat sangat toksah kata la. ingatkan cikgu yang kerja separuh hari tak la rasa sangat kepenatan tu. oh aku kah cikgu itu?? auww.. cikgu ismaliza yang cantik... cet..murid-murid bisa main politik kotor dengan menulis nama aku begitu di depan folio. nak markah lebey la tu! kretip... sila puji lagi jika mahu 100 markah! kahkah.


ok sambung citer. baru je isnin aritu aku horey sebab sekola balik kul 5.45. siap kecoh kat facebook lagi kasi orang jeles. muahaha keji kan. tapi rupa-rupanya masyallah.. sangat ..okay! sangat penat! harapkan bilik guru je ada aircond. kelas mana ada aircond kan...so panas la kan..dah la aku cikgu sejarah kan...takkan aku nak masuk kelas bagi budak salin nota je. tu makan gaji buta namanya.. uhuhuh. 


setiap topik akan aku ajar dan terangkan. aku akan bercerita macam ibu ceritakan buku cerita pada anak-anaknya. oohh.. sila pilih saya sebagai menantu.. tiba-tiba. kekeke. Walaupun mereka pun nampak lembik je..dan lesu..almaklum la sekolah petang kan...so itu cabaran utama aku untuk pastikan pengajaran aku tidak membuat mereka tidur..kau tidur,siap..dan of course sedikit ketegasan akan dikenakan. huhuh. posa tak posa..tak bawak buku, denda pelbagai aneka rasa disediakan.. hah! amik kau. ingat juada berbuka posa je bermacam aneka rasa??
aku pun letih sangat..mana nak hadap kerenah murid-murid yang macam sengaja menguji kesabaran di bulan puasa ni. oh tidak... mana nak hadap buku-buku latihan yang jawapan nye bisa membuat kepala jadi migrain. sebab tu blog pun dah lama tak update..lama dah tak jalan-jalan kat blog mereka mereka yang bisa buat hati tercuit geli hati..sangat lama tak jalan2 okay...


tetiba rasa nak stop kat cni je. sebab kucing2 aku dah gigit jari kaki aku mintak belaian kasih sayang. gedik oo kucing aku! kekekeke.. selamat berpuasa! dan hari raya lagi baper harii ea?? kira kira.. pakai jari kaki sekali... 28 hari ooh!!

ost... tajuk entry takde kene ngena dengan sambungan siri drama tu okay. huhu


main tarik tali ye...

Tags
pernah tak kamu kamu semua bermain tarik tali? pernah kot. mesti pernah. lain la kalau kamu-kamu lahir di zaman IT sekarang..mungkin permainan tarik tali tu kamu memang tak pernah main pun! dengar pun maybe tak pernah..heh.

tapi entry ni bukan la pasal game tu. tapi pasal siksanya bila kita meminati seseorang..tapi kita tak tahu sama ada dia juga punya perasaan yang sama seperti kita. dia suka aku kah? dia main-main kah? atau dia hanya gurau? uh..banyak betul persoalan.

dan kadang-kadang..bukan sekali dia bagi hint pada kita..banyak kali. tapi... entah la... saya sendiri tak tahu untuk handle perasaan atau melayan permainan tarik tali ni...yang pasti...saya masih berteka teki lagi dengan dia.. 

tolongg!!! saya nak hentikan permainan ni! plis la jangan buat saya macam ni.. baik kita main kawin-kawin kan lagi seronok! haish~


dia...

Tags
bila aku memandang seorang perempuan yang tidak elok perangainya
aku hanya tersenyum dan hati melonjak..lalu berkata
aku lagi baik dari dia


tapi bila aku memandang seorang perempuan yang baik
dalam hati akan terdetik..
oh tuhan..sesungguhnya..aku ni masih jahil dan hina di sisi mu ya Allah..
dan aku bukan lah seorang gadis yang baik..



kadang-kadang bila tengok keburukan orang lain..
kita akan menepuk dada..
dan bermegah dengan kebaikan kita


lupakah?
masih ada lagi orang yang lebih baik dari kita?



malam ni..terasa sangat sunyi..
entahlah..berkali-kali cuba memujuk sang hati..
cuba hiburkan hati..
tapi jauh di sudut hati..
diri ini masih lagi teringat kisah yang lepas-lepas..




dan..tatkala itu...tiba-tiba nama dia yang aku sebut..
kenapa?rindu kah pada dia?
tak mungkin.sebab aku sendiri tak pernah bersua muka dengan si dia.
tapi kehadiran dia sangat meninggalkan kesan pada aku
mungkin dia ikhlas..
bukan kah keikhlasan itu akan membuatkan kita senang dengan kehadirannya?
Allah menemukan dua hati..dan Allah juga memisahkan dua hati.
apa pun yang terjadi..aku hanya mampu berserah padaNya..


dan kepada si dia...
aku doakan kamu di sana sentiasa sihat dan ceria..
walaupun kamu sendiri bergolak dengan cabaran hidup tanpa ibubapa di sisi kamu..
yang telah pergi menghadap Ilahi.


aku kagum dengan kamu..
wahai kawan..

tsk..tsk..tsk..

Tags
ahh malam ni..saja je kan kamu?
buka balik inbox masej-masej lama kat facebook tu..
saja je kau baca balik masej2 die kan?
see..kan dah nangis..
padan muka!


Salt vs Garam

Tags

Ketinggalan aku rasa bila tengok movie ni tadi..orang lain sume da tengok awal2 kot..aku baru terhegeh2 nak tgk..haks..apa buleh buat..kawan2 sume fool booking.so kene amik giliran la nak kuar ngn dorang sume.


Salt. atau Garam dalam bahasa melayu nye. hehe. tak lawak ok. mekasih. 
best sangat citer ni..aku kasiks 4 bintang. bagus la omputih ni kan. berani sungguh buat movie pasal rancangan pembunuhan Presiden AS! 
rasa rasanya ada tak penerbit filem Melayu yg akan buat movie pasal rancangan pembunuhan Perdana Menteri kita. amcam? ade bran? 

tak boleh. Malaysia tak leh disamakan dengan omputih nun tu ha..kita masih lagi mengekalkan ciri2 menjaga isu2 sensitip. well... i still luv u Malaysia! oh.. mentang2 bulan kemerdekaan. agak poyo di situ.


dah la lakonan mantap si bibir seksi ni memang menggoda aku tiap kali movie dye kuar. wajib tonton la gua ckp lu. aaargghh...sangat best..nak tgk skali..! sapa mau teman?? tade sapa? hu...cedey

Sendiri?ye..masih lagi sendiri..

Tags
hari ni aku pergi lunch dengan kawan2 aku.
so?pelik ke?
tak.aku tak kata pelik.
tapi...


dorang slalu bila borak2..
mesti selit2 sikit citer pasal boifren dorang..
jeles kah aku?
tak lah..
 
 
cume..
kadang2 terasa sayu sikit.
sikit je.
tapi mampu gak buat hati tu menangis..
dalam hati je la
di luar,belasah gelak macam pontianak..




tapi sampai bila..
sampai aku jumpa pengganti die..
boleh ke aku jumpa pengganti?


semua tu urusan Allah
bukan kerja aku.
aku hanya mampu tersenyum mendengar kawan2 bahagia 
dan aku masih lagi sendiri..

-
-
-


SENDIRI

awak..

Tags
dulu awak kata..awk sayang saya..tapi awk tinggalkan saya gak..
dulu awak kata..awk slalu rindu saya..tapi awk lupakan saya gak..
dulu awak kata..awak nak baby kite ikut muka saya..tapi awk pergi gak..
dulu awak kata..awk tak suka tgk kite nangis..tapi awk buat sy nangis gak..


masa awak ngn saya..saya buat awak mcm2 utk hapikan awk.
saya buat bende2 sweet utk awk..
saya uat surprise masa ari jadi awk..
saya uat awk love dari duit singgit..pastu tulis nama sy ngn nama awk..
saya slalu nynyi kan lagu utk awk masa kt boring2 lepak tepi longkang bwh kolej awk..
saya slalu curi2 ciom pp awk..masa awk tgh drive keta..
sweet kan kite..


tapi arini camne sy nak lupa kan sume tu.
bgtau la saya camne.
sebab sy masih terkial2 dan masih tergaru2 pale camne sy nak kuatkan hati sy.


dulu saya pernah janji kat awak..air mata saya menitis masa sy berjanji.tu tanda sy ikhlas.
saya janji yang sy akan tgu awk..
tgu awak abis belaja..
tgu awk dpt keje..
tgu awak senangkan dulu kuarga awak..
sy janji utk lepas kan awk balik jauh nun kat utara sana..
pastu sy janji sy tgu awk..


tpi np awk tipu sy..
arini.awk terus pergi tanpe pesan pape pd sy.
sy tatau nape sampai arini sy masih mempu syum dan ketawa dekah2..
tp mlm2..hati sy sunyi pastu sy nangis.


sampai bila awk nak biar sy mcm ni..
hm awk..?

flashback

Tags
tahun 2008
3 of us
pergi ke sana
terasa heaven
lupe sejakap semua masalah
walaupun terpaksa tinggalkan si dia selama 2 minggu
rindu sangat nak pulang ke Malaysia
cuba spend duit untuk beli simkad sana
for what..
untuk berhubung dengan dye
even sekejap
sebab kami sekarang berada di dua benua berbeza


sejuk.tapi seronok gak..perjalanan yang jauh mungkin beri saya satu pengalaman yang sangat berharga



ye..saya di sini...di Kota London..



di sini boleh tahan sibuk juga..bukan kereta bas je lalu lalang...basikal pun banyak...haiyaa

penat jalan..jadiks..jum rehatkan muntut dulu!!kekekeke



ok..ni pakwe ai dulu...tp ai mintak putus sbb dye curang ngn ai...haha..sangat tipu



sssyyhh...jaga tingkah laku...nanti queen marah



ok..tetiba rasa macam berada di antara dua lelaki kacak yang tak berapa kacak.



rite..ni dye London Eye...satu box ni leh masuk lebey kurang 40 orang...so u just imagine how big it is!tu baru satu tu..tggii wehh..teruja!



see..berhati2 lah ketika melintas..kerana atas jalan ni macam2 leh lalu...bas la..kereta la..keretapi pun lalu..tetiba je kan...tgk tu..ada landasan atas jalan raya..




ni dye Central Station...taraa..sampai dah ke Amsterdam..sebuah kota Belanda yang cantikk.!! bas dye pun panjang...siap sambung2 lg tu



halolohloh..comey ke




double decker...wait for me!!!



nak masuk cni..tp tak sempat... :( sobs



victoria palace...g belek buku sejarah..apa ada kat cni..hehe



sat g nak naik jambatan sudah roboh!tu dye...London Bridge is Falling down..hohh..best dow main tu kecik2..skng dpt naik lak London Bridge



lapar dan sejuk di luar..so bila dapat makan Jacket Potato tuna..pergh...lazat..macam heaven



if u all ingat .. filem Nothing Hill lakonan Julia RObert tu...ni la lokasi kedai buku tu...hehe..tp julia nya takde la..!



pilih pilih..nak yg mana satu...kiri dan kanan no available...tgh je available..hahaha




ok...tahun depan nak g mana lak?


Switzerland 
wait for me!!