.

.

LeLaki Lebih EGO atAu PeRempuan?




Perlu ke ego jika salah seorang dah mengalah? Huh...lelaki...mungkin tak adil bagi aku untuk kata yang semua lelaki itu ego..dan ego itu adalah lelaki..Tapi, pengalaman banyak mengajar. Perlu ke ego dalam sesebuah hubungan?Ego itu tiada salahnya jika kena pada tempat dan masa..Pada pendapat aku, ego lelaki dan ego perempuan sangat berbeza..Ego lelaki lebih kepada tujuan untuk menundukkan perempuan. Contohnya dia taknak digelar 'lembu dicucuk hidung'. Jadi lelaki lebih suka menggunakan kuasa veto yang tak berapa veto tu untuk menguasai perempuan. Kadang kadang lelaki ego untuk kontrol macho dan seolah2 dia boleh buat apa saja. 




Ego perempuan pulak mcm ne? Dalam hubungan, perempuan selalu ego untuk menyorokkan perasaan malu (biasa la perempuan dilahirkan ada sifat tu). Maksudnya disini, bila sesebuah hubungan bergolak, perempuan mungkin lebih emosional. So, untuk memaafkan pasangan dan ingin menunjukkan semula perasaan sayang kepada pasangan tu, perempuan malu dan berlagak konon mereka tak heran dengan hubungan tu..(tapi sebenarnya malu untuk mengaku yang dia masih sayangkan pasangannya) Itu la ego seorang perempuan. Ego perempuan tidak sama dengan lelaki. Apa yang dilahirkan dari kata-kata bukan la sebenarnya lahir dari hati. Mulut cakap benci..tapi hati kata sayang..


Sebenarnya, memang fitrah kejadian tuhan mencipta perempuan dengan sifat sensitif dan ingin dimanjakan. (Ops jgn pk lain..tp dimanjakan dari segi tunjukkan kasih syg!) Tapi aku tak faham, kenapa lelaki tak pernah nak tunjuk kan kasih syg dorang? Mungkin itu pun fitrah manusia bernama lelaki kot? tak tau la..



So, kepada sesiapa yang sedang bercinta dan ingin bercinta..Selami dulu hati budi dan tahap ego pasangan tu..kalau da ego sangat..Tinggalkan je..



Cube u all tgk couple ni...dua2 ego..camni la jadinye..hahaha..(kepada yg berkahwin sj k) ;p


~salam~
is

Tag : isu cinta
0 Komen untuk "LeLaki Lebih EGO atAu PeRempuan?"

Back To Top